Skip to main content

Beautiful minds

hari minggu yg lalu sy lihat cerita bertajuk beautiful minds hingga lewat pagi di TV, ia mengceritakan kisah benar seorg professor john nash yg genius di era 50an yg berjaya mencipta formula2 matematik dan menyelesaikan kod-kod rahsia ketenteraan, disamping beliau menghidap sejenis penyakit mental yg dikenali sebagai skizofrenia, beliau mempunyai kawan-kawan khayalan yg sering mengikuti dan mempengaruhi kehidupan sehariannya, tp dengan sokongan isteri dan rakan-rakan seperjuang beliau meneruskan kehidupan tanpa putus asa walaupun dimasukkan ke wad org sakit jiwa beberapa kali, ermmm apa yg menarik perhatian sy professor nie berjaya mengendahkan penyakitnya dan mengharungi setiap dugaannya dan tanpa berputus asa terus mencipta formula-formula matematik dan merumuskan dan memperincikan teori-teori yg pernah dikeluarkan sebelumnya hingga beliau diiktiraf dan dihadiahi anugerah nobel, cerita bagaimana beliau mengharungi setiap detik kepayahan dan kejayaan, surut naik kerjaya beliau amat menyentuh perasaan.

erm sebenarnya dh lama sy ingin abadikan kisah nie dlm blog, tp tak sempat dengan proses 'brain juice' yg br jer selesai. dan membuatkan sy teringat tentang konsep 'six sense' yg pernah sy terapkan dlm rekabentuk senibina waktu belajar dahulu, hingga ada sahabat-sahabat menganggap perkara deria ke-6 sgt subjektif dan jadi perbualan dan perhatian hingga ke para junior, dan menjadikan persembahan rekabentuk sy sebagai sesuatu yg lawak dan bersejarah kerana persembahan tersebut dilakukan tanpa melihat lukisan, kerana semua pensyarah termasuk pensyarah dari jepun dan pelajar diminta memejam mata, dan ketika itu kedengaran suara-suara sumbang yg mengatakan sy buat kerja gila dan kate-kate hikmat "sure fail" begitu kuat kedengaran, heheheh sy gelabah juga tp kontrol cool, sbb semua org pejam mata so teruskan jer la dgn deria pendengaran dan perasaan yg dipersembahkan, diakhir penceritaan konsep br sy minta mereka semua buka mata dan lihat lukisan persembahan yg dilakukan, ia taklah secantik mana, tp penuh dgn makna.... six sense la katakan :) .
keputusan rekabentuk tersebut tidak mengecewakan sy dan kerana keputusan yg diluar jangkaan deria ke 6 sy itulah yg membawa sy terkehadapan dan jadi tajuk perbualan hangat dikalangan pensyarah dan pelajar, ...hingga antara calon biasiswa tajaan yayasan jepun di Ipoh (tp tak dpt pun hehehe sbb ada yg lebih memerlukan dr sy) , tp tu semua cerita waktu belajar, kita boleh explore apa sahaja, boleh bereksperimentansi, di dunia pekerjaan dan realiti ermmm (sendiri mau ingat la)

sy juga bawa perkara 6 sense tu ke dalam bengkel senibina di USM dengan pendekatan humor dan sebahagian dr peserta betul-betul memahami dan yg lain hanya terima ia sebagai lawak sahja, bg sy terpulang pada individu terbabit asalkan sy yakin dgn apa yg sy lakukan [ehem dlm byk-byk universiti sy dpt no 3...err..errr sy tak pernah belajar di universiti mungkin sbb lahir jer dh terus di universiti jejejeje, tp . . .]

pernah tak kita masuk ke satu ruang dgn pelbagai perasaan, adakalanya kita masuk kesatu ruang kita akan rasa sedih, ruang yg lain kita rasa aman, ruang yg lain kita rasa gementar, ruang yg lain menggembirakan, itu br melibatkan emosi-emosi yg sedia maklum, bagaimana emosi yg sukar diceritakan, seperti berada dlm satu ruang yg sgt selesa tapi tiba-tiba bulu roma tegak berdiri tanpa disangka? bolehkan rekabentuk mencipta ruang sedemikian? :)
bolehkan ruang menjadi terapi bagi pelbagai penyakit? bolehkah ruang mencipta watak penghuni ruang?..... [ panjang nie nk terangkan heheheh tp sy yakin semua org ada jawapan tersendiri ]
apa kaitannya ruang, rekabentuk, 'six sense' dengan cerita beautiful minds tu? . . . harap ada yg menonton dan fahami kaitannya :)

Q : ruang mencipta watak atau watak mencipta ruang?

Comments

~ GAB ~ said…
Ruang mencipta watak atau watak mencipta ruang?

Space is instrumental in building up character for the reason that our souls will be influenced by what is around us. For the horoscope practitioner, it comes into calculations for the lattitude and logitude of the birth place of a person. In a sense, "space" in a big way we are referring to here, the locale on earth. Come back to the smaller space we are confined into, starts from the country we are staying down to certain area of town we are at and specific location of the area and... until... say in a house, in a living room where our lives revolve. Without our realisation, our sub-conscious minds will be very much interact by what is around us. With certain tone of color, it'll steer us towards certai felings likewise certain set up of the thing will as well influence the way we behave, like it or not.

