Skip to main content

Posts

ATM mesin . . .

hari nie gi atm mesin maybank depositkan sedikit wang pada adik, dengan kecanggihan teknologi duit dpt dipindahkan dengan mudah dan boleh dilakukan pada bila-bila masa, tu belum guna internet sepenuhnya, menyedari akaun wang aku dr bank lain jadi terpaksalah ke deposit mesin yg berhampiran, tp bukan itu yg aku nk ceritakan, tp bagaimana aku disapa dengan salam yg lembut dr seorg adik yg mungkin berusia dlm lingkungan 10 - 13 tahun, berkemeja putih, tubuh agak berisi, memakai songkok, berseluar hitam, memberi salam dengan senyuman. muka budak itu yg nmpk berseri buat aku berhenti dan menjawab salamnya kembali, dengan lajunyer adik tu pun cakap "kami dr rumah anak yatim, minta derma melalui penjualan kalender 2007" mungkin takut aku berlalu begitu sahaja dia terus cakap dgn pantas tanpa henti hinggalah aku kata " maaf dik abg dh ada kalendar nie" heheeh dengan niat nk lihat reaksi adik tersebut, adik tu pun terus petah membalas, "takpe bang, tak beli pun takpe, t...

senyum . . .

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.Dengan murung lelaki itu mengadu, "Tuan Guru, sepanjang hidup saya,rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?" Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan rubahlahroman mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskinnamun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurutRasulullah, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yangmembuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanjiakan memperbaiki penampilannya. Wajahnya senantiasa berseri. Setiapkesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk be...

Selamat Hari Lahir 'yobo'

pada 20 feb yg lalu kami sekeluarga meraikan hari lahir 'yobo' aku hadiahkan softpresent antaranya tempat letak hp, armrest dan botol yg berisi puisi khas utk 'yobo' puisi yg aku lahir secara spontan itu terus aku coret dan abadikan didalam sebuah botol kecil yg aku beli dikedai buku popular. sedikit kejutan dimana hadiah itu aku berikan pada awal padi tatkala 'yobo' membuka matanya. moga 'yobo' gembira dengan pemberian ikhlas ku itu. antara bait-bait puisi yg aku hadiahkan. Senyumanmu manis mengubat jiwa tuturmu lembut mententeram rasa gerak-gerimu tiada tanda Tanya buat kasih indah selamanya Terima kasih sudi menjadi Sebahagian daripada jiwaku terima kasih sabar dengan karenahku moga kasih tersimpul rapi bersama anugerah yang tak terperi Percaya berdua pecah tiada saling fahami erat maknanya rupa paras bukan utama jiwamu luhur idaman sukma Selamat hari lahir sayangku moga tabah pancaroba mendatang akanku pertahan hingga akhir zaman. tidak lupa pada ken...

melayu bolehhhh ?

Di mana boleh cari ramai Melayu Pastinya di Kelantan dan Terengganu Dan juga di pasar malam dan pasar minggu Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu Di Sungai Buloh, pusat pemuilihan, dulu di Pudu Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru Terkinja-kinja best giler menari macam hantu Apa hobi orang MelayuTerkenal dengan budaya malas dan lesu Berlepak buang masa tak jemu-jemu Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu Tengok telenovela dari Filipina dan Peru Berpusu-pusu pergi tengok pameran hantu Sambil makan junk food, kuaci dan muruku Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu Mana tak gendut berpenyakit selalu Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu Boleh tak jumpa mereka di kedai buku Atau di perpustakaan dan maj...

Lukisan Pertama.

Saya hampir terlupa yg qaisara ada mencoretkan sesuatu pada hari minggu lepas, sy lihat dia semakin suka menyelak-nyelak 'flash book' ABC dan 123, dengan spontan sy berikan dia sehelai kertas, sy lukiskan 'spiral' sebagai guideline, lepas tu sy beri dia sebatang pensel, letakkan pada jari jemari qaisara yg montok dan runcing itu, walaupun qaisara pegang atau lebih tepat genggam seperti penumbuk dengan mata pensel kebawah, sy tunjukkan guideline yg dia halus ikut, Alhamdulillah hasilnyer seperti dlm imej bewarna biru diatas, pertama kali sy lihat dia sangat seronok menggores-gores pensel tu keserata kertas termasuk la jubin lantai dan cuba ke dinding, aiseymannn, sy cuba ambil pensel kerana keadaan semakin tidak terkawal, qaisara pula enggan melepaskan.... ermmm fenin jap... terpaksa umpan dengan buku-buku lain hehehehe br dpt pensel tu, kalau tak dlm mulut pun dia nk melukis :) sy bersyukur kerana masih mampu berehat dirumah sambil memerhatikan pertumb...

