Monday, October 09, 2006

R E Z E K I . . .

sabtu lepas kami sekeluarga mkn di restoran nelayan di bangi...ermmm berbuka puasa macam setahun tak makan.... makan udang saje heheheh, ahad pula balik rumah abah, bakar udang, ikan pari, ayam percik, cicah dengan air asam special dari yg tersyg...perhhh BBQ berbuka ditambah pula masak lemak cili api udang kak long buat,,,, perhhh, lepas solat maghrib sambung makan...sampai tak berenti makan... nikmatnyer tuhan beri makanan dan rezeki pada tahun ini...syukur Alhamdulillah.

bukanlah niat nk cerita pasal makan, sehari suntuk cerita pun tak habis, cuma mahu mengingatkan diri sendiri betapa nikmat dan bersyukurnyer dengan apa sahaja yang ada, dan betapa kita perlu berhati-hati dengan nikmat dan dugaan yg menimpa kita (belajar melalui pengalaman).
saya juga seperti manusia lain, tak pernah terlepas dari kesilapan...dan jika kesilapan yg diakui dengan jujur itu dapat diterima oleh org lain dengan hati terbuka, terutamanya oleh orang yg tersayang akan menjadikan hidup ini lebih beerti, belajar dari kesilapan, perbaikinyer menjadi lebih baik.
saya masih ingat diwaktu zaman kegemilangan keluarga (kalau sy boleh ungkapkan sebegitu) dengan perniagaan keluarga yg berasaskan makanan berjalan dengan lancar, walaupun kami dah lali dengan hasad dengki org disekeliling mujur ayahanda dan arwah bonda terima dengan redha dan atasi sebaik dan bermunajat moga mereka yg mempunyai hati gelap itu akan kembali cerah. sehinggalah pada satu masa bonda kembali kerahmatullah...ayahanda mula hilang minat pada perniagaannya dan kami pula adik beradik masih belajar, tidak dpt membantu melainkan melihat dan berazam sesuatu, dan sesuatu itu sudah mula menampakkan hasilnya apabila kedua-dua adik saya mula menapak melakukan langkah-langkah kecil untuk mula bertapak sebagai usahawan, dan saya pula sebagai menyokong penuh, memberi apa-apa nasihat, dorongan dan buah fikiran serta kaji selidik untuk membantu mereka mengorak langkah.

bagi saya biarlah kecil asalkan berhasil, dari besar akhirnya bubar, biarlah adik-adik belajar dari kesusahan dan kreatif menggunakan apa sahaja peluang dan keadaan, dari mengharapkan belas ihsan.
dahulu saudara mara entah dari mana selalu dtg kerumah menjenguk kedua ibu bapaku, tp bila melalui zaman sukar, haram seorg pun tidak menziarah...jika kami ziarah mereka, layanan pun sudah tidak sama lagi... ermmm begitulah kuasa duit dlm dunia nie.
mujur kami tidak setaksub itu.
bukanlah mempunyai wang itu salah, cuma tafsiran manusia nie berbeza-beza mengikut keperluan masing-masing, jika tidak berusaha mencari rezeki atau menyerah pada takdir semata-mata juga tidak baik, seperti yg selalu arwah ibu pesan dimana pesanan itu juga dtgnya dari yg maha esa..."Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan ia berusaha mengubahnya" lebih kurang camtu arrr...

bak kata arwah ibu lagi . . .
"jadilah setinggi seperti bintang dilangit, bersinar menghiasi malam yg kelam, memberi ilham pada yg suram, atau jadilah serendah seperti tiram didasar lautan, tidak cantik tetapi menyimpan mutiara yg menjadi idaman".

p/s: kata aku pula: "hidup umpama roda... pandai-pandailah pusingkan roda itu"

3 comments:

Labanon said...

Wah.. makan sakan hehe.. syukurlah atas nikmat dari ilahi.. sebenarnya nikmat paling besar ialah agama islam dan iman.. :D

Dea said...

Sememangnyer benar..Tuhan tidak akan mengubah hidup sesorang melainkan dia berusaha mengubahnya dan setelah berusaha maka bertawakallah kepada Allah swt. Sesungguhnya sebaik-sebaik permintaan adalah melalui doa.

m i n e r a l . . . said...

lebanon...
yeah betul...syukur Alhamdulillahh

dea...
doa,usaha,tawakal... i will remember that....tq prens.