Skip to main content

Lukisan Pertama.


Saya hampir terlupa yg qaisara ada mencoretkan sesuatu pada hari minggu lepas, sy lihat dia semakin suka menyelak-nyelak 'flash book' ABC dan 123, dengan spontan sy berikan dia sehelai kertas, sy lukiskan 'spiral' sebagai guideline, lepas tu sy beri dia sebatang pensel, letakkan pada jari jemari qaisara yg montok dan runcing itu, walaupun qaisara pegang atau lebih tepat genggam seperti penumbuk dengan mata pensel kebawah, sy tunjukkan guideline yg dia halus ikut, Alhamdulillah hasilnyer seperti dlm imej bewarna biru diatas, pertama kali sy lihat dia sangat seronok menggores-gores pensel tu keserata kertas termasuk la jubin lantai dan cuba ke dinding, aiseymannn, sy cuba ambil pensel kerana keadaan semakin tidak terkawal, qaisara pula enggan melepaskan.... ermmm fenin jap... terpaksa umpan dengan buku-buku lain hehehehe br dpt pensel tu, kalau tak dlm mulut pun dia nk melukis :)
sy bersyukur kerana masih mampu berehat dirumah sambil memerhatikan pertumbuhan fizikal dan mental qaisara.
masihkah anda ingat lukisan pertama yg pernah dilukis?...
sy tidak dpt ingat apa-apa yg sy lukis disekolah rendah, tadika apatah lagi (tidak pernah jejak kaki ke tadika pun). walau apa pun sy masih ingat peraduan melukis poster 'antidadah' yg dianjurkan pihak sekolah rendah... ehem dpt no 3 tu.... kira ok la.
selepas itu sy tidak melukis lagi, hinggalah apabila di vokasional klang, teknikal drawing menjadi permainan sy seharian, hingga lukisn itu dijaja dari satu kelas ke satu kelas oleh guru-guru teknikal sebagai rujukan kepada junior dan rakan sebaya, hingga pernah ditampal didalam kelas pelajar elektrik selama sebulan...ermmm kekadang tak faham apa kaitan pelajar elektrik dengan lukisan binaan bangunan yg dilukis.
lukisan tidak sy tinggalkan hingga ke politeknik ungku omar, byk perkara sy belajar disana, abstract mainan sy diwaktu terluang, hingga menjadi rebutan pelajar-pelajar dan lecturer ketika pameran senibina... itu pertama kali sy menjual lukisan sy, mungkin juga sy mencuba market diri ini.... nmpk diluar jangkaan... apabila lukisan yg tidak bernama itu berjaya dilelong dengan harga rm50, ok la tu lepas duit poket 2 minggu (lukisan ini dimiliki oleh suhailah atau gelaran yg kami beri suebuh kerana dia bernama sue + bertudung labuh, hehehehe), pensyarah yg pernah melihat lukisan itu hampa kerana terlewat ke tempat lelongan. ada juga yg cuba membelinya dari 'suebuh' tp nmpknyer suebuh tetap dengan pendiriannya.
rasa rugi pula sy tiada gambar tentang lukisan itu, harap suebuh yg telah mempunyai anak satu dan berada di penang framekan ia dengan baik :).
satu lagi lukisan bertajuk 'tetingkap jiwa' dilukis pada 2004 ermm disedekahkan pada nani@jet utk hiasan diwad fisioterapi sebagai tatapan pesakit-pesakit disana. tak sangka pula bos nani en.rashid mahu membeli lukisan tersebut, tp sy rasa ikhlas utk beri moga itu satu pelaburan yg baik disana.
kini utk melukis lagi, rasanyer janggal... perlukan masa dan komitmen,
mungkin satu hari nnti.
p/s: adakah anda masih ingat lukisan pertama yg dilukis?

