Skip to main content

Posts

its me beb

salam blogger . . . lama sungguh tak menjenguk blog nie... kesibukan mencemburui sy dari menulis byk perkara dlm blog nie. isk tetiba idea hilang pulak... aiyaaa apa sudah jadi... sebelum nk tulis tadi byk idea nk cerita, tp tetiba blurrr pulak...adoii i i ... [ rest 5 minit ] dlm beberapa minggu lepas byk cerita pasal pelaburan ala2 pak man telo dlm internet, kanak-kanak hilang... ermmm moga ia jadi pedoman dan panduan utk kita semua lebih berhati-hati. saya percaya ramai yg telah membaca dan perihal berkenaan... isk betul la rasa skema lak tulis cam nie.. hehehehe ermmm maybe on may sy akan lebih mempunyai masa utk menulis, minggu lepas baru jer menjadikan opis rumah kedua, nampaknya minggu depan nie akan lebih sibuk dgn beberapa hal di sri hartamas. oklah idea blurrr hope fius tak putus.. 2-3 minggu nie byk sgt pergerakan nerves dlm otak disertai pelbagai bendalir kimia berfungsi dgn pantas... mungkin sy perlukan rehat pada waktu lain... :) zassssssssssss p/s : i miss blog.

kerja baru.... lagi?

dear blog, perhhhhhhh lama gak tak update blog nie, maybe dh bersarang disana sini hehehe. start next week, sy akan bekerja di company baru, hehehe tukar comp lagi? yeahhh tu ler kerja aku beberapa bulan nie, sebenarnya berat hati juga nk tinggalkan comp yg di Ampang tu, tp ermmm apakan daya ada sesetengah perkara dan tawaran yg tidak bisa ditolak. mujur mereka memahami seadanya. at least ada la gak hasil kerja sy akan direalisasikan sewaktu bekerja sebulan diampang, ermm sesapa berkesempatan ke 'the garden lobby hotel' yg sdg d bina di area midvalley tu... pergi la jenjalan bila hotel tu dah siap, ehem... that my idea design for corridor, lift lobby, and guest room facade. ermm mungkin sy akan bercuti dr memblog dlm beberapa hari... kena setting up something for this new id firm, harap semuanya akan ok. Ooops sebelum sy lupa, Adam n the gang dari laman asmara chat room akan mengadakan ghatering chatters di melaka, pada 31 ogos 2007, ermm segala maklumat akan sy uploadkan kemud...

me, car, & motorcycle

hari nie hari ke-5 aku mula kerja tempat baru... ok la... gi matahari tak berapa nk ada... balik matahari dah pun takde hehehehe... kerja flexible, semua kejar deadline... mmg cara aku camtu.. so kena la dgn style aku kerja... takde bos nk lepak2 opis nk tunggu kerja siap, dia kasi due date kita kejar sampai settle, walaupun kekadang due date cam hrmjadah dia punya arrangement... dpt bos tak arrangeble... satu opis susah... ada 2 staff utk admin.. dan 2 designer termasuk aku... dan 2 bos (husband n wife) conduct job. so far aku terlibat dgn beberapa kerja hotel dan rumah tan sri owner low yat, dan petronas sudan new branch. letih gak semuanyar urgent. tp ari nie aku cuti (mc) pagi tadi aku dh langgar sebuah proton saga dr belakang... proton tu takde signal utk kekanan (dh sedia pecah) dan lampu brek dia ala2 romantik gitu. mujur sempat brek kalau tak sure aku leh jadi pelagak ngeri utk filem hollywood. dlm sempat brek tu pun pecah gak la magat depan sakit gak bahu aku terasa lebam dan ...

tip mengubah ruang . . .