And hence, the space that may influence us will be just as much develop our characters to build space that suits our needs until the break off from the enigma at will of the persons (based on certain specific realisations over matters), so then the switched paradigm in a person will start building space, different than the ordinary to suit his new needs - that makes the character influenced the space.

We go a bit further to "Quack theory" in Physics, I'd love to narrow down, until certain level of it, it involves metaphysical sides of things that dealing with ultimate nature and and reality. (I don't wanna drag further... wekekeke)

Thus, we can say that either side of it may influence each other circumstantially, space over characters or characters over space.

Thank you
Izariza said…
Tun,

Idea yang berpusar-pusar di zihni saya tiba-tiba menjadi beku seusai menilik komentar sejagat yang diutarajelaskan oleh Tuan Gab.. hehehe..

(dalam diri ini ada ruang untuk diriku sendiri dan aku menyukai ruang polos tapi penuh lukisan nostalgik)
gab...
tq bro u can be one of the great lecturer.
i will copy ur comment n post it to my blog sir :).

izariza...
ruang polos dan lukisan nostalgik, perlukan pengamatan yg amat mendalam tu....penuh memori

Popular posts from this blog

loghat utara...hehehe

Indahnya bahasa utara - [asyik salam pantai timur jerk :) ] lama tak dgr bonda cakap utara (penang)... hehehe yerla bonda dh takde dialam ini... tp cerita dibawah nie ade juga yg ku tak faham hehehe sib baik ade translation :) [cerita dari utara]... Pak mat dah cemuih dok meghonot bawah beranda. Malam kemaghin pak mat nampak sekoq budak ghenjong ghagaih pagaq mai dok balaih buah ceghemai pak mat hat maneh melecaih. “Malam ni mekalu mai aku tengalong. Masuk kot leghoh ni lembeq aku ghimbok” kata pak mat sambey dok gabuih seluaq. Dok sat pak mat pun nampak kawaq tu meloghoih mai kut bawah pagaq. Pak mat tunggu sat, sambey dok ghunaih ghupin kudhey Mekala kawaq tu tengah ghalit dok polok mentedaghah buah ceghemai, pak mat peghembang teghebey betoi-betoi kat betih keghin. Kelepuih, pak mat teghebey. “senighih pulak! pelaq sungguh” kata pak mat peghongoih. Kawaq tu teghuih ghodong keluaq. Habih ghabit baju. Dia ghandok ayaq acaq abih belemoih. Pak mat pedo teghebey betoi kat tengah belakan

jubin...

salam blogger's... [sambil lap hingus] beberapa hari lalu ade seorg kawan tanya tentang jubin... errr terpinga-pinga aku cuba memahami apa yg dia ingin sampaikan...memacam yg ditanyanya... bila dia kate "aku nk jubin yg besar tp murah kat mana ade jual" aku lagi bertambah keliru, aku yg sedang blurr nie pun tanya, ko nk jubin utk apa? jubin jenis apa ko nak? kawanku jawab dengan selamba "aku nk letak kat 'car porch' alaaa yg kaler merah2 tu cam batu bata tuuu, (sambil memuncungkan mulut), bila aku tanya lagi, yerla tp jenis apa ko nak? member aku pulak yg blurrr... errr jubin ade berapa jenis? aku pun senyum sambil rasa nk grip jer leher dia dibawah ketiak aku yg sentiasa wangi nih heheheh.... jadi tanpa membuang masa aku rasa eloklah aku terangkan sedikit demi sedikit disini utk sama2 kita mengetahui tentang jubin... [panjang citer nih, sila ambil note yer, heheh] jubin atau 'tiles' ade dlm pelbagai rupa dan bentuk... ade segiempat sama, segiempat te

sistem pendidikan ?

ilustrasi by sapot poleng.... friends from pnng. [computer generated] last week dtg budak UPM mintak kerjacourse industrial design... bersungguh2 dia ckp dia pandai guna software 3d dan pandai sketch...bila tgk hasil kerja ok... walaupun dia dtg dgn berselipar, t-shirt dan cap... aku masih tak kisah...sbb office nie fleksible... tp bila aku suruh dia dtg kali kedua, dia masih seperti itu... trus aku ingatkan dia yg dia jumpa aku ok la, [sbb 1st time tak formal] nnti jumpa big bos jgn mcm nie, nnti nk mintak kerja kt tempat lain, proper la skt kan... be prepared, ko tu student U, bukan bdk diploma biasa.... kali ke 3 dia dtg smart.. bgs aku puas hati, bos pon ok... dan diterima kerja.... tup tup... lepas sehari kerja dia ckp dpt jadi 'RA' research assistance dan november dpt sambung master... maybe ade discussion dgn lecturer bila dipanggil... aku masih tak kisah... aku ckp office nie fleksible, tp kasi la time table ko discussion supaya takde la duedate kerja t