Skip to main content

Air + kata-kata

"Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah.Ustaz kemudian bercerita bahawa dia telah berkesempatan menghadiri satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru ini yang mana kebanyakan peserta yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam kecuali dua orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari UM).
Penceramahnya seorang Profesor yang pakar tentang air dari Jepun.Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa"slide" ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin.Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan bermacam lagi).
Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Adayang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya) rupa yang menggerunkan dan menakutkan.
Lalu Profesor itu berkata "Banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi"
Profesor itupun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi), bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna.MasyaAllah, cantiknya.
Lalu profesor bertanya "Siapakah diantara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini".
Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab"Saya rasa itu adalah sampel air zam-zam".
Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya "Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam.
"Kerana air zam-zam adalah air yang termuliadi dunia ini" JawabPensyarah.
Profesor berkata "Saya tak tahu samada betul atau tidak air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam."
Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air.
Lalu di dalam dewan itu mereka membuat ekperimen bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing. Lalu seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan diskrin, nampak molekul air membentuk seolah-olah seperti tokong Cina (dengan janggut yang panjang dan perut yang buncit).
Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawatdan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molekul air seperti berlian dan berkilau-kilau.
Subhanallah. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor membaca sebarang ayat atau kata-katayang tidak baik maka nampaklah di skrin molekul air berupa seperti sel-sel barah.Subhanallah.
Daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya. Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah: "Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya".

Comments

Popular posts from this blog

loghat utara...hehehe

Indahnya bahasa utara - [asyik salam pantai timur jerk :) ] lama tak dgr bonda cakap utara (penang)... hehehe yerla bonda dh takde dialam ini... tp cerita dibawah nie ade juga yg ku tak faham hehehe sib baik ade translation :) [cerita dari utara]... Pak mat dah cemuih dok meghonot bawah beranda. Malam kemaghin pak mat nampak sekoq budak ghenjong ghagaih pagaq mai dok balaih buah ceghemai pak mat hat maneh melecaih. “Malam ni mekalu mai aku tengalong. Masuk kot leghoh ni lembeq aku ghimbok” kata pak mat sambey dok gabuih seluaq. Dok sat pak mat pun nampak kawaq tu meloghoih mai kut bawah pagaq. Pak mat tunggu sat, sambey dok ghunaih ghupin kudhey Mekala kawaq tu tengah ghalit dok polok mentedaghah buah ceghemai, pak mat peghembang teghebey betoi-betoi kat betih keghin. Kelepuih, pak mat teghebey. “senighih pulak! pelaq sungguh” kata pak mat peghongoih. Kawaq tu teghuih ghodong keluaq. Habih ghabit baju. Dia ghandok ayaq acaq abih belemoih. Pak mat pedo teghebey betoi kat tengah belakan...

ruang kanak-kanak

minggu ade ade terbaca satu ruangan pasal ruang kanak-kanak ditulis oleh dean...dlm impiana kalau tak silap... dean menceritakan perihal ruang kanak2 dlm rumah, mengadakan satu bilik utk kanak2 bermain utk mengelakkan kejadian seperti kanak2 hilang dan lebih terkawal.... ada benarnya kata2 dean tu... tp bg sesetengah org mgkin tidak mampu atau ruang dlm rumah yg terhad jika dijadikan sesuatu ruang itu khas utk kanak2.... sy rs...penggunan perabut yg lebih fleksibel beserta jenis permainan yg tidak memudaratkan kanak-kanak juga perlu... akan tetapi jika kita hanya ade seorg atau dua anak... sy yakin kanak2 akan rs bosan setiap hari bermain dgn org yg sama dan permainan yg sama, jika dijemput kawan2 lepak sma, lama2 rumah pun jd cam tadika.... peranan ibu-bapa setempat dan semangat kejiranan yg lebih penting dlm mengatasi dan mengelakkan kanak2 hilang. jika sesuatu komuniti mewujudkan ruang beserta penjagaan utk kanak2 bermain dan belajar pasti dpt menjimatkan belanja menghantar ke ta...

perangkap tikus

Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam "hmmm...makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar??" Ternyata yang dibeli oleh petani hari itu adalah perangkap tikus. Sang tikus naik panik bukan kepalang. Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, " Ada perangkap tikus di rumah....di rumah sekarang ada perangkap tikus...." Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, " Ada perangkat tikus !" Sang Ayam berkata, " Tuan Tikus ! Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku." Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing pun jawab selamba, "Aku pun turut bersimpati.. .tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku. " Tikus lalu menemui Sapi. Ia mendapat jawaban sama. " Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sa...