Skip to main content

Tsunami

pagi nie aku dapat satu email dari seorang kawan...ermmm aku rasa baik aku kongsi bersama dgn anda semua disini...kalau prihatin sampaikanlah pada kengkawan yg lain seberapa segera, tak banyak yg kita bole lakukan tapi sikit-sikit lama-lama jadi bukit....seperti pepatah melayu, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul... :(

bacalah dgn berperikemanusiaan :

Berita muka depan Utusan Malaysia malam tadi melaporkan bahawa jumlah korban Tsunami yang melanda Asia sudah pun mencecah angka 55,000, jauh melebihi angka 31,000 korban gempa bumi besar yang melanda wilayah BAM di Iran pada tarikh yang sama tahun lepas.Masing-masing orang punya pandangan tersendiri mengenai malapetaka ini; ada yang berpendapat bahawaianya adalah Bala daripada Tuhan yang Maha Kuasa, adapula yang berpendapat kejadian ini berlaku secarasemulajadi dan hanyalah bencana alam semata-mata. Sayapula berpendapat apa yang berlaku ini ada hikmahnyayang tersendiri.Saya pernah dengar orang alim kata, Tuhan timpakan malapetaka ke atas sesetengah orang, seperti Tsunami ini, Tuhan nak uji tengok sama ada mereka bersabar atau pun tidak dengan ujian yang dikenakan. Dan, Allah jadikan kita terselamat dan tidak terlibat dalam bala berkenaan, Allah nak uji tengok sama ada kita bersyukur atau pun tidak dan mahu membantu mangsa-mangsa yang terlibat.Ringkasnya, adalah dirasakan, dari satu sudut, melalui bala Tsunami ini Allah memberi peluang kepada kepada orang-orang seperti kita untuk membuat pahala, jika itu yang kita suka. Kerana itu, semalam saya dan rakan-rakan, kami mula mengwar-warkan kepada rakan-rakan sekerja, siapa yang punya barangan ingin disampaikan kepada mangsa tsunami di Kuala Muda, kami menawarkan diri untuk tolong mengumpul dan membawa barang-barang sumbangan tersebut ke sana.Malam tadi, saya diberi peluang lagi untuk membuat pahala. Kali ini, saya ditakdirkan bertemu dengan seorang sahabat yang baru pulang dari Indonesia.

Beliau memang full time kerja di sana, iaitu sebagai Project Manager di sebuah ladang Estate di Acheh, PTUbertraco yang dimiliki oleh anak Syarikat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS). Menurut sahabat saya ini,Tuan Haji Mat Sobree Bin Che Soh 42 tahun, suasana diAcheh cukup kacau bilau. Kata beliau, gempa Tsunamiitu telah menyebabkan Acheh khususnya kawasan Banda Acheh jadi macam padang jarak padang tekukur, mayatbergelimpangan di mana-mana, hinggakan sesetengahnya busuk berhari-hari kerana tidak cukup orang dan kelengkapan untuk menguruskannya.Memang benar kata Tn Haji Sobree; saya terbaca berita terbaru dalam Internet; jumlah kematian di Acheh kini sudah pun mencecah angka 7072 orang, boleh dilihat mayat-mayat terburai di sini sana. Pihak pemerintah menjangka angkanya akan meningkat kepada 25,000 orang. Dalam Utusan Malaysia hari ini29 Dis pula, boleh dilihat satu mukasurat penuh gambar-gambar mayat bergelimpangan, tua muda anak-anak kecil tak kira golongan.

