1. bajet.
pastikan anda mempunyai wang yg cukup, jika tidak ikutlah berapa yg ada dan fikirkanlah sesuatu yg bersifat 'recyle' atau 'flexible', contoh seperti menggunakan TV zaman dato kita sebagai rak kasut, atau meja kopi, atau menjadikan sesuatu perkakas sebagai dwi fungsi contoh seperti menjadikan meja snooker sebagai meja makan 'two in one' orang perok kate jejejej, biasanya bila bajet kurang maka minda anda hendaklah bergerak pantas sekreatif mungkin. jika ada bajet terhad maka belilah barangan sedia ada dipasaran, atau dptkan dr mana2 kedai yg menjual barangan terpakai [byk la nie kedai camnie], jgn pi tempah 'custom made' melainkan anda ada bajet yg cukup utk mengubah ruang yg anda mahu.
2. konsep & fungsi ruang.
sila definisikan ruang anda beserta konsep yg anda ingin kan, plsss make sure konsep nie ada bajet yer.
antara konsep yg familiar diwaktu ini ialah,
a. minimalis (meminimakan peralatan utk fungsi ruang yg lebih..er.r.r.r. korang cari la dlm buku makna dia terperinci yer)
b. zen (bunyi cam jepun skit, lebih pada keharmonian dan keseimbangan dlm ruang tuh)
c. nusantara (tak tau .. aku pun tak reti nk xplain jejeje pikir sendiri la, kalau anda bukan melayu pls comment nnti aku xplain jejejej)
d. english style (putih cream, berbunga-bunga, wallpaper, lantai, lampu, perabot..err.r.r. konsep nie bukan menapati jiwa aku, tp korang leh refer majalah byk heheh)
e. konsep terbuka (buka la bykkan bukaan kasi org tgk jejejejej, juz joke, sila berhati2 dlm konsep ini, pastikan anda betul2 fahami dan pastikan ia betul2 praktikal utk anda :) )
f,g,h sila refer buku la... byk sgt nk cerita, tp anda boleh create konsep sendiri seperti... 'ini ruang ana yg punya' hehehehehe sure takde sapa nk komen ahaks.
3. warna.
pastikan warna mengikut citarasa anda, walaupun ia akan membuatkan org lain rasa nk muntah tgk pilihan anda, err.r.r.r.r ini utk ruang privasi jika ruang umum silalah pilih warna yg lebih harmoni, jadikan salah satu dinding sebagai 'feature wall' bukan apa utk menarik perhatian manusia dlm ruang tersebut dr menjadi boring. isk panjang sebenarnya nk cerita pasal warna nie, warna lantai, siling, dinding, perabot, hinggalag warna gincu, mestilah diselaraskan hehehe, jika hendak selamat silalah ke kedai cat, dptkan katalog pilih warna dan belilah tin kecil (1 liter) cat pada kadboard or papan contoh, dan acukan pada dinding rumah anda beberapa warna.... pls make sure papan tu besar skit jgn buat size 1"x1" yerk.... buatlah lebih dr 1'x1' lagi baik, anad boleh berimaginasi sehari suntuk :)
4. perabot.
bab nie termasuk la dlm bajet dan warna tadi. tp jika ruang kecil pastikanlah anda tak melebih2kan perabot, cukup la sekadar yg betul2 berfungsi utk famili anda sahaja.
lebih baik anda mempunyai konsep utk ruang tersebut, sesuaikan okeh.... ermm bab perabot nie subjektif, laki bini leh gado pasal perabot saje hehehehe
5. lantai.
sila pastikan ia boleh bertahan lebih dr 10 tahun, kebiasaan rumah melayu leh tahan beratus2 tahun sbb tak pakai kasut dlm rumah heheheh. kemasan lantai ada bermacam antaranyer :
a. solid wood : cantik, kena beli yg betul2 original, mahal giler, kena tahu cara maintain, menaikkan nilai rumah anda heheheh.
b. ceramic : ada bermacam warna dan patern, sila beli buatan malaysia heheheh yg lain kawe tak recognise la, ikut la citarasa dan bajet anda. yg tak best tak nmpk natural, setiap petak berulang2 patern macam batik cop jerk heheheheh.
c.porcelain : adik beradik ceramic, size besar, tebal, tahan lasak.
d.laminated flooring : utk ruang yg bukan heavy duty, pepandai la fikir logik jer nie :)
e,f,g dan lelain.. bermacam di pasaran nk guna tiakr mengkuang pun bole tak salah, ikut la ruang anda tuh heheheh.
6.dinding.
ada macam2 finishing, ko tak finishkan pun takpe, ikut suka la, janji hati anda senang heheheheh.
rumah ahadiat akashah (penulis novel) tu pun unik.. dinding tak lepa :),
anda gi la kedai tgk wallpaper, cat, atau apa2 yg anda rasa sesuai utk kemasan dinding, nk guna kain batik pun bole asalkan ia menepati konsep ruang anda :)
7.siling.
sama seperti lantai [mula malas menulia la ni hehehe]
tp kan dulu waktu aku nk cat siling studio, ramai kawan kate aku akan rosakkan studio melukis diorg yg cantik tu... hehehe tp hasilnyer dgn roller yg dicelup cat oren yg mengeffectkan ala-ala batik... aku lukis kt siling tuh bentuk ala-ala mcm mataharijadi, bulat mcm spiral pastu ade kat tepi2 bulatan tu zig-zag cam matahari yg menyinar.... hasilnyer kami menng studio plg cun :) tahniah utk aku ahaks.
8. attitude.
silalah rajinkan diri anda membuat kajian2 dr majalah, kedai2 perabot, kedai langsir, kedai cat, kedai kemasan lantai dan dinding, atau dh byk duit tuh cari jer aku, aku tlg design, anda bayar jelahhhhh hahahahahahah, pandai tak otak aku nie [masuk basket, tekan punat lift]
err.r.r.r. apa kena mengena attitude dgn ruang, ermmm silalah hayati ruang anda, jgn berkasar dengannya, cehhh mcm layan awek lak. jadikan ruang anda lebih berwatak dan disenangi okehhh.....
selamat beramalllllll.... dr professor easy [bukan izzi yerk heheheh]
Comments