jika anda ingin mengubah sesuatu ruang silalah ikuti beberapa tips yg terlintas di fikiran sy ini hehehehe... 1. bajet. pastikan anda mempunyai wang yg cukup, jika tidak ikutlah berapa yg ada dan fikirkanlah sesuatu yg bersifat 'recyle' atau 'flexible', contoh seperti menggunakan TV zaman dato kita sebagai rak kasut, atau meja kopi, atau menjadikan sesuatu perkakas sebagai dwi fungsi contoh seperti menjadikan meja snooker sebagai meja makan 'two in one' orang perok kate jejejej, biasanya bila bajet kurang maka minda anda hendaklah bergerak pantas sekreatif mungkin. jika ada bajet terhad maka belilah barangan sedia ada dipasaran, atau dptkan dr mana2 kedai yg menjual barangan terpakai [byk la nie kedai camnie], jgn pi tempah 'custom made' melainkan anda ada bajet yg cukup utk mengubah ruang yg anda mahu. 2. konsep & fungsi ruang. sila definisikan ruang anda beserta konsep yg anda ingin kan, plsss make sure konsep nie ada bajet yer. antara konsep yg fa...

Qaisara Qistina Birthday...

Hari nie genap setahun birthday qaisara, ditemani dengan kek dan doa dari kami, dengan harapan dia menjadi anak yg solehah dan berjaya mengharungi dugaan hidup dengan tenang dan sabar. aminnnn. sy teringat sabtu yg lalu jumpa kengkawan dr alam maya, seronok juga sekali sekala habiskan masa secawan air bersama mereka. walaupun dlm keadaan sibuk dengan tender di ipoh (moga berjaya) aku kehulu dan kehilir menyiapkan apa-apa yg terdaya disamping 'entertain' kawan dr jauh. disempatan yg ada aku ke central market dengan harapan utk melihat sesuatu yg aku gemari, namun hampa segala telah berubah, tiada lagi seniman yg melukis potret, tiada lagi 'masterpiece' yg boleh dilihat, cuma aku sedikit terhibur dengan permainan angklong hehehe teringat pada satu ketika aku pernah bermain dengan kawan-kawan di YMCA KL. tp nmpkntyer central market makin tersusun, cuma susunan itu buat aku tercari-cari seniman2 yg biasa aku lihat... hampa. sedang berjalan dan membelek-belek hasil kerja kr...

Fatin nur nabilla . . . Al-Fatihah.

beberapa hari yg lalu aku dpt sms dr kwn di UTM, dia beritahu yg seorg kwn di shah alam kehilangan anak sulung mereka selepas baru lahir beberapa hari... aku terus cuba hubungi zaidi di shah alam atau panggilan manja diantara kengkawan ialah 'papa', untuk mengesahkan sms yg aku terima, selepas itu aku berjumpa dengan papa, kelihatan dia sangat tabah bersama isterinya... papa menceritakan bagaimana saat-saat akhir dia terpaksa membuka semua saluran oksigen yg support anaknya yg lemas dlm kandungan, dan anak dia bertahan selama 45 minit sebelum menghembuskan nafas terakhir. waktu mengebumikan jenazah, imam beritahu tak perlu talkin, tapi buat jugalah sebagai sunat, kerana baby baru lahir itu langsung tiada dosa, ada juga ustaz yg memberitahu papa, supaya tenang dan redha kerana byk hikmah, satu masa nanti apabila semua org telah masuk ke syurga, anak yg tiada dosa ini takkan masuk selagi ibu-bapanyer tidak turut masuk sama... ya Allah betapa besarnyer hikmah yg diberikan. melihat...

hari baru . . .

S emalam hari terakhir aku bekerja, hari nie agak sibuk dengan urusan peribadi yg perlu dilaksanakan sebelum aku menjengah ofis baru pada 12 march. ermm moga aku tabah dlm mengharungi alam pekerjaan baru. doakanlah aku yer kengkawan :) . p/s : moga aku masih mempunyai ruang utk update blog yg byk menyimpan rasa dlm hati hehehe... adiossssssss

ATM mesin . . .

