Thursday, May 29, 2008

rehat blogging sementara...


otak sy letih skit....

errr jom reramai gi interior exhibition...
pls refer http://www.expomal.com/interiors/

p/s: sy tetap mmbaca blog anda :)

Tuesday, May 20, 2008

selamat hari bapa...

bt diriku sndri dan bapa-bapa diseluruh dunia.....

moga diberi kekuatan menjadi bapa yg terbaik....

p/s: tenang sedikit sejak dua menjak nie, kurang rasa bersalah, jejejeej

'air boleh mengapungkan kapal, air juga bole menenggelamkannya'

Friday, May 16, 2008

SELAMAT HARI GURU . . .






[UCAPAN SELAMAT HARI GURU SAMA SEPERTI TAHUN LEPAS] ... :)

selamat hari guru...

terlalu byk kenangan bersama guru yg hendak ditulis... tak tertulis rasanyer, terima kasih cikgu kerana sabar dengan karenah anak-anak murid yg sentiasa mencabar kewibawaan cikgu...tak lupa ucapan selamat hari guru kepada . . .

1. cikgu mahani (kakak sy) bakal seorg pengetua hjg tahun ini, moga segala jerit perih mendidik anak-anak istimewa memberi kekuatan utk mengharungi dunia yg makin mencabar ini.

2. cikgu-cikgu di sekorah rendah jalan 10 PJ, waktu aku masih disekolah ini tiada pelajar perempuan, kami semua lelaki gagah2 heheheh, lepas aku tinggalkan sekolah nie br dibenarkan pelajar perempuan belajar sama disini, ermm bekas kengkawan aku sure suka punya.

3. abuyamin di Sek. Ren Agama Rakyat An-nur, Kg Melayu Sri Kundang. waktu disini akulah ketua kelas plg garang hehehe.

4. cikgu-cikgu di Sek. Ren. Keb. Kuang, Selangor, sekolah yg agak lama zaman jepun kate cikgu, tp siokkk walaupun aku tak pandai tp dok dlm kelas plg pandai, dan pepandai gak buat-buat pandai, wakil sekolah badminton, dan ramai awek minat, hehehehhe.

5. cikgu-cikgu di Sek. Men. Taman Ehsan, Kepong, x byk kenangan disini melainkan ponteng gi main billiard belakang sekolah, dan wakil sekolah dlm bolasepak, gado dgn budak india, dan nyaris bercinta dgn awek cina jejejejeje, maklum la sek nie 70% cina.

6. cikgu-cikgu di Sek. Men. La Salle P.J, terima kasih pada pengetua (bersara mungkin srkg nie) pn hajah ramlah, satu-satunya pengetua melayu selepas beberapa paderi menjadi pengetua seperti brother felix dan lelain, dan dizaman itulah br ku melihat tulisan jawi berada di dinding2 bangunan sekolah bersama-sama salib, terima kasih pada cikgu disiplin 'mr.siva' yg berjaya menangkap dn merotan aku perhhhh tq cikgu, kalau x aku masih suka ponteng kelas, kapten bolasepak 3 tahun berturut2, dan terima kasih pada kengkawan di sek assunta juga hhhehehehe.

7. cikgu-cikgu di Sek. Men. Vokasional Klang, skrg nie teknik klang, terutama kepada guru-guru binaan bangunan, cikgu ratna sri dewi dan guru2 yg jenuh buat kelas tambahan add math dan matematik (biar ku tak suka mengira pun)...disekolah inilah aku mula mengenali diri, tq very much cikgu ratna.

8. terima kasih kepada mr.okinaka, en azlan, en fuad, pn rosediah, en zainal (nana) dan lelain pensyarah di unit senibina politeknik ungku omar. byk benda yg mencorak kehidupan aku disini. walaupun mereka gelar aku presiden yg gila-gila, sekurang-kurangnya unit senibina tak hambar dgn kegilaan aku bersama kengkawan dan junior2 yg gila-gila juga hehehehe, dgr kate junior, senior br tak best yerk, study beb jgn nk ngorat jerrrrkkk. dan waktu inilah last aku main bola wakil kelab senibina lepas injured terukkk hingga skrg.

9. terima kasih juga yg tak terhingga kepada kedua ibu-bapa aku yg sememangnya guru yg plg berdedikasi dlm membentuk anak-anak mereka.

terima kasihhhh cikgu, budi mu tiada harga yg boleh dibalas.

disebbkan aku ni berpindah randah, so byklah sekolah yg disinggah....dan kengkawan yg masih dihubungi wlupun dr sek rendh masih segar dan utuh persahabatan itu, selagi daya kita akan saling ingat mengingati...

oops tak lupa juga kepada cikgu-cikgu (ustazah n ustaz) yg mengajar aku tahfiz, al-quran, muqaddam, bahasa arab, fardhu ain dan lelain, moga kalian dirahmati Allah hendaknya, aminnn.

Thursday, May 08, 2008

Selamat hari IBU . . .



lagu sempurna nyanyian andre and backbone ini aku tujukan buat isteriku yg telah bergelar umie, dan buat semua ibu-ibu diseluruh blogsphere....
'sesungguhnya menjadi ibu adalah satu nikmat yg sukar diucapkan dengan kata-kata'

Kau begitu sempurna
Di mataku kau begitu indah
Kau membuat diriku akan selalu memujamu

Di setiap langkahku ku kan
selalu memikirkan dirimuTak bisa ku bayangkan
Hidupku tanpa cintamu

Janganlah kau tinggalkan diriku
tak kan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa

Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidup ku lengkapi diriku oh sayang engkau begitu sempurna .. sempurna

Kau genggam tanganku saat diriku lemah dan terjatuhk kau bisikkan dan hapus semua sesalku

Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidup ku lengkapi diriku oh sayang engkau begitu sempurna .. sempurna
Sayangku engkau begitu sempurna.. sempurna.. sempurna..

Tuesday, May 06, 2008

kenyir - part 4 (final)

lets the picture speaks itself...





detik kekalahan ceng....


penarik beca disekitar pasar payang, kuala terengganu.
pasar payang yg baru.


sekor jer ikan kelah yg kami dapat,
congrat jeff... sedap rasanyer.





hasil tangkapan...
lampam...goreng pon sodappp.






area pancing lubuk kelah dan ikan sungai.





kalau takde yoga tahap ke-3
jgn mimpi dirikan batu camnie...
riak tak aku, jejejejeje





santai di deck boat waktu ke sungai terenggan.







nie boat la..takkan kereta kan jejejeje







flora.....










flora.... [lom nmpk fauna lagik]











errr komen skit pic nih... penat wa setting oOOoo.










pic nie pon tau jejejeje.












err.r.r.r
inilah budin heheheh
the boatman...very sporting
walaupun sleng ganu dia aku
kekadang ternganga jer sambil angguk2 pala
jejejeeje.





Friday, May 02, 2008

kenyir - part 2





kenderaan diatas darat....












antara mereka yg pergi... aku rasa sandal aku plg unik kekekeke....






dari pengkalan gawi ke sungai terenggan. yg line merah putus-putus tu laluannya... 4 jam beb br sampai.




video

errr pls do enjoy the 2nd video yer :) .... 3rd video coming sooon....






kenderaan kami diatas air...jejejeje










antara signboard dari kuala berang ke
tasik kenyir :)