contoh rumah yg menggunakan 'interlocking brick system'...errrr mahu? sila hubungi saya :)
sesuatu yang menarik saya baca hari ini...'modern primitive' . . .
boleh lihat some review dari exhibition disini http://www.pinkmemo.com/newyork/blog/modern-primitives-at-design-miami/
seakan trend diwaktu ini bila kebanyakkan kediaman mewah direka menggunakan 'raw material' dinding tanpa dicat, tanpa diplaster, hingga rekabentuk perabut juga menjadi sangat raw tp masih terdapat sentuhan mewah dan artistik. namun ia masih bergantung kepada kepakaran pereka dan kehendak pelanggan yang mahukan kelainan dan cost effective.
beberapa tahun kebelakangan ini juga di Malaysia penggunaan 'interlocking brick system' menjadi sesuatu yg diminati terutama dirumah-rumah di pantai timur, mungkin kerana mesin mencetak bata tersedut datangnya dari negara jiran, penggunaan yg sgt efisien hingga boleh menjimatkan 15 ke 20% dari kos kebiasaan kerana kurangnya penggunaan acuan konkrit, tetulang besi dan pekerja. namun kekurangannya strukturnya tidak boleh dibina lebih dari 2 atau 2.5 tingkat (mengikut ketinggian rumah kediaman)
mungkin pada masa akan datang penggunaan dan rekabentuk bahan binaan alternative yg lebih mesra alam dan menjimatkan dapat direka, dengan kadar pertumbuhan hartanah yg sangat tinggi buat masa ini, mungkin ia dpt membantu dari segi kos.
p/s: saya masih minat dan kagum dgn kreativiti rumah 'jaket biru' dimana dinding rumahnya dari bata biasa disyelek hingga ia menjadi sgt 'tropika' dekorasi langsir yg hanya menggunakan buluh sebagai railing, langsirnya dari batik lepas, beserta hiasan lain yg sungguh mempersonakan.. kos rendah tapi gaya hebat...syabas :)
Comments