Sahabat saya ini cukup emosional apabila menceritakan mengenai suasana di sana; apa tidaknya beliau sudah pun 9 tahun di Acheh, ramailah yang terlibat itu ada kaitan dengan kenalan dan rakan setugasnya di sana.Daripada 400 orang kakitangannya, lebih 80% adalah orang-orang Acheh. Begitu dekat sekali beliau dengan mereka.Antara yang menjadi mangsa ialah adik kepada salah seorang Pengurus Estatenya sendiri. Rumah mereka diBanda Acheh yang terletak kira-kira 1 km dari tebing sungai di sebelah tepi sini dan 4 km daripada pantai di sebelah sana (tengah-tengah antara sungai danpantai) hancur diserang Tsunami yang masuk melalui kedua-dua sisi, dari sungai dan juga dari pantai. Adik sahabatnya itu hilang entah ke mana. Seorang lagi Pembantu Pengurusnya iaitu Bapak Zulkifli Seregar, anaknya yang menyewa rumah di Banda Acheh juga turut disapu Tsunami, hanyut entah ke mana pergi.Pengurus kewangannya pula iaitu Bapa Mawardi,isterinya hilang begitu saja belum dapat dikesan.Ratusan budak-budak Universiti yang menyewa rumah-rumah papan di sekitar Banda Acheh itu, ramai yang lenyap begitu saja ditelan gelombang.Pendek kata, Banda Acheh sudah jadi padang tekukur,kebetulan waktu bersembang dengan beliau itu, dihadapan kami ada Berita Harian 28/12/04, muka depan gambar kesan Tsunami di sekitar Masjid Baiturrahman diBanda Acheh; kata sahabat saya ini, sekeliling kawasan masjid itu penuh dengan sampah sarap, bangkai keretabercampur bauk dengan mayat-mayat manusia.

Ringkasnya, kesannya cukup tragis sekali, mungkin gambar-gambar rintihan sanak saudara yang terselamat ini mampu menjelaskan segala-galanya. Boleh dikatakan setiap orang yang masih hidup pasti ada yang kehilangan setidak-tidaknya seorang saudara mara.Berat mata memandang berat lagi bahu mereka memikulnya.Setelah bersembang panjang, saya tanya apa yang kawan-kawan kita di Malaysia boleh lakukan. Lalu timbullah satu cadangan; dengan kebenaran PejabatPertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), atas namaPertubuhan berkenaan, Tn Haji Sobree dan rakan-rakannya memutuskan untuk melancarkan Tabung Sumbangan Pakaian Terpakai untuk mangsa-mangsa Tsunamidi Acheh sana.Lagi pun, melalui pemerhatian saya di Pusat Pemindahandi Kota Kuala Muda sana pada hari isnin yang lepas,sumbangan pakaian terpakai di sana nampak sudah agak berlebihan, Lalu, ada baiknya jika sekiranya sesiapa yang ingin memberi sumbangan pakaian, jika ada berlebihan, eloklah disalurkan sebahagiannya untuk rakan-rakan seagama di Acheh sana.After all, nasib baik ada Aceh; kalau tidak- bukan kata Kota Kuala Muda atau pun Batu Feringgi, dan bukan setakat Jambatan Pulau Pinang, silap-silap dengan Feri-Feri Pulau Pinang itu sekali habis terpelanting hanyut ke lautan Hindi. Sesungguhnya, kedudukan geografi Acheh itu sendiri telah membantu kita,mungkin tiba masanya pula untuk kita semua membantu mereka; bukan minta duit pun cuma kain baju terpakaisaja.Untuk itu, jika sesiapa yang ingin menyumbang pakaiankepada mangsa Tsunami di Acheh, bolehlah serahkansumbangan kalian kepada:
KUALA LUMPUR:
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)
Lot 9, Jalan 241, Seksyen 51A,
46100 Petaling Jaya Selangor.
Tel: 03-78766622 (Puan Rohana Ramli)

JOHORLadang Urus Sdn Bhd,
Pertubuhan Peladang Negeri Johor,
No 15, Jln Persiaran Tanjung Susur 1,
Taman Bukit Alif, JB.
Tel: 07-2374100 (Haji Abd Rahim Said)
or 012-7030161(Hj Arif Kasim)

IPOH, PENANG, KEDAH
Tuan Hj Sobree Bin Che Soh,
Restoren AACS, Padang Serai. Kedah.
Tel: 012-4126864
atau pun hubungi saya seperti email
add di bawah,
kami akan hantar pergi ambil sendiri sumbangan berkenaan di tempat kerja anda.
Akhir kata, bantulah mereka setakat yang terdaya.Walaupun cuma pakaian terpakai, tapi insyaallah ada pahalanya. Lagi pun dalam kitab Sahih Bukhari sendiri ada disebutkan bab bersedekah kain baju ini:
Sahih Bukhari Jilid II: Hadith 755.Dari Zainab, isteri Abdullah r.a, katanya ketika dia berada dalam masjid,
Nabi SAW bersabda, maksudnya: "BERSEDEKAHLAH WALAUPUN DENGAN PAKAIANMU".Moga mendapat kerjasama.

