Skip to main content

q a i s a r a q i s t i n a

ahad 5 march 2006, 8.00 pagi.

tiba-tiba aku dikejutkan oleh istri ku dengan nada cemas, aku bingkas bangun dan tanya kenapa? apa yg berlaku? istri ku menunjukkan air yg bercampur sedikit darah keluar melalui celah kakinya, dgn keadaan kelam kabut aku terus bersiap dan menyiapkan istri ku untuk dihantar ke hospital serdang. dalam perjalanan isteri ku sempat menelefon maknya supaya datang. tiba di hospital istri ku ditahan diwad bersalin sementara menunggu rahimnya terbuka, aku jangkakan mungkin malam nnti baby akan lahir...tp meleset sama sekali, istri ku masih terasa sakit...namum syik senyum jer tu yg buat aku bertambah risau. isk isk iskkkk

isnin 6 march, 12.30 tghari.

aku dengan mak mertua tiba dihospital waktu melawat sbb tidak dibenarkan menemani istriku, nurse kata nnti nak bersalin mereka akan call, sekali lagi aku risau...istri aku tak bersalin lagi, sdgkan dia asyik sakit dan tersenyum2 jer...isk isk iskkk

selasa 7 march, 8.00 pagi.

aku terima sms dari istriku..." syg kena masuk labour room", aku pun bergegas pergi ke hospital yg jaraknya tak sampai 10 minit dari rumah bersama mak mertua aku...sampai kat dalam labour room masih tak bersalin lagi..tp sempat gurau2 dgn nurse-nurse...pelik lak aku tgk istri aku nie, doktor kate bukaan baru 2cm.....so aku pun standby jerla beli roti dan air kotak sambil teman istri dlm bilik bersalin,
sampai waktu tghari habis dah roti dan air...sampai kul 2 ptg doktor check bukaan baru 3 cm.....aiyakkkk lamanyer...sekejap-sekejap istri aku menahan kesakitan...sampai dia demam menahan sakit, nurse letakkan tuala basah didahinya supaya demamnya reda sedikit...sampai pukul 6 ptg doktor kate baru buka 4 cm.... doktor kate kalau tiada perubahan mungkin kena ceaser, ermmm istri aku selamba jer cakap, takmo ceaser...nurse kat situ nasihatkan dia kalau takde bukaan terpaksa utk selamatkan baby, ....aku sabar jelah mententeramkan wife walaupun tgk dia menahan sakit tp still bole senyum2...sampai doktor dtg periksa pun tanya 'aik tak rasa nk meneran ke? masih bole senyum lagi?'....pukul 8 malam doktor check...bukaan rahim dah 6 cm...doktor kate if tiada perubahan hingga pukul 10 mlm, terpaksa ceaser....nurse dah siapkan kelengkapan utk ceaser...kami menunggu dgn sabar...sambil berdoa n zikir apa2 yg patut. aku semakin risau bila wife kate if anything happen pls jaga baby bebaik...adoiiiii sabarjelahhhh jiwa aku kena cool mlm tu if aku risau sure bini aku lagi teruk....so aku cuma ajak wife sama-sama berdoa...[[[ org tgh sakit mmg fikir macam2]] kul 9 malam wife aku mula rasa nk meneran...nurse semua masuk dlm bilik bersalin dan aku lihat semuanyer kecekapan nurse-nurse terlatih membantu istri ku melahirkan baby secara normal, sempat ku saksikan kebesaran Allah menjadikan dan memberi rahmat kepada makhluknya....baby selamat dilahirkan pada pukul 9.07 minit malam dgn berat 3.07 kg...syukur Alhamdulillah semua selamat...

bila dah dihantar ke taiping kg istri ku....ermmm sedara mara kate muka baby cam muka aku....heheheheh anak bapak la katakan :)

pengalaman yg tak dpt dilupakan...."syukur Alhamdulillah padamu ya Allah yang menghidupkan dan mematikan manusia mengikut kehendakmu, yg memberi rahmat dan nikmat yg tak terhingga, yg memberi petunjuk dan hidayah, yg sentiasa menyayangi cintaanNya, moga kerahmatan dan kenikmatan yg Engkau limpahkan tidak akan kami sia-siakan [kufur]....aminnn"

Comments

Popular posts from this blog

loghat utara...hehehe

Indahnya bahasa utara - [asyik salam pantai timur jerk :) ] lama tak dgr bonda cakap utara (penang)... hehehe yerla bonda dh takde dialam ini... tp cerita dibawah nie ade juga yg ku tak faham hehehe sib baik ade translation :) [cerita dari utara]... Pak mat dah cemuih dok meghonot bawah beranda. Malam kemaghin pak mat nampak sekoq budak ghenjong ghagaih pagaq mai dok balaih buah ceghemai pak mat hat maneh melecaih. “Malam ni mekalu mai aku tengalong. Masuk kot leghoh ni lembeq aku ghimbok” kata pak mat sambey dok gabuih seluaq. Dok sat pak mat pun nampak kawaq tu meloghoih mai kut bawah pagaq. Pak mat tunggu sat, sambey dok ghunaih ghupin kudhey Mekala kawaq tu tengah ghalit dok polok mentedaghah buah ceghemai, pak mat peghembang teghebey betoi-betoi kat betih keghin. Kelepuih, pak mat teghebey. “senighih pulak! pelaq sungguh” kata pak mat peghongoih. Kawaq tu teghuih ghodong keluaq. Habih ghabit baju. Dia ghandok ayaq acaq abih belemoih. Pak mat pedo teghebey betoi kat tengah belakan...

ruang kanak-kanak

minggu ade ade terbaca satu ruangan pasal ruang kanak-kanak ditulis oleh dean...dlm impiana kalau tak silap... dean menceritakan perihal ruang kanak2 dlm rumah, mengadakan satu bilik utk kanak2 bermain utk mengelakkan kejadian seperti kanak2 hilang dan lebih terkawal.... ada benarnya kata2 dean tu... tp bg sesetengah org mgkin tidak mampu atau ruang dlm rumah yg terhad jika dijadikan sesuatu ruang itu khas utk kanak2.... sy rs...penggunan perabut yg lebih fleksibel beserta jenis permainan yg tidak memudaratkan kanak-kanak juga perlu... akan tetapi jika kita hanya ade seorg atau dua anak... sy yakin kanak2 akan rs bosan setiap hari bermain dgn org yg sama dan permainan yg sama, jika dijemput kawan2 lepak sma, lama2 rumah pun jd cam tadika.... peranan ibu-bapa setempat dan semangat kejiranan yg lebih penting dlm mengatasi dan mengelakkan kanak2 hilang. jika sesuatu komuniti mewujudkan ruang beserta penjagaan utk kanak2 bermain dan belajar pasti dpt menjimatkan belanja menghantar ke ta...

perangkap tikus

Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam "hmmm...makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar??" Ternyata yang dibeli oleh petani hari itu adalah perangkap tikus. Sang tikus naik panik bukan kepalang. Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, " Ada perangkap tikus di rumah....di rumah sekarang ada perangkap tikus...." Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, " Ada perangkat tikus !" Sang Ayam berkata, " Tuan Tikus ! Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku." Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing pun jawab selamba, "Aku pun turut bersimpati.. .tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku. " Tikus lalu menemui Sapi. Ia mendapat jawaban sama. " Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sa...