Skip to main content

perangkap tikus




Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam "hmmm...makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar??" Ternyata yang dibeli oleh petani hari itu adalah perangkap tikus. Sang tikus naik panik bukan kepalang. Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, " Ada perangkap tikus di rumah....di rumah sekarang ada perangkap tikus...." Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, " Ada perangkat tikus !" Sang Ayam berkata, " Tuan Tikus ! Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku." Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing pun jawab selamba, "Aku pun turut bersimpati.. .tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku. " Tikus lalu menemui Sapi. Ia mendapat jawaban sama. " Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali.
Tak kanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus. " Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui Ular. Sang ular berkata " Eleh engkau ni...Perangkap Tikus yang sekecil tak kan la nak membahayakan aku."
Akhirnya Sang Tikus kembali kerumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri. Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Ekor ular yang terperangkap membuat ular semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah. Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan. Si suami pun membawa isterinya kerumah sakit. Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun tetap sahaja demam. Isterinya lalu minta dibuatkan sup cakar ayam oleh suaminya kerana percaya sup cakar ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapat cakar buat sup.
Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya.Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih sapinya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah. Dari kejauhan...Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat Perangkap Tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.

SUATU HARI....KETIKA ANDA MENDENGAR SESEORANG DALAM KESUSAHAN DAN MENGIRA ITU BUKAN URUSAN ANDA...PIKIRKANLAH SEKALI LAGI.

errr copy dr blog org jejejeje... sbb cerita nih penuh dgn mesej tersendiri...

Comments

arZOoo said…
me 1st...heehheheh...
errrrr...terkesima membacanyerr...terasa insaf lah pulak....muhasabah diri jap ek...
Bunga Rampai said…
Ya, banyak pengajaran...

[Nah, jus guava...]

Salam :)
arzoo...
sesamalah kita insaf :)

bunga rampai...
...terima kasih :)
sedap jus nie...
Mak Su said…
tolong menolong sesama kita
shasha said…
ooo..copy ek..mati2 ingat awak yg tulis..hik hik hik..
jaketbiru said…
.. saja ular tu mengada-ngada.. tanpa kehadiran ular.. semua mungkin selamat.. hehehehehehe..

jus guava blended satu..
ya ya best msg cerita ni.nanti aku pun nak copy dari kaulah hahahaha
mak su..
yeah mari kita bantu membantu...

shasa..
err.r.r.r lain kali sy tulis jejejeje

jaketbiru...
hehehe...bayar la jus tuh igt free ker huahuahua

butaseni...
mari kita copy n paste yihaaaa
Izariza said…
Penuh makna la Tun .. thanks!
Pegawai Khalwat said…
Kucing? Mana kucing?

tak ada pun?
suteraunggu... said…
wah tun bukan main lagi tulisan kali nie.....wkakakakak

penuh makna dan keinsafan....

mia pun nak jus satu bleh tun...free for me ok...hahahahah
Anonymous said…
cerita simple.. tapi buat saya berfikir sampai ke petang
Qaseh Bidadari said…
ade cerita di sebalik kisah ni...
izariza...
kekadang life circle camtu kan.

mia..
hehehe jom share straw..

rena..
errr esok kita sambung fikir yer

mama ranggie...
ermm byk kisahnyer mama.
abgbest said…
laa tun, skrg pun ramai org yg wat thesis mba ke phd ke pun ada yg copy & paste....

mamakkk tea rendekkkk kurang manisss
jaketbiru said…
eh.. jus guava blended kena bayar ker??.. orang pemurah cam tun tentu leh bayarkan.. ek tun ek..
~ GAB ~ said…
Nice story TUN. Ada pengajaran berguna utk dihayati.

