Thursday, December 30, 2004

Tsunami

pagi nie aku dapat satu email dari seorang kawan...ermmm aku rasa baik aku kongsi bersama dgn anda semua disini...kalau prihatin sampaikanlah pada kengkawan yg lain seberapa segera, tak banyak yg kita bole lakukan tapi sikit-sikit lama-lama jadi bukit....seperti pepatah melayu, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul... :(

bacalah dgn berperikemanusiaan :

Berita muka depan Utusan Malaysia malam tadi melaporkan bahawa jumlah korban Tsunami yang melanda Asia sudah pun mencecah angka 55,000, jauh melebihi angka 31,000 korban gempa bumi besar yang melanda wilayah BAM di Iran pada tarikh yang sama tahun lepas.Masing-masing orang punya pandangan tersendiri mengenai malapetaka ini; ada yang berpendapat bahawaianya adalah Bala daripada Tuhan yang Maha Kuasa, adapula yang berpendapat kejadian ini berlaku secarasemulajadi dan hanyalah bencana alam semata-mata. Sayapula berpendapat apa yang berlaku ini ada hikmahnyayang tersendiri.Saya pernah dengar orang alim kata, Tuhan timpakan malapetaka ke atas sesetengah orang, seperti Tsunami ini, Tuhan nak uji tengok sama ada mereka bersabar atau pun tidak dengan ujian yang dikenakan. Dan, Allah jadikan kita terselamat dan tidak terlibat dalam bala berkenaan, Allah nak uji tengok sama ada kita bersyukur atau pun tidak dan mahu membantu mangsa-mangsa yang terlibat.Ringkasnya, adalah dirasakan, dari satu sudut, melalui bala Tsunami ini Allah memberi peluang kepada kepada orang-orang seperti kita untuk membuat pahala, jika itu yang kita suka. Kerana itu, semalam saya dan rakan-rakan, kami mula mengwar-warkan kepada rakan-rakan sekerja, siapa yang punya barangan ingin disampaikan kepada mangsa tsunami di Kuala Muda, kami menawarkan diri untuk tolong mengumpul dan membawa barang-barang sumbangan tersebut ke sana.Malam tadi, saya diberi peluang lagi untuk membuat pahala. Kali ini, saya ditakdirkan bertemu dengan seorang sahabat yang baru pulang dari Indonesia.

Beliau memang full time kerja di sana, iaitu sebagai Project Manager di sebuah ladang Estate di Acheh, PTUbertraco yang dimiliki oleh anak Syarikat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS). Menurut sahabat saya ini,Tuan Haji Mat Sobree Bin Che Soh 42 tahun, suasana diAcheh cukup kacau bilau. Kata beliau, gempa Tsunamiitu telah menyebabkan Acheh khususnya kawasan Banda Acheh jadi macam padang jarak padang tekukur, mayatbergelimpangan di mana-mana, hinggakan sesetengahnya busuk berhari-hari kerana tidak cukup orang dan kelengkapan untuk menguruskannya.Memang benar kata Tn Haji Sobree; saya terbaca berita terbaru dalam Internet; jumlah kematian di Acheh kini sudah pun mencecah angka 7072 orang, boleh dilihat mayat-mayat terburai di sini sana. Pihak pemerintah menjangka angkanya akan meningkat kepada 25,000 orang. Dalam Utusan Malaysia hari ini29 Dis pula, boleh dilihat satu mukasurat penuh gambar-gambar mayat bergelimpangan, tua muda anak-anak kecil tak kira golongan.

Sahabat saya ini cukup emosional apabila menceritakan mengenai suasana di sana; apa tidaknya beliau sudah pun 9 tahun di Acheh, ramailah yang terlibat itu ada kaitan dengan kenalan dan rakan setugasnya di sana.Daripada 400 orang kakitangannya, lebih 80% adalah orang-orang Acheh. Begitu dekat sekali beliau dengan mereka.Antara yang menjadi mangsa ialah adik kepada salah seorang Pengurus Estatenya sendiri. Rumah mereka diBanda Acheh yang terletak kira-kira 1 km dari tebing sungai di sebelah tepi sini dan 4 km daripada pantai di sebelah sana (tengah-tengah antara sungai danpantai) hancur diserang Tsunami yang masuk melalui kedua-dua sisi, dari sungai dan juga dari pantai. Adik sahabatnya itu hilang entah ke mana. Seorang lagi Pembantu Pengurusnya iaitu Bapak Zulkifli Seregar, anaknya yang menyewa rumah di Banda Acheh juga turut disapu Tsunami, hanyut entah ke mana pergi.Pengurus kewangannya pula iaitu Bapa Mawardi,isterinya hilang begitu saja belum dapat dikesan.Ratusan budak-budak Universiti yang menyewa rumah-rumah papan di sekitar Banda Acheh itu, ramai yang lenyap begitu saja ditelan gelombang.Pendek kata, Banda Acheh sudah jadi padang tekukur,kebetulan waktu bersembang dengan beliau itu, dihadapan kami ada Berita Harian 28/12/04, muka depan gambar kesan Tsunami di sekitar Masjid Baiturrahman diBanda Acheh; kata sahabat saya ini, sekeliling kawasan masjid itu penuh dengan sampah sarap, bangkai keretabercampur bauk dengan mayat-mayat manusia.

