Skip to main content

Posts

Showing posts from 2006

Adakah anda pernah meninggalkan?

dear my blog... beberapa hari lalu sy ke JPA ada skit taklimat projek, bila masuk dlm conference room sy agak tersentak bila melihat rekabentuk meja meeting dlm bilik itu sama, sebijik-sebijik ditiru, tp malangnyer kerja-kerja tersebut bukan sy yg lakukan, ianya dilakukan oleh org lain menggunakan rekabentuk yg telah sy cadangkan pada awal tahun ini, ermmm kecewa bukan bila melihat hasil perahan otak kita diciplak tanpa ada skit saguhati atau imbuhan dari pihak lain, mudahnyer kerja mereka nie. tapi takpe sy percaya ade hikmahnyer kerana sy dapat kerja-kerja lain dr mereka. Alhamdulillah. ermm sy pernah meninggalkan sesuatu... 1. saya pernah meninggalkan rokok selama dua bulan dan akibatnya sy bertukar citarasa rokok dr jenis yg keras ke agak lembut (light) hehehehe, dan terus berazam berhenti merokok, hingga sekarang sy berjaya menghabiskan sekotak rokok 14 batang dlm masa 7 hari, lebih baik dari dahulu. 2. saya pernah meninggalkan seorg awek ditepi jalan, kerana ego dan byk cakapnyer

Adakah anda pernah ditinggalkan?

semalam adalah hari yg sedikit mengecewakan saya, kenapa? akan saya ceritakan kemudian. tapi hari inie tetiba saya rasa seperti nk kongsi sesuatu yg bunyinya mengecewakan seperti adakah anda pernah ditinggalkan oleh sesuatu? dan akibatnya yg berlaku keatas anda? 1. Ya, saya pernah ditinggalkan oleh seekor kucing siam bernama putih tanpa dia mengucapkan selamat tinggal dan akibatnya sy tak minat bela kucing lagi hingga sekarang. 2. Ya, saya pernah ditinggalkan dari bermain bolasepak oleh rakan-rakan hanya kerana sy mempunyai rambut kerinting seperti gaya afro (sebenarnya sy terlalu bagus utk mereka hehehe) dan akibatnya sy lebih selesa berambut pendek hingga sekarang. 3. Ya, saya pernah ditinggalkan kekasih, hanya kerana sy belajar jauh darinya, dan dia tak boleh nk manja-manja dengan sy seperti selalu, akibatnya, sy lebih suka tgk figura dari nk menjalin hubungan serius, (kecuali sekarang...sy ade qaisara hehehe) 4. Ya, saya pernah ditinggalkan oleh bonda, tanpa dapat melihat saat akhi

space...

in designing any home, several basic elements need to be taken into consideration, including how the home will be utilised, its relation to the environment and the architectural styling. In short, does the human feel good in a particular space? Architects and designer should consider down-to-earth frailties and desires when creating spaces for human habitation. Although they work with different materials and employ different techniques, they still share their only client in common - the human race.

memori...[ titanic ]

agak-agak ada tak cerita pasal lancang kuning (lagenda bahtera di tanah melayu) disimpan sebagai bahan berita? hehehe. memori kan...

Air + kata-kata

"Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah.Ustaz kemudian bercerita bahawa dia telah berkesempatan menghadiri satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru ini yang mana kebanyakan peserta yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam kecuali dua orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari UM). Penceramahnya seorang Profesor yang pakar tentang air dari Jepun.Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa"slide" ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin.Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan bermacam lagi). Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Adayang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya) rupa yang menggerunkan dan menakutkan. Lalu Profesor itu b

penantian satu penyeksaan ! ! !

semalam 5 jam tunggu kereta dibaiki, tukar absorber,tukar dryshaft oil seal, tukar minyak hitam, tukar oil filter, dan buat alignment, buat saya rasa nk muntah menunggu begitu lama [mungkin sbb habis 8 btg rokok hehehe]... tp apakan daya, sambil tunggu tu dpt pula call dr JPA suruh buat proposal projek dlm 50K nk siap dlm 2 minggu, sbb nk habiskan budget hujung tahun nie...arghhhhhh proposal yg dr february hingga december nie pun diorg tak bole nk confirmkan lagi, nie nk buat lagi proposal lain pada bahagian yg sama cuma skop dikecilkan, macam 'something wrong somewhere'....adoi nie buat aku rasa nk fenin2, pagi nie pula diorg suh aku tranfer ke sub company lain pulak.... pastu tukar sesuka hati jer... takde any offer letter ker... arghhhh bosannyer, selama nie aku buat kerja sub company tak nmpk ker.... dh la tu kena refer pada junior staff lak, pasal gaji takmo lak cerita bila aku tanya... adoi, jadi minoriti camnie ler... dh lama kerja sini pun masih rasa tak dihargai.... y

designer tandas???

