Skip to main content

i s t i d r a j

aku dpt email dr seorg teman...terkesima bila membacanya...ingin aku kongsi bersama sahabat sekalian.... :)

************ ********* ********* ********* ********* ********* *********
ISTIDRAJ
Minggu lepas, seorang kawan bertanya "Kenapa kadang kala kita lihat seseorg insan tu sentiasa dapat kegembiraan spt dapat naik pangkat, murah rezeki dll sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran? ". So, seorang kawan lain pun jawablah yang kdg kala sesuatu anugerah Allah swt kpd seseorg individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu tetapi kerana Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan orang itu. Allah nak tengok adakah hambanya itu akan menyedari bahawa Allah amat bermurah hati dengannya jadi sepatutnya dia bersyukur dan berubah menjadi baik. Tapi jika individu itu masih tidak reti bersyukur maka sesungguhnya dia telah menimbulkan kemurkaan Ar-Rahman.

Ada member tanya kenapa kdg2 kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat apa yang diimpikan. Ustazah kata itu tandanya Allah sayang pada kita. Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dpt yg diimpikan, kita akan terus berdoa dan mengingati Ilahi. Sebenarnya Allah amat rindukan suara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya. Kalau sekali berdoa terus dapat, kemungkinan besar lepas tu kita kita taksub dan lupa utk bersyukur pd yg Esa. Tup-tup dpt pula artikel ni drp seorg rakan. A very relevant and interesting article. Semoga Allah beratkan timbangan ibadah kita drp timbangan dosa di Pdg Mahsyar nanti. InsyaAllah.. Apakah dia istidraj itu? Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya.

Inilah yang dinamakan istidraj. Rasullulah s.a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT". (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi). Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.

Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam. Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam,bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka. Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong.

Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah. Manusia istidraj Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong".. Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat (sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt. Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati,namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia. Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang telinganya. Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta.
Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga. Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang/mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya.

Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya? Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah.
Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Wallahualam. "Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda: " Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."

Comments

Anonymous said…
Salam tun,

Terkesima gak baca tajuk, tkut tersalah sebut....

sampaikan biarpun satu ayat!!! tq tun

[pesanan pihak penaja : jgn tayamum dgn 3 batu}

aruZi
arZOoo said…
berbelit lidah nak baca tajuk tuh tun tapi rasa lagi terbelit jiwa ble baca intipatinya..thanks tun for the 'such a nice reminder' nih..
salam,
insaf aku dipagi jumaat yg indah ni.:)
tq.salam
jaketbiru said…
sama aa tun post ko ngan gue..
komen aruzi pun lebih kurang sama.. ((satu wabak nih)) hehehehehe
aruzi...
heheheh br faham citer tayamum 3 batu yerk?
btw thanks for that email..

arzoo..
sama2 la kita ingat mengingati, walupun aku sll terlupa.

butaseni...
salam-salam pelok pak arab :)

jaketbiru..
heheheh nide wabak melanda yerk...
ayat dia sukar d ubah nide :)
with my pleasre 'aku bukan bidadari'

Popular posts from this blog

loghat utara...hehehe

Indahnya bahasa utara - [asyik salam pantai timur jerk :) ] lama tak dgr bonda cakap utara (penang)... hehehe yerla bonda dh takde dialam ini... tp cerita dibawah nie ade juga yg ku tak faham hehehe sib baik ade translation :) [cerita dari utara]... Pak mat dah cemuih dok meghonot bawah beranda. Malam kemaghin pak mat nampak sekoq budak ghenjong ghagaih pagaq mai dok balaih buah ceghemai pak mat hat maneh melecaih. “Malam ni mekalu mai aku tengalong. Masuk kot leghoh ni lembeq aku ghimbok” kata pak mat sambey dok gabuih seluaq. Dok sat pak mat pun nampak kawaq tu meloghoih mai kut bawah pagaq. Pak mat tunggu sat, sambey dok ghunaih ghupin kudhey Mekala kawaq tu tengah ghalit dok polok mentedaghah buah ceghemai, pak mat peghembang teghebey betoi-betoi kat betih keghin. Kelepuih, pak mat teghebey. “senighih pulak! pelaq sungguh” kata pak mat peghongoih. Kawaq tu teghuih ghodong keluaq. Habih ghabit baju. Dia ghandok ayaq acaq abih belemoih. Pak mat pedo teghebey betoi kat tengah belakan

jubin...

salam blogger's... [sambil lap hingus] beberapa hari lalu ade seorg kawan tanya tentang jubin... errr terpinga-pinga aku cuba memahami apa yg dia ingin sampaikan...memacam yg ditanyanya... bila dia kate "aku nk jubin yg besar tp murah kat mana ade jual" aku lagi bertambah keliru, aku yg sedang blurr nie pun tanya, ko nk jubin utk apa? jubin jenis apa ko nak? kawanku jawab dengan selamba "aku nk letak kat 'car porch' alaaa yg kaler merah2 tu cam batu bata tuuu, (sambil memuncungkan mulut), bila aku tanya lagi, yerla tp jenis apa ko nak? member aku pulak yg blurrr... errr jubin ade berapa jenis? aku pun senyum sambil rasa nk grip jer leher dia dibawah ketiak aku yg sentiasa wangi nih heheheh.... jadi tanpa membuang masa aku rasa eloklah aku terangkan sedikit demi sedikit disini utk sama2 kita mengetahui tentang jubin... [panjang citer nih, sila ambil note yer, heheh] jubin atau 'tiles' ade dlm pelbagai rupa dan bentuk... ade segiempat sama, segiempat te

sistem pendidikan ?

ilustrasi by sapot poleng.... friends from pnng. [computer generated] last week dtg budak UPM mintak kerjacourse industrial design... bersungguh2 dia ckp dia pandai guna software 3d dan pandai sketch...bila tgk hasil kerja ok... walaupun dia dtg dgn berselipar, t-shirt dan cap... aku masih tak kisah...sbb office nie fleksible... tp bila aku suruh dia dtg kali kedua, dia masih seperti itu... trus aku ingatkan dia yg dia jumpa aku ok la, [sbb 1st time tak formal] nnti jumpa big bos jgn mcm nie, nnti nk mintak kerja kt tempat lain, proper la skt kan... be prepared, ko tu student U, bukan bdk diploma biasa.... kali ke 3 dia dtg smart.. bgs aku puas hati, bos pon ok... dan diterima kerja.... tup tup... lepas sehari kerja dia ckp dpt jadi 'RA' research assistance dan november dpt sambung master... maybe ade discussion dgn lecturer bila dipanggil... aku masih tak kisah... aku ckp office nie fleksible, tp kasi la time table ko discussion supaya takde la duedate kerja t