Ringkasnya, kesannya cukup tragis sekali, mungkin gambar-gambar rintihan sanak saudara yang terselamat ini mampu menjelaskan segala-galanya. Boleh dikatakan setiap orang yang masih hidup pasti ada yang kehilangan setidak-tidaknya seorang saudara mara.Berat mata memandang berat lagi bahu mereka memikulnya.Setelah bersembang panjang, saya tanya apa yang kawan-kawan kita di Malaysia boleh lakukan. Lalu timbullah satu cadangan; dengan kebenaran PejabatPertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), atas namaPertubuhan berkenaan, Tn Haji Sobree dan rakan-rakannya memutuskan untuk melancarkan Tabung Sumbangan Pakaian Terpakai untuk mangsa-mangsa Tsunamidi Acheh sana.Lagi pun, melalui pemerhatian saya di Pusat Pemindahandi Kota Kuala Muda sana pada hari isnin yang lepas,sumbangan pakaian terpakai di sana nampak sudah agak berlebihan, Lalu, ada baiknya jika sekiranya sesiapa yang ingin memberi sumbangan pakaian, jika ada berlebihan, eloklah disalurkan sebahagiannya untuk rakan-rakan seagama di Acheh sana.After all, nasib baik ada Aceh; kalau tidak- bukan kata Kota Kuala Muda atau pun Batu Feringgi, dan bukan setakat Jambatan Pulau Pinang, silap-silap dengan Feri-Feri Pulau Pinang itu sekali habis terpelanting hanyut ke lautan Hindi. Sesungguhnya, kedudukan geografi Acheh itu sendiri telah membantu kita,mungkin tiba masanya pula untuk kita semua membantu mereka; bukan minta duit pun cuma kain baju terpakaisaja.Untuk itu, jika sesiapa yang ingin menyumbang pakaiankepada mangsa Tsunami di Acheh, bolehlah serahkansumbangan kalian kepada:
KUALA LUMPUR:
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)
Lot 9, Jalan 241, Seksyen 51A,
46100 Petaling Jaya Selangor.
Tel: 03-78766622 (Puan Rohana Ramli)

JOHORLadang Urus Sdn Bhd,
Pertubuhan Peladang Negeri Johor,
No 15, Jln Persiaran Tanjung Susur 1,
Taman Bukit Alif, JB.
Tel: 07-2374100 (Haji Abd Rahim Said)
or 012-7030161(Hj Arif Kasim)

IPOH, PENANG, KEDAH
Tuan Hj Sobree Bin Che Soh,
Restoren AACS, Padang Serai. Kedah.
Tel: 012-4126864
atau pun hubungi saya seperti email
add di bawah,
kami akan hantar pergi ambil sendiri sumbangan berkenaan di tempat kerja anda.
Akhir kata, bantulah mereka setakat yang terdaya.Walaupun cuma pakaian terpakai, tapi insyaallah ada pahalanya. Lagi pun dalam kitab Sahih Bukhari sendiri ada disebutkan bab bersedekah kain baju ini:
Sahih Bukhari Jilid II: Hadith 755.Dari Zainab, isteri Abdullah r.a, katanya ketika dia berada dalam masjid,
Nabi SAW bersabda, maksudnya: "BERSEDEKAHLAH WALAUPUN DENGAN PAKAIANMU".Moga mendapat kerjasama.

Monier_matdin@yahoo.com
29/12/04

Tuesday, December 28, 2004


wajah sebenar greyfox [musang berbulu kelabu, ala-ala wolverine] terpaksa menukar pakaian untuk menutup kegala kebuluan yg terserlah ahaks...jejejejejeje Posted by Hello

ermmm antara model-model shampoo jenama XxX ahaks. Posted by Hello

Monday, December 27, 2004


antara model-model iklan shampoo. [gamba nie yg plg aku tak thn tgk diorang posing hahahaha] Posted by Hello

nie antara teknik rebonding yg telah dilakukan oleh seorang model semasa penggambaran iklan dijalankan.ahaks Posted by Hello

nani the 'spy girls' berjaya habiskan tembikai dengan sekali suapan sahaja yg bisa mengerunkan pengunjung lain terutama mamat2 rempit ahaks. Posted by Hello

pagi2 sebelum perjalanan ke ulu yam, dari kiri roy, greyfox n flex. Posted by Hello

flex n greyfox menang kerana dinda (hantu air, ala-ala medusa, ahaks) adalah penyokong kuat mereka. Posted by Hello

waktu balik dari trip ulu yam. Posted by Hello

takut aku tgk lidah2 mereka ini, auwww. Posted by Hello

Tuesday, December 14, 2004

- Pertemuan

13 disember 2004...

hari yg plg best....jumpa seseorang semula buat jiwa aku tenteram sementara...habiskan kebanyakan masa lapangku diwaktu malam...

ade mamat kelantan call cari bilik sewa...ermm dia mai kul 10.30 malam lepak borak2 sampai kul 12.30 malam...ok gakla minggu depan start masuk rumah...yesss akhirnya ade gak aku sorang housemate kalau tak sunyi je [kekadang best la sunyi]...
setelah segala syarat yg aku kenakan dia setuju...so aku rasa takde masalah lah. kekadang rasa nak gi kerja part time sebab bosan malam tak berapa nak ade projek...projek pon slow...children playground pun baru dalam perancangan dan kajian awal...so byk sgt masa waktu malam terbiar...ermmm kena buat something nie.

aku masih menunggu lagi kad dari seorang kawan beserta gambarnya yg mahu dilukis...aku cuba penuhi permintaannya kerana dia akan berindah dari KL so sbagai cenderamata aku cuba selesaikan lukisan tu secepat mungkin.

ermmm....kawan2 satu sekolah dulu ajak gi kursus kawin kat CM sabtu nie...ermmm rasa cam malas je nak pergi...arghhh nantilah...korang nak kawin awal pergi dulu la, aku nak settle beberapa perkara dulu...kerja pun tgh banyak...