hari nie seperti biasa breakfast dgn 'yobo' di presint 16 putrajaya, biasa terserempak dengan kak sira beberapa kali, sempat berborak sekejap... dan betty ade terserempak dgn saya tp dh tak cam, maybe dia semakin manis sejak dah kawin nie sampai sy tak perasan kehadiran dia disekitar. smlm 'yobo' (password utk org tersyg dlm bahasa korea :) ) pergi konvensyen wanita sebagai pemimpin perniagaan, walaupun dia tidak menceburkan diri dlm bidang perniagaan lagi, tp elokla untuk pendedahan, dan pagi nie 'yobo' cerita tentang konvensyen tersebut...dimana seorg panel dari bank dunia berpusat di thai bertanya pada seorg usahawan wanita yg berjaya dlm industri perkilangan plastik 'mengapa wanita jarang menceburi bidang perkilangan', usahawan tersebut tidak dapat jawab.....ermmm bg sy pula 'kebanyakkan' wanita apabila bercerita tentang perniagaan, perkara pertama yang terlintas ialah barangan wanita seperti kosmetik,pakaian, dan lelain (sbb tu botox

eisya. . .

milik siapakah gadis ini...... [cewahh ada gaya cam lagu sudirman tak?] ermmm sebenarnya hepi skit, br dpt gambar nie dari seorg adik angkat [tudung biru] yg sedang bertungkus lumus habiskan pengajiannya dimesir. macam mana leh kenal? ermm sebenarnya kami berjiran semasa saya masih belajar dan bekerja di ipoh, biasa la kami rumah bujang laki, sebelah lak student kolej islam perak, awek cun-cun lak tu heheheh... bagus adik-adik nie diorg tak sombong... asal selisih jer sure hidung diorg yg mancung pun kami tak nmpk, sehabis mengelak, kalau bagi salam jeling2 jer hehehe. kalau kami pulang awal sure lepak depan rumah sambil main gitar or bersihkan kolam air pancut yg kami buat [tunjuk rajin la konon] sebab nnti diorg akan balik dr kolej or dari pasar sambil naik basikal, sampai jer depan rumah kami pun bg salam.... yg lucunya dlm keadaan kelam kabut diorg buka pintu pagar, pastu sorong basikal laju2 masuk ke dlm car porch dan sambil tu jugalah diorg jawab salam hehehehe, malu la tu, heheh

mutiara hati

beberapa hari nie saya pulang awal kerumah dan sempat melihat cerita indonesia yang ditayangkan di tv9, antara beberapa siri cerita slot hidayah yang menginsafkan dan yang terbaru bertajuk mutiara hati, mengisahkan seorang kanak-kanak bernama nabilla yg kematian ibu sejak kecil, merindui dan mengharapkan seorg ibu yg baik, dijaga oleh seorg ayah yg berada dan penyanyang, dibantu oleh adik dan mbah pengasuh kepada nabilla, apa yg saya hendak ceritakan disini mengenai skrip dan penyampaian intonasi yg mencuit perasaan saya. antara dialog antara nabilla, mbah dan pada Allah yang menbuatkan saya rasa hendak kongsi bersama, lebih kurang seperti ini: nabilla : mbah, semua org bilang ibu sudah meninggal, tp dimana ibu tinggal? mbah : ibu tinggal bersama Allah. nabilla : jika ibu tinggal bersama Allah, bermakna ibu berada dilangit didalam rumah Allah. (kate hati kecil nabilla) nabilla : jika ibu berada di rumah Allah, entah ada telefon atau enggak ya? (nabilla cuba hubungi operator telefon) na

Menara Taming Sari.

Menara taming sari yg bakal dibina di banda hilir melaka ditangguhkan disebabkan penemuan tembok lama yg dipercayai peninggalan sejarah oleh orang portugis, ermmm nampaknya projek dimana syarikat aku bekerja adalah salah satu kontraktor utama terpaksa ditangguhkan sehingga perkara tersebut disahkan, atau mungkin dibatalkan.... jika dibatalkan moga ia dibina dikawasan lain, atau dikawasan sekitarnya dengan menjadikan penemuan tersebut sebagai salah satu tarikan pelancong dan secara tidak langsung ia menjadi tarikan terbaru di melaka selain menara peninjau tersebut. p/s: harap tak tangguh lama...nnti bonus pun tangguh gak hehhehhe

VCD mega ghatering LA

thank you very much... to all chatters... kepada semua yang telah terima harap enjoy cd berkenaan, jika ade sebarang kesilapan harap dimaafkan, moga ia jadi kenangan berpanjangan. next year ghat. jemput la i lagi jadi 'cameraman' jejejejej. p/s: ALhamdulillah balik modal dah hehehe.

M.A.H.A

hari nie gi JPA putrajaya, ambil tender document yg perlu dihantar semula, alasan teknikal problem (dr pihak JPA) adoi... camner lah bole jadi camtu, document hilang ker? expired ker? berapa kali mau submit daaaa, buat benda yang sama berulang kali isk isk iskkk. hari nie juga qaisara dpt injection heheheh. ermm nk cerita pasal MAHA (Malaysia Agriculture, horticulture and Agrotourism) sebenarnya, aku pergi ke pameran MAHA pada 25 nov dan 26 nov selepas tidak berjaya menghabiskan lawatan dlm satu hari aku terpaksa sambung hingga hari kedua untuk dapatkan info berkaitan dengan penuh, syukur Alhamdulillah pameran setempat ini banyak membantu aku untuk mendapatkan info sepatutnya, jutaaan penghargaan pada pihak penganjur yang telah menganjur dengan baik, cuma diharap pada masa akan datang sediakan 'corridor' laluan pejalan kaki berbumbung dari tempat letak kereta ke tapak pameran, walaupun kenderaan disediakan ia lebih sesuai utk mereka yg berusia, kurang upaya, atau bersama anak-