jauh berjalan luas pemandangan . . .

pada 11 feb lepas, genap qaisara 11 bulan, dan bermulalah perjalanan dia didalam rumah... melangkah dengan penuh berhati-hati, sambil mengimbangi badannya, cuba sedaya upaya bangun jika terduduk, berpaut pada meja atau kerusi untuk mendapatkan keseimbangan berjalan, melangkah dengan yakin kehadapan, tp masih tak pandai nk jalan 'gostan' hehehee. kadang-kadang qaisara tak mahu disuap makan, dia lebih suka mkn sendiri, walaupun hanya guna 2 jari mengutip nasi, sayur-sayuran atau ikan yg disediakan didalam mangkuk khas utknya, perlahan-lahan qaisara makan, walupun lebih 80% makanan itu akan melekat disebahagian kepala dan badan qaisara, mahupun yg 'terjun' dari mangkok makanannya, qaisara belajar sesuatu :) aku baru lepas menghadiri bengkel merevolusikan kewangan di UNISEL pada ahad lepas, insyAllah berkat dari dorongan dan strategi-strategi yg berkesan dari perunding kewangan bertauliah akan aku memulakan perjalanan baru dlm hidup ini untuk merealisasikan impian yg terpen...

Beautiful minds

hari minggu yg lalu sy lihat cerita bertajuk beautiful minds hingga lewat pagi di TV, ia mengceritakan kisah benar seorg professor john nash yg genius di era 50an yg berjaya mencipta formula2 matematik dan menyelesaikan kod-kod rahsia ketenteraan, disamping beliau menghidap sejenis penyakit mental yg dikenali sebagai skizofrenia, beliau mempunyai kawan-kawan khayalan yg sering mengikuti dan mempengaruhi kehidupan sehariannya, tp dengan sokongan isteri dan rakan-rakan seperjuang beliau meneruskan kehidupan tanpa putus asa walaupun dimasukkan ke wad org sakit jiwa beberapa kali, ermmm apa yg menarik perhatian sy professor nie berjaya mengendahkan penyakitnya dan mengharungi setiap dugaannya dan tanpa berputus asa terus mencipta formula-formula matematik dan merumuskan dan memperincikan teori-teori yg pernah dikeluarkan sebelumnya hingga beliau diiktiraf dan dihadiahi anugerah nobel, cerita bagaimana beliau mengharungi setiap detik kepayahan dan kejayaan, surut naik kerjaya beliau amat me...

25 hari lagi . . .

dear myblog... seperti tahun-tahun lepas, tahun ini golongan minoriti tetap terpinggir... dgn info sahih dr PA bos sendiri, golongan minoriti tiada increment dan mungkin tiada bonus, if ada pun tidak seperti mereka yg lain... isk camner management decide... lantak korang la... bagi aku staff tu aset yg plg berharga... if ada yg tak kena, buatlah sesuatu...teringat classmate cina aku dulu cakap... ermm "cina bukit camtu la" hehehe bukan aku yg cakap yerk... bebudak kat opis nie mula rasa tak best bila aku nk blah... memacam la plak hal diorg nie, agak2 nk stay...elok la stay belajar byk benda, kalau agak2 takde benda dah nk belajar nk explore, pergilah berhijrah... tak salah, tak pun gi la buat bisnes lagi digalakkan dunia yg pernuh cabaran. 1 feb lepas berjaya tgk qaisara berjalan 4-5 langkah hehehe walaupun terkedek2... qaisara belum berkeyakinan untuk menapak dgn lebih jauh, maybe bila umur dia cukup 11 bulan boleh jalan kot.. seronok tgk qaisara mula belajar jalan. note : ...

Hijrah . . .

Minggu lepas terdetik hati hendak puasa pada hari asyura... tp masih terlepas disebabkan terlupa, ermmm mungkin juga tak pernah puasa pada hari tersebut buatkan aku sedikit lalai. InsyAllah tahun hadapan akan aku cuba sedaya upaya lagi. Sabtu lepas aku pergi interview di salah satu perunding dalaman di ampang dan semlm aku dah tandatangan surat menerima jawatan, ermmm sgt jauh dr rumah, tp disebbkan aku ini yg cepat bosan dan inginkan sesuatu yg lebih mencabar minda, aku gagahkan juga hatiku ini kesana dan menerima jawatan tersebut seadanya. mungkin selepas ini aku tidak berpeluang berjumpa kengkawan dialam maya, melainkan mereka yg mahu berada didunia realiti :). timba pengalaman tak mengapa kan, tuntut ilmu tu sampai bila-bila pun tak habis. nampknya aku akan mula merevolusikan diri seperti mana satu ketika dahulu... pergi kerja tak nmpk matahari, balik kerja pun tak nmpk matahari hehehehe i will miss u 'matahari' ehhehe. pasti aku akan merindui PA bos, amoi2 cun n seksi kat ...

