KAWAN... kata emak.. kawan itu umpama api, mula-mula bila kelihatan kecil ia nampak indah belaka, tapi jika api itu mula membesar dan merebak ia boleh membuat hidup jadi musnah, tapi kata abah pula, kawan itu umpama mendirikan sebuah rumah di tebing arus... kalau berani dan gagah menghadapi segala onak-duri yang berlaku, maka berkekalan kehidupan dan persahabatan... tapi lain pula kata abang... baginya kawan itu umpama layang-layang, jika ikatan yang dibina di pegang dengan sama erat maka ikatan persahabatan itu akan menjadi kukuh... tapi kata kakak, kawan itu umpama sekuntum bunga tahi ayam... makin dekat makin berbau... Tapi makcik pula selalu berkata, kawan itu seperti racun, ada pahit dan gentir, kalau tidak pandai memilih dan merasa maka ia pasti mengundang bahaya... Tapi bagi aku... kawan itu semuanya indah belaka... walaupun ia dikatakan umpama api, ibarat berumah di tebing arus, ibarat layang-layang, bau umpama sekuntum bunga tahi ayam, racun.... tapi bagi aku kawan itu ibarat ...
blog ini mengenai 'me and something' apa sahaja yang terkeluar dari minda ku ini, sama ada senibina, art, bisnes, emosi, freelance job, politik, pendapat sendiri, dan apa sahaja yang terlintas dibenak fikiran ku ini.