Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2007

ATM mesin . . .

hari nie gi atm mesin maybank depositkan sedikit wang pada adik, dengan kecanggihan teknologi duit dpt dipindahkan dengan mudah dan boleh dilakukan pada bila-bila masa, tu belum guna internet sepenuhnya, menyedari akaun wang aku dr bank lain jadi terpaksalah ke deposit mesin yg berhampiran, tp bukan itu yg aku nk ceritakan, tp bagaimana aku disapa dengan salam yg lembut dr seorg adik yg mungkin berusia dlm lingkungan 10 - 13 tahun, berkemeja putih, tubuh agak berisi, memakai songkok, berseluar hitam, memberi salam dengan senyuman. muka budak itu yg nmpk berseri buat aku berhenti dan menjawab salamnya kembali, dengan lajunyer adik tu pun cakap "kami dr rumah anak yatim, minta derma melalui penjualan kalender 2007" mungkin takut aku berlalu begitu sahaja dia terus cakap dgn pantas tanpa henti hinggalah aku kata " maaf dik abg dh ada kalendar nie" heheeh dengan niat nk lihat reaksi adik tersebut, adik tu pun terus petah membalas, "takpe bang, tak beli pun takpe, t

senyum . . .

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.Dengan murung lelaki itu mengadu, "Tuan Guru, sepanjang hidup saya,rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?" Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan rubahlahroman mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskinnamun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurutRasulullah, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yangmembuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanjiakan memperbaiki penampilannya. Wajahnya senantiasa berseri. Setiapkesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk be

Selamat Hari Lahir 'yobo'

pada 20 feb yg lalu kami sekeluarga meraikan hari lahir 'yobo' aku hadiahkan softpresent antaranya tempat letak hp, armrest dan botol yg berisi puisi khas utk 'yobo' puisi yg aku lahir secara spontan itu terus aku coret dan abadikan didalam sebuah botol kecil yg aku beli dikedai buku popular. sedikit kejutan dimana hadiah itu aku berikan pada awal padi tatkala 'yobo' membuka matanya. moga 'yobo' gembira dengan pemberian ikhlas ku itu. antara bait-bait puisi yg aku hadiahkan. Senyumanmu manis mengubat jiwa tuturmu lembut mententeram rasa gerak-gerimu tiada tanda Tanya buat kasih indah selamanya Terima kasih sudi menjadi Sebahagian daripada jiwaku terima kasih sabar dengan karenahku moga kasih tersimpul rapi bersama anugerah yang tak terperi Percaya berdua pecah tiada saling fahami erat maknanya rupa paras bukan utama jiwamu luhur idaman sukma Selamat hari lahir sayangku moga tabah pancaroba mendatang akanku pertahan hingga akhir zaman. tidak lupa pada ken

melayu bolehhhh ?

Di mana boleh cari ramai Melayu Pastinya di Kelantan dan Terengganu Dan juga di pasar malam dan pasar minggu Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu Di Sungai Buloh, pusat pemuilihan, dulu di Pudu Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru Terkinja-kinja best giler menari macam hantu Apa hobi orang MelayuTerkenal dengan budaya malas dan lesu Berlepak buang masa tak jemu-jemu Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu Tengok telenovela dari Filipina dan Peru Berpusu-pusu pergi tengok pameran hantu Sambil makan junk food, kuaci dan muruku Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu Mana tak gendut berpenyakit selalu Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu Boleh tak jumpa mereka di kedai buku Atau di perpustakaan dan maj

Lukisan Pertama.

Saya hampir terlupa yg qaisara ada mencoretkan sesuatu pada hari minggu lepas, sy lihat dia semakin suka menyelak-nyelak 'flash book' ABC dan 123, dengan spontan sy berikan dia sehelai kertas, sy lukiskan 'spiral' sebagai guideline, lepas tu sy beri dia sebatang pensel, letakkan pada jari jemari qaisara yg montok dan runcing itu, walaupun qaisara pegang atau lebih tepat genggam seperti penumbuk dengan mata pensel kebawah, sy tunjukkan guideline yg dia halus ikut, Alhamdulillah hasilnyer seperti dlm imej bewarna biru diatas, pertama kali sy lihat dia sangat seronok menggores-gores pensel tu keserata kertas termasuk la jubin lantai dan cuba ke dinding, aiseymannn, sy cuba ambil pensel kerana keadaan semakin tidak terkawal, qaisara pula enggan melepaskan.... ermmm fenin jap... terpaksa umpan dengan buku-buku lain hehehehe br dpt pensel tu, kalau tak dlm mulut pun dia nk melukis :) sy bersyukur kerana masih mampu berehat dirumah sambil memerhatikan pertumb

jauh berjalan luas pemandangan . . .

