Skip to main content

- horse riding -

beberapa hari yang lepas, aku pergi ke pusat equestrian putrajaya, menjemput wife aku yg mendengar taklimat kursus menunggang kuda, inilah pertama kali aku masuk ke pusat equestrian dan melihat kuda-kuda secara dekat, perhhh besar sungguh kuda-kuda kat sini.

menurut kata-kata penjaga kuda kat sini, kebanyakkan kuda yg digunakan untuk lompat (acara equestrian) ialah kuda-kuda dari negara barat seperti german dan sebagainya. aku bertanyakan tentang kuda parsi atau kuda dari negara arab yg biasa aku lihat dalam filem dipadang pasir dimana kuda arab terkenal dengan kepantasannya, penjaga kuda tu cakap, kuda arab biasa digunakan untuk endurance iaitu pertandingan yg mempunyai jarah yang jauh, seperti 150km atau lebih dimana mereka akan mulakan awal pagi dan tamat diwaktu tengahari.

aku tanya lagi, kenapa kuda arab? apa, kuda dr negara lain tak bagus ker? penjaga kuda tu cakap, kuda arab nie stamina kuat, dan tahan lasak....ermmmm (macam-macam aku fikir time nie, hehehheh).
patut arr kat kandang kuda tu aku tgk ade kipas angin, siap kuda tu posing betul2 depan kipas, rupanyer dah biasa cuaca sejuk kat negara asalnya.

kuda dikandang nie dijaga dengan baik, satu kandang kuda sewanya sebanyak RM750 sebulan, makanan RM500, ubat-ubatan dan lain-lain dalam RM300, jadi total sebanyak RM1550, ada juga penyewa yg membawa makanan sendiri.
untuk kursus asas menunggang kuda ade 8 sessi, setiap sessi bayaran cuma rm60, dan setiap sessi dimulakan sama ada waktu pagi atau petang selama satu jam sahaja. di ajar oleh jurulatih profesional. topi akan diberi pinjam jika tiada, cuma kena ada kasut kulit boot yg sesuai sahaja.
aku sendiri gerun tgk kuda-kuda nie, mcm manalah wife aku leh terfikir nk menunggang kuda nie, kalau setakat dia main go-kart dulu tu ok la jugak tak kisah lagi, pasal aku sendiri pun suka gak berlumba nie, tp nie kuda beb....adoi.. teringat aku kat christoper reeves (superman) yg jatuh kuda dan lumpuh tu...isk isk iskkk.





area nie kuda kepunyaan dato razak, cantik sungguh kuda-kuda kat sini.
kat belakang area nie ade kuda tun mahathir yg baru melahirkan anak, garang mak kuda jaga anak-anaknya.








my wife and friends tgh dgr taklimat dari awek cun eehhehheheh.
nmpk jer lembut diorg nie, hati waja rupanyer.
(respek)
p/s: ntah jadi ke tak wife aku nk belajar menunggang nie, masa dia pun terhad cam aku gak hehehe.

Comments

Popular posts from this blog

loghat utara...hehehe

Indahnya bahasa utara - [asyik salam pantai timur jerk :) ] lama tak dgr bonda cakap utara (penang)... hehehe yerla bonda dh takde dialam ini... tp cerita dibawah nie ade juga yg ku tak faham hehehe sib baik ade translation :) [cerita dari utara]... Pak mat dah cemuih dok meghonot bawah beranda. Malam kemaghin pak mat nampak sekoq budak ghenjong ghagaih pagaq mai dok balaih buah ceghemai pak mat hat maneh melecaih. “Malam ni mekalu mai aku tengalong. Masuk kot leghoh ni lembeq aku ghimbok” kata pak mat sambey dok gabuih seluaq. Dok sat pak mat pun nampak kawaq tu meloghoih mai kut bawah pagaq. Pak mat tunggu sat, sambey dok ghunaih ghupin kudhey Mekala kawaq tu tengah ghalit dok polok mentedaghah buah ceghemai, pak mat peghembang teghebey betoi-betoi kat betih keghin. Kelepuih, pak mat teghebey. “senighih pulak! pelaq sungguh” kata pak mat peghongoih. Kawaq tu teghuih ghodong keluaq. Habih ghabit baju. Dia ghandok ayaq acaq abih belemoih. Pak mat pedo teghebey betoi kat tengah belakan...

ruang kanak-kanak

minggu ade ade terbaca satu ruangan pasal ruang kanak-kanak ditulis oleh dean...dlm impiana kalau tak silap... dean menceritakan perihal ruang kanak2 dlm rumah, mengadakan satu bilik utk kanak2 bermain utk mengelakkan kejadian seperti kanak2 hilang dan lebih terkawal.... ada benarnya kata2 dean tu... tp bg sesetengah org mgkin tidak mampu atau ruang dlm rumah yg terhad jika dijadikan sesuatu ruang itu khas utk kanak2.... sy rs...penggunan perabut yg lebih fleksibel beserta jenis permainan yg tidak memudaratkan kanak-kanak juga perlu... akan tetapi jika kita hanya ade seorg atau dua anak... sy yakin kanak2 akan rs bosan setiap hari bermain dgn org yg sama dan permainan yg sama, jika dijemput kawan2 lepak sma, lama2 rumah pun jd cam tadika.... peranan ibu-bapa setempat dan semangat kejiranan yg lebih penting dlm mengatasi dan mengelakkan kanak2 hilang. jika sesuatu komuniti mewujudkan ruang beserta penjagaan utk kanak2 bermain dan belajar pasti dpt menjimatkan belanja menghantar ke ta...

perangkap tikus

Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam "hmmm...makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar??" Ternyata yang dibeli oleh petani hari itu adalah perangkap tikus. Sang tikus naik panik bukan kepalang. Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, " Ada perangkap tikus di rumah....di rumah sekarang ada perangkap tikus...." Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, " Ada perangkat tikus !" Sang Ayam berkata, " Tuan Tikus ! Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku." Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing pun jawab selamba, "Aku pun turut bersimpati.. .tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku. " Tikus lalu menemui Sapi. Ia mendapat jawaban sama. " Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sa...