internet marketers

Hi friends , I just came across an email from Gobala Krishnan, and it looks like he's gone crazy. In case you didn't know, Gobala is the guy who shocked Malaysia a few months back when his secret ebook about Paypal and Clickbank For no real reason, he's offering to teach you exactly how he created and marketed a product that made over RM28,000 in less than 120 days, for free. Yes, while other people are charging RM3,000 or more for the same information, he's giving it away for free. Then, he's also giving away a new Astro Max (record your favourite Astro shows) and cash prizes to new members! I told you, he's gone crazy. After receiving so much pressure from other Internet marketers, he finally agreed to limit this offer to the first 500 people only. So no matter what you're doing right now, drop it and get your own membership at his new site, and you could walk away with a new Astro Max... Get your account here: http://www.100PercentMalaysian.com/x.php?3310

Eating by your blood type.

Introduced by Peter D'Adamo , the Blood Type Diet is based on the assumption that everyone is an individual. And who are we to argue? Logically, just because we share the same row and column in the BMI chart, it shouldn't define the way our dietary habits are. The Blood Type Diet makes interesting claims that people fare better (which includes weight management) when their diet is tailored to their specific blood type. TYPE A Individuals who fall under the Type A blood group should basically stick to fruits and vegetable. Their blood types is generally thicker than other blood types, and possess a sensitive immune system. These individuals should not consume (or should reduce intake) dairy products, animal fats and meats. They are also at a heightened risk for cardiovascular disease, diabetes and cancer TYPE B Type B blood groupers should consumer a balanced diet of fruits and vegetables, grains, dairy and meat. However, they should try to refrain from chicken, and increase int

Denda !

Pagi nie keadaan disekitar putrajaya agak berkabus, pukul 7.45 masih tebal kabusnya, jarak penglihatan sekitar 1-2 kilometer, aku ingatkan jerebu rupanya betul kabus, patut la sejuk jer hari nie, mungkin disebabkan hujan beberapa hari ni. Dalam perjalanan ke pejabat aku dengar radio cerita pasal denda yg dasyat, ramai pendengar radio hot fm menelefon, dan sms menceritakan pelbagai kisah denda yg mencuit hati dan tak kurang yg agak keterlaluan, so aku pun teringatla kisah kena denda waktu kat asrama dulu, ermmm sesapa batch 94/95 vokay/teknik klang pasti tahu hal nie hehehe. kami di asputra (asrama putra) didenda kerna tidur waktu riadah dan bising pada malam sebelumnya, kami didenda buka baju dan beratur sepanjang jalan didepan padang, dan yg paling memalukan apabila asputri (asrama putri) balik dari prap (kelas tambahan / group study) di sekolah, pelajar perempuan nie perlu lalu didepan padang asputra baru bole sampai ke asputri, ermmm bayangkanlah dengan badan yg sekeping (waktu tu)

Happy Feet Movie

semalam pergi 'open house' hari raya, adun di kawasan puchong, lepas makan-makan, kami pun balik, on the way rasa macam nk gi tgk movie la plak... lama sungguh tak tgk movie, singgah di ioi mall trus gi tgk citer katun 'happy feet', ermm kelakar sungguh, tengok penquin-penquin yg cute tu rasa terhibur dengan gelagat dan jalan cerita katun tu, walaupun katun tp mempunyai makna yg sungguh mendalam. mumble seekor anak penguin yg dilahirkan ganjil, lain dari yg lain, hidup dlm sebuah masyarat penquin yg agak kolot dan tidak terbuka mindanya kerana hanya berada dlm lingkungan masyarakat mereka sahaja, adat masyarakat mereka pengquin mesti tahu menyanyi untuk mendapatkan pasangan sejatinya, tp mumble hanya tahu menari. hendak dijadikan cerita makanan (ikan) penquin2 nie hampir kehabisan, jadi mereka menyalahkan mumble membawa sial kerana dia ganjil dan tidak pandai menyanyi hanya tahu menari tarian tap sahaja, mumble seekor pengquin yg berani tanpa disengajakan telah pergi ke

perniagaan dari rumah !

sebelum era internet menular diMalaysia, saya percaya ramai yg telah melakukan perniagaan dari rumah, saya sendiri telah terlibat dengan pelbagai perniagaan dari rumah, kebanyakkannya dilakukan secara 'freelance', 'part time', 'investment', bermusim atau suka-suka. antara beberapa perniagaan yg sy lakukan dari rumah adalah seperti, MLM (semua org pun tahu) , interior design, illustration 3D, abstract painting, barangan cenderamata seperti mug, jubin seramik, kueh raya, kerepek, t-shirt printing and design. bermula dari sekolah menengah aku dh mula berniaga dari rumah, buat nasi lemak, jual kueh raya, jual pemadam , jual bisnes kad, dan ntah apa-apa lagi, biasa la cari duit lebih. kebanyakkan bisnes nie aku buat semasa belajar dulu, biasa la market student nie walaupun nampak kecil, tp bila explore, perhhhh kira boleh la cover sewa rumah 3 bulan sekali dengan makan minum, tgk wayang n belanja aweks hahahah. tapi paling aku suka bila buat t-shirt design n printing

