Skip to main content

ORANG MELAYU ???

APA YANG MENGHALANG KEJAYAAN ORANG MELAYU?

MEMANDANG RENDAH DAN TAK YAKIN PADA BANGSA SENDIRI -Tanpa kita sedari kita sering kali memandang rendah akan keupayaan bangsa sendiri.bilamana seorang melayu menjalankan perniagaan atau membuat sesuatu selalunya kita tak ambil pusing dan sering kali berkata ..’ ALAH TAK KEMANA PUN TU ‘. Jika sikap inilah yang kita terusa amalkan memang tak kemana pun kita. Sepatutnya lah kita membantu dan memberi sokongan kepada bangsa sendiri . Cuba kita bandingkan bangsa lain..cina umpamanya yang memang berjaya mendominsi ekonomi negara kita , pernah kita lihat orang cina memperlekehkan kaumnya…adakah sering kita lihat perniagaan kaum cina gagal..sudah tentu tidak..kerana mereka bersikap membantu sesama mereka..lihat sajalah kaum cina dengan pendidikan rendah pun pun mereka boleh menjadi tauke..kenapa tidak kita…Kekadang kita lihat kaum cina menjalankan perniagaan yang kita sendiri merasa pelik dan tak yakin akan berjaya ..tapi tengok akhirnya mereka berjaya..sebagai contoh perniagaan pakaian anak patung..perniagaan sewaan kostum kanak-kanak.

LEBIH PERCAYA PADA BANGSA LAIN
–Orang melayu kebanyakan lebih suka berurusan dengan bangsa lain dari bangsa sendiri . Yang palingmenyedihkan walau sebaik mana pun projek atau perniagaan yang orang melayu lakukan , memang sukar mendapat sambutan bangsa sendiri ..alasannya melayu ni memang susah nak berjaya. Kalau begini sikap kita terhadap bangsa sendiri sampai bila pun kita tak akan mampu menguasai ekonomi negara kita .Sekarang ini orang melayu hanya menjana kurang dari 15% dalam ekonomi negara. Sedihkan memang menyedihkan. Tapi itulah satu hakikat pahit yang terpaksa kita akui.yang peliknya orang melayu mudah mempercayai sesuatu perkara atau perniagaan dari bangsa lain tanpa menyelidiki dan mempersoalkan kesahihan serta keuntungan yang akan kita perolehi itu benar atau tidak, tetapi cubalah kalau produk atau perniagaan dari orang melayu..sehari semalam tak akan cukup diperlukan untuk orang melayu mempertikaikan dan memperlekehkan kaumnya itu sendiri . Kadangkala idea yang diperkenalkan oleh bangsa asing itu sama dengan idea si polan berbangsa melayu ni tapi malangnya dia tak dapat sambutan bangsa sendiri.

SIKAP BERTANGGUH – Orang kita ni sejak berzaman memang suka bertangguh..sikap takpe lah..biarlah..pergi dulu lah ..akhirnya bila keadaan dah betul-betul terdesak barulah tergesa-gesa nak bermula . contohnya perniagaan yang berasakan MLM . Kajian mendapati 20 tahun dari sekarang 70 peratus perniagaan nanti akan berteraskan danberdasarkan MLM. . Ada beberapa syarikat MLM melayu ditubuhkan tapi akhirnya tersungkur kerana tiada sokongan dari bangsa sendiri.mereka lebih suka menyertai dan mengkayakan bangsa lain …betapa kita telah dibutakan dengan kesenangan yang tak seberapa oleh bangsa asing ..sedangkan mereka memperolehi keuntungan berlipat kali ganda. Sedih..dan pilu bangsa melayu membunuh ekonomi bangsa sendiri.

DENGKI – Orang melayu sering tak lari dari sifat dengki dan irihati. Bila kawanya berniaga dia berniaga..kawan jual tom yam dia jual tom yam akhirnya keduanya berkubur.kenapakah kita tak cuba mencari kelainan dalam bidang perniagaan..lebih bersifat nak menjatuhkan kawan dari sama-sama berjaya. .Saya merayu dan menyeru lenyapkanlah sifat2 ini demi kejayan bangsa kita orang melayu.

