Skip to main content

Fatin nur nabilla . . . Al-Fatihah.

beberapa hari yg lalu aku dpt sms dr kwn di UTM, dia beritahu yg seorg kwn di shah alam kehilangan anak sulung mereka selepas baru lahir beberapa hari...
aku terus cuba hubungi zaidi di shah alam atau panggilan manja diantara kengkawan ialah 'papa',
untuk mengesahkan sms yg aku terima,
selepas itu aku berjumpa dengan papa, kelihatan dia sangat tabah bersama isterinya...
papa menceritakan bagaimana saat-saat akhir dia terpaksa membuka semua saluran oksigen yg support anaknya yg lemas dlm kandungan, dan anak dia bertahan selama 45 minit sebelum menghembuskan nafas terakhir.
waktu mengebumikan jenazah, imam beritahu tak perlu talkin, tapi buat jugalah sebagai sunat, kerana baby baru lahir itu langsung tiada dosa, ada juga ustaz yg memberitahu papa, supaya tenang dan redha kerana byk hikmah, satu masa nanti apabila semua org telah masuk ke syurga, anak yg tiada dosa ini takkan masuk selagi ibu-bapanyer tidak turut masuk sama... ya Allah betapa besarnyer hikmah yg diberikan.
melihatkan papa bercerita mata aku jugak turut bergenang bersama papa... sampai aku suruh papa berhenti cerita... nnti aku yg lagi teruk nangis, papa beritahu dia dh siapkan segala kelengkapan utk baby, mungkin xcited utk terima ahli baru dlm keluarga, akhirnya terpaksa di bungkus dan sorok dr pandangan isterinya, supaya tidak terlalu memikirkanya.
nama bayi perempuan pertama papa fatin nur nabilla... papa siap cerita fatin tu dia yg pilih manakala nabilla tu istri dia yg pilih, ermm dan diadaptasi dr cerita mutiara hati, kami sama2 tersenyum bila papa cerita pasal nama nabilla tu.
walaubagaimanapun moga papa dan wife redha dan terus berusaha insyAllah pasti ada rezeki lagi, jaga emosi bro.

Comments

Bunga Rampai said…
Al-Fatihah.
Anonymous said…
Al fatihah utk papa sekeluarga. nasib kita sama je papa. I also face on the same thing, My daughter past away while I'm waiting for her to see this world. Syuk, reading ur entry make me cry again!.Dijah.. Ibu miss u too much !!

Popular posts from this blog

loghat utara...hehehe

Indahnya bahasa utara - [asyik salam pantai timur jerk :) ] lama tak dgr bonda cakap utara (penang)... hehehe yerla bonda dh takde dialam ini... tp cerita dibawah nie ade juga yg ku tak faham hehehe sib baik ade translation :) [cerita dari utara]... Pak mat dah cemuih dok meghonot bawah beranda. Malam kemaghin pak mat nampak sekoq budak ghenjong ghagaih pagaq mai dok balaih buah ceghemai pak mat hat maneh melecaih. “Malam ni mekalu mai aku tengalong. Masuk kot leghoh ni lembeq aku ghimbok” kata pak mat sambey dok gabuih seluaq. Dok sat pak mat pun nampak kawaq tu meloghoih mai kut bawah pagaq. Pak mat tunggu sat, sambey dok ghunaih ghupin kudhey Mekala kawaq tu tengah ghalit dok polok mentedaghah buah ceghemai, pak mat peghembang teghebey betoi-betoi kat betih keghin. Kelepuih, pak mat teghebey. “senighih pulak! pelaq sungguh” kata pak mat peghongoih. Kawaq tu teghuih ghodong keluaq. Habih ghabit baju. Dia ghandok ayaq acaq abih belemoih. Pak mat pedo teghebey betoi kat tengah belakan...

berpuasa diperantauan :)

esok puasa pertama kali berpuasa jauh dari keluarga dan berada di bumi aryan, demi tugas dan mencari rezeki, banyak perkara membuka minda aku disini, dari segi kehidupan dan tradisi...setakat ini aku masih dapat menyesuaikan diri, biarpun banyak masalah di tapak bina, biasalah fikir positifku, lain tempat lain caranya, tapi kualiti bukan untuk dibuat main, untuk kedutaan Malaysia kot... jadi tolak ansur adalah perkara terakhir yang akan dilakukan.... p/s: cubaan pertama menulis kembali selepas sekian lama terbiar usang blog ini :)

hari ini hari rabu . . .

dear bloggers... yeah hari ini hari rabu....esok khamis... eh silap... dah pukul 2.16am... dah hari khamis... :) selasai menonton perlawanan bolasepak malaysia vs taiwan...1st round, alhamdulillah menang 2-1... ermm dalam hati tadi... kalaulah malaysia layak ke piala dunia 2014 (brazil)... sure aku gi brazil biarkan ia akan menjadi pasukan belasahan... layak ke world cup sangat besar ertinya dalam sejarah bolasepak negara... dan hari ini juga my client akan balik dari UK... sangat berharap dapat good news dlm beberapa hari lagi... dan beberapa hari ini juga dah cam psikik...asyik guna pendekatan "Law of Attraction" hahahaha rasa lucu utk diri sendri pon ada... new setting up business kat Ipoh pon sedang berlaku... harap segalanyer berjalan lancar...beberapa jenis plotter telah disenarai pendek... adakah aku busy lately nie... rasanyer tak... tp ikut schedule cam padat... bak kate arwah bonda "kita buat dia, bukan dia buat kita" yess yesss... follow my time pulak lah...