Perhimpunan Agung UMNO 2006

Perhimpunan agung umno telah bermula, berbagai hujah, perbahasan, pameran, jaringan silaturrahim, dan perniagaan dijalankan. Pelbagai buah fikiran terbang melayang-layang mencari sasaran untuk diketengahkan, tidak kurang pula yang mencari kesempatan, walaupun pakaian sangat sopan, merah putih warna kebanggaan, sebenarnya warna-warni tiada yang mengerti, namun hala tuju tetap satu, memakmurkan negara berdaulat itu, menjadi resam 3 patah perkataan, "demi agama, bangsa, dan negara", moga ada keikhlasan, lebih efisien, produktif dan bukan hanya berangan. sajak "damai abadi" telah diungkap jangan lupa hendak terap, moga langkah berderap-derap menuju ke satu matlamat. Melayu Melayu itu orang yang bijaksana Nakalnya bersulam jenaka Budi bahasanya tidak terkira Kurang ajarnya tetap santun Jika menipu pun masih bersopan Bila mengampu, bijak beralas tangan Melayu itu berani jika bersalah Kecut takut benar, Janji simpan di perut Selalu pecah di mulut, Biar mati adat Jangan m

C.I.N.T.A

Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung... Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga... Kenapa?? Kerana CINTA itu buta.. Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa?? Kerana...KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA!! Di dalam telaga CINTA hilang... Kenapa?? Kerana...CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap... Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu.. Kenapa?? Kerana...KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia...kan?? Hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia bererti...

Cherating 3-5 nov 2006

seperti yg saya janjikan, saya letak gambar-gambar di cherating, utk tatapan rakan2, err...errr byk yg tak letak, maaf yerk, nk beli VCD Gathering arrr hehehe. chatters with family. qaisara 1st time tgk penyu sebelum pulang ke KL. err..errr nie kolam depan chalet kami. nie pun sama :)

minggu terakhir syawal

pelita depan rumah abah. iklan : my young bro, still available, muka jer ganas, tp malu dengan pompaun hehehhe. p/s:borang kena email i hahaha qaisara in action... uhhh nie yg selalu buat aku cair... ermm bulan syawal dah hampir habis, tp aku masih tak berjaya puasa 6, apalah susah sangat nk buat nie, isk isk iskkk, rumah sedara mara pun tak habis ziarah lagi, yg dekat sebelah bandar pun tak dapat arrange, macam2 halangan, tp ziarah tak semestinya waktu raya sahajakan? (nk sedapkan hati sendiri).

sugary drinks could risk cancer risk

Sugary Drinks Could Raise Cancer Risk A new study suggests that drinking two sugary drinks a day almost doubles the risk of pancreatic cancer . Researchers from the Karolinska Institute in Sweden also found that the risk of developing pancreatic cancer was 70% higher for those who added sugar to their drinks at least 5 times a day. Pancreatic cancer is most common in people aged over 60. It is difficult to treat because it is often not diagnosed until it has spread beyond the pancreas . More on the subject...

56% not malaysian??

Congratulations mineral, you are 56% not Malaysian. That means you're as Malaysian as... Guy Sebastian ! How Un-Malaysian Are You? to all readers please clik above link and see how malaysian are you, and please let me know yeahhh heheheheh.

- horse riding -

beberapa hari yang lepas, aku pergi ke pusat equestrian putrajaya, menjemput wife aku yg mendengar taklimat kursus menunggang kuda, inilah pertama kali aku masuk ke pusat equestrian dan melihat kuda-kuda secara dekat, perhhh besar sungguh kuda-kuda kat sini. menurut kata-kata penjaga kuda kat sini, kebanyakkan kuda yg digunakan untuk lompat (acara equestrian) ialah kuda-kuda dari negara barat seperti german dan sebagainya. aku bertanyakan tentang kuda parsi atau kuda dari negara arab yg biasa aku lihat dalam filem dipadang pasir dimana kuda arab terkenal dengan kepantasannya, penjaga kuda tu cakap, kuda arab biasa digunakan untuk endurance iaitu pertandingan yg mempunyai jarah yang jauh, seperti 150km atau lebih dimana mereka akan mulakan awal pagi dan tamat diwaktu tengahari. aku tanya lagi, kenapa kuda arab? apa, kuda dr negara lain tak bagus ker? penjaga kuda tu cakap, kuda arab nie stamina kuat, dan tahan lasak....ermmmm (macam-macam aku fikir time nie, hehehheh). patut arr kat ka