hari nie gi atm mesin maybank depositkan sedikit wang pada adik, dengan kecanggihan teknologi duit dpt dipindahkan dengan mudah dan boleh dilakukan pada bila-bila masa, tu belum guna internet sepenuhnya, menyedari akaun wang aku dr bank lain jadi terpaksalah ke deposit mesin yg berhampiran, tp bukan itu yg aku nk ceritakan, tp bagaimana aku disapa dengan salam yg lembut dr seorg adik yg mungkin berusia dlm lingkungan 10 - 13 tahun, berkemeja putih, tubuh agak berisi, memakai songkok, berseluar hitam, memberi salam dengan senyuman. muka budak itu yg nmpk berseri buat aku berhenti dan menjawab salamnya kembali, dengan lajunyer adik tu pun cakap "kami dr rumah anak yatim, minta derma melalui penjualan kalender 2007" mungkin takut aku berlalu begitu sahaja dia terus cakap dgn pantas tanpa henti hinggalah aku kata " maaf dik abg dh ada kalendar nie" heheeh dengan niat nk lihat reaksi adik tersebut, adik tu pun terus petah membalas, "takpe bang, tak beli pun takpe, t...

senyum . . .

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.Dengan murung lelaki itu mengadu, "Tuan Guru, sepanjang hidup saya,rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?" Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan rubahlahroman mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskinnamun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurutRasulullah, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yangmembuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanjiakan memperbaiki penampilannya. Wajahnya senantiasa berseri. Setiapkesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk be...

Selamat Hari Lahir 'yobo'

pada 20 feb yg lalu kami sekeluarga meraikan hari lahir 'yobo' aku hadiahkan softpresent antaranya tempat letak hp, armrest dan botol yg berisi puisi khas utk 'yobo' puisi yg aku lahir secara spontan itu terus aku coret dan abadikan didalam sebuah botol kecil yg aku beli dikedai buku popular. sedikit kejutan dimana hadiah itu aku berikan pada awal padi tatkala 'yobo' membuka matanya. moga 'yobo' gembira dengan pemberian ikhlas ku itu. antara bait-bait puisi yg aku hadiahkan. Senyumanmu manis mengubat jiwa tuturmu lembut mententeram rasa gerak-gerimu tiada tanda Tanya buat kasih indah selamanya Terima kasih sudi menjadi Sebahagian daripada jiwaku terima kasih sabar dengan karenahku moga kasih tersimpul rapi bersama anugerah yang tak terperi Percaya berdua pecah tiada saling fahami erat maknanya rupa paras bukan utama jiwamu luhur idaman sukma Selamat hari lahir sayangku moga tabah pancaroba mendatang akanku pertahan hingga akhir zaman. tidak lupa pada ken...

melayu bolehhhh ?

Di mana boleh cari ramai Melayu Pastinya di Kelantan dan Terengganu Dan juga di pasar malam dan pasar minggu Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu Di Sungai Buloh, pusat pemuilihan, dulu di Pudu Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru Terkinja-kinja best giler menari macam hantu Apa hobi orang MelayuTerkenal dengan budaya malas dan lesu Berlepak buang masa tak jemu-jemu Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu Tengok telenovela dari Filipina dan Peru Berpusu-pusu pergi tengok pameran hantu Sambil makan junk food, kuaci dan muruku Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu Mana tak gendut berpenyakit selalu Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu Boleh tak jumpa mereka di kedai buku Atau di perpustakaan dan maj...

Lukisan Pertama.

Saya hampir terlupa yg qaisara ada mencoretkan sesuatu pada hari minggu lepas, sy lihat dia semakin suka menyelak-nyelak 'flash book' ABC dan 123, dengan spontan sy berikan dia sehelai kertas, sy lukiskan 'spiral' sebagai guideline, lepas tu sy beri dia sebatang pensel, letakkan pada jari jemari qaisara yg montok dan runcing itu, walaupun qaisara pegang atau lebih tepat genggam seperti penumbuk dengan mata pensel kebawah, sy tunjukkan guideline yg dia halus ikut, Alhamdulillah hasilnyer seperti dlm imej bewarna biru diatas, pertama kali sy lihat dia sangat seronok menggores-gores pensel tu keserata kertas termasuk la jubin lantai dan cuba ke dinding, aiseymannn, sy cuba ambil pensel kerana keadaan semakin tidak terkawal, qaisara pula enggan melepaskan.... ermmm fenin jap... terpaksa umpan dengan buku-buku lain hehehehe br dpt pensel tu, kalau tak dlm mulut pun dia nk melukis :) sy bersyukur kerana masih mampu berehat dirumah sambil memerhatikan pertumb...