beberapa hari sebelum 13 dec....

seorang sahabat beri brg antik berbentuk pisau gurkha, katanya nak dijual tapi dia beri pada aku untuk disimpan...sepanjang perjalanan pulang keadaan aku sgt panas, terasa bahagian belakang sgt panas...tapi aku cuba tenteramkan diri je, adakah ada kaitan dgn pisau yg aku letakkan dibelakang kereta? . . . balik rumah aku bukak lagi separuh pisau tu...tgk betul2 corak yg ade kat pisau tu....tak seperti corak2 atau motif ukiran org2 melayu...ermmm tentera gurkha guna pisau nie...gurkha nie tentera bangsa apa yerk? kena buat research lah plak...
akhirnya pisau tu aku balut n simpan....dgn niat one day aku nak bersihkan dan buat hiasan...
sarungnya yg dari tembaga dan kulit, serta ade pisau kecil terselit dgn gading ermmm sgt menarik...
apa-apa pun aku sangat menghargai pemberian seorang teman... tq beb.







Thursday, December 09, 2004

Bianglala . . .

seorang kawan[miss m] hantar satu puisi dari kawannya yg lain....bila baca rasa menarik juga...so aku pun post kan kat sini supaya semua org bole menikmati seadanya. . .


Bianglala

Saatku
Tunggu Cinta
Kutunggu bianglala
Biar nadiku sempat menatapnya
Bila jujur sang hujan
Menyambut kehadirannya
Bagai aku menunggu cinta
Satu penghuluran yang abadi
Kulihat warna bianglala

Sama seperti dulu
Takkan lapuk ditelan zaman
Setia seperti si pungguk
Aku jua si pungguk sayu
Menunggu bulan di malam hitam
Menanti bicara cinta
Saatku tunggu cintamu

Telah berhabuk lamanya
Bagai sarang lelabah saling bertukaran
Jalin demi jalinan sarangnya
Dan dari jalinan itu
Ada urat-urat cinta
Saat-saat itu akan leka ku tunggu

Biar aku menyulam khayal
Satu suasana damai kurasakan
Sempurna ciptaanNya
Waktu itu kulihat senyuman bianglala
Penuh kecantikan yang asli
Asli lagi hati ini penuh kesucian
Setulus hati ini menyintaimu
Dan ada suara mencariku

Aku senyum bagai senyuman bidadari
Wajahmu yang kelam makin terang bersinar
Kau kembali melengkapkan cinta kita
Kau tunaikan janjimu
Seyakinnya aku padamu kini
Kita masih dengan setia yang abadi
Saat itu bianglala makin menunjukkan sinarnya
Ada warna mewarnai cintaku wahai bianglala..

Fiezxaghiro

Wednesday, December 08, 2004


ermmm...simple life [rilek]...arghhHH [ jiwa kacau ] Posted by Hello

ghatering bulan puasa lepas


gambar ghatering berbuka puasa direstoran nelayan
tasik titiwangsa.
from left : dinda,nyna,buyie,gotee, n avrill... Posted by Hello

from left : avrill, elli, nani n arzoo ermmm Posted by Hello

- GHATERING ULU YAM -

GHATERING ULU YAM….

Terbuka kepada chatters anjungcafe, ex-anjungcafe, yahoo messenger dan kaum kerabat yg rasa-rasanya otak mereka sporting dan ok…don’t shy2 ok…. Sporting n ringan-ringankan tulang tu skit [BBQ] yerla nak enjoy sesame kan.

Lokasi ghatering : ULU YAM.
Lokasi berkumpul : Perhentian LRT PUTRA WANGSA MAJU.
Kenderaan : Digalakkan membawa kenderaan sendiri dan
berkongsi kenderaan [ minyak n tol diberi purata ]
Masa berkumpul : 7.45 pagi [ harap jangan lambat ok, pls prepare awal ]
Tarikh : 26 DECEMBER 2004 [ muktamad ]
Tarikh akhir : 21 december 2004 [ sila confirm awal untuk elak kekalutan ]
Bayaran : RM20.00 sahaja. [ deposit RM15.00, bank in 162517022053
[Ahmad sukeri], sila bawa resit dan bayar baki sewaktu itu...Ooops
maybank ok.
Pakaian : ikut suka….faham2 sendirilah….jgn lupa bawa pakaian untuk mandi…kalau nak rasa mandi air terjun…ermmm
Makanan : Akan disediakan secukup rasa oleh penganjur (saudara Flex) yang pasti ade BBQ untuk semua.[ jgn risau tak kebulurnya ]
Info : jika telah bank in deposit, sila inform tun sama ada bawa kenderaan sendiri atau tidak, harap boleh tumpangkan org yg tiada kenderaan, sebab duit minyak akan diberi oleh penganjur, takut tak cukup kenderaan nanti. Sila sms atau telepon 019-4287383 [tun] untuk keterangan lanjut….24 hours online….jgn malu dan segan untuk sms atau telepon sila beri info mengenai anda…segala maklumat akan dirahsiakan…terima kasih.