VCD L.A Ghatering

Assalammualaikum, kepada warga L.A yg joint ghatering dan berminat utk dptkan vcd aktiviti ghatering di cherating, pahang, sila bank in rm10 ke 162517022053 (maybank) atas nama dato' ahmad sukeri (heheheh), setelah bank in, sila emailkan butiran pembayaran seperti masa dan tarikh yang terdapat pada slip bank berkenaan, ke ssyukriee@yahoo.com kepada mereka yang tidak hadir, tetapi mahu memiliki vcd tersebut, sila bank in kan rm25. sekian terima kasih. p/s: maaf maybe ade skit kekurangan mutu pada vcd tersebut, biasala amatur :) jika ade sesiapa yg hendak memberi post mortem aktiviti ghatering silalah ke blog jet. tq.

tojo n toji

Pada zaman dulu ada dua orang budak kecil namanya tojo dan toji, mereka ni kembar. umur baru 3 tahun. Masih jalan terkedek-kedek lagi. Walaupun kembar tapi mereka ni selalu bergaduh. Masih kecik lagi dah tahu nak gaduh. Berebut mainan lah, berebut tempat tido lah, berebut nak menyusu badan lah. Nak nak si Tojo ni, jahat bukan main, mentang2 dia abang, alah tua pun dua tiga minit je dari adik dia, selalu debik adik dia, kalau mak dia tak nampak, ditonjonya adik dia sampai tonggang langgang kawan tu. kadang-kadang dia ambik jarum dicucuk adik, memang jahat giler tahap jin. Tapi rasanya si Tojo ni dengki pasal adik dia selalu dapat dulu daripada dia. Apa saja mak dia akan dulukan si Toji ni, kalau makan Toji dapat dulu, kalau mandi Toji mandi dulu. Itu gaknya tojo bengang gile. Kalau malam nak tido, mesti emak dia menyusukan toji dulu, dah kenyang baru si tojo ni pulak. Pada suatu malam tojo dah sampai tahap bengang, kerana malam tu dia lapar sangat, kalau boleh dia nak nenen (menyusu) du

Mega Ghatering LA

pada 3 hingga 5 nov, satu ghatering telah dianjurkan di cherating, dihadiri kira-kira 30 org chatters dari pahang,johor, n. sembilan, selangor, KL, putrajaya, dan melaka. apa yg boleh digambarkan disini ia merupakan ghatering yg sungguh seronok, berbaloi dengan pelbagai sponsor dan cenderamata, sporting, sukar dilupakan, dan harap penganjur boleh buat lagi tahun depan heheheh. so sorry busy dgn projek yg dh mula byk, so nnti jika ade kebenaran akan sy publish gambar ghatering kat sini, dan kepada members yg joint ghatering beri saya sedikit masa untuk convert dan edit video ghatering...sabar yer heheheh. p/s: me n my wife gelak sampai pagi bila tgk video tu kat rumah, walaupun ade skit kualiti gambar yg tak elok :) ... tungguuuuuuuu hehehe

bulu kaki...adusss

semalam agak penat setelah seharian mencari rumah sewa baru, dah letih dengan keadaan rumah yg selalu berhabuk sebab lokasi ditepi highway yang semakin sibuk, jika dibandingkan dengan 4 tahun dulu bole kira dengan jari kereta yang lalu dihighway menuju ke putrajaya nie, ditambah pula dengan keadaan air yang tak pernah hendak bersih, macam mana lah tarif air boleh naik sedangkan mutu kualiti air masih macam teh tarik huh. dan rasanya sudah tiba untuk aku berpindah mencari rumah yang lebih sesuai dan lokasi yang lebih baik. pagi ini dalam keadaan mengantuk, mamai dan seumpamanya, aku rasa seperti ade sesuatu menjalar dikaki kanan ku... kekadang terasa pedih, kekadang terasa lembutnya jalaran itu, hinggalah aku tersentap dari lamunan apabila terasa seperti satu kejutan elektrik menular di kaki kanan aku, terkejut bingkas bangun dan melihat kesan pedih dikaki aku, rupa-rupanya qaisara sedang bermain dihujung kaki sambil mencabut bulu kaki aku... adusss pedihnya, tapi bila lihatkan senyuman

woman & cookies ! ! !

Keindahan yang hakiki datangnya dari hati yang ikhlas bukan dari pandangan seseorang. Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya. Sambil menunggu dia makanbiskut yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang diamakan dia terperasan yang lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak disebelahnya. Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama. Didalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu.Alangkah tak malunya lelaki ni.....dah la tak mintak dari aku....makan sama banyak dengan aku pulak tu...Pencuri!!!! rungut wanita itu dalam hati. Dalam pada itu lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut yang terakhir dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu. Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu.Wanita itu menjadi begitu marah namun dia

siput dan burung

saya suka cerita ini, ia banyak membantu saya erti bersabar, dan berusaha untuk mencapai matlamat yg saya mahukan... sebernanya post nie dh saya publish pada 0ct 2004, saya publish semula untuk tatapan rakan-rakan dan saling mengingati mengenai pelbagai perkara yg sedang kita hadapi sekrang.... caiyokkk caiyokkk... 26 oct 2004,… teruja lagi hari nie dgn sesuatu yg berada didepan mata….berbuka dgn kawan di KL sentral….lepas tu gi ronda-ronda kat midvalley sajer usha baju2 raya….penat aku berjalan semalam dekat 3 jam setengah…macam2 org ade. Tapi bukan itu yg aku nak cerita…Cuma teringat sesuatu yg aku pernah baca dlm Indonesia komik….cerita tentang siput n burung ….ermmmm .. dalam keadaan siput yg bergerak perlahan memanjat pohon pokok yg baru sahaja mengalami musim gugur….sang burung pula terbang megah dari satu pokok ke pokok yg lain…..bila sang burung sedar ade siput yg sdg panjat pokok yg takde daun tu dia pon dgn nada perli menegur siput tu…”nak gi mana tu kat atas takde daun, ko t

