Semalam bersembang dengan seorang rakan dari brunei melalui YM, walaupun seperti ceria tiada apa-apa yang merunsingkan namun dia menjalankan tugas sebagai anak dengan menjaga papanya dengan baik sepanjang papanya di hospital bersama keluarga.
Macam biasa aku terlewat lagi pergi kerja hari ini [sungguh tak berdisiplin diri ku ini], nampak ade sms pada handphone ku yg telah dibaling berkali-kali, tapi lewat punya pasal aku terus bangun mandi dan bersiap-siap nak ke opis. Lepas semuanya selesai baru aku buka sms yang diterima, agak terkejut, rakan yang ceria bersembang semalam dihurung duka bila sms ringkasnyer berbunyi "papa dah takde" ermmm terasa sayu pula.
Hanya fatihah sahaja yang mampu disedekahkan, semoga Allah mencucuri rahmat keatasnya. Semoga sahabat ku itu tabah hadapi keadaan, hidup mesti diteruskan. Dalam waktu-waktu begini teringat akan bencana tsunami, teringat pula pada Arwah ibu dimana setiap ahli keluarga menahan air mata dari mengalir sedaya mungkin, teringat segala memori , semuanya menerjah masuk silih berganti. Semoga sahabat ku itu bole menerima takdir seadanya.
walaupun sudah 5 tahun arwah ibu pergi menemui Ilahi namun setiap detik masih terpahat diingatan.
2005 awal tahun yang penuh dengan kejutan. Betullah kata2 org tua...pengalaman mengajar kita supaya lebih matang, macam mana mereka yang tak pernah hadapai dugaan hidup...segalanya mudah. Di tempat kerja lama aku dahulu ade seorang manager yang baik hati, kami sering berborak tentang hidup dan dia sering bertanyakan latar belakangku, terutama cara aku dibesar dididik dan tempat aku menimba ilmu. Satu hari dia mengeluh denganku dengan mengatakan dia terlalu bertuah, mudah mendapat pendidikan yang baik...takde rintangan dalam belajar segalanya mudah, lepas seklah rendah terus ke sekolah (STAR) sekolah tunku abdul rahman di ipoh lepas tu terus ke universiti, tiada apa yang menyusahkan segalanya tersedia sehingga dia berkahwin dan ade 2 org cahaya mata.
Aku hairan dan bertanya kenapa nak mengeluh baguslah kalau itu kehidupan yg dia terima, dengan senyum manager aku pun cakap dia takut nanti dia akan dapat musibah yang sangat dasyat hingga tak mampu nak hadapi, dan dia sekarang seperti tidak hargai dengan kejayaan yang dihadapi kerana tak pernah rasa dugaan mencabar, berbeza dgn org yg hadapi rintangan dan berjaya pasti mereka akan hargai setiap apa yang mereka perolehi.
Ermmm dalam hatiku ada juga org yg berfikiran camnie, takpelah moga dia dirahmati Allah.

Comments