Skip to main content

A L - F a t i h a h

dear myblog,
selamat tahun baru, dan selamat hari raya aidiladha,
hari ini sy rasa sy ingin menulis sesuatu yg agak serius [tgk la muka sy serius nie :) ].
hari raya haji dikejutkan dengan berita penggantungan saddam hussien, ada yg gembira dan ada yg sedih diatas penggantungan itu.

apa yg ingin sy tulis adalah pendapat sy semata-mata.
bg sy hukuman itu tidak adil dan zalim keatas seorg pemimpin negara, dan ia lebih mencemarkan maruah org arab sendiri, apatah lagi agama.
- zalim kerana saddam diadili berdasarkan bukti yg tidak nyata? mengenai pembinaan senjata pemusnah (tiada bukti) , bukan kerana pembunuhan kaum kurdis... mungkin perkara ini akan dibangkitkan kemudian, perbicaraan yg agak singkat kalau hendak dibandingkan dengan pemimpin lain yg menghapuskan sesuatu etnik seperti apa yg berlaku pada bosnia dan lain-lain tempat, lagipun pemimpin lain atau penjenayah perang lain ada yg hanya dihukum penjara sahaja... itu pun ambil masa yg sgt lama.
- zalim kerana penggantungan saddam dirakam dan dipamerkan kepada khayalak, tidak sepatutnya dilakukan seperti itu, ini semua mengandungi mesej yg tersirat.
- zalim dilakukan lebih awal dr sepatutnya dan sengaja dilakukan dlm hari raya korban (seperti mesej tersirat) nama pun raya korban, kira kafir laknatullah nie korbankan saddam la tu kononnya. [adakah syiah boleh dikira termasuk juga?]
mungkin saddam patut mati, diatas kekejamannya, tp siapa yg sanggup memerintah iraq yg perlukan pemimpin seperti saddam? (serius jerk bunyinya kan?)

sy sering tertanya-tanya kenapa mereka di iraq, sebangsa, seagama tidak bolehbersatu padu, sy cuma faham bahawa syiah itu satu fahaman, dan masih berteraskan hadis,sunnah, alquran dengan erti kata lain agama islam yg sama, seperti mana ahli sunnah wal jamaah yg mempunyai 4 mazhab yg berbeza tp masih merujuk pada perkara yg sama, kerana ke-empat-empat imam mazhab merekodkan perbezaan sunnah rasullullah yg berlainan.
rupanya sangkaan saya meleset sama sekali, bagi org syiah mereka mempunyai fahama n yg berbeza, cara yg berlainan kerana mengikut pendapat mereka kebanyakkan hadis yg diriwayatkan adalah dr mereka yg tidak maksum atau dr perawi yg boleh dipertikaikan, sdgkan setiap perawi hadis dirujuk sumbernya, itu kata mereka, dan apa beberapa perkara lagi yg agak meragukan sy dan sy dipercayai dan taksub oleh org syiah.

saya sempat bersembang dengan beberapa org dimalaysia yg pernah jumpa org melayu yg mengamalkan ajaran syiah (sebenarnya telah lama menular di malaysia, terutama dikalangan pelajar universiti).
antara cerita yg sy dgr tentang bagaimana mereka mengagungkan saidina Ali kerana mereka percaya selepas baginda wafat perebutan kuasa terjadi antara sahabat nabi dan saiditina aisyah dituduh meracun rasullullah, sbb itu isteri rasullullah dibenci oleh puak syiah dan mereka sgt taksub dengan ali. bg saya tidak mengapalah sbb itu hak mereka utk jadikan sahabat terutama dr kalangan keluarga rasul sebagai idola, tp apa yg sy rasa muskil dan tak dpt diterima akal, apabila ada buku yg mengatakan ia adalah dr kutbah saidina ali dimana isi kandungan buku tersebut sgt sedih dan membuatkan pembaca berasa simpati pada saidina ali hingga bole menggugat pegangan org islam dan jadi pengikut pada org syiah, dan merosakkan akidah, bg sy ini bukan cara dakwah yg baik kerana ia lebih bersifat emosi dr sebaliknyer kerana tiada pegangan yg kukuh termasuk mereka declare bahawa hanya org syiah shj yg benar dan akan masuk syurga, ermmm nie dh bunyi cam ajaran sesat, , lagi mengejutkan apabila ada seorg pemandu teksi di johor yg memandu dlm bandar sahaja hanya jamak dan qasar solatnyer sepanjang memandu teksi dengan alasan dia sdg bermusafir kerana perjalanan dlm hidup ini berperingkat-peringkat dan dikira sebagai musafir, sy tidak tahu sama ada ia adalah ajaran syiah atau bukan, tp nmpk mcm dh ajaran sesat hehehe, sy bukanlah org yg terpelajar dlm bidang agama, tp sekurang-kurangnya kita boleh fikir sendri kan, moga kita dilindungi dr fitnah.

