Skip to main content

si SipuT n sAng buRunG [proses]

26 oct 2004,…
teruja lagi hari nie dgn sesuatu yg berada didepan mata….berbuka dgn kawan di KL sentral….lepas tu gi ronda-ronda kat midvalley sajer usha baju2 raya….penat aku berjalan semalam dekat 3 jam setengah…macam2 org ade. Tapi bukan itu yg aku nak cerita…Cuma teringat sesuatu yg aku pernah baca dlm Indonesia komik….cerita tentang siput n burung ….ermmmm ..
dalam keadaan siput yg bergerak perlahan memanjat pohon pokok yg baru sahaja mengalami musim gugur….sang burung pula terbang megah dari satu pokok ke pokok yg lain…..bila sang burung sedar ade siput yg sdg panjat pokok yg takde daun tu dia pon dgn nada peril menegur siput tu…”nak gi mana tu kat atas takde daun, ko tu dah la jalan slow cam siput” [hahahah ayat nie aku reka sendiri]…siput terasa hati, siput pun cakap…”ermmm aku nak makan pucuk daun yg muda2 dan berkhasiat utk ubati sakit dalaman aku nie”… burung pun hairan mana ade daun kat atas pokok gila kot siput nie [dalam hati burung tu la, dia cakap cam tu].
Tapi si siput tak putus asa…dia ade matlamat…walaupon mmg slow dia jalan gak dah nak berbulan dia jalan dgn sabar utk mencapai objektifnya, sang burung pula hanya mentertawakan si siput sambil2 offer nak terbangkan siput ketempat lain… cam biasa siput merendah diri dan dia yakin dgn hasil yg dia akan dapat..
Lepas selesai musim gugur…daun2 baru mula tumbuh…waktu tu si siput dah tiba di puncak pokok dan sedang menjamu selera dgn daun2 muda yg boleh mengubati dirinya dan mengenyangkan serta puas dapat hasil yg sgt lumayan…berkat kesabaran, matlamat…dan yg seumpamanya….si siput berjaya dan bole menikmati pelbagai daun diatas pokok itu hingga habis musim. Baru sang burung sedar bahawa setiap perkara ade proses yg perlu dilalui…sama ada susah, senang dan dugaan yg ditempuhi….serta perlu ade matlamat….sedangkan siput2 lain yg baru mula memanjat bila tiba musim berbunga hanya dapat hasil apabila musim itu hamper berlalu.
Lebih kurang camtu la cerita tu….aku ingat citer nie sampai bila2….dan biasa aku ceritakan cerita nie pada anak2 buah dan junior2 waktu aku study dulu…bukan apa…student architecture kekadang susah nak dapat sesuatu konsep…so perlukan cerita yg bole mengukuhkan konsep dan mereleasekan jiwa yg selalu tertekan.
Jadi rasanyer aku sedang melalui proses tu semula…setelah proses pertama hancurrr…takpe teruskan usaha…setiap perkara ade proses kan…
ermmmm.

Comments

Popular posts from this blog

loghat utara...hehehe

Indahnya bahasa utara - [asyik salam pantai timur jerk :) ] lama tak dgr bonda cakap utara (penang)... hehehe yerla bonda dh takde dialam ini... tp cerita dibawah nie ade juga yg ku tak faham hehehe sib baik ade translation :) [cerita dari utara]... Pak mat dah cemuih dok meghonot bawah beranda. Malam kemaghin pak mat nampak sekoq budak ghenjong ghagaih pagaq mai dok balaih buah ceghemai pak mat hat maneh melecaih. “Malam ni mekalu mai aku tengalong. Masuk kot leghoh ni lembeq aku ghimbok” kata pak mat sambey dok gabuih seluaq. Dok sat pak mat pun nampak kawaq tu meloghoih mai kut bawah pagaq. Pak mat tunggu sat, sambey dok ghunaih ghupin kudhey Mekala kawaq tu tengah ghalit dok polok mentedaghah buah ceghemai, pak mat peghembang teghebey betoi-betoi kat betih keghin. Kelepuih, pak mat teghebey. “senighih pulak! pelaq sungguh” kata pak mat peghongoih. Kawaq tu teghuih ghodong keluaq. Habih ghabit baju. Dia ghandok ayaq acaq abih belemoih. Pak mat pedo teghebey betoi kat tengah belakan...

ruang kanak-kanak

minggu ade ade terbaca satu ruangan pasal ruang kanak-kanak ditulis oleh dean...dlm impiana kalau tak silap... dean menceritakan perihal ruang kanak2 dlm rumah, mengadakan satu bilik utk kanak2 bermain utk mengelakkan kejadian seperti kanak2 hilang dan lebih terkawal.... ada benarnya kata2 dean tu... tp bg sesetengah org mgkin tidak mampu atau ruang dlm rumah yg terhad jika dijadikan sesuatu ruang itu khas utk kanak2.... sy rs...penggunan perabut yg lebih fleksibel beserta jenis permainan yg tidak memudaratkan kanak-kanak juga perlu... akan tetapi jika kita hanya ade seorg atau dua anak... sy yakin kanak2 akan rs bosan setiap hari bermain dgn org yg sama dan permainan yg sama, jika dijemput kawan2 lepak sma, lama2 rumah pun jd cam tadika.... peranan ibu-bapa setempat dan semangat kejiranan yg lebih penting dlm mengatasi dan mengelakkan kanak2 hilang. jika sesuatu komuniti mewujudkan ruang beserta penjagaan utk kanak2 bermain dan belajar pasti dpt menjimatkan belanja menghantar ke ta...

perangkap tikus

Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam "hmmm...makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar??" Ternyata yang dibeli oleh petani hari itu adalah perangkap tikus. Sang tikus naik panik bukan kepalang. Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, " Ada perangkap tikus di rumah....di rumah sekarang ada perangkap tikus...." Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, " Ada perangkat tikus !" Sang Ayam berkata, " Tuan Tikus ! Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku." Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing pun jawab selamba, "Aku pun turut bersimpati.. .tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku. " Tikus lalu menemui Sapi. Ia mendapat jawaban sama. " Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sa...