Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2006

Adakah anda pernah meninggalkan?

dear my blog... beberapa hari lalu sy ke JPA ada skit taklimat projek, bila masuk dlm conference room sy agak tersentak bila melihat rekabentuk meja meeting dlm bilik itu sama, sebijik-sebijik ditiru, tp malangnyer kerja-kerja tersebut bukan sy yg lakukan, ianya dilakukan oleh org lain menggunakan rekabentuk yg telah sy cadangkan pada awal tahun ini, ermmm kecewa bukan bila melihat hasil perahan otak kita diciplak tanpa ada skit saguhati atau imbuhan dari pihak lain, mudahnyer kerja mereka nie. tapi takpe sy percaya ade hikmahnyer kerana sy dapat kerja-kerja lain dr mereka. Alhamdulillah. ermm sy pernah meninggalkan sesuatu... 1. saya pernah meninggalkan rokok selama dua bulan dan akibatnya sy bertukar citarasa rokok dr jenis yg keras ke agak lembut (light) hehehehe, dan terus berazam berhenti merokok, hingga sekarang sy berjaya menghabiskan sekotak rokok 14 batang dlm masa 7 hari, lebih baik dari dahulu. 2. saya pernah meninggalkan seorg awek ditepi jalan, kerana ego dan byk cakapnyer...

Adakah anda pernah ditinggalkan?

semalam adalah hari yg sedikit mengecewakan saya, kenapa? akan saya ceritakan kemudian. tapi hari inie tetiba saya rasa seperti nk kongsi sesuatu yg bunyinya mengecewakan seperti adakah anda pernah ditinggalkan oleh sesuatu? dan akibatnya yg berlaku keatas anda? 1. Ya, saya pernah ditinggalkan oleh seekor kucing siam bernama putih tanpa dia mengucapkan selamat tinggal dan akibatnya sy tak minat bela kucing lagi hingga sekarang. 2. Ya, saya pernah ditinggalkan dari bermain bolasepak oleh rakan-rakan hanya kerana sy mempunyai rambut kerinting seperti gaya afro (sebenarnya sy terlalu bagus utk mereka hehehe) dan akibatnya sy lebih selesa berambut pendek hingga sekarang. 3. Ya, saya pernah ditinggalkan kekasih, hanya kerana sy belajar jauh darinya, dan dia tak boleh nk manja-manja dengan sy seperti selalu, akibatnya, sy lebih suka tgk figura dari nk menjalin hubungan serius, (kecuali sekarang...sy ade qaisara hehehe) 4. Ya, saya pernah ditinggalkan oleh bonda, tanpa dapat melihat saat akhi...

space...

in designing any home, several basic elements need to be taken into consideration, including how the home will be utilised, its relation to the environment and the architectural styling. In short, does the human feel good in a particular space? Architects and designer should consider down-to-earth frailties and desires when creating spaces for human habitation. Although they work with different materials and employ different techniques, they still share their only client in common - the human race.

memori...[ titanic ]

agak-agak ada tak cerita pasal lancang kuning (lagenda bahtera di tanah melayu) disimpan sebagai bahan berita? hehehe. memori kan...

Air + kata-kata

"Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah.Ustaz kemudian bercerita bahawa dia telah berkesempatan menghadiri satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru ini yang mana kebanyakan peserta yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam kecuali dua orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari UM). Penceramahnya seorang Profesor yang pakar tentang air dari Jepun.Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa"slide" ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin.Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan bermacam lagi). Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Adayang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya) rupa yang menggerunkan dan menakutkan. Lalu Profesor itu b...

penantian satu penyeksaan ! ! !

semalam 5 jam tunggu kereta dibaiki, tukar absorber,tukar dryshaft oil seal, tukar minyak hitam, tukar oil filter, dan buat alignment, buat saya rasa nk muntah menunggu begitu lama [mungkin sbb habis 8 btg rokok hehehe]... tp apakan daya, sambil tunggu tu dpt pula call dr JPA suruh buat proposal projek dlm 50K nk siap dlm 2 minggu, sbb nk habiskan budget hujung tahun nie...arghhhhhh proposal yg dr february hingga december nie pun diorg tak bole nk confirmkan lagi, nie nk buat lagi proposal lain pada bahagian yg sama cuma skop dikecilkan, macam 'something wrong somewhere'....adoi nie buat aku rasa nk fenin2, pagi nie pula diorg suh aku tranfer ke sub company lain pulak.... pastu tukar sesuka hati jer... takde any offer letter ker... arghhhh bosannyer, selama nie aku buat kerja sub company tak nmpk ker.... dh la tu kena refer pada junior staff lak, pasal gaji takmo lak cerita bila aku tanya... adoi, jadi minoriti camnie ler... dh lama kerja sini pun masih rasa tak dihargai.... y...