Awal Muharram . . .

saya dpt email dr seorg kawan . . . Suatu hari saya dibelanja oleh teman saya makan mee di kedai mee yang agak terkenal. Harganya tak mahal tetapi sedap. Kami duduk di meja bulat yang dapat menampung sepuluh orang bila mengelilingi meja. Di meja itu ada enam orang, saya, teman saya dan empat orang kawan yang lain. Ketika asyik makan, satu keluarga baru duduk di sebelah kami. Mereka telah memesan mee dan sedang menunggu pesanan.. Keluarga tersebut terdiri daripada sepasang suami isteri yang masih muda dan seorang anak yang berusia dalam enam tahun. Mereka keluarga yang jauh dari sederhana. Pakaian mereka lusuh dan kusam. Anaknya kelihatan seperti baru sembuh dari penyakit dan sedang menarik hingusnya keluar masuk. Hingusnya seperti nombor sebelas dan kadang2 seperti angka satu dengan warna kuning kehijau-hijauan. Si ibu dengan penuh kasih sayang mengelap hingus yang tidak berhenti keluar masuk hidung anaknya. Pasangan itu sangat bahagia melihat anaknya bermain sambil tertawa. Seperti ma...

one pictue with thousand of meaning...

rileks... bro. good job . . . saya lahir dan membesar di lembak kelang, mmg terasa sedikit sebanyak perkara-perkara yg berkaitan isu diatas, walaupun dr kecil bukan sy yg keluarkan wang utk bayar tol dan minyak... tp dr raut wajah ayah n bonda kita bole tahu sesuatu. p/s: harga minyak dunia dah turun? agak2 kat malaysia turun tak?

Halal Food...

saya dapat short comic nie dari email smlm, elok la sy kongsi dengan kengkawan, if tak clear cuba klik pada gambar tu dan besarkan, or save as pic tu pada memana folder dan baca comic tu, ia kisah mengapa kita perlu makanan yg halal dari sumber dan cara prosesnya. maybe boleh diperjelaskan pada rakan2 yg bukan muslim. seperti saya sebagai golongan minoriti diopis nie selalu ditanya kenapa org islam tak bole makan itu, ini, kenapa org islam tak bole buat itu dan ini, kekadang letih nak jawab, tp jadi kewajipan utk perjelaskan dan biarkan mereka memahami, sekurang-kurangnya mereka faham, hormati dan tidak meremehkan apa yg org lain lakukan. seperti isu poligami dan penutupan gudang yg campur babi dan ayam satu ketika dahulu, huh penat gak la nk explain, sbb mereka hanya faham org islam tak mkn babi, so apa salahnyer diletakkan pada tempat yg sama, ko mkn la aym, kami mkn la babi, pada pendapat mereka la, so aku pun seperti gaya seorg yg berpengetahuan tinggi dalam bab makan-makan nie [mm...

visit malaysia 2007

eye of malaysia 'ferris wheel' waktu siang eye of malaysia 'ferris wheel' waktu malam. Tahun melawat Malaysia 2007, tak byk aku boleh tulis, cuma berharap segalanyer berjalan lancar, simpati juga pada mangsa banjir di johor dan dimerata tempat yg berlaku. moga mereka tabah menghadapi dugaan.

Al-Fatihah...

dear my blog... lama sungguh tak tulis, sibuk dengan kerja-kerja luar dan dalam, termasuk urusan-urusan yg perlu diselesaikan. pada 21 januari 2007 (pembetulan 7 january) jam 10.30 pagi kakak ipar ku telah meninggal dunia akibat kanser rahim, setelah mengharungi penyakit itu sekian lama dan tabah menghadapinya, akhirnya Allah lebih menyayangi dia dengan meninggalkan 3 org anak, al- fatihah. aku agak sebak bila hendak balik semula ke KL selepas urusan pengebumian dan segalanyer selesai, bilamana anak-anak buah salam cium tangan dan peluk aku, sambil berkata "pak andak jgn lupakan kami yer".... ermm manakan tidak mereka akan tinggal dengan ayah tiri, dimana abg aku juga telah meninggalkan alam ini lebih kurang 10 tahun dahulu, kini tinggallah anak-anak buah aku yg akan menghadapi SPM dan PMR tahun ini, moga mereka tabah mengharungi dugaan hidup ini, sebagai anak yatim piatu aku hanya mampu berpesan supaya jgn jadikan alasan ibu bapa tiada sebagai alasan utk tidak berjaya, pokok...

