Skip to main content

Balang, Mayonis dan 2 Cawan Kopi.

BALANG, MAYONIS DAN 2 CAWAN KOPI.

Di dalam sebuah kelas falsafah, seorang profesor berdiri di hadapan dewan kuliah, meja di hadapannya terdapat beberapa barangan. Tanpa sepatah perkataan, kelas bermula dengan beliau mengambil sebuah balang mayonis yang besar dan mengisinya dengan bola golf.

Dia kemudian bertanya kepada para pelajarnya, adakah balang tersebut penuh,dan pelajarnya menjawab "ya!". Profesor kemudian mengambil sekotak batu kerikil halus dan menuangkannya ke dalam balang yang telah dipenuhi bola golf tadi, lantas menggoncang balang tersebut dengan lembut. Bebatu kerikil mengisi ruangan kosong di antara bola-bola golf.

Sekali lagi dia bertanya akan pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh, pelajarnya lantas menjawab "ya..."Tanpa menjelaskan apa-apa kepada pelajarnya, profesor tersebut lantas mengambil pula sebuah kotak yang berisi pasir dan menuangkannya ke dalam balang tersebut. Pasir yang dituang mengisi ruangan di antara batu kelikirdan bola golf. Seperti tadi dia bertanya lagi kepada para pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh.

Dalam keadaan yang penuh persoalan,rata-rata pelajarnya menjawab "Ya.."Sejurus selepas itu, profesor itu kemudiannya mengeluarkan dua cawan kopi dari bawah mejanya dan menuangkan kedua-duanya ke dalam balang yang telah sedia ada diisi batu golf, batu kerikil dan pasir tersebut. Air kopi mengisi ruangan yang terdapat di antara pasir. Para pelajar mula ketawa dan tersenyum meihat tindakan profesor tersebut."Sekarang..." profesor mula bersuara apabila riuh rendah dan gelak ketawa pelajarnya berkurangan.

"Saya mahu anda semua menganggap balang ini sebagai kehidupan anda...Bola-bola golf mewakili perkara penting - Tuhan, keluarga anda, anak-anak,kesihatan anda, kawan-kawan dan semangat anda - Jika anda kehilangan segalanya dan hanya perkara penting ini yang masih anda ada, hidup anda masih penuh. Batu kerikil halus ini pula mewakili perkara-perkara lainseperti kerja anda, rumah atau kereta anda, manakala pasir pula mewakili perkara-perkara lain, yakni perkara-perkara kecil.""Jika anda memasukkan pasir ke dalam balang dahulu..." "... anda tidak akanmempunya ruang untuk batu kerikil dan bola golf. Ini sama juga sepertikehidupan anda. Jika anda menghabiskan masa dan tenaga untukperkara-perkara kecil, anda tidak akan mempunyai ruang untuk perkara yang sebenarnya lebih penting untuk diri anda." "Ambil perhatian untuk perkara yang kritikal untuk kebahagiaan anda.Luangkan masa gembira untuk anak-anak.Sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan, bawa pasangan anda untuk makan malam, yang pasti, anda akan masih ada masa untuk membersihkan rumah atau urusan lain.

Sila ambil berat akan bola golf dahulu - iaitu perkara yang benar-benar penting.Tetapkan keutamaan. Perkara lain cumalah pasir..."Salah seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bertanya apakah pula yang diwakili oleh air kopi. Profesor tersebut tersenyum. "Saya gembira ada yang bertanya. Ianya menunjukkan bahawa tidak kira bagaimana penuh pun kehidupan anda, akan sentiasa ada ruang untuk secawan dua kopi bersama rakan-rakan...

"Renungan untuk semua. Apabila kehidupan anda seakan terlalu penuh dan tampak sukar untuk diuruskan, apabila 24 jam sehari seperti tidakmencukupi, ingatlah kisah "Balang Mayonis dan 2 cawan kopi ini... " :)

Comments

Anonymous said…
I just love Kopi Cap Kapal Api. It tastes like coffee just what coffee supposed to be. I still remember during my younger days, there was Kopi Cap Badak. It tastes good as well. Wehehe... lain lak cerita ya?

Popular posts from this blog

hari ini hari rabu . . .

dear bloggers... yeah hari ini hari rabu....esok khamis... eh silap... dah pukul 2.16am... dah hari khamis... :) selasai menonton perlawanan bolasepak malaysia vs taiwan...1st round, alhamdulillah menang 2-1... ermm dalam hati tadi... kalaulah malaysia layak ke piala dunia 2014 (brazil)... sure aku gi brazil biarkan ia akan menjadi pasukan belasahan... layak ke world cup sangat besar ertinya dalam sejarah bolasepak negara... dan hari ini juga my client akan balik dari UK... sangat berharap dapat good news dlm beberapa hari lagi... dan beberapa hari ini juga dah cam psikik...asyik guna pendekatan "Law of Attraction" hahahaha rasa lucu utk diri sendri pon ada... new setting up business kat Ipoh pon sedang berlaku... harap segalanyer berjalan lancar...beberapa jenis plotter telah disenarai pendek... adakah aku busy lately nie... rasanyer tak... tp ikut schedule cam padat... bak kate arwah bonda "kita buat dia, bukan dia buat kita" yess yesss... follow my time pulak lah...

berpuasa diperantauan :)

esok puasa pertama kali berpuasa jauh dari keluarga dan berada di bumi aryan, demi tugas dan mencari rezeki, banyak perkara membuka minda aku disini, dari segi kehidupan dan tradisi...setakat ini aku masih dapat menyesuaikan diri, biarpun banyak masalah di tapak bina, biasalah fikir positifku, lain tempat lain caranya, tapi kualiti bukan untuk dibuat main, untuk kedutaan Malaysia kot... jadi tolak ansur adalah perkara terakhir yang akan dilakukan.... p/s: cubaan pertama menulis kembali selepas sekian lama terbiar usang blog ini :)

loghat utara...hehehe

Indahnya bahasa utara - [asyik salam pantai timur jerk :) ] lama tak dgr bonda cakap utara (penang)... hehehe yerla bonda dh takde dialam ini... tp cerita dibawah nie ade juga yg ku tak faham hehehe sib baik ade translation :) [cerita dari utara]... Pak mat dah cemuih dok meghonot bawah beranda. Malam kemaghin pak mat nampak sekoq budak ghenjong ghagaih pagaq mai dok balaih buah ceghemai pak mat hat maneh melecaih. “Malam ni mekalu mai aku tengalong. Masuk kot leghoh ni lembeq aku ghimbok” kata pak mat sambey dok gabuih seluaq. Dok sat pak mat pun nampak kawaq tu meloghoih mai kut bawah pagaq. Pak mat tunggu sat, sambey dok ghunaih ghupin kudhey Mekala kawaq tu tengah ghalit dok polok mentedaghah buah ceghemai, pak mat peghembang teghebey betoi-betoi kat betih keghin. Kelepuih, pak mat teghebey. “senighih pulak! pelaq sungguh” kata pak mat peghongoih. Kawaq tu teghuih ghodong keluaq. Habih ghabit baju. Dia ghandok ayaq acaq abih belemoih. Pak mat pedo teghebey betoi kat tengah belakan...