HANYA PANDAI MENGKRITIK TANPA MELAKUKAN SESUATU YANG MEMBANTU- Kalau bab mengkritik memanglah orang kita juara ada saja yang tak kena dimata nya. Contoh..kereta nasional masa menggunakan kereta proton tak pernah pun kutuk ..tapi bila dah kaya sikit pakai kereta import , berguni dia kutuk kereta sendiri..beginikah bangsa melayu yang kononya patriotic dan cintakan nusa bangsa.. macamana kereta nasional nak bertambah maju dari segi kualiti dan pembangunanya kalau tiada sokongan bangsa sendiri..cuba kita tengok orang jepun dan korea ada mereka pernah mengkritik kereta , barangan buatan negara mereka. Memanglah dari segi dasar kita masih muda banyak perlu di perbaiki. Begitu juga dalam segi ekonomi dan perniagaan ..asal perniagaan tu milik orang melayu pasti teruk dikritik..tapi bila dah betul-betul berjaya dipuji pula..pelik tapi benar tu lah bangsa kita. Kenapa tidak kita mengambil iktibar dari dasar pandang ketimur yang telah lama diamalkan..contohi masyarakat jepun dan korea..banggakan dan menyokong penuh perniagaan dan produk sendiri.

TIADA SOKONGAN BANGSA SENDIRI. – Orang kita memang hebat..tahukah kita kita mampu menaikkan dan menjatuhakan sesuatu perniagaan. Bila sebut sebab cintakan NUSA BANGSA..PATRIOTIK ..waaaah dengan gahnya melayu berkata akulah penegak kedaulatan bangsa dan negara. Tapi cuba kita fikirkan balik untuk apa..kita pertahankan negara demi kemakmuran bangsa cina..dari segi ekonomi ..kenapa tidak jua kita bangkitkan kesedaran PATRIOTIK ekonomi sama sebagaimana kita perjuangkan kedaulatan tanah air.. Jadi kenapa kita masih teragak-agak membantu anak bangsa sendiri dalam perniagaan atau apa jua bentuk program pembangunan yang mana akan sama kita kecapi kemakmurannya ..

Dewasa ini kita banyak disogokkan dengan budaya barat yang memperjuangkan ekonomi kapatalis yang mementingkan keuntungan semata-mata.. Kita layu di buai angan kekayaan yang bakal dikecapai dari kemenangan MAGNUM 3D dan 4D. lottery skim cepat kaya..cabuatan bertuah, SMS peraduan dan sebagainya..pelik tapi tulah hakikat orang kita masih lagi khayal..hanyut dalam angan dan buaian kesenangan yang belum pasti milik kita.

Tujuan saya menulis ni sekadar menggambarkan secara ringkas kelemahan kita sendiri dalam ekonomi di negara kita yang makmur. Saya merasa terpanggil untuk menerangkan hal ini memandangkan banyak orang kita membazirkan wang kepada benda-benda yang tak berfaedah dan belum tentu ada hasilnya.Kenapa tidak kita membantu saudara kita yang lain yang mungkin memerlukan sumber kewangan untuk menjalankan perniagaan dan sebagainya. Cuba bayangkan berapa banyak yang kita bakar wang untuk rokok sebulan..berapa banyak yang kita pertaruhkan untuk nombor ekor , berapa banyak jumlah wang digunakan untuk SMS sebulan…berapa harga minyak yang terpaksa anda keluarkan untuk mendapatkan semua tu..semuanya perkara yang sia-sia.. Akhir kata cuba renungkan dan fikir-fikirkan seketika dimana kita .Kawan ketawa ramai ..kawan menangis memang susah nak cari. Bila susah sendiri tanggung. Bank tetap kejar penghutang. Kereta tak bayar sure kena tarik.
Satu lagi nasihat saya janganlah bergantung pada hanya satu sumber pendapatan. Jikalau anda berkerja kerajaan cuba-cubalah cari sumber pendapatn lain. Sebagai galang ganti sekiranya perkerjaan anda yang asal menghadapi masaalah. Lihat kaum cina berapa kerja dia buat dalam satu masa..tak hairanlah mereka ejen insurans disamping kerja hakiki .join MLM dan sebagainya. Dan hasilnya mereka hidup mewah. Negara kita kaya dan makmur kenapa kita biarkan hanya bangsa lain saja yang nikmatinya.MELAYU BOLEH MALAYSIA BOLEH. Kita ada semua kebolehan gunakan.Pelajar terbaik adalah melayu.. Pencetus pengunaan teknologi Nano dalam perindustrian ..pelajar melayu. Gabenor bank terbaik dunia,orang melayu..tiada sebab orang melayu tak boleh maju..kaji diri dan baiki kelemahan ambil segala peluang yang ada serta bersatu pasti kita MAJU.Pastikan orang melayu kembali menerajui negara dalam apa segi sekalipun ekonomi politik dan social.

