Skip to main content

jauh berjalan luas pemandangan . . .

pada 11 feb lepas, genap qaisara 11 bulan, dan bermulalah perjalanan dia didalam rumah... melangkah dengan penuh berhati-hati, sambil mengimbangi badannya, cuba sedaya upaya bangun jika terduduk, berpaut pada meja atau kerusi untuk mendapatkan keseimbangan berjalan, melangkah dengan yakin kehadapan, tp masih tak pandai nk jalan 'gostan' hehehee.

kadang-kadang qaisara tak mahu disuap makan, dia lebih suka mkn sendiri, walaupun hanya guna 2 jari mengutip nasi, sayur-sayuran atau ikan yg disediakan didalam mangkuk khas utknya, perlahan-lahan qaisara makan, walupun lebih 80% makanan itu akan melekat disebahagian kepala dan badan qaisara, mahupun yg 'terjun' dari mangkok makanannya, qaisara belajar sesuatu :)

aku baru lepas menghadiri bengkel merevolusikan kewangan di UNISEL pada ahad lepas, insyAllah berkat dari dorongan dan strategi-strategi yg berkesan dari perunding kewangan bertauliah akan aku memulakan perjalanan baru dlm hidup ini untuk merealisasikan impian yg terpendam.

Ooops sebelum terlupa :) terima kasih pada tn.Gab yg sudi memberi komen dlm post 'beautiful minds' dibawah, sy rasa anda boleh jadi lecturer or professor yg baik, ada kalanya byk ruang dlm diri kita yg tak dpt diterokai ia seperti liang-liang ruang yg berliku-liku untuk dicerobohi, perlukan ruang yg mantap dlm diri utk diperhalusi.
tentang sama ada ruang membentuk watak, atau watak membentuk ruang.....ia saling berkait antara satu sama lain, dan sering diperbahaskan oleh mereka yg terlibat dlm bidang rekaan (terutama senibina) dan ia saling berkait rapat dengan psikologi, sosiologi, geografi, dan apa-apa yg fi..fi.. lg dibelakangnya heheheheh. thank you bro.

p/s: takde kena mengena dgn awek nama fifi atau tempat bernama fiji heheheheh

Comments

~ GAB ~ said…
I am so pleased when my 2-cents were appreciated. I am humbled to my knees when some knowledge from God is able to be passed for others’ to comprehend. Many people fail to understand that anything whatsoever coming from us, we do not hold exclusive right as ours. Without the grants from Allah, we may not utter single word. Remember when Prophet Musa was about to meet Fir’aun? He was all worried, afraid he’d be tongue-tied, loosing eloquence for a dialogue with Fir’aun and the Allah asked him to recite, “Robbis roh li – wayassirli – Amri – Wahlul – Uqdotal – millisani – yaf qahu qauli” and he went over did what he was supposed to be doing, did it with style and success was prevailed, with all the help from Allah. The moral is, all the knowledge we have, we cannot be boasted out as if they were ours BUT with Allah’s consent.

Back to Qaisara, I am happy to know she’s shaping up her life before your eyes. I can almost feel it as a father how happy to see our own offspring developing every single day. All I hope, one day you will use your hindsight to look back and reminiscing all the beautiful things in life in having building up own family successfully.

God Bless, TUN!

Popular posts from this blog

loghat utara...hehehe

Indahnya bahasa utara - [asyik salam pantai timur jerk :) ] lama tak dgr bonda cakap utara (penang)... hehehe yerla bonda dh takde dialam ini... tp cerita dibawah nie ade juga yg ku tak faham hehehe sib baik ade translation :) [cerita dari utara]... Pak mat dah cemuih dok meghonot bawah beranda. Malam kemaghin pak mat nampak sekoq budak ghenjong ghagaih pagaq mai dok balaih buah ceghemai pak mat hat maneh melecaih. “Malam ni mekalu mai aku tengalong. Masuk kot leghoh ni lembeq aku ghimbok” kata pak mat sambey dok gabuih seluaq. Dok sat pak mat pun nampak kawaq tu meloghoih mai kut bawah pagaq. Pak mat tunggu sat, sambey dok ghunaih ghupin kudhey Mekala kawaq tu tengah ghalit dok polok mentedaghah buah ceghemai, pak mat peghembang teghebey betoi-betoi kat betih keghin. Kelepuih, pak mat teghebey. “senighih pulak! pelaq sungguh” kata pak mat peghongoih. Kawaq tu teghuih ghodong keluaq. Habih ghabit baju. Dia ghandok ayaq acaq abih belemoih. Pak mat pedo teghebey betoi kat tengah belakan...

berpuasa diperantauan :)

esok puasa pertama kali berpuasa jauh dari keluarga dan berada di bumi aryan, demi tugas dan mencari rezeki, banyak perkara membuka minda aku disini, dari segi kehidupan dan tradisi...setakat ini aku masih dapat menyesuaikan diri, biarpun banyak masalah di tapak bina, biasalah fikir positifku, lain tempat lain caranya, tapi kualiti bukan untuk dibuat main, untuk kedutaan Malaysia kot... jadi tolak ansur adalah perkara terakhir yang akan dilakukan.... p/s: cubaan pertama menulis kembali selepas sekian lama terbiar usang blog ini :)

hari ini hari rabu . . .

dear bloggers... yeah hari ini hari rabu....esok khamis... eh silap... dah pukul 2.16am... dah hari khamis... :) selasai menonton perlawanan bolasepak malaysia vs taiwan...1st round, alhamdulillah menang 2-1... ermm dalam hati tadi... kalaulah malaysia layak ke piala dunia 2014 (brazil)... sure aku gi brazil biarkan ia akan menjadi pasukan belasahan... layak ke world cup sangat besar ertinya dalam sejarah bolasepak negara... dan hari ini juga my client akan balik dari UK... sangat berharap dapat good news dlm beberapa hari lagi... dan beberapa hari ini juga dah cam psikik...asyik guna pendekatan "Law of Attraction" hahahaha rasa lucu utk diri sendri pon ada... new setting up business kat Ipoh pon sedang berlaku... harap segalanyer berjalan lancar...beberapa jenis plotter telah disenarai pendek... adakah aku busy lately nie... rasanyer tak... tp ikut schedule cam padat... bak kate arwah bonda "kita buat dia, bukan dia buat kita" yess yesss... follow my time pulak lah...