Monier_matdin@yahoo.com
29/12/04

Comments

Popular posts from this blog

loghat utara...hehehe

Indahnya bahasa utara - [asyik salam pantai timur jerk :) ] lama tak dgr bonda cakap utara (penang)... hehehe yerla bonda dh takde dialam ini... tp cerita dibawah nie ade juga yg ku tak faham hehehe sib baik ade translation :) [cerita dari utara]... Pak mat dah cemuih dok meghonot bawah beranda. Malam kemaghin pak mat nampak sekoq budak ghenjong ghagaih pagaq mai dok balaih buah ceghemai pak mat hat maneh melecaih. “Malam ni mekalu mai aku tengalong. Masuk kot leghoh ni lembeq aku ghimbok” kata pak mat sambey dok gabuih seluaq. Dok sat pak mat pun nampak kawaq tu meloghoih mai kut bawah pagaq. Pak mat tunggu sat, sambey dok ghunaih ghupin kudhey Mekala kawaq tu tengah ghalit dok polok mentedaghah buah ceghemai, pak mat peghembang teghebey betoi-betoi kat betih keghin. Kelepuih, pak mat teghebey. “senighih pulak! pelaq sungguh” kata pak mat peghongoih. Kawaq tu teghuih ghodong keluaq. Habih ghabit baju. Dia ghandok ayaq acaq abih belemoih. Pak mat pedo teghebey betoi kat tengah belakan...

jubin...

salam blogger's... [sambil lap hingus] beberapa hari lalu ade seorg kawan tanya tentang jubin... errr terpinga-pinga aku cuba memahami apa yg dia ingin sampaikan...memacam yg ditanyanya... bila dia kate "aku nk jubin yg besar tp murah kat mana ade jual" aku lagi bertambah keliru, aku yg sedang blurr nie pun tanya, ko nk jubin utk apa? jubin jenis apa ko nak? kawanku jawab dengan selamba "aku nk letak kat 'car porch' alaaa yg kaler merah2 tu cam batu bata tuuu, (sambil memuncungkan mulut), bila aku tanya lagi, yerla tp jenis apa ko nak? member aku pulak yg blurrr... errr jubin ade berapa jenis? aku pun senyum sambil rasa nk grip jer leher dia dibawah ketiak aku yg sentiasa wangi nih heheheh.... jadi tanpa membuang masa aku rasa eloklah aku terangkan sedikit demi sedikit disini utk sama2 kita mengetahui tentang jubin... [panjang citer nih, sila ambil note yer, heheh] jubin atau 'tiles' ade dlm pelbagai rupa dan bentuk... ade segiempat sama, segiempat te...

sesuatu...

sesuatu dh berlaku... apa yg dah berlaku? 3 hari tak hisap rokok! 3 hari demam dan selsema... 2 hari badan sakit-sakit... 1 hari urat saraf otak rasa macam nk meletup... 0.5 hari jer kerja... 0 minda ku ini... sesuatu dh berlaku... apa yg berlaku? bodohnya aku bt kerja gila... kenapa jadi macam tu? mungkin kerana ikut nafsu... kedai buku jadi mangsa poket aku kosong tak terkata... sesuatu dah berlaku... apa yg berlaku? aku nk buat keputusan drastik... biar sampai aku kena lastik... sebelum aku kena gastrik... moga takde benda yg pelik... transformasi yg selalu terdetik kena buat sesuatu disetiap detik sebelum aku yg kena pekik... p/s: oops logo@banner diatas tiada kena mengena dgn sajak diatas, err itu adalah logo utk minggu alam bina di USM penang, dikirim oleh seorg teman di sana, tema transit....