Tuesday, November 30, 2004

* MELAYU *

30 November 2004
[ Dato’ Usman Awang…ermmm ]
semalam balik rumah abah, ambil tv yg tak berapa elok warnanya…carpet…pinggan mangkok semua aku rembat…malas beli…brg tu pon kat rumah buat berabuk jer…jarang digunakan so baik aku pakai kat rumah sewa baru nie…hehehe dah mula pindah tinggal nak kemas jer…pastu aku ternampak abah lekatkan kat dinding dapur satu sajak dari Dato Usman Awang…bertajuk Melayu…ermmm tersentuh sikit jiwa yg tak tenteram nie…aku pon salin untuk tatapan rakan-rakan sekalian …

Melayu

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu, bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak

Melayu di Tanah Semenanjung luas maknanya :
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu
Minangkabau memang Melayu
Keturunan Acheh adalah Melayu
Jakun dan Sakai, asli Melayu
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah, ma`alaf bertakrif Melayu
(setelah disunat, anunya itu)

Berkelahi cara Melayu,
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum,
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing,
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan.

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silatulrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan dihulur senantiasa disambut
Luka pun tidak berparut.

Baiknya hati Melayu itu, tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan,
Sehingga tercipta sebuah kiasan, kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera dihutan disusu-susukan
Anak dipangkuan mati kebuluran”

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulam daya
Gedung akal laut bicara.

Malangnya, Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual.

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang, dirumah sendiri

Bagaimana Melayu abad dua puluh satu,
Masihkah tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan, di Negara merdeka
.

Dato’ Usman Awang
Sasterawan Negara.

Thursday, November 25, 2004


aku copy gambar nie dari mana ntah lupa dah...tapi hhehehe message gambar nie hehehe susahnya nak educate org ramai kan....kat mesia perlua tak buat camnie? yerla vandalism masih berlaku walaupon negara dah maju. Posted by Hello

WGN 4481 nama manja dia wan gina nirmala hehehe nie eksiden yg pertama y kedua lagi teruk.....lepas eksiden terus jual...malas pakai kete...tapi nyesal pon ade...takpelah lain kali beli kete sorong laks ahaks Posted by Hello
25 November 2004

perhhh letih baru selesai preparation presentation, bole lepak sambil baca surat khabar…ermmm macam2 cerita….termasuklah cerita tanah runtuh kat gombak tu MB selangor jelaskan tak bermaksud nak perli sesapa…baguslah kalau camtu…tapi pegawai tu aku rasa elok buat statement skit minta maaf jika menyinggung perasaan org lain, tak salah rasanya kalau mintak maaf….ia umpama kalau pegawai tu eksiden (bukan kesalahan dia) pastu org lalu lalang jer tgk dia eksiden…siap ade yg keji cakap tu la bwak tak hati2 padahal dia tak salah ermmm camtu lah juga perasaaan azman tu….alaaa minta maaf bukan mati pon…ikhlas tak ikhlas tu ko dgn tuhan la…heheheh

sorrylah yer streamyx kat opis kekadang wat hal…takleh masuk internet…so enjoy life kengkawan kat alam cyber…heheh
qaisy…hhehehe thanks sign guestbook tu…n thanks komen ko tu n thanks again atas segala nasihat…ya hidup harus diteruskan…ermmmm good day prenzz..

- kawin??? -

24 nov 2004

Dah dapat rumah sewa yessss, lega rasanyer…..sewa pon ok…nak pindah pon senang dekat jer…ermmm yg penting more privasi Cuma kena cari housemate….harap bole dapat housemate yg ok….
Aku dah mula buat iklan tampal merata tempat untuk cari housemate…hopefully semua ok….
kelmarin qaisy YM dgn aku seronok lak rasanyer lama tak borak dgn mamat nie, semoga ko success kat utm tu….

Elli call Tanya betul ker aku cuti sebulan nak kawin…wakakkakakaka bantai gelak jer aku dgr pitnah tuh…sapolah punya kerja sebar berita kata aku nak kawin….laheanets tulll…..streamyx down kat opis nie…so aku lepak la konsentrate kerja, lagipun kerja melambak2…..sapa yg sebar pitnah tu baik ngaku kalau tak takkan ku ampunkan dosamu…hahahahah….tapi ermm raya hari tu makcik, pakcik n kakak aku semua dok Tanya bila nak kawin….arghhhhh tension lak aku dgr…rilek la gua laki lambat pon takpe [ermm umo aku berapa yerk kekeke]. Raya pertama pakai baju melayu siap perli aku lagi…”mana pengantin perempuan” nie lah dialog depa yg buat aku rasa nak sekeh2 jer…nasib baik pakcik2 aku hehehe….tunggulah yer ayahanda, kakanda, pakcikanda dan makcikanda akan ku kahwin jua, eh silap nikah…[kawin dah kot heheh] tungguuuuuuuu.

Elli kata anjungcafe dah open….siap ade agreement lagi…yer ke…hehehe tak berkesempatan lagi ke a c nantilah bila2 free, next year penuh la balik org kat situ….ermmmm bole nyamar nie…kekekeke
Ermmm minah indon cleaner kat opis nie nak balik indon lak…baru setahun dok mesia dah tak tahan rindu kat kg jawa tengah….umo baru 18….ermmm kalau aku umo 18 dok berpoya2 lagi…minah nie dah merantau cari duit…bertuahnya bumi mesia nie, takpe pengalaman tak bole dijual beli…aku pasti bila dia balik indon pasti byk pengalaman dia bole dapat n tak mustahil dia akan kembali ke mesia.

Best lak rasanya hari nie..ramai exclassmate call hehehe ade yg call jemput kenduri kawin di johor pada 4 dec 2004, ade yg ajak gi wat project freelance perhh ade yg saje borak2 bestnyerrrrrrrr…lama tak dgr suara kawan2 lama.

