Monday, October 29, 2007

ruang terhad...

lama tak menulis, salam aidilfitri buat semua sahabat...

ermm sy teringat beberapa minggu yg lalu ade kawan bertanya bagaimana hendak menghias ruang yg kecil atau terhad...apa yg bole sy katakan ia bergantung pada pemilik ruang tersebut, bagaimana ia mahu ruang itu kelihatan, bergantung pada citarasa masing-masing.

ruang terbahagi pada beberapa bahagian, ade ruang tertutup [privasi] ruang terbuka, ruang separa trbuka... jika kita mahu ruang kecil kelihatan besar penggunaan bahan kemasan, warna dan perabut hendaklah mengikut ukuran standard jika bole di custom made lebih baik tapi masih mengikut antropometrik manusia okehhh. sebagai contoh mungkin ruang tamu yg kecil bole d letakkan dgn cermin yg besar utk menampakkan ilusi ruang itu besar, atau menggunakan warna yg terang, atau penggunaan perabut yg fleksibel mengikut keperluan seperti set sofa yg bole d lipat2 atau meja mkn yg bole d besarkan dr 4 org ke 6 org, dan pelbagai cara lagi yg creative.

semuanya bergantung kepada pemilik ruang bagaimanakah mereka mahu sesuatu ruang itu kelihatan dan fungsi yg mereka mahukan, mungkin ade pemilik ruang yg suka menyendiri dan tak suka akan kehadiran tetamu, maka pemilihan perabot nmpknyer tidak menjadi masalah, ade juga pemilik ruang yg suka mengadakan parti, maka dgn ruang yg terhad mungkin dia memerlukan perabut yg mudah alih dan kemasan lantai dan dinding yg mudah d bersihkan dan nampak luas, atau ade pemilik ruang mempunyai anak yg lasak, mungkin penggunaan perabut dan kurangnya hiasan d dalam ruang d perlukan, namun dgn sedikit sentuhan kreatif ruang tersebut tetap nampak hidup dan menarik.

segalanyer bergantung kpada pemilik ruang...

mengenai konsep rekabentuk, bole refer atau search kat internet ade pelbagai jenis konsep yg bole d guna terutamanyer minimalist, dimana sesuatu ruang itu hanya mempunyai atau tiada langsung perabut mengikut keperluan fungsinya [less is more].
sebenarnya sosio ekonomi dan geografi juga mempengaruhi ruang manusia, ia juga memainkan peranan dr segi psikologi dan mental manusia yg berada dlm sesuatu ruang, sebagai contoh jika seorg manusia sudah biasa tinggal ddalam ruang yg sempit dan tiba2 d berikan ruang yg besar ia akan merasakan kebebasan yg amat sgt... jika sebaliknyer manusia akan rasa tertekan, jadi ruang juga secara tidak langsung membentuk minda anak-anak kita :).

ubahlah kedudukan perabut atau warna d satu dinding ruang anda utk menampakkan kelainan dan keadaan segar [fresh] setiap 4 atau 6 bulan sekali... ianyer murah dan menjimatkan namun impaknyer sgt besar. tak perlulah sampai berbelanja beribu ringgit menukar perabut dan lain2. :).


[ letih travel ke perlis tak habis lagik, semoga keadaan berjalan lancar.... amin ]

17 comments:

Wira Nordin said...

kamu kalau mintak khidmat nasihat percuma ke?

Mak Su said...

tima kasih dengan idea ruang ni

m i n e r a l . . . said...

wira nordin..
utk kengkawan sekadar apa yg tahu... free bro, ilmu utk d kongsi kan :)

mak su..
sesama...

arZOoo said...

wah wah wah..terkesima nya ngan pic tuh..ermmmmmmm.....ader idea

butaseni said...

fullamak bro,kalau rumah aku mcm ni best gile.casanovalah aku jadinye hehehe

m i n e r a l . . . said...

arzoo...
err hope it give ur good idea for new home hehe

butaseni...
casanova? perhhhh heheheh rumah ku syurga ku kan bro :)

Anonymous said...

thanks for the info...
lagi banyak ilmu yang dikongsi lagi bertambah berkat ilmu tersebut...

friends...

m i n e r a l . . . said...

anonymous...
welcome... no big deal...
come here again bole share something right?

suteraunggu... said...

wow so nice ahh i like it too tun...tqs for sharing the ideas ya...have a nice day tun...

always me silkunggu...

bunga rampai said...

Salam,

Terima kasih info yang menarik ini. Sangat berfaedah.

Boleh jelaskan maksud istilah antropometrik ? Tk.

ayang_mas said...

salam tun..

Penggunaan warna secara betul boleh mengubah gaya dan suasana dalam rumah. Bila memilih warna, sentiasa sesuaikan dengan jumlah cahaya yang masuk ke dalam mana-mana ruang dalam rumah anda.

Warna keras yang menambah perwatakan kepada bilik yang terang boleh menggelap dan mengecilkan ruang dalam bilik yang kurang cahaya. Warna keras sesuai digunakan sebagai penyerlah, manakala warna lembut pada permukaan besar seperti dinding, cadar dan upholsteri memantul, bukan menyerap cahaya, dan memberikan ilusi ruang yang luas.

Ia juga bagaikan mencipta kanvas kosong yang membolehkan anda menyuntik warna dan reka corak menerusi kelengkapan atau aksesori dalam bilik. Gambar warna terang dan menonjol pada dinding, dengan kusyen tabur dan ambal kecil akan menambah sentuhan peribadi dan memberikan imbangan yang betul antara minat dan keperluan untuk mencipta ruang yang tampak dan terasa besar dan selesa..

Betul tak tun??

m i n e r a l . . . said...

suteraungu..
have a nice day ungu... no problemo.

bunga rampai..
antropometric definasinya kena cari dlm kamus hehehe...
tp secara fahaman sy... antropometric berkaitan kajian ukuran badan manusia (figura)
nnti sy citer pasal antropometrik secara detail... tq kerana bertanya.

ayangmas...
ya benarrrr, tepat sekali...errr kata2 yg terurus... copy dari mana tu?

ayang_mas said...

kite ni kena la byk membaca..bile dah baca kena la kongsi2...ilmu tu xbaik guna sorg2 je...wakakakaka...kaedah tu mmg ayg dah try pon...menjadik gak la..puas ati..

sweethOneY said...

wah3..
stunning lak tgh dining area tuh..
sgt menarik hatikuuuuu..
kalau la rumah sayer ade dining area gitu..kan best :D

© Oshun/EM Muhammad/Nadia Emarele Muhammad said...

Salam perkenalan dan Selamat hari raya aidilfitri, mzb...
OD teruja melihat deco yang sungguh menarik untuk ruang yang kecil. Jutaan terima kasih kerana berkongsi dengan kami. Canggihsss...

m i n e r a l . . . said...

ayang..
caya la.. wa caya sama lu heheh

sweethoney..
errr suka makan yerkk...dapur takmo ker jejej

oshun...
salam...salam aidilfitri juga.
errrr terima kasih juga kpd lecturer sy dn lecturer kpd lecturer sy dan lecturer kpd lecturer-lecturer sy... dan setrusnya...[segalanya dr tuhan jua]

ayang_mas said...

tun...betul ker caya ni??mcm xcaya je....