Skip to main content

- Pertemuan

13 disember 2004...

hari yg plg best....jumpa seseorang semula buat jiwa aku tenteram sementara...habiskan kebanyakan masa lapangku diwaktu malam...

ade mamat kelantan call cari bilik sewa...ermm dia mai kul 10.30 malam lepak borak2 sampai kul 12.30 malam...ok gakla minggu depan start masuk rumah...yesss akhirnya ade gak aku sorang housemate kalau tak sunyi je [kekadang best la sunyi]...
setelah segala syarat yg aku kenakan dia setuju...so aku rasa takde masalah lah. kekadang rasa nak gi kerja part time sebab bosan malam tak berapa nak ade projek...projek pon slow...children playground pun baru dalam perancangan dan kajian awal...so byk sgt masa waktu malam terbiar...ermmm kena buat something nie.

aku masih menunggu lagi kad dari seorang kawan beserta gambarnya yg mahu dilukis...aku cuba penuhi permintaannya kerana dia akan berindah dari KL so sbagai cenderamata aku cuba selesaikan lukisan tu secepat mungkin.

ermmm....kawan2 satu sekolah dulu ajak gi kursus kawin kat CM sabtu nie...ermmm rasa cam malas je nak pergi...arghhh nantilah...korang nak kawin awal pergi dulu la, aku nak settle beberapa perkara dulu...kerja pun tgh banyak...

beberapa hari sebelum 13 dec....

seorang sahabat beri brg antik berbentuk pisau gurkha, katanya nak dijual tapi dia beri pada aku untuk disimpan...sepanjang perjalanan pulang keadaan aku sgt panas, terasa bahagian belakang sgt panas...tapi aku cuba tenteramkan diri je, adakah ada kaitan dgn pisau yg aku letakkan dibelakang kereta? . . . balik rumah aku bukak lagi separuh pisau tu...tgk betul2 corak yg ade kat pisau tu....tak seperti corak2 atau motif ukiran org2 melayu...ermmm tentera gurkha guna pisau nie...gurkha nie tentera bangsa apa yerk? kena buat research lah plak...
akhirnya pisau tu aku balut n simpan....dgn niat one day aku nak bersihkan dan buat hiasan...
sarungnya yg dari tembaga dan kulit, serta ade pisau kecil terselit dgn gading ermmm sgt menarik...
apa-apa pun aku sangat menghargai pemberian seorang teman... tq beb.







Comments

Popular posts from this blog

loghat utara...hehehe

Indahnya bahasa utara - [asyik salam pantai timur jerk :) ] lama tak dgr bonda cakap utara (penang)... hehehe yerla bonda dh takde dialam ini... tp cerita dibawah nie ade juga yg ku tak faham hehehe sib baik ade translation :) [cerita dari utara]... Pak mat dah cemuih dok meghonot bawah beranda. Malam kemaghin pak mat nampak sekoq budak ghenjong ghagaih pagaq mai dok balaih buah ceghemai pak mat hat maneh melecaih. “Malam ni mekalu mai aku tengalong. Masuk kot leghoh ni lembeq aku ghimbok” kata pak mat sambey dok gabuih seluaq. Dok sat pak mat pun nampak kawaq tu meloghoih mai kut bawah pagaq. Pak mat tunggu sat, sambey dok ghunaih ghupin kudhey Mekala kawaq tu tengah ghalit dok polok mentedaghah buah ceghemai, pak mat peghembang teghebey betoi-betoi kat betih keghin. Kelepuih, pak mat teghebey. “senighih pulak! pelaq sungguh” kata pak mat peghongoih. Kawaq tu teghuih ghodong keluaq. Habih ghabit baju. Dia ghandok ayaq acaq abih belemoih. Pak mat pedo teghebey betoi kat tengah belakan...

ruang kanak-kanak

minggu ade ade terbaca satu ruangan pasal ruang kanak-kanak ditulis oleh dean...dlm impiana kalau tak silap... dean menceritakan perihal ruang kanak2 dlm rumah, mengadakan satu bilik utk kanak2 bermain utk mengelakkan kejadian seperti kanak2 hilang dan lebih terkawal.... ada benarnya kata2 dean tu... tp bg sesetengah org mgkin tidak mampu atau ruang dlm rumah yg terhad jika dijadikan sesuatu ruang itu khas utk kanak2.... sy rs...penggunan perabut yg lebih fleksibel beserta jenis permainan yg tidak memudaratkan kanak-kanak juga perlu... akan tetapi jika kita hanya ade seorg atau dua anak... sy yakin kanak2 akan rs bosan setiap hari bermain dgn org yg sama dan permainan yg sama, jika dijemput kawan2 lepak sma, lama2 rumah pun jd cam tadika.... peranan ibu-bapa setempat dan semangat kejiranan yg lebih penting dlm mengatasi dan mengelakkan kanak2 hilang. jika sesuatu komuniti mewujudkan ruang beserta penjagaan utk kanak2 bermain dan belajar pasti dpt menjimatkan belanja menghantar ke ta...

perangkap tikus

Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam "hmmm...makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar??" Ternyata yang dibeli oleh petani hari itu adalah perangkap tikus. Sang tikus naik panik bukan kepalang. Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, " Ada perangkap tikus di rumah....di rumah sekarang ada perangkap tikus...." Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, " Ada perangkat tikus !" Sang Ayam berkata, " Tuan Tikus ! Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku." Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing pun jawab selamba, "Aku pun turut bersimpati.. .tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku. " Tikus lalu menemui Sapi. Ia mendapat jawaban sama. " Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sa...