Ermmm kusyuk jer amoi sebelah nie mengait…seronok lak tgk awek mengait nie nampak besttt jerrr..[mentang2 takde kerja amoi nie]…beberapa hari nie perut aku yg sensitip nie mula meragam balik…isk pantang tersilap sikit asyik sakit jer….nie la penangan makan lepas raya….sensitip betui perut nie…isk jap yerk nak gi toilet tak tahan nie…isk aku makan apa tadi nie…muahhahaha.

- friends -

23 nov 2004

Pepagi nie aku dikejutkan dari lamunan pagi dgn bunyi handphone…rupanyer sms dari seorang kakak yg mengaku dia “hitam”,…kekekeke…terharu jap baca sms nie sambil dok tgk Malaysia hari ini tv3…tgk datuk noh omar steady jer dlm tv, statistic kemalangan turun skit berbanding tahun lepas…harap-harap tahun akan datang bertambah kurangnya kemalangan….please rakyat Malaysia…berhati-hati dijalan raya….sopan skit…cool ok.
Nie antara sms yg dihantar…syok lak baca ulang-ulang…heheheh

Sms 1
We meet, it was by chance…
We meet again, it was fate…
We became friends, it was destiny…
We are still friends, its our decision…
We always be friends, that’s a promise
.

Sms 2
One touch is not enough if I can have two,
One hug is not enough if I can have two,
One kiss is not enough if I can have two…
But one friends is enough if I have you
.

Semalam gi tgk rumah sewa…..macam tak best….tapi kalau takde pilihan what to do….masa tinggal lagi 7 hari jer…mana nak cari nie…nie wat aku nak sesumpah member nie…hehehe…cool syuk…nasib baik hari nie ade nampak lagi iklan umah sewa…ermmm sewa pon agak ok…ptg nanti baru gi tgk…hehehehe harap oklah umah nie…kalau tak mau berkhemah aku kat padang nie hahahah…

Sampai office aku baca utusan Malaysia…ermmm baca kisah tanah runtuh kat gombak pada 5 nov lepas…takziah buat keluarga en.azman dan keluarga, baca juga surat terbuka en. Azman ahmad…..yess u r rite sir….apa la depa nie ade kuasa jer nak tunjuk lagak…tak prihatin langsung perasaan org lain….apa pun Al-Fatihah utk Haseenah bt Azman (anak azman) semoga di limpahi rahmat dariNya….
Bila baca bab panduan n firman dari Allah swt dan hadis nabi Muhammad saw yg ditulis dlm surat terbuka en azman nie terasa sayunya hati….

(iaitu) orang-orang yg apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata; “sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali”. (terjemahan Al-quran 2:156)

“Betapa indahnya keadaan yg dinikmati oleh mereka yg benar2 percaya! Ia mendapat Rahmat dalam segala keadaan. Sekiranya ia ditimpa kesusahan, kesakitan atau kemiskinan, dan ia menanggungnya dgn ketabahan, maka dugaan sedemikian membawa kebaikan kepadanya. Jika ia dianugerahkan kebahagiaan dan kemakmuran dan ia bersyukur dan merendah diri, maka ini mendatangkan kebaikan kepadanya.” (muslim)

Monday, November 22, 2004

- KERUSI URUT (MASSAGE CHAIR)

Kerusi urut from japan, jenama zunishu, model no MC-3120 hendak dijual dengan segera (only one unit n still new)
.... harga market rm 5000 something....tapi nak jual cuma rm 2700.
harga boleh dirunding...no problem, nak tgk pon bole...kat area mines jer...
so if u all interested pls email to me at ssyukriee@yahoo.com
sementara stok masih ade.... rugi tak beli...aku takmo pasal dah ade dah...wat per byk2, baik jual jer... nak tgk gambar leh gi kat website nie : http://zunishu.com.my/images/products/prodpg5.htm

"Yang Bernama Cinta"

Malam deepavali lepas aku gi hantar miss Q ke puduraya....dah sampai pudu kena gi hentian duta lak...perhhh penuh sesak...jammed...semua org nak balik kg... lepas hantar aku balik naik LRT...ermm dlm lrt nie la aku nampak ade satu sajak dlm lrt star nie....sempat aku salin utk tatapan kengkawan....hopefully ia penuh dgn makna n something for ur life...

`Yang bernama cinta’

Cinta itu tidak smuanya indah,
Kadang-kadang ia mempunyai seribu makna yang menakutkan.

Jatuh cinta ialah permulaan
Kepada segala kesulita,

Hidup tanpa cinta ialah
Hidup tanpa cita-cita.

Cinta sebaik-baiknya ialah
Cinta yang bertalikan dengan cita-cita.

Semua pengetahuan didapati menerusi belajar,
Kecuali cinta, ia tumbuh sendiri tanpa kursus.

Cinta kepada kekasih mesra,
Cinta kepada orang tua murni,
Cinta kepada tuhan abadi.

