"jauh berjalan, luas pemandangan" ... teringat sewaktu aku mula-mula hendak melangkah ke Alam asrama dgn gembiranya hendak pergi jauh dari rumah, hendak melihat dunia baru, mungkin waktu itu jiwa memberontak memberitahu pada diriku, "pergi..pergi sejauh mungkin yang kau terdaya, tiada siapa dapat menghalangnya" ermmm kehendak hendak pergi jauh tetap dlm diriku, bila ku ajukan persoalan untuk sambung belajar kepada isteriku, dia juga mempunyai keinginan yang sama, syukur Alhamdulillah, walaupun belum tiba masa yang sesuai tapi cita-cita itu tetap ada, menjadi survivor menjadikan aku lebih menghargai apa yang ada, masih teringat sewaktu aku menerima sijil pertama ku dalam bidang senibina, arwah ibu pula masuk ke hospital kerana strok, sesiapa pun tak beritahu dihari konvokesyenku sehinggalah aku pulangh tiba dirumah untuk beritahu khabar gembira, terpaku aku depan pintu bila diberitahu bonda berada dihospital, malam itu juga ditemani anak saudara perempuan aku pergi m...