Skip to main content

ghotic !

sebenarnya malas nk taip..so aku salin jerlah dr nota2 lama waktu study dedulu jejejejeje...so nie cuma rumusan korang baca dan fahami betul2 apa yg dimaksudkan ghotic, kalau aku nk cerita pasal zaman ghotic dan senibinanyer mau sampai esok tak habis.

Zaman Pertengahan: “Middle Age”, Medieval Europe, Dark Ages (476 – 1350 A.D)
Geografi : Meliputi Eropah barat (dari Italy, Spain, Britain, France, Germany hingga ke Holand).
Sejarah : Zaman ini bermula selepas kejatuhan empayar Rome (476) dan tamat sebelum kelahiran Eropah Moden (sekitar kurun ke 15).
Kebudayaan :
Ia merupakan satu zaman di mana ugama kristian, kepercayaan kepada adat dan mistik menjadi kepercayaan masyarakat (dan bukannya sains). Zaman yang bergelar “zaman kegelapan” disebabkan hilangnya sumber buku & ilmuan akibat peperangan. Gereja merupakan tempat di mana ilmu klasik disimpan.
Zaman ini wujud seni pertukangan yang maju di mana ia memberi kepada hasil-hasil seperti pengiraan dimensi, pembahagian plot tanah dan pembahagian kawasan mengikut bentuk-bentuk dan keperluan saliran.
Ciri-ciri senibina di zaman ini:
· Romanesque
· Early Gothic
· Late Gothic
· Ionoclastic period

Expresi rekabentuk:
Biara (monasteries)
· Ruang-ruang di atur secara tersusun (orderly).
· Terdapat kawasan luaran di bahagian tengah bergelar “cloister”.
· Cloister berbentuk segi empat sama atau tepat
· Tertutup di keempat-empat penjuru.
· Dikelilingi bilik-bilik rahib (monks), bilik belajar, perpustakaan.
Bandar berkubu (Walled towns)
· Lokasi dipilih untuk tujuan keselamatan, dekat dengan air & aksesibiliti;
· Dikelilingi kubu batu-bata;
· Sesak, dipenuhi penduduk yang ramai;
· Banyak penyakit;
· Jalan yang sempit dan tidak konsisten;
· Kawasan luaran (public open space) yang terhad: berhampiran gereja, town hall. Open space bergelar “piazza”, “plaza” & “square” Landskap dilihat sebagai satu seni pertukangan.
Di kawasan gereja juga di tanam dengan pokok-pokok buahan spt anggur, sayuran dan herba-herba yang diguna sebagai ubat-ubatan dan dadah.
Elemen-elemen lain yang popular di zaman ini adalah seperti orkid, air pancutan, “arbours”, “clipped shrubs”, “labyrinth”, “pleasure garden”, “maze” dan kolam ikan, “topiary”.

dari segi senibina banyak perkara baru dan maju di bangunkan diwaktu ini, namun pegangan masyarakat dizaman ghotic lebih pada spiritual hingga menolak kemajuan bersifat sains dan kekuasaan hanya berada di tangan2 paderi, dizaman inilah kita pernah baca tentang mereka yg didapati mempunyai psikik or mmg ahli sihir akan dibakar hidup2, dan disebbkan byk penyelewengan pihak gereja maka terjadilah revolusi ke zaman renaissance dan kedatangan tamadun islam memberi impak yang besar pada zaman ghotic ini dr segi sains dan kepercayaan tuhan.
dan kerana zaman ghotic lah ramai yg tak percaya lagi pada tuhan kerana penyelewengan yg telah berlaku dizamn tersebut, hingga Barat melalui proses pembaharuan zaman fahaman logik dan sebab-musabab/alasan (‘logic and age of reason’). Segala ilmu ditafsirkan ada kebenarannya asalkan dapat diterima atas sebab-musabab dan logik. Fahaman ini penting kerana ianya sekaligus menolak fahaman ‘spiritual’ iaitu kepercayaan yang diterima tanpa alasan yang logik dan bersebab kerana ianya termaktub di dalam kitab (‘Bible’).

