Skip to main content

Perhimpunan Agung UMNO 2006

Perhimpunan agung umno telah bermula, berbagai hujah, perbahasan, pameran, jaringan silaturrahim, dan perniagaan dijalankan. Pelbagai buah fikiran terbang melayang-layang mencari sasaran untuk diketengahkan, tidak kurang pula yang mencari kesempatan, walaupun pakaian sangat sopan, merah putih warna kebanggaan, sebenarnya warna-warni tiada yang mengerti, namun hala tuju tetap satu, memakmurkan negara berdaulat itu, menjadi resam 3 patah perkataan, "demi agama, bangsa, dan negara", moga ada keikhlasan, lebih efisien, produktif dan bukan hanya berangan. sajak "damai abadi" telah diungkap jangan lupa hendak terap, moga langkah berderap-derap menuju ke satu matlamat.

Melayu

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu, bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak

Melayu di Tanah Semenanjung luas maknanya :
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu
Minangkabau memang Melayu
Keturunan Acheh adalah Melayu
Jakun dan Sakai, asli Melayu
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah, ma`alaf bertakrif Melayu (setelah disunat, anunya itu)

Berkelahi cara Melayu,
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum,
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing,
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan.

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silatulrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan dihulur senantiasa disambut
Luka pun tidak berparut.

Baiknya hati Melayu itu, tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan,
Sehingga tercipta sebuah kiasan, kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera dihutan disusu-susukan
Anak dipangkuan mati kebuluran”

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulam daya
Gedung akal laut bicara.

Malangnya, Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual.

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang, dirumah sendiri

Bagaimana Melayu abad dua puluh satu,
Masihkah tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan, di Negara merdeka.

Dato’ Usman Awang
Sasterawan Negara.

Comments

nanies said…
love the poem..
yeah i luc it too, this is 2nd time i post the poem here :)

Popular posts from this blog

loghat utara...hehehe

Indahnya bahasa utara - [asyik salam pantai timur jerk :) ] lama tak dgr bonda cakap utara (penang)... hehehe yerla bonda dh takde dialam ini... tp cerita dibawah nie ade juga yg ku tak faham hehehe sib baik ade translation :) [cerita dari utara]... Pak mat dah cemuih dok meghonot bawah beranda. Malam kemaghin pak mat nampak sekoq budak ghenjong ghagaih pagaq mai dok balaih buah ceghemai pak mat hat maneh melecaih. “Malam ni mekalu mai aku tengalong. Masuk kot leghoh ni lembeq aku ghimbok” kata pak mat sambey dok gabuih seluaq. Dok sat pak mat pun nampak kawaq tu meloghoih mai kut bawah pagaq. Pak mat tunggu sat, sambey dok ghunaih ghupin kudhey Mekala kawaq tu tengah ghalit dok polok mentedaghah buah ceghemai, pak mat peghembang teghebey betoi-betoi kat betih keghin. Kelepuih, pak mat teghebey. “senighih pulak! pelaq sungguh” kata pak mat peghongoih. Kawaq tu teghuih ghodong keluaq. Habih ghabit baju. Dia ghandok ayaq acaq abih belemoih. Pak mat pedo teghebey betoi kat tengah belakan...

jubin...

salam blogger's... [sambil lap hingus] beberapa hari lalu ade seorg kawan tanya tentang jubin... errr terpinga-pinga aku cuba memahami apa yg dia ingin sampaikan...memacam yg ditanyanya... bila dia kate "aku nk jubin yg besar tp murah kat mana ade jual" aku lagi bertambah keliru, aku yg sedang blurr nie pun tanya, ko nk jubin utk apa? jubin jenis apa ko nak? kawanku jawab dengan selamba "aku nk letak kat 'car porch' alaaa yg kaler merah2 tu cam batu bata tuuu, (sambil memuncungkan mulut), bila aku tanya lagi, yerla tp jenis apa ko nak? member aku pulak yg blurrr... errr jubin ade berapa jenis? aku pun senyum sambil rasa nk grip jer leher dia dibawah ketiak aku yg sentiasa wangi nih heheheh.... jadi tanpa membuang masa aku rasa eloklah aku terangkan sedikit demi sedikit disini utk sama2 kita mengetahui tentang jubin... [panjang citer nih, sila ambil note yer, heheh] jubin atau 'tiles' ade dlm pelbagai rupa dan bentuk... ade segiempat sama, segiempat te...

sesuatu...

sesuatu dh berlaku... apa yg dah berlaku? 3 hari tak hisap rokok! 3 hari demam dan selsema... 2 hari badan sakit-sakit... 1 hari urat saraf otak rasa macam nk meletup... 0.5 hari jer kerja... 0 minda ku ini... sesuatu dh berlaku... apa yg berlaku? bodohnya aku bt kerja gila... kenapa jadi macam tu? mungkin kerana ikut nafsu... kedai buku jadi mangsa poket aku kosong tak terkata... sesuatu dah berlaku... apa yg berlaku? aku nk buat keputusan drastik... biar sampai aku kena lastik... sebelum aku kena gastrik... moga takde benda yg pelik... transformasi yg selalu terdetik kena buat sesuatu disetiap detik sebelum aku yg kena pekik... p/s: oops logo@banner diatas tiada kena mengena dgn sajak diatas, err itu adalah logo utk minggu alam bina di USM penang, dikirim oleh seorg teman di sana, tema transit....