Skip to main content

Qistina !!!

1. nur qistina ibtisam
2. qistina ibtisam
3. wardah nurhannah
4. ain najwa humairah
5. qistina umairah
6. qistina mahirah [idea syarina]
7. qistina nuraina [idea syarina]
8. qistina irdina [idea syarina]
9. Ainul qistina [pinat] ..mmg best tp ainul tu nama abgku...
10.faiqah najwa [skut]
11. nur atirah airina [skut]
12. nur ibtisam qistina
.............. xcited giler nk buh nama baby nie...

pagi nie waktu on the way hantar wife pi klinik aku nampak ada satu motor ni sambil bawak anak dia (baby gak) ...dgn cara menunggang yg agak bahaya...sebelah tgn pegang baby, bahayanyer, tp mungkin dia takde pilihan itu jer cara nk hantar baby dia ke klinik, tp yg tak sioknya bila sampai kat satu simpang, tetiba ade kereta satria warna merah meluru keluar, mujur bro india yg naik motor tu sempat elak, kami hanya mampu tgk jer dari belakang sambil mengucap syukur takde apa-apa berlaku, bro tu mmg nampak marah, dia asyik jeling ke pemandu satria cina tu jer, bila dia dpt potong dok depan satria tu terus dia meludah kat depan kete tu, ermmm punyalah marah bro tu kan, mamat satria tu pun tak bawak laju dah bila dia tau ade org marah kat dia, tp patutnya angkat la tangan tanda maaf ker, nie buat muka selamba kodok dia jer.
peristiwa yg berlaku tadi mengingatkan aku waktu aku belajar dulu, bawak moto kat area luar kampus, tetiba ade motor kuar dari tepi pokok, kelam kabut aku dgn kawan brek dan mengelak, tp kami terus blah sbb rasanyer bukan salah kami, sbb motor tu tiba-tiba keluar dari tepi jalan, dah la terlindung dgn pokok2 tepi jalan tu, nk jadi cerita mamat motor tadi tu jumpa kami kat traffic light nk ke kampus, baru aku perasan ada baby kat motor dia, isk mujur takde apa-apa, tp mamat tu sempat la gak sound tak nampak ker baby dia, dalam hati aku nk jer cakap silap dia, tp sbb dia lagi tua kami pun mintak maaf jerlah takmo byk citer, yg bestnyer kami sama-sama masuk ke kampus.... rupa-rupanyer lecturer daa mamat tadi tu, tp jabatan lain patut tak kenal....lagi best bila final exam dia jaga subjek kitorang ermmm asyik usha aku jer dari mula aku duduk sampai habis paper...cisss berdendam ker ...lantak la aku buat tak tahu jer....tp bila final exhibition architecture week dia punya la suka dok puji2 cara kelab senibina organise, siap tanya sapa presiden....head jabatan pun kenalkanla aku kat dia....hahahah berubah muka dia...tp lepas tu dia ok...aku pun layan la dia dgn baik...siap bawak pusing2 cerita pasal design dlm exhibition tu...

so moral of story : tak luak pun kalau mintak maaf kan, walaupun sekadar body language.

Comments

PiN(u/a)Ts said…
tu ler.. angkat tangan pun jadilah kan?

kengkadang aku sian orang bawak baby naik motor, tapi maybe itu je yang diaorang mampu nak sediakan kan?

satu benda lagi aku cukup marah bila mak bapak leka benda lain, biarkan anak kecik main tempat kete lalu lalang. karang kot terlanggar salahkan orang yang langgar, padahal diaorang yang dok biarkan anak kecik main sorang2 kat jalan.

err, qistina najwa pun ok pe?

Popular posts from this blog

loghat utara...hehehe

Indahnya bahasa utara - [asyik salam pantai timur jerk :) ] lama tak dgr bonda cakap utara (penang)... hehehe yerla bonda dh takde dialam ini... tp cerita dibawah nie ade juga yg ku tak faham hehehe sib baik ade translation :) [cerita dari utara]... Pak mat dah cemuih dok meghonot bawah beranda. Malam kemaghin pak mat nampak sekoq budak ghenjong ghagaih pagaq mai dok balaih buah ceghemai pak mat hat maneh melecaih. “Malam ni mekalu mai aku tengalong. Masuk kot leghoh ni lembeq aku ghimbok” kata pak mat sambey dok gabuih seluaq. Dok sat pak mat pun nampak kawaq tu meloghoih mai kut bawah pagaq. Pak mat tunggu sat, sambey dok ghunaih ghupin kudhey Mekala kawaq tu tengah ghalit dok polok mentedaghah buah ceghemai, pak mat peghembang teghebey betoi-betoi kat betih keghin. Kelepuih, pak mat teghebey. “senighih pulak! pelaq sungguh” kata pak mat peghongoih. Kawaq tu teghuih ghodong keluaq. Habih ghabit baju. Dia ghandok ayaq acaq abih belemoih. Pak mat pedo teghebey betoi kat tengah belakan...

ruang kanak-kanak

minggu ade ade terbaca satu ruangan pasal ruang kanak-kanak ditulis oleh dean...dlm impiana kalau tak silap... dean menceritakan perihal ruang kanak2 dlm rumah, mengadakan satu bilik utk kanak2 bermain utk mengelakkan kejadian seperti kanak2 hilang dan lebih terkawal.... ada benarnya kata2 dean tu... tp bg sesetengah org mgkin tidak mampu atau ruang dlm rumah yg terhad jika dijadikan sesuatu ruang itu khas utk kanak2.... sy rs...penggunan perabut yg lebih fleksibel beserta jenis permainan yg tidak memudaratkan kanak-kanak juga perlu... akan tetapi jika kita hanya ade seorg atau dua anak... sy yakin kanak2 akan rs bosan setiap hari bermain dgn org yg sama dan permainan yg sama, jika dijemput kawan2 lepak sma, lama2 rumah pun jd cam tadika.... peranan ibu-bapa setempat dan semangat kejiranan yg lebih penting dlm mengatasi dan mengelakkan kanak2 hilang. jika sesuatu komuniti mewujudkan ruang beserta penjagaan utk kanak2 bermain dan belajar pasti dpt menjimatkan belanja menghantar ke ta...

perangkap tikus

Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam "hmmm...makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar??" Ternyata yang dibeli oleh petani hari itu adalah perangkap tikus. Sang tikus naik panik bukan kepalang. Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, " Ada perangkap tikus di rumah....di rumah sekarang ada perangkap tikus...." Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, " Ada perangkat tikus !" Sang Ayam berkata, " Tuan Tikus ! Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku." Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing pun jawab selamba, "Aku pun turut bersimpati.. .tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku. " Tikus lalu menemui Sapi. Ia mendapat jawaban sama. " Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sa...