pada 11 feb lepas, genap qaisara 11 bulan, dan bermulalah perjalanan dia didalam rumah... melangkah dengan penuh berhati-hati, sambil mengimbangi badannya, cuba sedaya upaya bangun jika terduduk, berpaut pada meja atau kerusi untuk mendapatkan keseimbangan berjalan, melangkah dengan yakin kehadapan, tp masih tak pandai nk jalan 'gostan' hehehee. kadang-kadang qaisara tak mahu disuap makan, dia lebih suka mkn sendiri, walaupun hanya guna 2 jari mengutip nasi, sayur-sayuran atau ikan yg disediakan didalam mangkuk khas utknya, perlahan-lahan qaisara makan, walupun lebih 80% makanan itu akan melekat disebahagian kepala dan badan qaisara, mahupun yg 'terjun' dari mangkok makanannya, qaisara belajar sesuatu :) aku baru lepas menghadiri bengkel merevolusikan kewangan di UNISEL pada ahad lepas, insyAllah berkat dari dorongan dan strategi-strategi yg berkesan dari perunding kewangan bertauliah akan aku memulakan perjalanan baru dlm hidup ini untuk merealisasikan impian yg terpen

Beautiful minds

hari minggu yg lalu sy lihat cerita bertajuk beautiful minds hingga lewat pagi di TV, ia mengceritakan kisah benar seorg professor john nash yg genius di era 50an yg berjaya mencipta formula2 matematik dan menyelesaikan kod-kod rahsia ketenteraan, disamping beliau menghidap sejenis penyakit mental yg dikenali sebagai skizofrenia, beliau mempunyai kawan-kawan khayalan yg sering mengikuti dan mempengaruhi kehidupan sehariannya, tp dengan sokongan isteri dan rakan-rakan seperjuang beliau meneruskan kehidupan tanpa putus asa walaupun dimasukkan ke wad org sakit jiwa beberapa kali, ermmm apa yg menarik perhatian sy professor nie berjaya mengendahkan penyakitnya dan mengharungi setiap dugaannya dan tanpa berputus asa terus mencipta formula-formula matematik dan merumuskan dan memperincikan teori-teori yg pernah dikeluarkan sebelumnya hingga beliau diiktiraf dan dihadiahi anugerah nobel, cerita bagaimana beliau mengharungi setiap detik kepayahan dan kejayaan, surut naik kerjaya beliau amat me

25 hari lagi . . .

dear myblog... seperti tahun-tahun lepas, tahun ini golongan minoriti tetap terpinggir... dgn info sahih dr PA bos sendiri, golongan minoriti tiada increment dan mungkin tiada bonus, if ada pun tidak seperti mereka yg lain... isk camner management decide... lantak korang la... bagi aku staff tu aset yg plg berharga... if ada yg tak kena, buatlah sesuatu...teringat classmate cina aku dulu cakap... ermm "cina bukit camtu la" hehehe bukan aku yg cakap yerk... bebudak kat opis nie mula rasa tak best bila aku nk blah... memacam la plak hal diorg nie, agak2 nk stay...elok la stay belajar byk benda, kalau agak2 takde benda dah nk belajar nk explore, pergilah berhijrah... tak salah, tak pun gi la buat bisnes lagi digalakkan dunia yg pernuh cabaran. 1 feb lepas berjaya tgk qaisara berjalan 4-5 langkah hehehe walaupun terkedek2... qaisara belum berkeyakinan untuk menapak dgn lebih jauh, maybe bila umur dia cukup 11 bulan boleh jalan kot.. seronok tgk qaisara mula belajar jalan. note :