Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2006

basikal

ermm hari nie dengar topic kat hot fm pasal basikal, sempena kayuhan basikal dari KL ke danga bay oleh farah fauzana dan faizal ismail, moga diorg berjaya harunginyer...teringat la pulak kisah2 lama sewaktu naik basikal nie :) . .. waktu kecik2 dulu aku nie mmg degil dan nakal skit....skit jer tau hahahaha [[percaya la]] . . . lepas 3 hari aku dan adik bersunat atau berkhatan [ bahse sopannyer ] kami telah menjelajah menaiki basikal satu kg di kg melayu sr kundang, tasik biru tuuuu ehhehehe, mujur tak bentan :), antara lain yg aku masih igt bagaimana bahu kanan aku terkehel sbb buat free style [[ zaman BMX ]] adoi seminggu tak gi sekolah tak leh menulis, dan plg best jeng jeng jenggggg bawak awek naik basikal, lepas kami habis study group kat Pj awek tu nk tumpang...awek tu degil aku kate takde seat utk dia duduk, dia nk duduk gak kat palang basikal tu, ermm lantak la, bawak jer ada la dekat sebatu nk hantar dia gi stesen bas, at last dia suh berenti tak sanggup pinggul dia yg lentik ...

deria cinta !

bergenang sesuatu dari deria mengalir membasahi anggota setiap zarah yg tercipta memberi kelainan dari pencipta duduknya aku memikirkan dirimu tersujudnya aku yakin padamu penuh syukur dari kasihmu kerana cinta segalanya napa aku tidak melihat napa aku tidak merasa jangan biarkan aku sengsa gelumang jiwa sengsara ku yakin pasti tiada tawa darimu agungnya cinta melihatkan aku sengsara pasti bangkit kerana cinta aku tak perkasa melawan dugaan namun berikanlah aku kekuatan berhijrah dari satu lembah kegelapan meraba dalam kesamaran mencari nur cinta yang diharapkan

Imam Al-Syafie

IMAM Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama. Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya: “Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan. “Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.” “Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. “Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.” Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya. Katanya: “Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. “Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat. “Dalam hati masih ada kesabar...

CARA MUDAH MENCETAK T-SHIRT.

yeahhh... website cara mencetak t-shirt telah di upgradekan, insyAllah sedikit demi sedikit beberapa perkhidmatan akan dilmasukkan dan dilakukan dari masa kesemasa, jika ade kesempatan pasti website cetakan t-shirt tersendiri akan dilakukan, buat masa ini kami menggunakan template dari weblog sebagai base. jika ade sesiapa berminat untuk menjadi usahawan atau sebagai hobi silalah lawati http://cetak-t-shirt.blogspot.com untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai cara mudah mencetak t-shirt. p/s : pssttt link kanlah website tu dlm blog anda (pleaseeee), sebarkan pada rakan2 sama, jika anda berminat untuk sama-sama sertai bisnes ini, silalah email ke masa_ntwrk@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan.

merenung ! ! !

gambar nie aku di air terjun bukit jana taiping, pada 6 june 2005 beberapa hari selepas aku ehem ehem heheheh.... utk dapatkan beberapa hasil fotografi aku yg ntahhapahapa silalah lawati ke http://virtualstudio.fotopages.com/ untuk melihat beberapa koleksi gambar yg pernah aku ambil, byk lagi ade tp belum ade kesempatan untuk mengemas kini, dan berharap one day aku mampu miliki DSLR selain SLR aku yg perlu diupgrade heheheh...bak kate org... " one picture with a thousand of meaning " betul ker? mari kita renungkan.... jgn renung katak tu dah la nnti dia lompat jejejejjeej . p/s : virtual studio insyAllah akan bertapak di tempat aku mula mengenali sains dan seni. :) [ http://virtualstudio.fotopages.com/ ]

seketul keju dan tuala kecil

Assalammualikum, Harta yg allah swt kurniakan kepada kita..bukannya 100% milik kita... SEKETUL KEJU DAN SEHELAI TUALA KECIL Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi) oleh Ustazah Noorbayah Mahmood. [ dan aku copy dari email iman :) ] Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya. "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?" Lalu gadis malanginipun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi. "Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjum...