Skip to main content

Hijrah . . .

Minggu lepas terdetik hati hendak puasa pada hari asyura... tp masih terlepas disebabkan terlupa, ermmm mungkin juga tak pernah puasa pada hari tersebut buatkan aku sedikit lalai.
InsyAllah tahun hadapan akan aku cuba sedaya upaya lagi.

Sabtu lepas aku pergi interview di salah satu perunding dalaman di ampang dan semlm aku dah tandatangan surat menerima jawatan, ermmm sgt jauh dr rumah, tp disebbkan aku ini yg cepat bosan dan inginkan sesuatu yg lebih mencabar minda, aku gagahkan juga hatiku ini kesana dan menerima jawatan tersebut seadanya.
mungkin selepas ini aku tidak berpeluang berjumpa kengkawan dialam maya, melainkan mereka yg mahu berada didunia realiti :).
timba pengalaman tak mengapa kan, tuntut ilmu tu sampai bila-bila pun tak habis.
nampknya aku akan mula merevolusikan diri seperti mana satu ketika dahulu... pergi kerja tak nmpk matahari, balik kerja pun tak nmpk matahari hehehehe i will miss u 'matahari' ehhehe.
pasti aku akan merindui PA bos, amoi2 cun n seksi kat sini, awek-awek melayu yg bole dikira dgn jari, budak2 indon yg byk tlg aku bt kerja2 berat, budak2 kat gudang dimana opis diorg jadi tempat aku lepak hisap rokok dan pow rokok diorg hehehe, rindukan pc aku yg penuh dgn gambar2 kengkawan dialam maya, dan apa lagi yerk...

hari ni ada sorang mamat bangla masuk kerja as a draughtman, dia bekas seorg engineer di negara kelahirannya, tp berhijrah dan jadi pelukis pelan, ermmm kesian aku tgk dia terkial-kial dan cuba mengingati segala command dlm AutoCad, alah bisa tegal biasa, lelama ok la tu.


note : blog ini akan sentiasa menemani aku... c me here ya.

Comments

~ GAB ~ said…
Dan.... biarlah GAB menjadi pembaca setia blog TUN.

It is good to move over to something that promise us new things to learn, to excel and to liberate ourselves from stigmas that haunted us.

When I was young I used to move over to another house because I couldn't stand the lady-love-hunter that started getting on my nerves. If I was that bad, I would've persisted and have her as my kept-lady but she was not my type and in the first place I was not that type of person. wekekeke
nanies said…
tahniah tun..selamat berhijrah..kita jiran nanti ek...heheheh..yeke aku dapat posa 1 muharram je...dari hari ke 2-10 aku dapat nak wat..coz aku mula demam..psstt...dah survey lom naik bas..kekekek..nak aku ajar ke..no hall..selamat bertugas my pren..wish u best of luck
gab...
hehehe who that lady jejejejej...
thank you bro... sy tahu anda seorg yg setia hehe, bila nk belanja tun teh tarik nie. ahaks.

nanies...
ermm apa lagi sila la buat makan2 utk jiran baru hahahahaha.

Popular posts from this blog

loghat utara...hehehe

Indahnya bahasa utara - [asyik salam pantai timur jerk :) ] lama tak dgr bonda cakap utara (penang)... hehehe yerla bonda dh takde dialam ini... tp cerita dibawah nie ade juga yg ku tak faham hehehe sib baik ade translation :) [cerita dari utara]... Pak mat dah cemuih dok meghonot bawah beranda. Malam kemaghin pak mat nampak sekoq budak ghenjong ghagaih pagaq mai dok balaih buah ceghemai pak mat hat maneh melecaih. “Malam ni mekalu mai aku tengalong. Masuk kot leghoh ni lembeq aku ghimbok” kata pak mat sambey dok gabuih seluaq. Dok sat pak mat pun nampak kawaq tu meloghoih mai kut bawah pagaq. Pak mat tunggu sat, sambey dok ghunaih ghupin kudhey Mekala kawaq tu tengah ghalit dok polok mentedaghah buah ceghemai, pak mat peghembang teghebey betoi-betoi kat betih keghin. Kelepuih, pak mat teghebey. “senighih pulak! pelaq sungguh” kata pak mat peghongoih. Kawaq tu teghuih ghodong keluaq. Habih ghabit baju. Dia ghandok ayaq acaq abih belemoih. Pak mat pedo teghebey betoi kat tengah belakan...

jubin...

salam blogger's... [sambil lap hingus] beberapa hari lalu ade seorg kawan tanya tentang jubin... errr terpinga-pinga aku cuba memahami apa yg dia ingin sampaikan...memacam yg ditanyanya... bila dia kate "aku nk jubin yg besar tp murah kat mana ade jual" aku lagi bertambah keliru, aku yg sedang blurr nie pun tanya, ko nk jubin utk apa? jubin jenis apa ko nak? kawanku jawab dengan selamba "aku nk letak kat 'car porch' alaaa yg kaler merah2 tu cam batu bata tuuu, (sambil memuncungkan mulut), bila aku tanya lagi, yerla tp jenis apa ko nak? member aku pulak yg blurrr... errr jubin ade berapa jenis? aku pun senyum sambil rasa nk grip jer leher dia dibawah ketiak aku yg sentiasa wangi nih heheheh.... jadi tanpa membuang masa aku rasa eloklah aku terangkan sedikit demi sedikit disini utk sama2 kita mengetahui tentang jubin... [panjang citer nih, sila ambil note yer, heheh] jubin atau 'tiles' ade dlm pelbagai rupa dan bentuk... ade segiempat sama, segiempat te...

sesuatu...

sesuatu dh berlaku... apa yg dah berlaku? 3 hari tak hisap rokok! 3 hari demam dan selsema... 2 hari badan sakit-sakit... 1 hari urat saraf otak rasa macam nk meletup... 0.5 hari jer kerja... 0 minda ku ini... sesuatu dh berlaku... apa yg berlaku? bodohnya aku bt kerja gila... kenapa jadi macam tu? mungkin kerana ikut nafsu... kedai buku jadi mangsa poket aku kosong tak terkata... sesuatu dah berlaku... apa yg berlaku? aku nk buat keputusan drastik... biar sampai aku kena lastik... sebelum aku kena gastrik... moga takde benda yg pelik... transformasi yg selalu terdetik kena buat sesuatu disetiap detik sebelum aku yg kena pekik... p/s: oops logo@banner diatas tiada kena mengena dgn sajak diatas, err itu adalah logo utk minggu alam bina di USM penang, dikirim oleh seorg teman di sana, tema transit....