Fahaman ini terus dipengangi sehingga kini. Fahaman ini diperkenalkan pada tamadun-tamadun lain melalui penjajahan dan perdagangan. Fahaman ini juga menimbulkan sistem kapitalis dan materialistik yang diamalkan oleh kebanyakan negara-negara di dunia ini. Hasilnya Barat dapat mengekalkan kekuasaannya. Dari segi aspek senibina, akitek-akitek yang terkenal seperti Le Corbusier, Mies Van Der Rohe dan Frank Lloyd Wright menggunakan kaedah-kaedah fahaman ini sebagai asas rekabentuk seperti klasikal konsep tetapi dalam kaedah ‘simplicity’, ‘human scale’ dan ‘grid order’.

Perkara yang kedua iaitu persoalan pengagungan kebatilan. Ini mungkin dapat ditakrifkan sebagai menolak kepercayaan agama sebagai kepercayaan di peringkat yang tertinggi dan sebaliknya menerima sistem yang lebih berpihak kepada konsep kemanusiaan sebagai gantinya. Ianya melahirkan kepentingan fahaman bertuhankan kebendaan dan menjadikan soal lain sebagai soal kedua.

jadi kengkawan...sy harap anda faham apa itu ghotic...dan jika anda mempunyai akal sure bole buat penilaian sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

loghat utara...hehehe

Indahnya bahasa utara - [asyik salam pantai timur jerk :) ] lama tak dgr bonda cakap utara (penang)... hehehe yerla bonda dh takde dialam ini... tp cerita dibawah nie ade juga yg ku tak faham hehehe sib baik ade translation :) [cerita dari utara]... Pak mat dah cemuih dok meghonot bawah beranda. Malam kemaghin pak mat nampak sekoq budak ghenjong ghagaih pagaq mai dok balaih buah ceghemai pak mat hat maneh melecaih. “Malam ni mekalu mai aku tengalong. Masuk kot leghoh ni lembeq aku ghimbok” kata pak mat sambey dok gabuih seluaq. Dok sat pak mat pun nampak kawaq tu meloghoih mai kut bawah pagaq. Pak mat tunggu sat, sambey dok ghunaih ghupin kudhey Mekala kawaq tu tengah ghalit dok polok mentedaghah buah ceghemai, pak mat peghembang teghebey betoi-betoi kat betih keghin. Kelepuih, pak mat teghebey. “senighih pulak! pelaq sungguh” kata pak mat peghongoih. Kawaq tu teghuih ghodong keluaq. Habih ghabit baju. Dia ghandok ayaq acaq abih belemoih. Pak mat pedo teghebey betoi kat tengah belakan...

berpuasa diperantauan :)

esok puasa pertama kali berpuasa jauh dari keluarga dan berada di bumi aryan, demi tugas dan mencari rezeki, banyak perkara membuka minda aku disini, dari segi kehidupan dan tradisi...setakat ini aku masih dapat menyesuaikan diri, biarpun banyak masalah di tapak bina, biasalah fikir positifku, lain tempat lain caranya, tapi kualiti bukan untuk dibuat main, untuk kedutaan Malaysia kot... jadi tolak ansur adalah perkara terakhir yang akan dilakukan.... p/s: cubaan pertama menulis kembali selepas sekian lama terbiar usang blog ini :)

hari ini hari rabu . . .

dear bloggers... yeah hari ini hari rabu....esok khamis... eh silap... dah pukul 2.16am... dah hari khamis... :) selasai menonton perlawanan bolasepak malaysia vs taiwan...1st round, alhamdulillah menang 2-1... ermm dalam hati tadi... kalaulah malaysia layak ke piala dunia 2014 (brazil)... sure aku gi brazil biarkan ia akan menjadi pasukan belasahan... layak ke world cup sangat besar ertinya dalam sejarah bolasepak negara... dan hari ini juga my client akan balik dari UK... sangat berharap dapat good news dlm beberapa hari lagi... dan beberapa hari ini juga dah cam psikik...asyik guna pendekatan "Law of Attraction" hahahaha rasa lucu utk diri sendri pon ada... new setting up business kat Ipoh pon sedang berlaku... harap segalanyer berjalan lancar...beberapa jenis plotter telah disenarai pendek... adakah aku busy lately nie... rasanyer tak... tp ikut schedule cam padat... bak kate arwah bonda "kita buat dia, bukan dia buat kita" yess yesss... follow my time pulak lah...