Dryden.
(koleksi mutiara kata)

Wednesday, November 17, 2004

- lepas raya

Indahnya sungguh dihari raya...ramailah org bersuka ria (2x)
hahaha la gu hail amir n uji rashid...lagu nie antara lagu raya yg aku suka sebab lagu dia happy takde bunyi sedih-sedih...malas nak sedih-sedih buang air mata jer...ihik ihik...

ermm... hari nie raya ke-4...aku dah mula kerja, masuk jer opis...pom pam pom pam...amoi n apek2 nie kasi kerja...perhhhh byk lak kerja minggu nie cam biasa cool jer la siapkan kerja, biasa la aku bukan bos...

pagi2 tadi pack kueh raya dlm bekas kasi kat amoi n apek2 kat opis nie...suka diorang makan kueh raya...siap tanya "u buat sendili ker", hahaha cam biasa aku cakap " yalohhh i bikin kat kedai sana" wakakkaak gelak jer depa tu.... depa lupa kot aku takde mak, kat gumah semua bujang trang tang tang....hahaha, walau bagaimana pon projek cat ruang tamu, meja jepun n simple hiasan kat ruang tamu tu nampak lah skit meriahnyer kalau tak kelam jerrrr, akak2 aku masuk jer ruang tamu semua cakap.." wahhhh...cantiknya..." (tak tau la betui ker tak, or saje nak ambik hati aku) kekekek tapi lain skit la....dinding green apple...simple jer....aku nak panggil moden style pon tak bole....nantilah aku letak gambo ruang tamu tu kat sini.

esok pepagi subuh nak gi hantar adik kat KLIA, malam nie start ronda cari rumah sewa or bilik sewa baru kot...mangkok hayunnyer housemate nak dok dgn adik beradik pompuan dia lak...ceh aku yg jadi mangsa kena pindah....malas nak bising pindah pon pindah lah...bukan susah..cari lagi privasi lagi best...takde sapa nak kacau.

ermmm raya cam biasa jer....tiap2 tahun sama..takde kelainan...serupaaaaa jerrrr naik bosan pon ade...yg pasti ade nasi himpit, rendang , lemang, ketupat, kueh2 raya....baju raya tu jer la...pastu gi ziarah kubur n saudara mara....bab ziarah tu aku suka la..tapi bab2 adik beradik tak mai gumah nie yg tak best...cam bangang jer aku rasa diorang tu....raya ke 30 mai gumah pon takpe la...nie bayang pon tak nampak...ermm semenjak arwah mak takde semua buat hal memasing...takpe..takpe... org buat baik kita pun buat baik la kan apa susah...
tak mai pon takpe...aku still bole hapi...adik beradik ramai lagi....heheheh

raya rumah sedara mara, kakak2 yg hidup susah [susahlah pada pandangan mata aku, kalau depa layak terima duit zakat] lagi best...lagi meriah...dgn anak2 buah yg nakal2... hahahaha buat aku rasa seronok jer... bila tgk jer depa senyum aku rasa senangnya hati diorang nie...hehehe kan best kalau hati selalu tenang.

rasa nyesal lak tak cuti lelama hehehe kalau tak bole ronda satu mesia macam 3 thn lepas ekekeek...raya sakan aku sampai kakak aku call suruh balik gumah...hahaha apa taknya aku cam rusa masuk kg, mana pernah raya dok suasana kg...dari kecik dok raya kat KL jer..sekali dpt raya kg member2...dari mlm raya pertama sampai raya ke tujuh hahahaha depa ingat aku lari gumah kot heheheh. rilek aku masih waras :)

oklah nak sambung wat kerja..minggu depan aku letak gambo raya...eh ade ke gamba...nantilah check... :P

Friday, November 05, 2004

aDa mAta tak Nampak . . .

Jutawan senyap

Dah beberapa hari aku cuba habiskan baca buku jutawan senyap, penulis chef li…ermmm, bukan susah nak habiskan tapi pasai aku dok baca berulang-ulang kali satu2 perkara tu….best menyentuh jiwa yg macam nak memberontak nie…..
Cerita pasal jutawan-jutawan yg tak ternama, yg buat kerja2 kasar…berniaga kecil-kecilan…tapi bole jadi jutawan senyap….teringat juga pada buku jutawan dari planet Jupiter, penulis azizi ali… tentang mengurus kewangan dan buku lahirnya seorang jutawan (kekal sebagai perkerja dan jadi jutawan)….semuanya tentang pengurusan kewangan peribadi yg baik….releven dengan keadaan di Malaysia.
Hairannya penulis nie semua asalnya bukannya mempunyai background bisnes tapi lonjakan diri mereka utk dapatkan sesuatu yg buat mereka jadi antara yg terhebat….chef li seorang pengurus bank…penakut nak mampus bila nak mula berniaga…tapi sekarang….something kan….azizi ali…lepas spm jer…jadi pilot…..bayangkan pilot leh jadi perunding kewangan yg hebat,…perhhhh lonjakan paradigma….manusia yg berani berubah… baca buku mereka pon buat kita jadi bersemangat….tu belom buku yg ditulis oleh mat-mat saleh macam Robert kiyosaki ker Stephen covey ker….dan ramai lagi…Cuma penulis Malaysia lebih releven kat suasana dan situasi di Malaysia….
So….. bila aku nak tenteram kan jiwa yg lama tak tenteram nie….. ermmm,
Cerita2 dlm jutawan senyap tu betul2 menyentap jiwa yg tak tenteram nie…jiwa yg memberontak…one day pasti…pasti…
Eh..melalut lak….sebenarnya aku nak cerita pasai mata…..ermmm mata…
Mata yg terletak di muka kita, mata hati yg semua org tak nampak…
Ade org kate…lihat dgn hati baca dgn mata….aku tak berapa faham…tpai yg pasti minda dgn mata kena selaras baru leh nampak apa yg disebalik lahiriah tu….kalau nampak jer tapi buat2 tak nampak pon tak guna…seperti nampak ade org nak beranak tepi jalan (seperti satu kes yg keluar surat khabar beberapa tahun lepas) tapi buat hal masing-masing…buat-buat tak nampak…. Padal ramainya pemandu jln tepi jalan tu… nampak ade peluang, ambil dan jual pada org lain…sampai bila nak ade kemahiran sendiri…betullah kata seorang kawan…beza jutawan sehari dgn jutawan selama-lamanya…semuanya pasal tak nampak….mata dah ramabang…gelap mata..
“Ade mata tapi tak nampak…ade hati tapi tak tahu menilai”….cewahhhh nie dialog cerita afdlin shauki n erra nie…..tajuk lupa la….hehehehe…tak guna kan kalau ade mata tapi tak nampak…ermmm baik jadi org buta…org buta pon bole nampak…dgn cara dia tersendiri…ade org buta bole menganyam tiakr lebih baik dari org yg celik…ade org buta bole mengurut (refleksologi dan lain2) lebih baik dari y gcelik….so apa masalah mata org yg celik nie….saya rasa masalahnya hati dia tak celik…org celik tapi hati tak celik…tak bole terima pendapat org lain…tak bole terima teguran…masalah negara tu…kalau semua org macam tu.
Walau apa pun jiwa aku yg tak tenteram nie kena kasi tenteram dulu…aku dah nampak tapi masih kabur…teruk nie…mmg masalah Negara nie…something wrong somewhere.