A L - F a t i h a h

dear myblog, selamat tahun baru, dan selamat hari raya aidiladha, hari ini sy rasa sy ingin menulis sesuatu yg agak serius [tgk la muka sy serius nie :) ]. hari raya haji dikejutkan dengan berita penggantungan saddam hussien, ada yg gembira dan ada yg sedih diatas penggantungan itu. apa yg ingin sy tulis adalah pendapat sy semata-mata. bg sy hukuman itu tidak adil dan zalim keatas seorg pemimpin negara, dan ia lebih mencemarkan maruah org arab sendiri, apatah lagi agama. - zalim kerana saddam diadili berdasarkan bukti yg tidak nyata? mengenai pembinaan senjata pemusnah (tiada bukti) , bukan kerana pembunuhan kaum kurdis... mungkin perkara ini akan dibangkitkan kemudian, perbicaraan yg agak singkat kalau hendak dibandingkan dengan pemimpin lain yg menghapuskan sesuatu etnik seperti apa yg berlaku pada bosnia dan lain-lain tempat, lagipun pemimpin lain atau penjenayah perang lain ada yg hanya dihukum penjara sahaja... itu pun ambil masa yg sgt lama. - zalim kerana penggantungan saddam di...

Adakah anda pernah meninggalkan?

dear my blog... beberapa hari lalu sy ke JPA ada skit taklimat projek, bila masuk dlm conference room sy agak tersentak bila melihat rekabentuk meja meeting dlm bilik itu sama, sebijik-sebijik ditiru, tp malangnyer kerja-kerja tersebut bukan sy yg lakukan, ianya dilakukan oleh org lain menggunakan rekabentuk yg telah sy cadangkan pada awal tahun ini, ermmm kecewa bukan bila melihat hasil perahan otak kita diciplak tanpa ada skit saguhati atau imbuhan dari pihak lain, mudahnyer kerja mereka nie. tapi takpe sy percaya ade hikmahnyer kerana sy dapat kerja-kerja lain dr mereka. Alhamdulillah. ermm sy pernah meninggalkan sesuatu... 1. saya pernah meninggalkan rokok selama dua bulan dan akibatnya sy bertukar citarasa rokok dr jenis yg keras ke agak lembut (light) hehehehe, dan terus berazam berhenti merokok, hingga sekarang sy berjaya menghabiskan sekotak rokok 14 batang dlm masa 7 hari, lebih baik dari dahulu. 2. saya pernah meninggalkan seorg awek ditepi jalan, kerana ego dan byk cakapnyer...

Adakah anda pernah ditinggalkan?

semalam adalah hari yg sedikit mengecewakan saya, kenapa? akan saya ceritakan kemudian. tapi hari inie tetiba saya rasa seperti nk kongsi sesuatu yg bunyinya mengecewakan seperti adakah anda pernah ditinggalkan oleh sesuatu? dan akibatnya yg berlaku keatas anda? 1. Ya, saya pernah ditinggalkan oleh seekor kucing siam bernama putih tanpa dia mengucapkan selamat tinggal dan akibatnya sy tak minat bela kucing lagi hingga sekarang. 2. Ya, saya pernah ditinggalkan dari bermain bolasepak oleh rakan-rakan hanya kerana sy mempunyai rambut kerinting seperti gaya afro (sebenarnya sy terlalu bagus utk mereka hehehe) dan akibatnya sy lebih selesa berambut pendek hingga sekarang. 3. Ya, saya pernah ditinggalkan kekasih, hanya kerana sy belajar jauh darinya, dan dia tak boleh nk manja-manja dengan sy seperti selalu, akibatnya, sy lebih suka tgk figura dari nk menjalin hubungan serius, (kecuali sekarang...sy ade qaisara hehehe) 4. Ya, saya pernah ditinggalkan oleh bonda, tanpa dapat melihat saat akhi...

space...

in designing any home, several basic elements need to be taken into consideration, including how the home will be utilised, its relation to the environment and the architectural styling. In short, does the human feel good in a particular space? Architects and designer should consider down-to-earth frailties and desires when creating spaces for human habitation. Although they work with different materials and employ different techniques, they still share their only client in common - the human race.

memori...[ titanic ]

agak-agak ada tak cerita pasal lancang kuning (lagenda bahtera di tanah melayu) disimpan sebagai bahan berita? hehehe. memori kan...

Air + kata-kata

"Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah.Ustaz kemudian bercerita bahawa dia telah berkesempatan menghadiri satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru ini yang mana kebanyakan peserta yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam kecuali dua orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari UM). Penceramahnya seorang Profesor yang pakar tentang air dari Jepun.Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa"slide" ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin.Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan bermacam lagi). Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Adayang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya) rupa yang menggerunkan dan menakutkan. Lalu Profesor itu b...