And am pleased to be back here reading what you have to post.
Unknown said…
mesej yg disampaikan melalui cerita mmg menarik :)
abgbest...
jgn minum manis2 yaaa...

jaketbiru...
errr order lagi bro...no problem jejejje

gab..
tq bro, pls do come again...
satu penghargaan gab dpt hadir disini :)

zalisa...
yeahhh sy pun fikir begitu..
bintang hati said…
emm..
fikir-fikir...
tgh fikir-fikir...

bagus sungguh mesej yg tersirat di sebalik cerita ni..lain kali copy lagi citer yg best2 eh..hihihi..

Popular posts from this blog

loghat utara...hehehe

Indahnya bahasa utara - [asyik salam pantai timur jerk :) ] lama tak dgr bonda cakap utara (penang)... hehehe yerla bonda dh takde dialam ini... tp cerita dibawah nie ade juga yg ku tak faham hehehe sib baik ade translation :) [cerita dari utara]... Pak mat dah cemuih dok meghonot bawah beranda. Malam kemaghin pak mat nampak sekoq budak ghenjong ghagaih pagaq mai dok balaih buah ceghemai pak mat hat maneh melecaih. “Malam ni mekalu mai aku tengalong. Masuk kot leghoh ni lembeq aku ghimbok” kata pak mat sambey dok gabuih seluaq. Dok sat pak mat pun nampak kawaq tu meloghoih mai kut bawah pagaq. Pak mat tunggu sat, sambey dok ghunaih ghupin kudhey Mekala kawaq tu tengah ghalit dok polok mentedaghah buah ceghemai, pak mat peghembang teghebey betoi-betoi kat betih keghin. Kelepuih, pak mat teghebey. “senighih pulak! pelaq sungguh” kata pak mat peghongoih. Kawaq tu teghuih ghodong keluaq. Habih ghabit baju. Dia ghandok ayaq acaq abih belemoih. Pak mat pedo teghebey betoi kat tengah belakan...

jubin...

salam blogger's... [sambil lap hingus] beberapa hari lalu ade seorg kawan tanya tentang jubin... errr terpinga-pinga aku cuba memahami apa yg dia ingin sampaikan...memacam yg ditanyanya... bila dia kate "aku nk jubin yg besar tp murah kat mana ade jual" aku lagi bertambah keliru, aku yg sedang blurr nie pun tanya, ko nk jubin utk apa? jubin jenis apa ko nak? kawanku jawab dengan selamba "aku nk letak kat 'car porch' alaaa yg kaler merah2 tu cam batu bata tuuu, (sambil memuncungkan mulut), bila aku tanya lagi, yerla tp jenis apa ko nak? member aku pulak yg blurrr... errr jubin ade berapa jenis? aku pun senyum sambil rasa nk grip jer leher dia dibawah ketiak aku yg sentiasa wangi nih heheheh.... jadi tanpa membuang masa aku rasa eloklah aku terangkan sedikit demi sedikit disini utk sama2 kita mengetahui tentang jubin... [panjang citer nih, sila ambil note yer, heheh] jubin atau 'tiles' ade dlm pelbagai rupa dan bentuk... ade segiempat sama, segiempat te...

sesuatu...

sesuatu dh berlaku... apa yg dah berlaku? 3 hari tak hisap rokok! 3 hari demam dan selsema... 2 hari badan sakit-sakit... 1 hari urat saraf otak rasa macam nk meletup... 0.5 hari jer kerja... 0 minda ku ini... sesuatu dh berlaku... apa yg berlaku? bodohnya aku bt kerja gila... kenapa jadi macam tu? mungkin kerana ikut nafsu... kedai buku jadi mangsa poket aku kosong tak terkata... sesuatu dah berlaku... apa yg berlaku? aku nk buat keputusan drastik... biar sampai aku kena lastik... sebelum aku kena gastrik... moga takde benda yg pelik... transformasi yg selalu terdetik kena buat sesuatu disetiap detik sebelum aku yg kena pekik... p/s: oops logo@banner diatas tiada kena mengena dgn sajak diatas, err itu adalah logo utk minggu alam bina di USM penang, dikirim oleh seorg teman di sana, tema transit....