Skip to main content

woman & cookies ! ! !

Keindahan yang hakiki datangnya dari hati yang ikhlas bukan dari pandangan seseorang.

Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya. Sambil menunggu dia makanbiskut yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang diamakan dia terperasan yang lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak disebelahnya.
Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama. Didalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu.Alangkah tak malunya lelaki ni.....dah la tak mintak dari aku....makan sama banyak dengan aku pulak tu...Pencuri!!!! rungut wanita itu dalam hati. Dalam pada itu lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut yang terakhir dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu.

Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu.Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari mememarahi lelaki itu.Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka wanita itu berkata dalam hatinya.Berani sungguh lelaki ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar.

Kedua- dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya. Apabila dia sampai ditempat duduk nya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia bila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya masih elok belum terbuka.
Jika biskut ni ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yangaku makan tadi.....Ya ...biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu. Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biar pun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya.

Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan oranglain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenar.

Moral 1: Oleh itu...jangan makan biskut masa tunggu bas / keretapi / kapal terbang...makanlah benda lain.
Moral 2: Lelaki lebih cool semasa makan biskut berbanding perempuan....hahahahaha
Moral 3: Jika tak nak kongsi biskut ngan org lain, kongsilah citer nih ngan dia org...hehehe

[Copy email dr seorg teman seperjuangan ]

Comments

~ GAB ~ said…
"Moral 2: Lelaki lebih cool semasa makan biskut berbanding perempuan....hahahahaha" I like this one TUN.

GAB pernah masa dinner, majlis rasmi lak tu... GAB tersilap minum air sejuk orang yg duduk sebelah GAB semeja. Baru kenal kat situ... Tp GAB dengan tenang saja mohon maaf dan panggil waiter utk dapatkan gelas baru and covered up by saying "I always do this to people during dinner just for people to remember me"... Dia gelak happy! dan GAB hilang kemaluan (erkk... maksudnya hilang malu)
jaketbiru said…
ooooo kat sini rupanya blog mineral erk...

Popular posts from this blog

loghat utara...hehehe

Indahnya bahasa utara - [asyik salam pantai timur jerk :) ] lama tak dgr bonda cakap utara (penang)... hehehe yerla bonda dh takde dialam ini... tp cerita dibawah nie ade juga yg ku tak faham hehehe sib baik ade translation :) [cerita dari utara]... Pak mat dah cemuih dok meghonot bawah beranda. Malam kemaghin pak mat nampak sekoq budak ghenjong ghagaih pagaq mai dok balaih buah ceghemai pak mat hat maneh melecaih. “Malam ni mekalu mai aku tengalong. Masuk kot leghoh ni lembeq aku ghimbok” kata pak mat sambey dok gabuih seluaq. Dok sat pak mat pun nampak kawaq tu meloghoih mai kut bawah pagaq. Pak mat tunggu sat, sambey dok ghunaih ghupin kudhey Mekala kawaq tu tengah ghalit dok polok mentedaghah buah ceghemai, pak mat peghembang teghebey betoi-betoi kat betih keghin. Kelepuih, pak mat teghebey. “senighih pulak! pelaq sungguh” kata pak mat peghongoih. Kawaq tu teghuih ghodong keluaq. Habih ghabit baju. Dia ghandok ayaq acaq abih belemoih. Pak mat pedo teghebey betoi kat tengah belakan...

berpuasa diperantauan :)

esok puasa pertama kali berpuasa jauh dari keluarga dan berada di bumi aryan, demi tugas dan mencari rezeki, banyak perkara membuka minda aku disini, dari segi kehidupan dan tradisi...setakat ini aku masih dapat menyesuaikan diri, biarpun banyak masalah di tapak bina, biasalah fikir positifku, lain tempat lain caranya, tapi kualiti bukan untuk dibuat main, untuk kedutaan Malaysia kot... jadi tolak ansur adalah perkara terakhir yang akan dilakukan.... p/s: cubaan pertama menulis kembali selepas sekian lama terbiar usang blog ini :)

hari ini hari rabu . . .

dear bloggers... yeah hari ini hari rabu....esok khamis... eh silap... dah pukul 2.16am... dah hari khamis... :) selasai menonton perlawanan bolasepak malaysia vs taiwan...1st round, alhamdulillah menang 2-1... ermm dalam hati tadi... kalaulah malaysia layak ke piala dunia 2014 (brazil)... sure aku gi brazil biarkan ia akan menjadi pasukan belasahan... layak ke world cup sangat besar ertinya dalam sejarah bolasepak negara... dan hari ini juga my client akan balik dari UK... sangat berharap dapat good news dlm beberapa hari lagi... dan beberapa hari ini juga dah cam psikik...asyik guna pendekatan "Law of Attraction" hahahaha rasa lucu utk diri sendri pon ada... new setting up business kat Ipoh pon sedang berlaku... harap segalanyer berjalan lancar...beberapa jenis plotter telah disenarai pendek... adakah aku busy lately nie... rasanyer tak... tp ikut schedule cam padat... bak kate arwah bonda "kita buat dia, bukan dia buat kita" yess yesss... follow my time pulak lah...