Monday, October 29, 2007

ruang terhad...

lama tak menulis, salam aidilfitri buat semua sahabat...

ermm sy teringat beberapa minggu yg lalu ade kawan bertanya bagaimana hendak menghias ruang yg kecil atau terhad...apa yg bole sy katakan ia bergantung pada pemilik ruang tersebut, bagaimana ia mahu ruang itu kelihatan, bergantung pada citarasa masing-masing.

ruang terbahagi pada beberapa bahagian, ade ruang tertutup [privasi] ruang terbuka, ruang separa trbuka... jika kita mahu ruang kecil kelihatan besar penggunaan bahan kemasan, warna dan perabut hendaklah mengikut ukuran standard jika bole di custom made lebih baik tapi masih mengikut antropometrik manusia okehhh. sebagai contoh mungkin ruang tamu yg kecil bole d letakkan dgn cermin yg besar utk menampakkan ilusi ruang itu besar, atau menggunakan warna yg terang, atau penggunaan perabut yg fleksibel mengikut keperluan seperti set sofa yg bole d lipat2 atau meja mkn yg bole d besarkan dr 4 org ke 6 org, dan pelbagai cara lagi yg creative.

semuanya bergantung kepada pemilik ruang bagaimanakah mereka mahu sesuatu ruang itu kelihatan dan fungsi yg mereka mahukan, mungkin ade pemilik ruang yg suka menyendiri dan tak suka akan kehadiran tetamu, maka pemilihan perabot nmpknyer tidak menjadi masalah, ade juga pemilik ruang yg suka mengadakan parti, maka dgn ruang yg terhad mungkin dia memerlukan perabut yg mudah alih dan kemasan lantai dan dinding yg mudah d bersihkan dan nampak luas, atau ade pemilik ruang mempunyai anak yg lasak, mungkin penggunaan perabut dan kurangnya hiasan d dalam ruang d perlukan, namun dgn sedikit sentuhan kreatif ruang tersebut tetap nampak hidup dan menarik.

segalanyer bergantung kpada pemilik ruang...

mengenai konsep rekabentuk, bole refer atau search kat internet ade pelbagai jenis konsep yg bole d guna terutamanyer minimalist, dimana sesuatu ruang itu hanya mempunyai atau tiada langsung perabut mengikut keperluan fungsinya [less is more].
sebenarnya sosio ekonomi dan geografi juga mempengaruhi ruang manusia, ia juga memainkan peranan dr segi psikologi dan mental manusia yg berada dlm sesuatu ruang, sebagai contoh jika seorg manusia sudah biasa tinggal ddalam ruang yg sempit dan tiba2 d berikan ruang yg besar ia akan merasakan kebebasan yg amat sgt... jika sebaliknyer manusia akan rasa tertekan, jadi ruang juga secara tidak langsung membentuk minda anak-anak kita :).

ubahlah kedudukan perabut atau warna d satu dinding ruang anda utk menampakkan kelainan dan keadaan segar [fresh] setiap 4 atau 6 bulan sekali... ianyer murah dan menjimatkan namun impaknyer sgt besar. tak perlulah sampai berbelanja beribu ringgit menukar perabut dan lain2. :).


[ letih travel ke perlis tak habis lagik, semoga keadaan berjalan lancar.... amin ]

Tuesday, October 09, 2007

salam aidilfitri


[ ilustrasi interior vietnam kitchen ]
smlm sekali lagi revise dsign utk vietnam kitchen.... dan sekali lagi jua aku dan amoi sorang lagi bertikam lidah dgn bos yg skit degil...ceh igt bos always right ker...tp sbb bulan puasa nie, aku lebih byk mendengar saje... tp bila masa utk fax dwg kpd client... aku fax sekali dwg bos dgn option yg aku dan amoi tu buat... lps pkl 3 ptg, kami terima fax...hehehe client mahukan yg option kami buat... bos ambik fax sambil sengih2...


