saya br dpt email nie pagi nie dari seorg teman, walaupun byk kisah kebuluran yg saya baca, dengar dan lihat diberita, tp gambar ini yg tersurat dan tersirat 1001 makna benar-benar menyentuh perasaan saya,
tidak hairan la jurugambar ini membunuh dirinyer selepas 3 hari ambil gambar ini kerana 'depression', secara jujurnya saya sendiri tidak mampu menatap gambar ini lama-lama, kepala saya akan mula terasa pening.
Ya Allah ya tuhanku, aku tidak pernah mengembara jauh ke duniamu ini, aku tidak pernah merasai kerumitan yang maha dasyat, akan tetapi aku juga tidak mampu memikul dugaan-dugaanmu, ya Allah ya tuhanku bukakanlah pintu hidayah mu, moga ia memberi sedikit sinar pada hatiku, wahai yang maha pengasih lagi maha penyayang, aku bersyukur diatas segala nikmat yang kau berikan, dan benarlah kata-kata sahabat-sahabatku yang pernah menjelajah sebahagian kecil dunia ciptaanmu ini ya Allah, bahawa tanah tempat tumpah darahku ini begitu makmur dan aku bersyukur dengan nikmat yang kau berikan, ampunilah aku diatas keluh kesah, putus harap, pengeluhan yg pernah aku lempar dan lakukan, bahawasaNya Kau maha pemurah dan maha mengetahui . . .
p/s: . . . ( always thinking something, without action... Ciss to myself )
Comments