[[[ petikan email dari seorg teman, ermm :-) ]]]

Comments

Popular posts from this blog

loghat utara...hehehe

Indahnya bahasa utara - [asyik salam pantai timur jerk :) ] lama tak dgr bonda cakap utara (penang)... hehehe yerla bonda dh takde dialam ini... tp cerita dibawah nie ade juga yg ku tak faham hehehe sib baik ade translation :) [cerita dari utara]... Pak mat dah cemuih dok meghonot bawah beranda. Malam kemaghin pak mat nampak sekoq budak ghenjong ghagaih pagaq mai dok balaih buah ceghemai pak mat hat maneh melecaih. “Malam ni mekalu mai aku tengalong. Masuk kot leghoh ni lembeq aku ghimbok” kata pak mat sambey dok gabuih seluaq. Dok sat pak mat pun nampak kawaq tu meloghoih mai kut bawah pagaq. Pak mat tunggu sat, sambey dok ghunaih ghupin kudhey Mekala kawaq tu tengah ghalit dok polok mentedaghah buah ceghemai, pak mat peghembang teghebey betoi-betoi kat betih keghin. Kelepuih, pak mat teghebey. “senighih pulak! pelaq sungguh” kata pak mat peghongoih. Kawaq tu teghuih ghodong keluaq. Habih ghabit baju. Dia ghandok ayaq acaq abih belemoih. Pak mat pedo teghebey betoi kat tengah belakan...

jubin...

salam blogger's... [sambil lap hingus] beberapa hari lalu ade seorg kawan tanya tentang jubin... errr terpinga-pinga aku cuba memahami apa yg dia ingin sampaikan...memacam yg ditanyanya... bila dia kate "aku nk jubin yg besar tp murah kat mana ade jual" aku lagi bertambah keliru, aku yg sedang blurr nie pun tanya, ko nk jubin utk apa? jubin jenis apa ko nak? kawanku jawab dengan selamba "aku nk letak kat 'car porch' alaaa yg kaler merah2 tu cam batu bata tuuu, (sambil memuncungkan mulut), bila aku tanya lagi, yerla tp jenis apa ko nak? member aku pulak yg blurrr... errr jubin ade berapa jenis? aku pun senyum sambil rasa nk grip jer leher dia dibawah ketiak aku yg sentiasa wangi nih heheheh.... jadi tanpa membuang masa aku rasa eloklah aku terangkan sedikit demi sedikit disini utk sama2 kita mengetahui tentang jubin... [panjang citer nih, sila ambil note yer, heheh] jubin atau 'tiles' ade dlm pelbagai rupa dan bentuk... ade segiempat sama, segiempat te...

sesuatu...

sesuatu dh berlaku... apa yg dah berlaku? 3 hari tak hisap rokok! 3 hari demam dan selsema... 2 hari badan sakit-sakit... 1 hari urat saraf otak rasa macam nk meletup... 0.5 hari jer kerja... 0 minda ku ini... sesuatu dh berlaku... apa yg berlaku? bodohnya aku bt kerja gila... kenapa jadi macam tu? mungkin kerana ikut nafsu... kedai buku jadi mangsa poket aku kosong tak terkata... sesuatu dah berlaku... apa yg berlaku? aku nk buat keputusan drastik... biar sampai aku kena lastik... sebelum aku kena gastrik... moga takde benda yg pelik... transformasi yg selalu terdetik kena buat sesuatu disetiap detik sebelum aku yg kena pekik... p/s: oops logo@banner diatas tiada kena mengena dgn sajak diatas, err itu adalah logo utk minggu alam bina di USM penang, dikirim oleh seorg teman di sana, tema transit....