Semalam bersembang dengan seorang rakan dari brunei melalui YM, walaupun seperti ceria tiada apa-apa yang merunsingkan namun dia menjalankan tugas sebagai anak dengan menjaga papanya dengan baik sepanjang papanya di hospital bersama keluarga.
Macam biasa aku terlewat lagi pergi kerja hari ini [sungguh tak berdisiplin diri ku ini], nampak ade sms pada handphone ku yg telah dibaling berkali-kali, tapi lewat punya pasal aku terus bangun mandi dan bersiap-siap nak ke opis. Lepas semuanya selesai baru aku buka sms yang diterima, agak terkejut, rakan yang ceria bersembang semalam dihurung duka bila sms ringkasnyer berbunyi "papa dah takde" ermmm terasa sayu pula.
Hanya fatihah sahaja yang mampu disedekahkan, semoga Allah mencucuri rahmat keatasnya. Semoga sahabat ku itu tabah hadapi keadaan, hidup mesti diteruskan. Dalam waktu-waktu begini teringat akan bencana tsunami, teringat pula pada Arwah ibu dimana setiap ahli keluarga menahan air mata dari mengalir sedaya mungkin...