ada beberapa forum yg sy baca dan pertimbangkan mungkin bole dilihat http://www.bicaramuslim.com/bicara6/viewtopic.php?t=6060&postdays=0&postorder=asc&start=240&sid=0f1f46fd5574c6c996bd2a6235d5fc74 sesuatu darinya, buatlah kajian http://www.jelas.org/2006/02/pembohongan_syiah_di_dalam_sej.html

panjang lagi kalau nk tulis, tp sy cuma berharap dan berdoa keadaan akan kembali aman didunia ini, semoga mereka dinegar-negara arab dan islam bersatu padu, sdgkan negara yg belainan bangsa, agama, dan fahaman boleh hidup dengan aman, mengapa ditempat lain yg hanya berdasarkan fahaman dan politik hidup porak peranda, pasti ada hikmahnya, hanya Allah sahaja yg tahu.

byk lagi website yg menerangkan perbezaan syiah dan ASWJ (ahli sunnah wal jamaah), buat leh research sendiri yer.

p/s: sy rasa tiada perbezaan atau kelebihan sesuatu kaum itu disisi tuhan melainkan hanya taqwa yg akan sampai padaNya. (2 hari tertangguh nk tulis pasal nie heheh)

Comments

Anonymous said…
People should read this.

Popular posts from this blog

loghat utara...hehehe

Indahnya bahasa utara - [asyik salam pantai timur jerk :) ] lama tak dgr bonda cakap utara (penang)... hehehe yerla bonda dh takde dialam ini... tp cerita dibawah nie ade juga yg ku tak faham hehehe sib baik ade translation :) [cerita dari utara]... Pak mat dah cemuih dok meghonot bawah beranda. Malam kemaghin pak mat nampak sekoq budak ghenjong ghagaih pagaq mai dok balaih buah ceghemai pak mat hat maneh melecaih. “Malam ni mekalu mai aku tengalong. Masuk kot leghoh ni lembeq aku ghimbok” kata pak mat sambey dok gabuih seluaq. Dok sat pak mat pun nampak kawaq tu meloghoih mai kut bawah pagaq. Pak mat tunggu sat, sambey dok ghunaih ghupin kudhey Mekala kawaq tu tengah ghalit dok polok mentedaghah buah ceghemai, pak mat peghembang teghebey betoi-betoi kat betih keghin. Kelepuih, pak mat teghebey. “senighih pulak! pelaq sungguh” kata pak mat peghongoih. Kawaq tu teghuih ghodong keluaq. Habih ghabit baju. Dia ghandok ayaq acaq abih belemoih. Pak mat pedo teghebey betoi kat tengah belakan

jubin...

salam blogger's... [sambil lap hingus] beberapa hari lalu ade seorg kawan tanya tentang jubin... errr terpinga-pinga aku cuba memahami apa yg dia ingin sampaikan...memacam yg ditanyanya... bila dia kate "aku nk jubin yg besar tp murah kat mana ade jual" aku lagi bertambah keliru, aku yg sedang blurr nie pun tanya, ko nk jubin utk apa? jubin jenis apa ko nak? kawanku jawab dengan selamba "aku nk letak kat 'car porch' alaaa yg kaler merah2 tu cam batu bata tuuu, (sambil memuncungkan mulut), bila aku tanya lagi, yerla tp jenis apa ko nak? member aku pulak yg blurrr... errr jubin ade berapa jenis? aku pun senyum sambil rasa nk grip jer leher dia dibawah ketiak aku yg sentiasa wangi nih heheheh.... jadi tanpa membuang masa aku rasa eloklah aku terangkan sedikit demi sedikit disini utk sama2 kita mengetahui tentang jubin... [panjang citer nih, sila ambil note yer, heheh] jubin atau 'tiles' ade dlm pelbagai rupa dan bentuk... ade segiempat sama, segiempat te

sistem pendidikan ?

ilustrasi by sapot poleng.... friends from pnng. [computer generated] last week dtg budak UPM mintak kerjacourse industrial design... bersungguh2 dia ckp dia pandai guna software 3d dan pandai sketch...bila tgk hasil kerja ok... walaupun dia dtg dgn berselipar, t-shirt dan cap... aku masih tak kisah...sbb office nie fleksible... tp bila aku suruh dia dtg kali kedua, dia masih seperti itu... trus aku ingatkan dia yg dia jumpa aku ok la, [sbb 1st time tak formal] nnti jumpa big bos jgn mcm nie, nnti nk mintak kerja kt tempat lain, proper la skt kan... be prepared, ko tu student U, bukan bdk diploma biasa.... kali ke 3 dia dtg smart.. bgs aku puas hati, bos pon ok... dan diterima kerja.... tup tup... lepas sehari kerja dia ckp dpt jadi 'RA' research assistance dan november dpt sambung master... maybe ade discussion dgn lecturer bila dipanggil... aku masih tak kisah... aku ckp office nie fleksible, tp kasi la time table ko discussion supaya takde la duedate kerja t