Tuesday, November 02, 2004

ghatering ermmm

Sabtu…30/10/04..Restoran Nelayan Titiwangsa

Ermm..”adek” minta pakai bj yg beli kat bukit bintang hari tu..arghhh rasa tak selesa sebenarnya sbb bukan majlis formal Cuma ghatering jumpa kengkawan dari alam maya jer… dah la mr’i’ mungkir janji hahaha its ok no prob.
Seronok jumpa arzoo, nani, gotee, avrill, dinda, elli (organizer), flex, HN, kak fida, brother lock, kak sira, buyie, dan azie (yg tak gi ulu yam tu hehehe)… makan, gelak tak ingat dunia..heheh rasa macam tak mo balik. Balik dari titiwangsa gi jumpa roy lak…pecah perut jumpa roy…tapi aku dah nak flat..penat letih pasai semalam tu tak cukup tido…yg lelain ade yg balik dan gi doraisamy pekena sup la kot n jumpa atromen baru mai dari terengganu. Kalau sesapa ade gambar ghatering bglah kat aku yer.leh aku post kat sini.
‘adek’ minta tlg hantar dia gi KLIA raya ke-5, heheheh gi kedah yerk….ade apa-apa ke tu…takpelah asalkan ‘adek’ bahagia sudah. Balik rumah dah kul 12 lebih, bagi drawing tetingkap tu kat nani…ermm free, buat amal sekali sekala dgn harapan org suka dwg tu dan akan menikmatinya sebaik mungkin. Sampai rumah mandi terus tido tak ingat dunia dah…letihhh..zzzZZZZzzz

ahad….
Balik meru…sebelum tu sempat layan cerita merlin…pinjam dari gotee ermm best gak citer nie, buka puasa kat gumah sesambil tgk proses mengecat ruang tamu…..filling proses dah siap tinggal nak cat jer…ermmm minggu depan settle la nie sebelum deepavali, pastu projek akulak utk cuci n spray kipas hehehe.

Isnin…
Cuti nuzul quran….nani call bgtau bos dia suka dwg tetingkap tu..ermmm (alhamdulillah)… sempat layan tgk citer Cleopatra…perhhh kurang pahala pose aku tgk citer nie hehehehe…ptg gi bank…gi beli kad raya…lupa bank tutup..ermm lain kalilah bayar kad hutang….pastu gi putrajaya bukak pose dgn gotee n miss’x’, perhhh lama mengidam nak makan meehon sup….dapat jugak ditambah dgn daging baker..perhhhh sedapnyerrrrrr.

Friday, October 29, 2004


drawing nie aku panggil 'tetingkap jiwa' ....ermmm up to u all impression...yg pasti ade byk tingkap...kat luar tu matahari yg cuba nak tembus....terpulang pada tingkap nak buka atau tutup...tapi warna ceria tu semacam petanda baik untuk tetangkap tu...ermm. Posted by Hello

satu sudut yg menarik...eye capture...kepelbagaian bentuk yg diadun harmoni...thanks miss 'z'. Posted by Hello

simple moden, cantik ruang nie...thanks miss 'Z', email gambar nie. Posted by Hello

Wednesday, October 27, 2004

si SipuT n sAng buRunG [proses]