R E Z E K I . . .

sabtu lepas kami sekeluarga mkn di restoran nelayan di bangi...ermmm berbuka puasa macam setahun tak makan.... makan udang saje heheheh, ahad pula balik rumah abah, bakar udang, ikan pari, ayam percik, cicah dengan air asam special dari yg tersyg...perhhh BBQ berbuka ditambah pula masak lemak cili api udang kak long buat,,,, perhhh, lepas solat maghrib sambung makan...sampai tak berenti makan... nikmatnyer tuhan beri makanan dan rezeki pada tahun ini...syukur Alhamdulillah. bukanlah niat nk cerita pasal makan, sehari suntuk cerita pun tak habis, cuma mahu mengingatkan diri sendiri betapa nikmat dan bersyukurnyer dengan apa sahaja yang ada, dan betapa kita perlu berhati-hati dengan nikmat dan dugaan yg menimpa kita (belajar melalui pengalaman). saya juga seperti manusia lain, tak pernah terlepas dari kesilapan...dan jika kesilapan yg diakui dengan jujur itu dapat diterima oleh org lain dengan hati terbuka, terutamanya oleh orang yg tersayang akan menjadikan hidup ini lebih beerti, belaj

internet project

mungkin banner dibawah seperti saya sdg promote perniagaan yg mereka sdg lakukan (mg pun) :) ... tp ia sedikit sebanyak memberi saya byk idea utk dilakukan, dan masih dlm perancangan, semoga segalanyer berjalan lancar . . . walaupun saya bermula dengan secara kecil-kecilan di ebay (ermm lumayan juga) nampaknyer market sentiasa ada, dan ia semakin membesar.

G . A . Y ! ! !

maaf mungkin ade yg tersinggung atau rasa tidak selesa... tp sy rasa terpanggil untuk menulis sesuatu mengenai tajuk diatas...buat mereka yg kurang faham apa itu gay, err..err eloklah rujuk pada mereka yg arif dlm bidang kuasa tatabahasa, tp bg saya ia ialah perhubungan sesama jenis antara lelaki dan lelaki... ermm sy ingin sekali bercerita ttg gay nie...biar sy mulakan dengan "the dark side of me" dahulu...err.err waktu muda remaja (remaja lagi rasanyernie hehehe) kami sekumpulan kawan-kawan bila free akan lepak-lepak di tempat2 hiburan (utk adik2 jgn lakukan perkara ini dimana sahaja anda berada ), alkisah nk jadi cerita kami dpt sorang kawan baru yg agak hensem juga, tp berlagak sungguh... kami beritahu mamat tu nk gi tempat baru utk melepak sana lagi best.. so dia pun xcited nk ikut, kami bawa la dia kesatu tempat di dalam KL (tempat dirahsiakan, dan mungkin dah tiada lagi) disana mamat tu agak seronok sbb dgr muzik2 yg fresh (kata dia la), tp kami pula seorg demi seorg b

bersyukur diatas nikmatNya .

saya br dpt email nie pagi nie dari seorg teman, walaupun byk kisah kebuluran yg saya baca, dengar dan lihat diberita, tp gambar ini yg tersurat dan tersirat 1001 makna benar-benar menyentuh perasaan saya, tidak hairan la jurugambar ini membunuh dirinyer selepas 3 hari ambil gambar ini kerana 'depression', secara jujurnya saya sendiri tidak mampu menatap gambar ini lama-lama, kepala saya akan mula terasa pening. Ya Allah ya tuhanku, aku tidak pernah mengembara jauh ke duniamu ini, aku tidak pernah merasai kerumitan yang maha dasyat, akan tetapi aku juga tidak mampu memikul dugaan-dugaanmu, ya Allah ya tuhanku bukakanlah pintu hidayah mu, moga ia memberi sedikit sinar pada hatiku, wahai yang maha pengasih lagi maha penyayang, aku bersyukur diatas segala nikmat yang kau berikan, dan benarlah kata-kata sahabat-sahabatku yang pernah menjelajah sebahagian kecil dunia ciptaanmu ini ya Allah, bahawa tanah tempat tumpah darahku ini begitu makmur dan aku bersyukur dengan nikmat yang kau

kuman seberang laut nampak . . .!

