Skip to main content

hachumm . . .










queer eye for the straight guy!

lama sungguh tak update... ditambah pulak dgn selesema berlarutan, nielah masalah aku kalau selesema susah nk hilang, semalam layan 'QEFTSG' siri ulangan, sambil layan air mata yg meleleh tanpa diundang sbb kepanasan global dibahagian hidung, selesema + air mata wahhh rasa terseksa kejap...
ermm ceritap pasal perubahan yg QEFTSG buat nie, terfikir pasal perubahan kat malaysia negaraku yg tercinta nie....sempena bulan kemerdekaan nie byk perkara yg telah berubah, dari yg negatif hinggalah yg ke positif, dan beberapa perkara yg sangat sensitif.

[MERDEKA 3x]

oklah sebenarnya nk share skit cerita dari seorg teman yg br balik dari berdakwah beberapa bulan yg lalu...
dia telah pergi berdakwah di beberapa negara seperti india,pakistan,turki, dan afghanistan dengan pembiayaan dr NGO islam dimalaysia.
antara beberapa pengalaman dia yg menarik ialah mengenai janggut, ermmm [sambil urut2 janggut aku sendiri yg tak berapa nk ade hehehe.]
menurut cerita kawan ku ini, sewaktu dia pergi ke afghanistan dan pakistan mereka disambut dengan baik apabila diberitahu mereka dari malaysia, wahh bestnyer dengar jer dari malaysia dpt sambutan cam VIP :)
jadi disana mereka tiada masalah dgn sunnah rasullullah nie utk menyimpan janggut dan mengemasnya dgn baik, malahan bagi org disana jika tiada janggut mereka bukan lelaki sebenar, isk... apsal janggut aku tak tumbuh2 nie hahahaha [ nie genetik faktor yerk ]
tetapi bila rombongan kawan ku ini tiba di turki, di beberapa kawasan kampung, bila mereka lihat jer org berjanggut mereka akan cuba mengelakkan diri, isk napa la pulakkan, salah ker ade janggut, rupa-rupanyer mereka tidak biasa dengan org yg berjanggut dan nampak sangat mereka nie org asing cam alien, sampai cuba larikan diri, ermmm mungkin juga pengaruh kamal attartuk sgt kuat, tak tahulah pulak sbbnya, tp jikalau fikir secara logik kerajaan utmaniah yg mempunyai empayar yg sangat kukuh berada diturki, hairan kan...ermmm. tp org yahudi pun simpan janggut per jejejejej siap ade cam tanglung lagi kat side burn dia jejejejeje.

ermm sebenarnya sy nk tulis pasal 'ghotic', sbb skrg nie dh mula ade pengaruh baru iaitu ghotic style dan fahaman ghotic, dan ade pula judul2 lagu bertajuk ghotic, dan anak2 muda skrg menggunakan perkataan ghotic utk gambarkan sesuatu, mungkin selepas diharamkan black metal maka menularla pula fahaman ghotic nie...isk tolong la wahai anak2 remaja seperti aku nie... [aku remaja ok..lom 40 lagi jejejeje] silalah wat kajian dulu apa itu ghotic, dan akan aku jelaskan senibina ghotic di zaman ghotic [sebb nie jer yg aku tahu] atau lebih dikenali dengan zaman kegelapan sebelum renaissance.

zassssssss [sambil tangan buat ala2 ultroman style]

Comments

~ GAB ~ said…
QEFTSG - this group of people have got their balls shrink off.

Janggut - Well, sunnah... tapi kalau rasa without janggut lebih kemas, lebih baik le tak simpan sebab Islam menekankan kebersihan dan kekemaasan.

MERDEKA (Pun 3 kali gak)
[[ QEFTSG - this group of people have got their balls shrink off. ]]

hahahhawakakakkakak..sib baik kat opis.

Popular posts from this blog

loghat utara...hehehe

Indahnya bahasa utara - [asyik salam pantai timur jerk :) ] lama tak dgr bonda cakap utara (penang)... hehehe yerla bonda dh takde dialam ini... tp cerita dibawah nie ade juga yg ku tak faham hehehe sib baik ade translation :) [cerita dari utara]... Pak mat dah cemuih dok meghonot bawah beranda. Malam kemaghin pak mat nampak sekoq budak ghenjong ghagaih pagaq mai dok balaih buah ceghemai pak mat hat maneh melecaih. “Malam ni mekalu mai aku tengalong. Masuk kot leghoh ni lembeq aku ghimbok” kata pak mat sambey dok gabuih seluaq. Dok sat pak mat pun nampak kawaq tu meloghoih mai kut bawah pagaq. Pak mat tunggu sat, sambey dok ghunaih ghupin kudhey Mekala kawaq tu tengah ghalit dok polok mentedaghah buah ceghemai, pak mat peghembang teghebey betoi-betoi kat betih keghin. Kelepuih, pak mat teghebey. “senighih pulak! pelaq sungguh” kata pak mat peghongoih. Kawaq tu teghuih ghodong keluaq. Habih ghabit baju. Dia ghandok ayaq acaq abih belemoih. Pak mat pedo teghebey betoi kat tengah belakan

jubin...

salam blogger's... [sambil lap hingus] beberapa hari lalu ade seorg kawan tanya tentang jubin... errr terpinga-pinga aku cuba memahami apa yg dia ingin sampaikan...memacam yg ditanyanya... bila dia kate "aku nk jubin yg besar tp murah kat mana ade jual" aku lagi bertambah keliru, aku yg sedang blurr nie pun tanya, ko nk jubin utk apa? jubin jenis apa ko nak? kawanku jawab dengan selamba "aku nk letak kat 'car porch' alaaa yg kaler merah2 tu cam batu bata tuuu, (sambil memuncungkan mulut), bila aku tanya lagi, yerla tp jenis apa ko nak? member aku pulak yg blurrr... errr jubin ade berapa jenis? aku pun senyum sambil rasa nk grip jer leher dia dibawah ketiak aku yg sentiasa wangi nih heheheh.... jadi tanpa membuang masa aku rasa eloklah aku terangkan sedikit demi sedikit disini utk sama2 kita mengetahui tentang jubin... [panjang citer nih, sila ambil note yer, heheh] jubin atau 'tiles' ade dlm pelbagai rupa dan bentuk... ade segiempat sama, segiempat te

sistem pendidikan ?

ilustrasi by sapot poleng.... friends from pnng. [computer generated] last week dtg budak UPM mintak kerjacourse industrial design... bersungguh2 dia ckp dia pandai guna software 3d dan pandai sketch...bila tgk hasil kerja ok... walaupun dia dtg dgn berselipar, t-shirt dan cap... aku masih tak kisah...sbb office nie fleksible... tp bila aku suruh dia dtg kali kedua, dia masih seperti itu... trus aku ingatkan dia yg dia jumpa aku ok la, [sbb 1st time tak formal] nnti jumpa big bos jgn mcm nie, nnti nk mintak kerja kt tempat lain, proper la skt kan... be prepared, ko tu student U, bukan bdk diploma biasa.... kali ke 3 dia dtg smart.. bgs aku puas hati, bos pon ok... dan diterima kerja.... tup tup... lepas sehari kerja dia ckp dpt jadi 'RA' research assistance dan november dpt sambung master... maybe ade discussion dgn lecturer bila dipanggil... aku masih tak kisah... aku ckp office nie fleksible, tp kasi la time table ko discussion supaya takde la duedate kerja t