jauh berjalan luas pemandangan . . .

pada 11 feb lepas, genap qaisara 11 bulan, dan bermulalah perjalanan dia didalam rumah... melangkah dengan penuh berhati-hati, sambil mengimbangi badannya, cuba sedaya upaya bangun jika terduduk, berpaut pada meja atau kerusi untuk mendapatkan keseimbangan berjalan, melangkah dengan yakin kehadapan, tp masih tak pandai nk jalan 'gostan' hehehee. kadang-kadang qaisara tak mahu disuap makan, dia lebih suka mkn sendiri, walaupun hanya guna 2 jari mengutip nasi, sayur-sayuran atau ikan yg disediakan didalam mangkuk khas utknya, perlahan-lahan qaisara makan, walupun lebih 80% makanan itu akan melekat disebahagian kepala dan badan qaisara, mahupun yg 'terjun' dari mangkok makanannya, qaisara belajar sesuatu :) aku baru lepas menghadiri bengkel merevolusikan kewangan di UNISEL pada ahad lepas, insyAllah berkat dari dorongan dan strategi-strategi yg berkesan dari perunding kewangan bertauliah akan aku memulakan perjalanan baru dlm hidup ini untuk merealisasikan impian yg terpen...

Beautiful minds

hari minggu yg lalu sy lihat cerita bertajuk beautiful minds hingga lewat pagi di TV, ia mengceritakan kisah benar seorg professor john nash yg genius di era 50an yg berjaya mencipta formula2 matematik dan menyelesaikan kod-kod rahsia ketenteraan, disamping beliau menghidap sejenis penyakit mental yg dikenali sebagai skizofrenia, beliau mempunyai kawan-kawan khayalan yg sering mengikuti dan mempengaruhi kehidupan sehariannya, tp dengan sokongan isteri dan rakan-rakan seperjuang beliau meneruskan kehidupan tanpa putus asa walaupun dimasukkan ke wad org sakit jiwa beberapa kali, ermmm apa yg menarik perhatian sy professor nie berjaya mengendahkan penyakitnya dan mengharungi setiap dugaannya dan tanpa berputus asa terus mencipta formula-formula matematik dan merumuskan dan memperincikan teori-teori yg pernah dikeluarkan sebelumnya hingga beliau diiktiraf dan dihadiahi anugerah nobel, cerita bagaimana beliau mengharungi setiap detik kepayahan dan kejayaan, surut naik kerjaya beliau amat me...

25 hari lagi . . .

dear myblog... seperti tahun-tahun lepas, tahun ini golongan minoriti tetap terpinggir... dgn info sahih dr PA bos sendiri, golongan minoriti tiada increment dan mungkin tiada bonus, if ada pun tidak seperti mereka yg lain... isk camner management decide... lantak korang la... bagi aku staff tu aset yg plg berharga... if ada yg tak kena, buatlah sesuatu...teringat classmate cina aku dulu cakap... ermm "cina bukit camtu la" hehehe bukan aku yg cakap yerk... bebudak kat opis nie mula rasa tak best bila aku nk blah... memacam la plak hal diorg nie, agak2 nk stay...elok la stay belajar byk benda, kalau agak2 takde benda dah nk belajar nk explore, pergilah berhijrah... tak salah, tak pun gi la buat bisnes lagi digalakkan dunia yg pernuh cabaran. 1 feb lepas berjaya tgk qaisara berjalan 4-5 langkah hehehe walaupun terkedek2... qaisara belum berkeyakinan untuk menapak dgn lebih jauh, maybe bila umur dia cukup 11 bulan boleh jalan kot.. seronok tgk qaisara mula belajar jalan. note : ...

Hijrah . . .