Comments

Izariza said…
Tun,
karya pertama tidak dapat saya ingati., tetapi ada suatu kisah di mana saya ketika itu masih belum bersekolah. Tatkala kakak saya menyiapkan lukisan corak batik di kertas lukisan sebagai kerja rumah, saya turut 'membantu' sehingga lukisan itu bertukar menjadi contengan 'abstrak'. Kesian dia, terpaksa mengusahakan lukisan yang baru! hehe...
hehheee lukisan itu tentu indah kalau diframekan...

kekadang kita lupa apa yg kita pernah lakukan, kekadang kita ingat apa yg org telah lakukan terhadap kita, mungkin sedikit penting 'masterpiece' disimpan dlm apa jua bentuk :)

Popular posts from this blog

loghat utara...hehehe

Indahnya bahasa utara - [asyik salam pantai timur jerk :) ] lama tak dgr bonda cakap utara (penang)... hehehe yerla bonda dh takde dialam ini... tp cerita dibawah nie ade juga yg ku tak faham hehehe sib baik ade translation :) [cerita dari utara]... Pak mat dah cemuih dok meghonot bawah beranda. Malam kemaghin pak mat nampak sekoq budak ghenjong ghagaih pagaq mai dok balaih buah ceghemai pak mat hat maneh melecaih. “Malam ni mekalu mai aku tengalong. Masuk kot leghoh ni lembeq aku ghimbok” kata pak mat sambey dok gabuih seluaq. Dok sat pak mat pun nampak kawaq tu meloghoih mai kut bawah pagaq. Pak mat tunggu sat, sambey dok ghunaih ghupin kudhey Mekala kawaq tu tengah ghalit dok polok mentedaghah buah ceghemai, pak mat peghembang teghebey betoi-betoi kat betih keghin. Kelepuih, pak mat teghebey. “senighih pulak! pelaq sungguh” kata pak mat peghongoih. Kawaq tu teghuih ghodong keluaq. Habih ghabit baju. Dia ghandok ayaq acaq abih belemoih. Pak mat pedo teghebey betoi kat tengah belakan

jubin...

salam blogger's... [sambil lap hingus] beberapa hari lalu ade seorg kawan tanya tentang jubin... errr terpinga-pinga aku cuba memahami apa yg dia ingin sampaikan...memacam yg ditanyanya... bila dia kate "aku nk jubin yg besar tp murah kat mana ade jual" aku lagi bertambah keliru, aku yg sedang blurr nie pun tanya, ko nk jubin utk apa? jubin jenis apa ko nak? kawanku jawab dengan selamba "aku nk letak kat 'car porch' alaaa yg kaler merah2 tu cam batu bata tuuu, (sambil memuncungkan mulut), bila aku tanya lagi, yerla tp jenis apa ko nak? member aku pulak yg blurrr... errr jubin ade berapa jenis? aku pun senyum sambil rasa nk grip jer leher dia dibawah ketiak aku yg sentiasa wangi nih heheheh.... jadi tanpa membuang masa aku rasa eloklah aku terangkan sedikit demi sedikit disini utk sama2 kita mengetahui tentang jubin... [panjang citer nih, sila ambil note yer, heheh] jubin atau 'tiles' ade dlm pelbagai rupa dan bentuk... ade segiempat sama, segiempat te

sistem pendidikan ?

ilustrasi by sapot poleng.... friends from pnng. [computer generated] last week dtg budak UPM mintak kerjacourse industrial design... bersungguh2 dia ckp dia pandai guna software 3d dan pandai sketch...bila tgk hasil kerja ok... walaupun dia dtg dgn berselipar, t-shirt dan cap... aku masih tak kisah...sbb office nie fleksible... tp bila aku suruh dia dtg kali kedua, dia masih seperti itu... trus aku ingatkan dia yg dia jumpa aku ok la, [sbb 1st time tak formal] nnti jumpa big bos jgn mcm nie, nnti nk mintak kerja kt tempat lain, proper la skt kan... be prepared, ko tu student U, bukan bdk diploma biasa.... kali ke 3 dia dtg smart.. bgs aku puas hati, bos pon ok... dan diterima kerja.... tup tup... lepas sehari kerja dia ckp dpt jadi 'RA' research assistance dan november dpt sambung master... maybe ade discussion dgn lecturer bila dipanggil... aku masih tak kisah... aku ckp office nie fleksible, tp kasi la time table ko discussion supaya takde la duedate kerja t