Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2005
ermm nie bahagian tepi kaki kanan elli, eksiden langgar guardrail tepi jalan....[waktu ambik gamba nie bole gelak-gelak lagi...hahahah] 
pengguguran bayi...tu semua bayi yg mak bapak dia mengaku islam di kafankan, isk isk iskk apalah dosa bayi2 nie. ramai lagi orang takde anak... rasa nak muntah pon ade nie...isk. 

Perjalanan . . .

21 januari 2005 perjalanan aku selama 5 hari….ermmm…. klang – taiping – ipoh – changkat jering – ipoh – parit – sitiawan – lumut – parit – ipoh – KL. selamat hari raya aidil adha…. Ermmm balik klang…. Ptg kul 4 tetiba jer aku pergi taiping hehehe buat surprise kat miss’x’, aku cakap aku pi melaka tetiba dah samapi taiping ahaks. Syok kat umah dia aku melantak ayam kampong, telur ayam kampong perhhhh sedapnyer , 22 januari 2005 member dari KL mai ipoh…pastu depa ambik aku kat umah miss x, terus pi ke parit buntar member akad nikah [selamat lagi sorang kawan aku]… lepak lama bdn punya la letih tapi syok punya pasal cool jer. Balik lepak umah miss x, pekena ayam kg lagi perhhhh freshhh. Malam pi night safari zoo taiping syok gak…tapi tourist guide dia lawak tak bole sebut huruf ‘R’ tu yg buat dia lagi lawak hahaha, sempat tgk hasil kerja seorang kawan kat zoo taiping….ermmm design tensile structure yg best, lepas tu terus balik ke ipoh. 23 januari 2005 pi jaya jusco

From Tasik Chini with Love

setelah lama tak berekreasi dgn kawan2 akhirnya thn nie aku mula dgn sesuatu yg dah lama ditinggalkan,....7hb januari 2005 kul 12 bergerak ke tasik chini dari petaling jaya...8hb berkayak sepanjang hari [best lama tak berkayak] 9hb jelajah lubang ular ermm syoknya dan balikke PJ .....10 hb kerja la monday beb ahaks. [jiwa release skit]
ini rupa tasik chini rupanya. 
sebelum tarian sewang dimulakan, aku ingat batang kayu tu buaian, hehehe rupanya alat muzik org asli la, tu vokalis dia..dasyat beb. 
hehehe wa layan sewang beb [sewang = tarian org asli] 
antara haiwan yg mengasyikkan disini [tupai] 
panorama sebelum sampai ke lubang ular....ermmmm 
antara tempat yang kami jelajahi...ermmm nyaman jer walaupun sungai nie bengkang bengkok....bot pun bole corner baring. 
lubang ular nie dah runtuh, dipercayai saiz badan ia sebesar tong drum, waktu zaman british dulu pihak tentera british dah bunuh ular nie dgn mengebom ular tuh....ermmm malaysia pun ade anaconda. 
Ooops nie jer posing yg bole buat dalam kayak...ahaks 
sebahagian peserta dijeti kg org asli. [lupa lak nama kg nie, yg pasti nama kaum dia jakun] 
anak org asli nie nyorok tinggal mak dia je sudi bergambar...hehhehe cute gak anak org asli nie ahaks. 
bukan sahaja org asli menyabut kami dgn ramah, burung nie pun bole berkata-kata menyambut kami. 
mcm biasa kalau tak tgk 'architecture' org asli tak sah kan..lantai buluh dinding kulit kayu atap daun rasak atau nipah...ermmm 
dari satu kampung ke satu kampung kami jelajah...hhehehe ada gaya tak? 
higher score [me] yeeehaaaaaa. 
"water confident" sessi nie yg buatkan ramai menjerit bila masuk dlm air...hahaha bukan takut air tapi pasai sejuk tak mandi lagi jejejejeje. 
happy la konon..baru separuh perjalanan, lama lagi beb, ahaks 
selamat tinggal tasik chini.... 
Pelik tapi Benar.... Rumah ibadat terpelihara dengan kehendakNya. 
salah satu masjid di Acheh yg tidak terjejas oleh tsunami, keAjaiban tuhan. 
ikan di mines...kenpa jadi cam nie, isk isk iskkk, bunuh diri ke? 
Ajaib : ikan di mines tiba2 ke tepi tasik [ ???? ] 

Al-Fatihah

Semalam bersembang dengan seorang rakan dari brunei melalui YM, walaupun seperti ceria tiada apa-apa yang merunsingkan namun dia menjalankan tugas sebagai anak dengan menjaga papanya dengan baik sepanjang papanya di hospital bersama keluarga. Macam biasa aku terlewat lagi pergi kerja hari ini [sungguh tak berdisiplin diri ku ini], nampak ade sms pada handphone ku yg telah dibaling berkali-kali, tapi lewat punya pasal aku terus bangun mandi dan bersiap-siap nak ke opis. Lepas semuanya selesai baru aku buka sms yang diterima, agak terkejut, rakan yang ceria bersembang semalam dihurung duka bila sms ringkasnyer berbunyi "papa dah takde" ermmm terasa sayu pula. Hanya fatihah sahaja yang mampu disedekahkan, semoga Allah mencucuri rahmat keatasnya. Semoga sahabat ku itu tabah hadapi keadaan, hidup mesti diteruskan. Dalam waktu-waktu begini teringat akan bencana tsunami, teringat pula pada Arwah ibu dimana setiap ahli keluarga menahan air mata dari mengalir sedaya mungkin
Piala Tiger, Malaysia tewas separuh akhir kedua 4-1, memalukan sungguh...tapi tetap enjoy walaupun masuk stadium dah separuh masa kedua. [ harap lain kali pemain malaysia tak leka lagi ]