Skip to main content

Qaisara Qistina Birthday...

Hari nie genap setahun birthday qaisara, ditemani dengan kek dan doa dari kami, dengan harapan dia menjadi anak yg solehah dan berjaya mengharungi dugaan hidup dengan tenang dan sabar. aminnnn.

sy teringat sabtu yg lalu jumpa kengkawan dr alam maya, seronok juga sekali sekala habiskan masa secawan air bersama mereka. walaupun dlm keadaan sibuk dengan tender di ipoh (moga berjaya) aku kehulu dan kehilir menyiapkan apa-apa yg terdaya disamping 'entertain' kawan dr jauh. disempatan yg ada aku ke central market dengan harapan utk melihat sesuatu yg aku gemari, namun hampa segala telah berubah, tiada lagi seniman yg melukis potret, tiada lagi 'masterpiece' yg boleh dilihat, cuma aku sedikit terhibur dengan permainan angklong hehehe teringat pada satu ketika aku pernah bermain dengan kawan-kawan di YMCA KL.
tp nmpkntyer central market makin tersusun, cuma susunan itu buat aku tercari-cari seniman2 yg biasa aku lihat... hampa. sedang berjalan dan membelek-belek hasil kerja kraftangan, kawan yg menemani aku sementara menunggu bas ke utara bertanya, "bolehkah mereka nie survive" merujuk pada perniagaan cenderamata mug dan key chain di belakang.... aku tersenyum je, jawapan yg aku boleh beri..."boleh, saya pernah lakukan dahulu semasa belajar, sy dpt survive bayar sewa rumah, makan, dan beli kertas mahal utk buat model, hanya dr kerja-kerja seperti mug, design t-shirt, dan lain-lain".... saya senyum sendirian teringat kisah lama :)

sy tak salahkan soalan itu, mungkin nampak seperti tidak lumayan, tp jika bersungguh ermm luarbiasa hasilnyer. sy pernah bercerita pada adik bagaimana seorg kawan di kepong melakukan perniagaan menjual t-shirt... ermm jual t-shirt saje tau hehehe boleh hidup agak senang bersama aset-asetnya dan kereta idaman dia, walaupun hanya sebiji proton perdana.
bagi sy dimana ada kemahuan pasti ada jalan, tp kalau dh tak mahu, buatlah apa pun pasti takde hasilnya.

teringat juga bagaimana ada perniagaan pelik-pelik yg mendapat perhatian dan mendatangkan keuntungan luar biasa, seperti menjalankan perniagaan melwat kubur, menjual resit atm mesin, menjual satu pixel iklan, menjual sampah, dan lain-lain... heheheh ada yg sampai menjadi jutawan hasil dr perniagaan mereka yg tidak pernah difikirkan oleh org lain.



p/s: nnti ada gambar qaisara sy upload kat sini :)

Comments

Nuts@Kacc said…
happy bday 2 qaisara..wish her all the best...
Bunga Rampai said…
Salam kenal, salam ukhuwah di alam maya :)

Duh, baru berkesempatan membalas kunjung. Terima kasih jua bertandang ke teratak sepi saya tempoh hari.

Ada birthday rupanya. Ucapan terlambat ni... Selamat Hari Lahir untuk Qaisara Qistina, moga menjadi seorang anak yang solehah.

Cubit sayang pipinya untuk saya, boleh?
~aWais~ said…
selamat hari lahir qaisara..smoga menjadi insan yg berguna di masa akan datang..

dari awais hakimi dan keluarga.
kacc..
tq, qaisara sure hepi :)

bunga rampai...
terima kasih atas kunjungan kembali, pipi qaisara selalu kena cubit heheehh geram :)

~awais~...
terima kasih.... cantik gambar2 awais, macam ibunyer :)
Anonymous said…
assalamualaikum....
tun....kisah hiking kat parking lot tak nak story ke? wakakaka.....

N hepi belated b'day to qaisara from auntie hanie...

Popular posts from this blog

loghat utara...hehehe

Indahnya bahasa utara - [asyik salam pantai timur jerk :) ] lama tak dgr bonda cakap utara (penang)... hehehe yerla bonda dh takde dialam ini... tp cerita dibawah nie ade juga yg ku tak faham hehehe sib baik ade translation :) [cerita dari utara]... Pak mat dah cemuih dok meghonot bawah beranda. Malam kemaghin pak mat nampak sekoq budak ghenjong ghagaih pagaq mai dok balaih buah ceghemai pak mat hat maneh melecaih. “Malam ni mekalu mai aku tengalong. Masuk kot leghoh ni lembeq aku ghimbok” kata pak mat sambey dok gabuih seluaq. Dok sat pak mat pun nampak kawaq tu meloghoih mai kut bawah pagaq. Pak mat tunggu sat, sambey dok ghunaih ghupin kudhey Mekala kawaq tu tengah ghalit dok polok mentedaghah buah ceghemai, pak mat peghembang teghebey betoi-betoi kat betih keghin. Kelepuih, pak mat teghebey. “senighih pulak! pelaq sungguh” kata pak mat peghongoih. Kawaq tu teghuih ghodong keluaq. Habih ghabit baju. Dia ghandok ayaq acaq abih belemoih. Pak mat pedo teghebey betoi kat tengah belakan...

perangkap tikus

Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam "hmmm...makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar??" Ternyata yang dibeli oleh petani hari itu adalah perangkap tikus. Sang tikus naik panik bukan kepalang. Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, " Ada perangkap tikus di rumah....di rumah sekarang ada perangkap tikus...." Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, " Ada perangkat tikus !" Sang Ayam berkata, " Tuan Tikus ! Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku." Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing pun jawab selamba, "Aku pun turut bersimpati.. .tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku. " Tikus lalu menemui Sapi. Ia mendapat jawaban sama. " Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sa...

ruang kanak-kanak

minggu ade ade terbaca satu ruangan pasal ruang kanak-kanak ditulis oleh dean...dlm impiana kalau tak silap... dean menceritakan perihal ruang kanak2 dlm rumah, mengadakan satu bilik utk kanak2 bermain utk mengelakkan kejadian seperti kanak2 hilang dan lebih terkawal.... ada benarnya kata2 dean tu... tp bg sesetengah org mgkin tidak mampu atau ruang dlm rumah yg terhad jika dijadikan sesuatu ruang itu khas utk kanak2.... sy rs...penggunan perabut yg lebih fleksibel beserta jenis permainan yg tidak memudaratkan kanak-kanak juga perlu... akan tetapi jika kita hanya ade seorg atau dua anak... sy yakin kanak2 akan rs bosan setiap hari bermain dgn org yg sama dan permainan yg sama, jika dijemput kawan2 lepak sma, lama2 rumah pun jd cam tadika.... peranan ibu-bapa setempat dan semangat kejiranan yg lebih penting dlm mengatasi dan mengelakkan kanak2 hilang. jika sesuatu komuniti mewujudkan ruang beserta penjagaan utk kanak2 bermain dan belajar pasti dpt menjimatkan belanja menghantar ke ta...