Minggu lepas terdetik hati hendak puasa pada hari asyura... tp masih terlepas disebabkan terlupa, ermmm mungkin juga tak pernah puasa pada hari tersebut buatkan aku sedikit lalai. InsyAllah tahun hadapan akan aku cuba sedaya upaya lagi. Sabtu lepas aku pergi interview di salah satu perunding dalaman di ampang dan semlm aku dah tandatangan surat menerima jawatan, ermmm sgt jauh dr rumah, tp disebbkan aku ini yg cepat bosan dan inginkan sesuatu yg lebih mencabar minda, aku gagahkan juga hatiku ini kesana dan menerima jawatan tersebut seadanya. mungkin selepas ini aku tidak berpeluang berjumpa kengkawan dialam maya, melainkan mereka yg mahu berada didunia realiti :). timba pengalaman tak mengapa kan, tuntut ilmu tu sampai bila-bila pun tak habis. nampknya aku akan mula merevolusikan diri seperti mana satu ketika dahulu... pergi kerja tak nmpk matahari, balik kerja pun tak nmpk matahari hehehehe i will miss u 'matahari' ehhehe. pasti aku akan merindui PA bos, amoi2 cun n seksi kat ...

Awal Muharram . . .

saya dpt email dr seorg kawan . . . Suatu hari saya dibelanja oleh teman saya makan mee di kedai mee yang agak terkenal. Harganya tak mahal tetapi sedap. Kami duduk di meja bulat yang dapat menampung sepuluh orang bila mengelilingi meja. Di meja itu ada enam orang, saya, teman saya dan empat orang kawan yang lain. Ketika asyik makan, satu keluarga baru duduk di sebelah kami. Mereka telah memesan mee dan sedang menunggu pesanan.. Keluarga tersebut terdiri daripada sepasang suami isteri yang masih muda dan seorang anak yang berusia dalam enam tahun. Mereka keluarga yang jauh dari sederhana. Pakaian mereka lusuh dan kusam. Anaknya kelihatan seperti baru sembuh dari penyakit dan sedang menarik hingusnya keluar masuk. Hingusnya seperti nombor sebelas dan kadang2 seperti angka satu dengan warna kuning kehijau-hijauan. Si ibu dengan penuh kasih sayang mengelap hingus yang tidak berhenti keluar masuk hidung anaknya. Pasangan itu sangat bahagia melihat anaknya bermain sambil tertawa. Seperti ma...

one pictue with thousand of meaning...

rileks... bro. good job . . . saya lahir dan membesar di lembak kelang, mmg terasa sedikit sebanyak perkara-perkara yg berkaitan isu diatas, walaupun dr kecil bukan sy yg keluarkan wang utk bayar tol dan minyak... tp dr raut wajah ayah n bonda kita bole tahu sesuatu. p/s: harga minyak dunia dah turun? agak2 kat malaysia turun tak?

Halal Food...

saya dapat short comic nie dari email smlm, elok la sy kongsi dengan kengkawan, if tak clear cuba klik pada gambar tu dan besarkan, or save as pic tu pada memana folder dan baca comic tu, ia kisah mengapa kita perlu makanan yg halal dari sumber dan cara prosesnya. maybe boleh diperjelaskan pada rakan2 yg bukan muslim. seperti saya sebagai golongan minoriti diopis nie selalu ditanya kenapa org islam tak bole makan itu, ini, kenapa org islam tak bole buat itu dan ini, kekadang letih nak jawab, tp jadi kewajipan utk perjelaskan dan biarkan mereka memahami, sekurang-kurangnya mereka faham, hormati dan tidak meremehkan apa yg org lain lakukan. seperti isu poligami dan penutupan gudang yg campur babi dan ayam satu ketika dahulu, huh penat gak la nk explain, sbb mereka hanya faham org islam tak mkn babi, so apa salahnyer diletakkan pada tempat yg sama, ko mkn la aym, kami mkn la babi, pada pendapat mereka la, so aku pun seperti gaya seorg yg berpengetahuan tinggi dalam bab makan-makan nie [mm...

visit malaysia 2007

eye of malaysia 'ferris wheel' waktu siang eye of malaysia 'ferris wheel' waktu malam. Tahun melawat Malaysia 2007, tak byk aku boleh tulis, cuma berharap segalanyer berjalan lancar, simpati juga pada mangsa banjir di johor dan dimerata tempat yg berlaku. moga mereka tabah menghadapi dugaan.