Skip to main content

"jauh berjalan, luas pemandangan" ... teringat sewaktu aku mula-mula hendak melangkah ke Alam asrama dgn gembiranya hendak pergi jauh dari rumah, hendak melihat dunia baru, mungkin waktu itu jiwa memberontak memberitahu pada diriku, "pergi..pergi sejauh mungkin yang kau terdaya, tiada siapa dapat menghalangnya" ermmm kehendak hendak pergi jauh tetap dlm diriku, bila ku ajukan persoalan untuk sambung belajar kepada isteriku, dia juga mempunyai keinginan yang sama, syukur Alhamdulillah, walaupun belum tiba masa yang sesuai tapi cita-cita itu tetap ada, menjadi survivor menjadikan aku lebih menghargai apa yang ada, masih teringat sewaktu aku menerima sijil pertama ku dalam bidang senibina, arwah ibu pula masuk ke hospital kerana strok, sesiapa pun tak beritahu dihari konvokesyenku sehinggalah aku pulangh tiba dirumah untuk beritahu khabar gembira, terpaku aku depan pintu bila diberitahu bonda berada dihospital, malam itu juga ditemani anak saudara perempuan aku pergi menerobos pintu hospital tanpa pedulikan pak guard yang kecoh, mana taknya matlamat ku hanya satu diwaktu itu, hendak cium tangan ibuku, bila berjaya masuk ke dalam wad kulihat ibu tersenyum memandang aku, serta merta aku cair dengan senyumannya, memang senyumannya sahaja banyak mengajar aku erti bersabar, antara kata-kata arwah bonda diwaktu aku melawatnya, "sebelum tutup mata mak hanya nak jumpa rie jer" . . . "mana sijil mak nak tengok" runtuh jiwa aku dgr kata-kata arwah bonda, slip jer yang aku bole tunjuk, sebab sijil akan dihantar ke rumah, namun kuasa tuhan atasi segalanya....arwah ibu pergi sebelum dapat ku tunjukkan sijil yang asal, arwah ibu pergi sebelum dapat melihat kejayaan demi kejayaan anak-anaknya, arwah ibu pergi sebelum dapat melihat anak-anak lelakinya kahwin satu demi satu, arwah ibu pergi sebelum dapat lihat cucu-cucu dari anak-anak lelakinya, arwah ibu pergi sebelum dapat melihat menantu-menantu perempuannya, aku redha . . Al-fatihah moga arwah ibu dicucuri rahmat . . . [[[ pasti ada sesuatu disebalik sesuatu yang terjadi....]]]
mineral

Comments

Popular posts from this blog

loghat utara...hehehe

Indahnya bahasa utara - [asyik salam pantai timur jerk :) ] lama tak dgr bonda cakap utara (penang)... hehehe yerla bonda dh takde dialam ini... tp cerita dibawah nie ade juga yg ku tak faham hehehe sib baik ade translation :) [cerita dari utara]... Pak mat dah cemuih dok meghonot bawah beranda. Malam kemaghin pak mat nampak sekoq budak ghenjong ghagaih pagaq mai dok balaih buah ceghemai pak mat hat maneh melecaih. “Malam ni mekalu mai aku tengalong. Masuk kot leghoh ni lembeq aku ghimbok” kata pak mat sambey dok gabuih seluaq. Dok sat pak mat pun nampak kawaq tu meloghoih mai kut bawah pagaq. Pak mat tunggu sat, sambey dok ghunaih ghupin kudhey Mekala kawaq tu tengah ghalit dok polok mentedaghah buah ceghemai, pak mat peghembang teghebey betoi-betoi kat betih keghin. Kelepuih, pak mat teghebey. “senighih pulak! pelaq sungguh” kata pak mat peghongoih. Kawaq tu teghuih ghodong keluaq. Habih ghabit baju. Dia ghandok ayaq acaq abih belemoih. Pak mat pedo teghebey betoi kat tengah belakan...

ruang kanak-kanak

minggu ade ade terbaca satu ruangan pasal ruang kanak-kanak ditulis oleh dean...dlm impiana kalau tak silap... dean menceritakan perihal ruang kanak2 dlm rumah, mengadakan satu bilik utk kanak2 bermain utk mengelakkan kejadian seperti kanak2 hilang dan lebih terkawal.... ada benarnya kata2 dean tu... tp bg sesetengah org mgkin tidak mampu atau ruang dlm rumah yg terhad jika dijadikan sesuatu ruang itu khas utk kanak2.... sy rs...penggunan perabut yg lebih fleksibel beserta jenis permainan yg tidak memudaratkan kanak-kanak juga perlu... akan tetapi jika kita hanya ade seorg atau dua anak... sy yakin kanak2 akan rs bosan setiap hari bermain dgn org yg sama dan permainan yg sama, jika dijemput kawan2 lepak sma, lama2 rumah pun jd cam tadika.... peranan ibu-bapa setempat dan semangat kejiranan yg lebih penting dlm mengatasi dan mengelakkan kanak2 hilang. jika sesuatu komuniti mewujudkan ruang beserta penjagaan utk kanak2 bermain dan belajar pasti dpt menjimatkan belanja menghantar ke ta...

perangkap tikus

Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam "hmmm...makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar??" Ternyata yang dibeli oleh petani hari itu adalah perangkap tikus. Sang tikus naik panik bukan kepalang. Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, " Ada perangkap tikus di rumah....di rumah sekarang ada perangkap tikus...." Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, " Ada perangkat tikus !" Sang Ayam berkata, " Tuan Tikus ! Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku." Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing pun jawab selamba, "Aku pun turut bersimpati.. .tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku. " Tikus lalu menemui Sapi. Ia mendapat jawaban sama. " Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sa...