Please stop publishing issues pertaining to MM Lee's comments about Malaysiaan Chinese Dear Prime Minister. May you and family be in the best of health and blessings. If there is a way, can you ask local papers or media channels to stop from reporting or discussing the remarks made by MM Lee about Malaysian Chinese? I say this coz comments published in Singapore (supporting MM's comments) are made from a skewed angle and do not take into account the historical reasons. The comments so far are made by Chinese Singaporeans who do not really understand the issues. They also seem to suggest that similar problems do not exist in Singapore when, in fact, Singapore Malays in their own motherland, Singapore, are treated more dismally that Malaysian Chinese in the land of Malay Bumis. Indeed, if this issue is to continue, then it is only fair to show that Chinese leaders in Singapore are doing greater injustice to Singapore Malays than Malay Malaysian leaders to Malaysian Chinese. The M

Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA)

syukur kerja-kerja rekabentuk telah selesai dan kerja-kerja pengubahsuaian sedang dijalankan, insyAllah sebelum raya dewan ini boleh digunakan. Terima kasih pada pembinaan tripadu kerana memberi peluang dan kepercayaan untuk merekabentuk semula dewan yg telah usang ini. p/s: kerja luar nie . . .

Cerita Donut & Mufin

mufin cip coklat (kejap ade, kejap takde) donut gebu setaman kegebuan donut terserlah (mmg sengaja ambik gambar donut dibelah hehhehe) Pada suatu pagi yg indah seorang jejaka (yg agak hensem juga) bangun seawal pagi dikejutkan dengan suara anak kesayangannya bergelak tawa disebelah jejaka tersebut, dan tanpa semena-mena timbullah idea untuk memasak donut dan mufin yang tidak pernah dicubanyer selama ini melainkan kuih-kuih tradisional sahaja. tanpa melengahkan masa pada 17 september si jejaka tersebut membersihkan diri dan pergi membeli belah selepas puas bermain dengan anaknya, dengan mood yang baik, bahan-bahan yg telah dibeli dibawa pulang dan di adun mengikut sukatan dimana resepi didapati dari sumber internet. sambil dilihat oleh siisteri dan dibantu oleh sianak yg memberi sokongan moral dan sorakan dari bahasa perancis yg sibapa langsung tak faham. Arakian si ayah berhempas pulas menyediakan donut disebelah pagi dan mufin disebelah petang sebagai juadah santapan sarapan dan minum

A R T ! ! !

ermm saya tak pasti tulisan apakah yg ditulis di tapak kaki itu, tp secara kasarnya saya rasa itu tulisan arab, jawi atau ayat al-quran, dan jika sesapa pandai baca tulisan tu beritahulah saya supaya sy tidak berada didalam kekaburan. gambar ini dihasilkan oleh seorg rakyat iran bernama shirin neshat (tak pasti sama ada dia islam atau tidak) dan tidak hairan la byk award dia menang dinegara2 eropah, saya pastekan antara data dan award yg pernah minah nie menang disini : [[ the iranian-born female artist has been awarded the 30,000 dorothy and lillian gish prize, one of the largest arts prizes. the award ceremony takes place in new york city on oct 12, 2006. image: guardians of revolution, 1994the prize is now in its 13th year; previous winners have included theater director peter sellars (2005), jazz saxophonist ornette coleman (2004),choreographer merce cunningham (2000), singer bob dylan (1997) and director robert wilson (1996). ]] secara simboliknya tulisan arab ditapak kak

teka gambar . . .

maaf gambar diatas tidak jelas, diambil menggunakan kamera phone sambil berjalan, ade skit gegaran. peraduan cubalah teka siapakah mereka didalam gambar ini, biarlah sy bagi klu skit, mereka nie dgn yakinnya bukan rakyat malaysia, berambut panjang, mempunyai postur badan yg cantik, kedua-duanyer memakai jeans dan t-shirt berwarna hitam yg mempunyai gambar sepasang culprit lelaki saling memanah, mereka kelihatan mesra dan berpegangan tangan dari awal saya jumpa hinggalah mereka hilang dari pandangan mata, lokasi disebuah shopping kompleks di lembah klang. ok stop... cuba teka siapakah mereka ini... pilih satu jawapan sahaja, pada satu masa. a) dua org gadis yg kelihatan manja dan mungkin bersahabat baik. b) sepasang kekasih lelaki dan perempuan yg sedang berjalan-jalan c) dua org lesbian yang saje nk tunjukkan kemesraan mereka di public d) sepasang mamat gay e) dua org sahabat lelaki yg berkawan baik f) mak nyah g) tiada satu pun diatas ( jika anda pilih 'g' sila berikan sebab)

11 sept 2006

yihaaa. . . yesterday my great day :) going 30s...buatkan sy terasa byk perkara sy belum buat, byk rancangan dan impian belum terlaksana... dan tujuan ke arah matlamat harus dipercepatkan dengan pantas.... dan syukur yg teramat sangat kerana masih mampu bernafas, dan menikmati nikmat yg tuhan beri... thanks 'yobo' for lovely card, book and carrot rice hehhehe nyum nyum nyummmm :)

ghotic !

