Skip to main content

Adakah anda pernah ditinggalkan?

semalam adalah hari yg sedikit mengecewakan saya, kenapa? akan saya ceritakan kemudian.
tapi hari inie tetiba saya rasa seperti nk kongsi sesuatu yg bunyinya mengecewakan seperti adakah anda pernah ditinggalkan oleh sesuatu? dan akibatnya yg berlaku keatas anda?

1. Ya, saya pernah ditinggalkan oleh seekor kucing siam bernama putih tanpa dia mengucapkan selamat tinggal dan akibatnya sy tak minat bela kucing lagi hingga sekarang.
2. Ya, saya pernah ditinggalkan dari bermain bolasepak oleh rakan-rakan hanya kerana sy mempunyai rambut kerinting seperti gaya afro (sebenarnya sy terlalu bagus utk mereka hehehe) dan akibatnya sy lebih selesa berambut pendek hingga sekarang.
3. Ya, saya pernah ditinggalkan kekasih, hanya kerana sy belajar jauh darinya, dan dia tak boleh nk manja-manja dengan sy seperti selalu, akibatnya, sy lebih suka tgk figura dari nk menjalin hubungan serius, (kecuali sekarang...sy ade qaisara hehehe)
4. Ya, saya pernah ditinggalkan oleh bonda, tanpa dapat melihat saat akhirnya, hanya senyuman sebelum bonda keluar rumah sebagai kenangan terakhir, akibatnya, sy sentiasa mendoakan kesejahteraannya.
5. Ya, saya pernah ditinggalkan oleh sahabat (pengkhianat) kerana sy terlalu percayakannya, akibatnya, sy berhati-hati walaupun sy mmg suka ambil risiko bila berkawan kerana prinsip berkawan sy "jangan pilih bulu" asalkan kita tahu mana baik buruknya.
6. Ya, sy pernah 'ditinggalkan' wang berpuluh ribu ringgit dlm masa sebulan akibat pengurusan dan penipuan yg terjadi atas sy, akibatnya, saya tiada kereta hingga sekrang (tak percaya? plssss percayalahhhhh)
6. Ya, saya pernah ditinggalkan oleh LRT, kerana asyik tgk figura awek yg lalu lalang, akibatnya, sy terlepas satu temujanji client dan akibatnya, sy terpaksa menipu.
7. Ya, sy pernah ditinggalkan 3 biji kereta iaitu sebiji proton saga, 2 biji satria (fully convert to evo enjin with mivec bodykit, ) semuanya kerana kemalangan, akibatnya sy takde duit nk beli kereta dan phobia 2 bulan takut memandu rapat dengan kereta lain. (pesanan penaja : jgn race haram okeh).

setakat nie saje yg sy ingat, nnti sy rasa sy nk tulis mengenai sy tinggalkan org pulak heheheeh.
zassssssssssssss . . .

Comments

Anonymous said…
Ya, sy juga ingin ditinggalkan dengan kesilapan 'kolera' dan akibatnya sy takut nnti DR EVIL bertukar jd DR MENTEL!!!!!!!!wakakakakaka
Anonymous said…
kepedihan di tinggalkan rasenye lebih pahit dari meninggalkan...jika kita bisa meninggalkan sesuatu atau apa jua yg kita sayang, bersedialah untuk kehilangan suatu hari nanti...
anonymous = ixora,
hehehehe kesilapan yg disengajakan, itu cara sy supaya anda akan mengingati sy selalu huahauhauhau.

aryana
tiada benda yg kekal . . .

Popular posts from this blog

loghat utara...hehehe

Indahnya bahasa utara - [asyik salam pantai timur jerk :) ] lama tak dgr bonda cakap utara (penang)... hehehe yerla bonda dh takde dialam ini... tp cerita dibawah nie ade juga yg ku tak faham hehehe sib baik ade translation :) [cerita dari utara]... Pak mat dah cemuih dok meghonot bawah beranda. Malam kemaghin pak mat nampak sekoq budak ghenjong ghagaih pagaq mai dok balaih buah ceghemai pak mat hat maneh melecaih. “Malam ni mekalu mai aku tengalong. Masuk kot leghoh ni lembeq aku ghimbok” kata pak mat sambey dok gabuih seluaq. Dok sat pak mat pun nampak kawaq tu meloghoih mai kut bawah pagaq. Pak mat tunggu sat, sambey dok ghunaih ghupin kudhey Mekala kawaq tu tengah ghalit dok polok mentedaghah buah ceghemai, pak mat peghembang teghebey betoi-betoi kat betih keghin. Kelepuih, pak mat teghebey. “senighih pulak! pelaq sungguh” kata pak mat peghongoih. Kawaq tu teghuih ghodong keluaq. Habih ghabit baju. Dia ghandok ayaq acaq abih belemoih. Pak mat pedo teghebey betoi kat tengah belakan...

ruang kanak-kanak

minggu ade ade terbaca satu ruangan pasal ruang kanak-kanak ditulis oleh dean...dlm impiana kalau tak silap... dean menceritakan perihal ruang kanak2 dlm rumah, mengadakan satu bilik utk kanak2 bermain utk mengelakkan kejadian seperti kanak2 hilang dan lebih terkawal.... ada benarnya kata2 dean tu... tp bg sesetengah org mgkin tidak mampu atau ruang dlm rumah yg terhad jika dijadikan sesuatu ruang itu khas utk kanak2.... sy rs...penggunan perabut yg lebih fleksibel beserta jenis permainan yg tidak memudaratkan kanak-kanak juga perlu... akan tetapi jika kita hanya ade seorg atau dua anak... sy yakin kanak2 akan rs bosan setiap hari bermain dgn org yg sama dan permainan yg sama, jika dijemput kawan2 lepak sma, lama2 rumah pun jd cam tadika.... peranan ibu-bapa setempat dan semangat kejiranan yg lebih penting dlm mengatasi dan mengelakkan kanak2 hilang. jika sesuatu komuniti mewujudkan ruang beserta penjagaan utk kanak2 bermain dan belajar pasti dpt menjimatkan belanja menghantar ke ta...

perangkap tikus

Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam "hmmm...makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar??" Ternyata yang dibeli oleh petani hari itu adalah perangkap tikus. Sang tikus naik panik bukan kepalang. Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, " Ada perangkap tikus di rumah....di rumah sekarang ada perangkap tikus...." Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, " Ada perangkat tikus !" Sang Ayam berkata, " Tuan Tikus ! Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku." Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing pun jawab selamba, "Aku pun turut bersimpati.. .tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku. " Tikus lalu menemui Sapi. Ia mendapat jawaban sama. " Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sa...