26 oct 2004,…
teruja lagi hari nie dgn sesuatu yg berada didepan mata….berbuka dgn kawan di KL sentral….lepas tu gi ronda-ronda kat midvalley sajer usha baju2 raya….penat aku berjalan semalam dekat 3 jam setengah…macam2 org ade. Tapi bukan itu yg aku nak cerita…Cuma teringat sesuatu yg aku pernah baca dlm Indonesia komik….cerita tentang siput n burung ….ermmmm ..
dalam keadaan siput yg bergerak perlahan memanjat pohon pokok yg baru sahaja mengalami musim gugur….sang burung pula terbang megah dari satu pokok ke pokok yg lain…..bila sang burung sedar ade siput yg sdg panjat pokok yg takde daun tu dia pon dgn nada peril menegur siput tu…”nak gi mana tu kat atas takde daun, ko tu dah la jalan slow cam siput” [hahahah ayat nie aku reka sendiri]…siput terasa hati, siput pun cakap…”ermmm aku nak makan pucuk daun yg muda2 dan berkhasiat utk ubati sakit dalaman aku nie”… burung pun hairan mana ade daun kat atas pokok gila kot siput nie [dalam hati burung tu la, dia cakap cam tu].
Tapi si siput tak putus asa…dia ade matlamat…walaupon mmg slow dia jalan gak dah nak berbulan dia jalan dgn sabar utk mencapai objektifnya, sang burung pula hanya mentertawakan si siput sambil2 offer nak terbangkan siput ketempat lain… cam biasa siput merendah diri dan dia yakin dgn hasil yg dia akan dapat..
Lepas selesai musim gugur…daun2 baru mula tumbuh…waktu tu si siput dah tiba di puncak pokok dan sedang menjamu selera dgn daun2 muda yg boleh mengubati dirinya dan mengenyangkan serta puas dapat hasil yg sgt lumayan…berkat kesabaran, matlamat…dan yg seumpamanya….si siput berjaya dan bole menikmati pelbagai daun diatas pokok itu hingga habis musim. Baru sang burung sedar bahawa setiap perkara ade proses yg perlu dilalui…sama ada susah, senang dan dugaan yg ditempuhi….serta perlu ade matlamat….sedangkan siput2 lain yg baru mula memanjat bila tiba musim berbunga hanya dapat hasil apabila musim itu hamper berlalu.
Lebih kurang camtu la cerita tu….aku ingat citer nie sampai bila2….dan biasa aku ceritakan cerita nie pada anak2 buah dan junior2 waktu aku study dulu…bukan apa…student architecture kekadang susah nak dapat sesuatu konsep…so perlukan cerita yg bole mengukuhkan konsep dan mereleasekan jiwa yg selalu tertekan.
Jadi rasanyer aku sedang melalui proses tu semula…setelah proses pertama hancurrr…takpe teruskan usaha…setiap perkara ade proses kan…
ermmmm.

Tuesday, October 26, 2004


keseluruhan pokok cherry....ermmm something haa... Posted by Hello

pokok cherry kat jepun...ermmm disalut ais...cantik kan? cam kristal Posted by Hello

coolllll

lega rasanyerrrr.....
macam-macam kisah berlaku dlm sehari...ermmm satu lagi pengajaran baru yg tak mudah dilupakan...
harap kawan yg tersinggung tidak tersinggung lagi...ermmm 'its not easy to be me' hehehe tetiba laks lagu superman nie keluar...
mmg la tak mudah jadi org....jadi pensel pon belum tentu senang... tapi walauapa pun aku mmg sayangkan setiap persahabatan yg terjalin.... but macam2 bole berlaku kan.
salah sendiri... salah org...salah minda...salah...salah.....salah dan ...salah lagi.
kadang-kadang aku tak ambil kisah sgt apa org ank cakap....tapi yg pasti aku tak patut xpose something...just leave it to myself, ermmm kekadang teruk gak naluri aku nie, mungkin juaga ade hikmahnya...takpelah tu tuhan jer yg tahu.

Monday, October 25, 2004

24 oct 2004

Perrrrrrrrhhhhhh....penat hari nie,...
balik rumah abah...bersepah banyak benda nak kena kemas n settle sebelum raya...
project nak cat rumah dah bermula, 'adek' dah mula buat penampalan pada dinding yg bermasalah....ermmm adik yg bongsu lak bermasalah, sian dia kena gantung 2 minggu kerja, half pay lak tu....ermmm takpe belajar dari kesilapan...

malam gi uptown...sesak ramai org dah mula cari brg atau pakaian utk raya kot.
gi sahur dgn abg ainol...kul 3 pagi mkn nasi dgn ikan siakap...sian aku tgk pelayan dgn tokey kedai tu kena komplen pasai masakan depa..tapi takpelah utk kebaikan diorang gak...lagipun tokey tu member abg aku so tak risau la pasai kecik hati ke...janji dia improve oklah...sepanjang dok makan kami ber4 asyik komplen pasai ikan tu..ermm dgn skit permintaan kicap dan limau
akhirnya ikan itu berjaya diadun jadi sedap...hehehe tgk la pakar mkn ade..kekekek makan,
komplen boleh la hahaha.

tido kat rumah abg ainol...kul 9 blk rumah abah....adek kerja kul 11....ermmm

balik jer terus sambung tido....letih tak cukup tido, lepas tu
tlg servis kerete 'miss X', repair serba skit mana-mana yg longgar kasi betui skit...ermmm elok tukar baru kereta nie... penat gak buat kerja bulan ramadhan nie...pelu kuar mencurah-curah...lama tak berpeluh camnie,

malam lepas tgk rancangan apprentice balaik puchong...ermmm on the way lalau syeksen 7 shah alam teringat kat member, call dia ingat just saya hi, sekali ajak kuar (jahanam aku hari nie)..hehehe kuar gi sahur...seronok gak dah lama tak kuar dgn minah nie, kul 3.30 baru balik puchong, kul 4 baru tido....

apa-apa pun seronok aku balik rumah abah, walaupon penat...byk benda aku dah buat, semoga aku terus rajin utk decorate ruamh sendiri (apa la id nie).




Saturday, October 23, 2004


cantik lukisan nie..... ermmm mengingatkan aku pada sesuatu....hari nie ade org tersinggung dgn perangai aku....aku bukan sengaja...cuma...ntahlah unpredictable....walau apa pun aku mmg takde niat nak lukakan sesiapa....mungkin cara aku terlalu ekstreme.... takpe lain kali aku akan lebih berhati....sebab tu takut cakap byk..nanti ade yg tersilap cakap...ermmm Posted by Hello

cantik byk hikmah, molekul air zam-zam Posted by Hello

mE aNd sOmetHinG

ermmmmm ...
sila post komen anda di bahagian terakhir setiap artikal, gambar atau di akhir page ini ade chat site, tapi just leave ur simple message..thank you.