sebenarnya malas nk taip..so aku salin jerlah dr nota2 lama waktu study dedulu jejejejeje...so nie cuma rumusan korang baca dan fahami betul2 apa yg dimaksudkan ghotic, kalau aku nk cerita pasal zaman ghotic dan senibinanyer mau sampai esok tak habis. Zaman Pertengahan: “Middle Age”, Medieval Europe, Dark Ages (476 – 1350 A.D) Geografi : Meliputi Eropah barat (dari Italy, Spain, Britain, France, Germany hingga ke Holand). Sejarah : Zaman ini bermula selepas kejatuhan empayar Rome (476) dan tamat sebelum kelahiran Eropah Moden (sekitar kurun ke 15). Kebudayaan : Ia merupakan satu zaman di mana ugama kristian, kepercayaan kepada adat dan mistik menjadi kepercayaan masyarakat (dan bukannya sains). Zaman yang bergelar “zaman kegelapan” disebabkan hilangnya sumber buku & ilmuan akibat peperangan. Gereja merupakan tempat di mana ilmu klasik disimpan. Zaman ini wujud seni pertukangan yang maju di mana ia memberi kepada hasil-hasil seperti pengiraan dimensi, pembahagian plot tana

hachumm . . .

queer eye for the straight guy! lama sungguh tak update... ditambah pulak dgn selesema berlarutan, nielah masalah aku kalau selesema susah nk hilang, semalam layan 'QEFTSG' siri ulangan, sambil layan air mata yg meleleh tanpa diundang sbb kepanasan global dibahagian hidung, selesema + air mata wahhh rasa terseksa kejap... ermm ceritap pasal perubahan yg QEFTSG buat nie, terfikir pasal perubahan kat malaysia negaraku yg tercinta nie....sempena bulan kemerdekaan nie byk perkara yg telah berubah, dari yg negatif hinggalah yg ke positif, dan beberapa perkara yg sangat sensitif. [MERDEKA 3x] oklah sebenarnya nk share skit cerita dari seorg teman yg br balik dari berdakwah beberapa bulan yg lalu... dia telah pergi berdakwah di beberapa negara seperti india,pakistan,turki, dan afghanistan dengan pembiayaan dr NGO islam dimalaysia. antara beberapa pengalaman dia yg menarik ialah mengenai janggut, ermmm [sambil urut2 janggut aku sendiri yg tak berapa nk ade hehehe.] menurut cerita kawan

Too Phat - Alhamdulillah

Di saat waktu berhenti...kosongDimensi membutakan mata memekakkan telinga Lalu diri menjadi hampa Saat paradigma dunia tak lagi digunakan utk menarka Sadarku akan hadir MuMematahkan sendi² yg biasanya tegak berdiri Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran) Hayya nab'idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam) Syakkireena a' kulli na'ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada) Ba' ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²) Merenungi luar jendela Mengagumi kebesaran yg Maha Esa Ku menilai kehidupan dr sudut berbeza Tak memadai hanya kecapi rasa selesa Mahukan harta yg mampu beli satu semesta Berpesta ke parti botol bergelimpangan Kekasih muda bukan takat berpegang tangan Harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan Bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan Dan jangan puisi ini disalah tafsir pula Bukan berkhutbah, cuba betul diri ini cuma Ingin hidup sempurna, asset nilai berjuta Saling tukar wanita, senyum dan mati tua Bakat dikurnia j

LINA JOY [ENJOY SAKAN KAFIRUNN NIE]

ermmm semalam pukul 11.16pm sy terima sms, entah betul atau tidak, tiada kepastian [[ sy akan cuba dptkan info sebenar]] sms tersebut berbunyi begini [[ eh phone jer yg bunyi, sms tu teks jer heheheh ]] "Azlina Jailani (lina joy) telah menang dimahkamah. Pertubuhan Melayu murtad telah diluluskan. sebarkan dan berdoa moga umat islam selamat. " sama ada benar atau tidak, tidaklah dpt dipastikan, tp jika benar nampaknya jaminan melayu itu islam tiada lagi, [ heheheh adakah ISA akan tangkap kerana tulisan ku ini, buat ISA jgn tangkap org jer, siasat ler sama, nie kan dh kira menggugat keamanan negara juga nie]. ermm marilah sama-sama kita doakan moga lina joy dan seangkatan dengannya menerima hidayah dari Illahi.

I K E A

lama sungguh tak update blog, busy kerja rasmi dan tak rasmi beberapa minggu kebelakangan nie, dengan pelbagai kerenah diri ku sendiri dan kerenah2 org-org disekeliling hehehe, hari sabtu lepas gi PWTC tgk FIM exhibition [ francais international malaysia ] ermmm sistem francais nie mmg elok dan sgt berkembang maju di malaysia nie, ade beberapa bisnes yg unik tentang francais nie, bukan setakat makanan yg biasa kita lihat bole difrancaiskan, bahkan bisnes yg berbentuk perkhidmatan, sukan, dan perladangan juga bole di francais kan, dan ade beberapa bisnes unik yg bole ditemui. selepas balik dr pwtc me and prenz gi kelab sultan sulaiman, joint kengkawan wat ghatering, ermm meriah sungguh, thanks pada penganjur yg bersusah payah menghabiskan kredit phone sms, call, tenaga dan air liur utk mengadakan ghatering nie, lain kali buatlah lagi heheheh. ermm sebenarnya nk cerita pasal hari minggu ku gi Ikea damansara, tetiba rasa nk gi, trus gi sana... kengkawan kata harga mahal kat ikea nie, so s