dan aku teringat kate2 bos... kita kena bt ikut konsep..[yerla kami dh set konsep yg kami mahu]

dan mesti ikut "form follow function" [nie kate2 n konsep frank lloyd wright-akitek terkemuka zaman dulu] bila dia kete form follow function trus kena tembak dgn kami, yerla dr layout dia mmg cantik... tp dr segi function hancussss....

kekadang seronok gak tembak bos, bukan selalu kan ehehehe... but my bos very understanding :)


Opps sebelum lupa.. sy akan bercuti lama... so...

dengan rendah hati sy ucapkan....

selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin....

diatas segala kesilapan yg pernah sy lakukan sama ada dlm sedar atau tidak, sama ade ade segi pertuturan, penulisan dan tingkah laku...halalkan jika ade termakan dan terminum heheheh...

semoga perjalanan anda selamat ke destinasi masing-masing [berhati2 d jln raya okehh]...


Tuesday, October 02, 2007

vietnam kitchen + lantai



hari ini baru ade kesempatan meredakan sengal badan dan otak di opis... dah 3 kali presantation vietnam kitchen d buat... harap ade keserasian dan kata sepakat, kerana due date makin hampir, kerja2 pembinaan ptt d mulakan skrg... kerja2 kena berhenti pada 15 nov, jusco bukit tinggi akan buka pada 29 nov... sgt besar jusco bukit tinggi klang ini, lebih besar dr midvalley rasanyer... dengan jepun nie kena on time kang susah den kena hentak kontraktor lak jejeje...

director vietnam kitchen nie sgt baik hati n sopan orgnya, tp bab-bab seni nie dia cerewet sungguh, segala detailing d fikirkan sebaik mungkin, takpa semoga hasilnya memuaskan hatinya.




ermm terlanjur menulis sy ingin berkongsi sesuatu mengenai kemasan lantai...mungkin bagi sesiapa yg hendak menghias rumah d hari raya ini masih ade 2 minggu utk berbuat demikian, jgn buat last minit yer...
ada berbagai jenis kemasan lantai antaranya..
1. kemasan dr simen sahaja.. macam kat kaki lima tu...
2. PVC tile or sheet.. errr kita biasa panggil tikar getah.
3. lantai kayu.
4. lantai lamina, biasanya corak dr kayu dan terdapat pelbagai pilihan warna dan corak.
5. carpet, ade pelbagai jenis dan corak, mempunyai kesan akustik.
6. jubin, ade pelbagai jenis dari seramik, homogeneous, porcelain, marble dan granit.
7. cat, biasa di guna dlm industri, seperti warna hijau atau kuning, bukan cam cat rumah tu tau.
8. dan lain-lain hehehe.
setiap kemasan lantai ade baik dan buruknya, bergantung pada kegunaan ruang dan kesesuaian bajet poket anda, yang pasati ia mestikal praktikal, selamat, mudah d selenggara dan sesuai dengan ruang dan keadaan perabut rumah.
jika rumah sudah sedia ade kemasan, mungkin boleh mix dgn beberapa jenis kemasan lain seperti capet atau tikar di sebahagian ruang utk mewujudkan kontra atau menerangkan peranan fungsi ruang.
lebih lembut kemasan lantai lebih kurang bunyi d hasilkan.
sy sarankan anda memilih kemasan yg berkualiti dan tahan lama... bukan seminggu guna dh berlubang2, dan pastikan kontraktor yg pasang kemasan lantai betul2 mahir, daptkan nasihat dan tanya lah apa saje soalan bodo pada kontraktor anda hingga dia tahu bahawa anda sgt prihatin dan cerewet dgn lantai anda, hehehe. kalau bole lihat proses pemasangan...

semoga anda ceria d pagi raya... slamat berpuasa, dan jgn lupa - " BERHATI-HATI DI JALAN RAYA " . . . zassss maaf zahir batin.