30 November 2004
 [ Dato’ Usman Awang…ermmm ]
 semalam balik rumah abah, ambil tv yg tak berapa elok warnanya…carpet…pinggan mangkok semua aku rembat…malas beli…brg tu pon kat rumah buat berabuk jer…jarang digunakan so baik aku pakai kat rumah sewa baru nie…hehehe dah mula pindah tinggal nak kemas jer…pastu aku ternampak abah lekatkan kat dinding dapur satu sajak dari Dato Usman Awang…bertajuk Melayu …ermmm tersentuh sikit jiwa yg tak tenteram nie…aku pon salin untuk tatapan rakan-rakan sekalian …
 
 Melayu 
 
 Melayu  itu orang yang bijaksana
 Nakalnya bersulam jenaka
 Budi bahasanya tidak terkira
 Kurang ajarnya tetap santun
 Jika menipu pun masih bersopan
 Bila mengampu, bijak beralas tangan
 
 Melayu  itu berani jika bersalah
 Kecut takut benar,
 Janji simpan di perut
 Selalu pecah di mulut,
 Biar mati adat
 Jangan mati anak
 
 Melayu  di Tanah Semenanjung luas maknanya :
 Jawa itu Melayu , Bugis itu Melayu 
 Banjar juga disebut Melayu 
 Minangkabau memang Melayu 
 Keturunan Acheh ...
blog ini mengenai 'me and something' apa sahaja yang terkeluar dari minda ku ini, sama ada senibina, art, bisnes, emosi, freelance job, politik, pendapat sendiri, dan apa sahaja yang terlintas dibenak fikiran ku ini.