Skip to main content

mutiara hati

beberapa hari nie saya pulang awal kerumah dan sempat melihat cerita indonesia yang ditayangkan di tv9, antara beberapa siri cerita slot hidayah yang menginsafkan dan yang terbaru bertajuk mutiara hati, mengisahkan seorang kanak-kanak bernama nabilla yg kematian ibu sejak kecil, merindui dan mengharapkan seorg ibu yg baik, dijaga oleh seorg ayah yg berada dan penyanyang, dibantu oleh adik dan mbah pengasuh kepada nabilla, apa yg saya hendak ceritakan disini mengenai skrip dan penyampaian intonasi yg mencuit perasaan saya.
antara dialog antara nabilla, mbah dan pada Allah yang menbuatkan saya rasa hendak kongsi bersama, lebih kurang seperti ini:

nabilla : mbah, semua org bilang ibu sudah meninggal, tp dimana ibu tinggal?
mbah : ibu tinggal bersama Allah.
nabilla : jika ibu tinggal bersama Allah, bermakna ibu berada dilangit didalam rumah Allah. (kate hati kecil nabilla)
nabilla : jika ibu berada di rumah Allah, entah ada telefon atau enggak ya?
(nabilla cuba hubungi operator telefon)
nabilla : hello, bole sy dapatkan no telefonnya rumah Allah?
operator : maaf, sy enggak tahu?
nabilla: katanya pusat informasi, kalau gini payah sih.(terus letak telefon dgn muka yg masam)

lantas nabilla mengambil duit makciknya dan membeli layang-layang dengan tujuan untuk menyampaikan surat pada ibunya yg berada dilangit dirumah Allah, dengan tujuan untuk menghubungi ibunya supaya pulang. apabila makcik nabilla melihat apa yg dilakukan oleh nabilla, dia menitiskan air mata tidak tahu bagaimana untk menjelaskan pada anak saudaranya itu.
kerinduan nabilla membuatkan dia termimpi2 berjumpa ibunya.

dan saya sendiri pernah alami mimpi seperti itu, berjumpa arwah ibu seminggu lepas bonda meninggal dunia, mungkin disebabkan rindu ditambah pula dengan masalah tersendiri yang menyebabkan kerisauan, membuatkan sy didatangi arwah bonda dlm keadaan bertelekung dan dalam kesamaran sambil cuba mengusap wajah saya, dan berkata " jangan risau ", membuatkan
saya rasa tenang dan hilang rasa rindu yg membuak-buak itu.
perkara nie sy rahsiakan dr adik beradik hinggalah sekrg.
moga arwah bonda dicucuri rahmat dariNya.


p/s: sambungan cerita itu sila lihat sendiri yerk heheheh, nabilla juga nakal, lakonannya spontan dan mencuit hati, seperti watak maisara dalam cerita diari ramadhan rafiq :)
if ada dialog yg best sy tulis lagi hehehe.

Comments

Anonymous said…
tersentuh hatiku tunn....
~ GAB ~ said…
May be I didn't have the chance to watch but surely your reenactment in your entry brings the message out. I can feel it. Prayer & Hope!
nanies said…
salam tun..heheh aku pun nengok gaks citer tuu..sian bdk tu kan..
to dea,gab n nanies . . .
usaha,doa,tawakkal.... :)

kekadang kita kasar, kekadang kita lembut, kekadang kita pendiam, kekadang kita pelawak terkenal, kekadang kita bengis, kekadang kita pemimpin, kekadang kita dipimpin, kekadang penjenayah, kekadang kita menjengkelkan, kekadang kita pelik, kekadang kita sayu, kekadang kita gembira... terlalu byk emosi bagi kita seorg manusia . . . :)

Popular posts from this blog

loghat utara...hehehe

Indahnya bahasa utara - [asyik salam pantai timur jerk :) ] lama tak dgr bonda cakap utara (penang)... hehehe yerla bonda dh takde dialam ini... tp cerita dibawah nie ade juga yg ku tak faham hehehe sib baik ade translation :) [cerita dari utara]... Pak mat dah cemuih dok meghonot bawah beranda. Malam kemaghin pak mat nampak sekoq budak ghenjong ghagaih pagaq mai dok balaih buah ceghemai pak mat hat maneh melecaih. “Malam ni mekalu mai aku tengalong. Masuk kot leghoh ni lembeq aku ghimbok” kata pak mat sambey dok gabuih seluaq. Dok sat pak mat pun nampak kawaq tu meloghoih mai kut bawah pagaq. Pak mat tunggu sat, sambey dok ghunaih ghupin kudhey Mekala kawaq tu tengah ghalit dok polok mentedaghah buah ceghemai, pak mat peghembang teghebey betoi-betoi kat betih keghin. Kelepuih, pak mat teghebey. “senighih pulak! pelaq sungguh” kata pak mat peghongoih. Kawaq tu teghuih ghodong keluaq. Habih ghabit baju. Dia ghandok ayaq acaq abih belemoih. Pak mat pedo teghebey betoi kat tengah belakan...

berpuasa diperantauan :)

esok puasa pertama kali berpuasa jauh dari keluarga dan berada di bumi aryan, demi tugas dan mencari rezeki, banyak perkara membuka minda aku disini, dari segi kehidupan dan tradisi...setakat ini aku masih dapat menyesuaikan diri, biarpun banyak masalah di tapak bina, biasalah fikir positifku, lain tempat lain caranya, tapi kualiti bukan untuk dibuat main, untuk kedutaan Malaysia kot... jadi tolak ansur adalah perkara terakhir yang akan dilakukan.... p/s: cubaan pertama menulis kembali selepas sekian lama terbiar usang blog ini :)

hari ini hari rabu . . .

dear bloggers... yeah hari ini hari rabu....esok khamis... eh silap... dah pukul 2.16am... dah hari khamis... :) selasai menonton perlawanan bolasepak malaysia vs taiwan...1st round, alhamdulillah menang 2-1... ermm dalam hati tadi... kalaulah malaysia layak ke piala dunia 2014 (brazil)... sure aku gi brazil biarkan ia akan menjadi pasukan belasahan... layak ke world cup sangat besar ertinya dalam sejarah bolasepak negara... dan hari ini juga my client akan balik dari UK... sangat berharap dapat good news dlm beberapa hari lagi... dan beberapa hari ini juga dah cam psikik...asyik guna pendekatan "Law of Attraction" hahahaha rasa lucu utk diri sendri pon ada... new setting up business kat Ipoh pon sedang berlaku... harap segalanyer berjalan lancar...beberapa jenis plotter telah disenarai pendek... adakah aku busy lately nie... rasanyer tak... tp ikut schedule cam padat... bak kate arwah bonda "kita buat dia, bukan dia buat kita" yess yesss... follow my time pulak lah...