designer tandas???

hari nie seperti biasa breakfast dgn 'yobo' di presint 16 putrajaya, biasa terserempak dengan kak sira beberapa kali, sempat berborak sekejap... dan betty ade terserempak dgn saya tp dh tak cam, maybe dia semakin manis sejak dah kawin nie sampai sy tak perasan kehadiran dia disekitar. smlm 'yobo' (password utk org tersyg dlm bahasa korea :) ) pergi konvensyen wanita sebagai pemimpin perniagaan, walaupun dia tidak menceburkan diri dlm bidang perniagaan lagi, tp elokla untuk pendedahan, dan pagi nie 'yobo' cerita tentang konvensyen tersebut...dimana seorg panel dari bank dunia berpusat di thai bertanya pada seorg usahawan wanita yg berjaya dlm industri perkilangan plastik 'mengapa wanita jarang menceburi bidang perkilangan', usahawan tersebut tidak dapat jawab.....ermmm bg sy pula 'kebanyakkan' wanita apabila bercerita tentang perniagaan, perkara pertama yang terlintas ialah barangan wanita seperti kosmetik,pakaian, dan lelain (sbb tu botox ...

eisya. . .

milik siapakah gadis ini...... [cewahh ada gaya cam lagu sudirman tak?] ermmm sebenarnya hepi skit, br dpt gambar nie dari seorg adik angkat [tudung biru] yg sedang bertungkus lumus habiskan pengajiannya dimesir. macam mana leh kenal? ermm sebenarnya kami berjiran semasa saya masih belajar dan bekerja di ipoh, biasa la kami rumah bujang laki, sebelah lak student kolej islam perak, awek cun-cun lak tu heheheh... bagus adik-adik nie diorg tak sombong... asal selisih jer sure hidung diorg yg mancung pun kami tak nmpk, sehabis mengelak, kalau bagi salam jeling2 jer hehehe. kalau kami pulang awal sure lepak depan rumah sambil main gitar or bersihkan kolam air pancut yg kami buat [tunjuk rajin la konon] sebab nnti diorg akan balik dr kolej or dari pasar sambil naik basikal, sampai jer depan rumah kami pun bg salam.... yg lucunya dlm keadaan kelam kabut diorg buka pintu pagar, pastu sorong basikal laju2 masuk ke dlm car porch dan sambil tu jugalah diorg jawab salam hehehehe, malu la tu, heheh...

mutiara hati

beberapa hari nie saya pulang awal kerumah dan sempat melihat cerita indonesia yang ditayangkan di tv9, antara beberapa siri cerita slot hidayah yang menginsafkan dan yang terbaru bertajuk mutiara hati, mengisahkan seorang kanak-kanak bernama nabilla yg kematian ibu sejak kecil, merindui dan mengharapkan seorg ibu yg baik, dijaga oleh seorg ayah yg berada dan penyanyang, dibantu oleh adik dan mbah pengasuh kepada nabilla, apa yg saya hendak ceritakan disini mengenai skrip dan penyampaian intonasi yg mencuit perasaan saya. antara dialog antara nabilla, mbah dan pada Allah yang menbuatkan saya rasa hendak kongsi bersama, lebih kurang seperti ini: nabilla : mbah, semua org bilang ibu sudah meninggal, tp dimana ibu tinggal? mbah : ibu tinggal bersama Allah. nabilla : jika ibu tinggal bersama Allah, bermakna ibu berada dilangit didalam rumah Allah. (kate hati kecil nabilla) nabilla : jika ibu berada di rumah Allah, entah ada telefon atau enggak ya? (nabilla cuba hubungi operator telefon) na...