mufin cip coklat
(kejap ade, kejap takde)
donut gebu setaman
kegebuan donut terserlah
(mmg sengaja ambik gambar donut dibelah
hehhehe)
Pada suatu pagi yg indah seorang jejaka (yg agak hensem juga) bangun seawal pagi dikejutkan dengan suara anak kesayangannya bergelak tawa disebelah jejaka tersebut, dan tanpa semena-mena timbullah idea untuk memasak donut dan mufin yang tidak pernah dicubanyer selama ini melainkan kuih-kuih tradisional sahaja.
tanpa melengahkan masa pada 17 september si jejaka tersebut membersihkan diri dan pergi membeli belah selepas puas bermain dengan anaknya, dengan mood yang baik, bahan-bahan yg telah dibeli dibawa pulang dan di adun mengikut sukatan dimana resepi didapati dari sumber internet.
sambil dilihat oleh siisteri dan dibantu oleh sianak yg memberi sokongan moral dan sorakan dari bahasa perancis yg sibapa langsung tak faham.
Arakian si ayah berhempas pulas menyediakan donut disebelah pagi dan mufin disebelah petang sebagai juadah santapan sarapan dan minum petang.
dengan bangga dan rasa riaknyer si jejaka tersebut mengambil gambar untuk dikongsi bersama kengkawan bahawa cubaan kali pertama agak memberangsangkan, donut yg lembut dan gebu (seperti tuan yg mengadun) itu habis dalam masa kurang 30 minit, muffin yg sedap (walaupun tak sesedap mufin kenny rogers) juga lesap didalam perut siisteri jejaka dan adik-adiknyer.
jadi janganlah riak sangat, takut cubaan kali kedua jadi kematu huahuahauhauh.
p/s: nama dan watak telah diubah, tiada kena mengena dengan org lain sama ada hidup atau mati, melainkan penulis sahaja, hehehe.
Comments
abg syyyy...iman tak sangkaaaa...
kasi iman recipenya abg syyyy...plssssssssss :)
yummyyyyy!!!
hehehe resepi search internet jer iman, byk resepi donut :)
jgn tak sangka, tangan seni nie tau hahahaha.
shaark :
sein reti kek coklat ja, ntah bila tahun dia nk pos kat ku nie hehehe
aiya :
err..errr bole ker pose 1st puasa nie jejejejeje (sila semak kalender)
if aiya mai raya nnti, sure sy buatkan khas utk aiya :)
Sedap nampak TUN buat tu...
akan tun cuba eksperimenkan kueh badak pulak lepas nie jejejej