Skip to main content

Selamat Hari Lahir 'yobo'

pada 20 feb yg lalu kami sekeluarga meraikan hari lahir 'yobo'
aku hadiahkan softpresent antaranya tempat letak hp, armrest dan botol yg berisi puisi khas utk 'yobo'
puisi yg aku lahir secara spontan itu terus aku coret dan abadikan didalam sebuah botol kecil yg aku beli dikedai buku popular.
sedikit kejutan dimana hadiah itu aku berikan pada awal padi tatkala 'yobo' membuka matanya.
moga 'yobo' gembira dengan pemberian ikhlas ku itu.

antara bait-bait puisi yg aku hadiahkan.

Senyumanmu manis
mengubat jiwa
tuturmu lembut
mententeram rasa
gerak-gerimu tiada tanda Tanya
buat kasih indah selamanya

Terima kasih
sudi menjadi Sebahagian daripada jiwaku
terima kasih
sabar dengan karenahku
moga kasih tersimpul rapi
bersama anugerah yang tak terperi

Percaya berdua pecah tiada
saling fahami erat maknanya
rupa paras bukan utama
jiwamu luhur idaman sukma

Selamat hari lahir sayangku
moga tabah pancaroba mendatang
akanku pertahan hingga akhir zaman.


tidak lupa pada kengkawan berketurunan tiong hua, selamat tahun baru cina, ermm BBQ kerbau pendek tahun nie agak besar hehehe disertakan dengan tarian singa yg buat aksi akrobatik diatas tiang-tiang yg kekadang sedikit mencemaskan.


note :
yobo ialah bahasa korea maknanyer 'sayangku' :)

Comments

nanies said…
hai tun...lama tak jenguk blog hang...lah sue pun bln feb ke..so hepi belated besday tuk sue yer...semoga rumahtangga korang kekal aman bahagia....

Popular posts from this blog

jubin...

salam blogger's... [sambil lap hingus] beberapa hari lalu ade seorg kawan tanya tentang jubin... errr terpinga-pinga aku cuba memahami apa yg dia ingin sampaikan...memacam yg ditanyanya... bila dia kate "aku nk jubin yg besar tp murah kat mana ade jual" aku lagi bertambah keliru, aku yg sedang blurr nie pun tanya, ko nk jubin utk apa? jubin jenis apa ko nak? kawanku jawab dengan selamba "aku nk letak kat 'car porch' alaaa yg kaler merah2 tu cam batu bata tuuu, (sambil memuncungkan mulut), bila aku tanya lagi, yerla tp jenis apa ko nak? member aku pulak yg blurrr... errr jubin ade berapa jenis? aku pun senyum sambil rasa nk grip jer leher dia dibawah ketiak aku yg sentiasa wangi nih heheheh.... jadi tanpa membuang masa aku rasa eloklah aku terangkan sedikit demi sedikit disini utk sama2 kita mengetahui tentang jubin... [panjang citer nih, sila ambil note yer, heheh] jubin atau 'tiles' ade dlm pelbagai rupa dan bentuk... ade segiempat sama, segiempat tepat, bu…

modern primitive

contoh rumah yg menggunakan 'interlocking brick system'...errrr mahu? sila hubungi saya :)





































sesuatu yang menarik saya baca hari ini...'modern primitive' . . .boleh lihat some review dari exhibition disini http://www.pinkmemo.com/newyork/blog/modern-primitives-at-design-miami/
seakan trend diwaktu ini bila kebanyakkan kediaman mewah direka menggunakan 'raw material' dinding tanpa dicat, tanpa diplaster, hingga rekabentuk perabut juga menjadi sangat raw tp masih terdapat sentuhan mewah dan artistik. namun ia masih bergantung kepada kepakaran pereka dan kehendak pelanggan yang mahukan kelainan dan cost effective.
beberapa tahun kebelakangan ini juga di Malaysia penggunaan 'interlocking brick system' menjadi sesuatu yg diminati terutama dirumah-rumah di pantai timur, mungkin kerana mesin mencetak bata tersedut datangnya dari negara jiran, penggunaan yg sgt efisien hingga boleh menjimatkan 15 ke 20% dari kos kebiasaan kerana kurangnya penggunaan acuan konkrit, t…

loghat utara...hehehe

Indahnya bahasa utara - [asyik salam pantai timur jerk :) ]

lama tak dgr bonda cakap utara (penang)... hehehe yerla bonda dh takde dialam ini...
tp cerita dibawah nie ade juga yg ku tak faham hehehe sib baik ade translation :)

[cerita dari utara]...

Pak mat dah cemuih dok meghonot bawah beranda. Malam kemaghin pak mat nampak sekoq budak ghenjong ghagaih pagaq mai dok balaih buah ceghemai pak mat hat maneh melecaih.

“Malam ni mekalu mai aku tengalong. Masuk kot leghoh ni lembeq aku ghimbok” kata pak mat sambey dok gabuih seluaq.
Dok sat pak mat pun nampak kawaq tu meloghoih mai kut bawah pagaq. Pak mat tunggu sat, sambey dok ghunaih ghupin kudhey
Mekala kawaq tu tengah ghalit dok polok mentedaghah buah ceghemai, pak mat peghembang teghebey betoi-betoi kat betih keghin.

Kelepuih, pak mat teghebey.
“senighih pulak! pelaq sungguh” kata pak mat peghongoih.

Kawaq tu teghuih ghodong keluaq. Habih ghabit baju. Dia ghandok ayaq acaq abih belemoih.

Pak mat pedo teghebey betoi kat tengah belakang.

Pelepiap…