Monday, February 26, 2007

ATM mesin . . .

hari nie gi atm mesin maybank depositkan sedikit wang pada adik, dengan kecanggihan teknologi duit dpt dipindahkan dengan mudah dan boleh dilakukan pada bila-bila masa, tu belum guna internet sepenuhnya, menyedari akaun wang aku dr bank lain jadi terpaksalah ke deposit mesin yg berhampiran, tp bukan itu yg aku nk ceritakan, tp bagaimana aku disapa dengan salam yg lembut dr seorg adik yg mungkin berusia dlm lingkungan 10 - 13 tahun, berkemeja putih, tubuh agak berisi, memakai songkok, berseluar hitam, memberi salam dengan senyuman.
muka budak itu yg nmpk berseri buat aku berhenti dan menjawab salamnya kembali, dengan lajunyer adik tu pun cakap "kami dr rumah anak yatim, minta derma melalui penjualan kalender 2007" mungkin takut aku berlalu begitu sahaja dia terus cakap dgn pantas tanpa henti hinggalah aku kata " maaf dik abg dh ada kalendar nie" heheeh dengan niat nk lihat reaksi adik tersebut, adik tu pun terus petah membalas, "takpe bang, tak beli pun takpe, tp dermalah ikhlas utk kami anak yatim di..."[aku lupa la plak kat mana]... dengan muka dia yg nmpk sayu... aku trus buka dompet dan beri seikhlas mungkin.
adik tu ambik dengan ucapkan terima kasih, disebbkan aku nk lekas, aku lupa nk tanya memacam kat adik nie, heheheh biasanyer aku akan tanya memacam terutama kanak2 yg comel2 cam adik tersebut... aku respek dengan apa yg mereka buat, jika benar mereka minta derma utk ank2 yatim tersebut, dengan usia sebegitu mereka tabahkan diri dan tebalkan muka berhadapan org ramai. waktu aku pulang dr bank buat aku teringat kisah-kisah silam antaranya....
waktu aku kecil dimana arwah ibu pernah meminta kakak aku menjaja kueh dr rumah kerumah seperti mana yg kami pernah lihat kawan-kawan sebaya lakukan, tp kakak aku enggan, malu katanya, mungkin kerana tak biasa atau malu dengan keadaan sekeliling, tp dr peristiwa tersebut kakak akulah sales marketing plg hebat dlm family apabila dia menjangkau umur belasan tahun, katalah apa sahaja yg tak pernah dijualnyer, semua hasil "kilang" dlm rumah di petaling jaya itu pernah dijualnyer, dari kueh raya, pakaian kanak-kanak, uniform tadika, brgan wanita, nasi lemak, solekan, kesihatan...dan memacam lagi hinggalah beliau berjaya ke universiti atas titik peluh sendiri....ermm beliau kini sebagai guru penolong kanan kanak-kanak istimewa [ehem kalau lulus ujian maybe hujung tahun nie jadi pengetua la pulak, heheheh aminnnn].

pernah satu ketika aku mkn dibangunan Medan MARA KL, sambil menjamu meehun sup di cafe bersebelahan bangunan, aku dan kawan ditegur seorg budak lelaki, umur dlm lingkungan 20an, dengan pakaian agak lusuh dan berbau, berseluar jeans, dan sentiasa tersengeh menampakkan giginya yg agaknyer tak pernah gosok... berkata " bang, sy lapar la bang, bole bagi dua hinggit?" aku pun dengan baik kononnye jemputlah dia makan sama, "jom la mkn sekali kalau lapa, ode la apa saje takpe abg bayar" kataku, budak tu enggan duduk, dia masih berdiri sambil pandang kami, dan kata, "takpelah bang, bagi 2 hinggit jer dah la" tersengih2 dia sambil cakap camtu, kawan aku pun ajak dia makan dan cakap "duit takdelah dik, tp nk makan seminggu abg leh kasi no prob."
kami berkeras tak mahu beri duit, kerana budak tu macam familiar pada pandangan kawan ku, kami akan belanja dia mkn apa saje dia mahu, siap offer nk belanja seminggu mkn lagi, akhirnya budak laki tu pun pergi berlalu dengan menunjukkan mukanyer yg hampa, lepas budak tu pergi br kawan aku teringat yg budak tu biasa lepak dikeramat, ermm jauh jugak dia jalan kaki merayau minta simpati, bagi aku dengan badan yg sihat, tinggi, tak nmpk cacat cela, pancaindera masih mampu berfungsi dengan baik, kenapa nk minta sedekah...? isk isk iskkk .
biasa juga aku jumpa di tempat mkn seperti dibangsar, mereka yg buta, bisu dan pekak menjual tisu atau brgan permainan, sekurang-kurangnya mereka menjaja, tak minta simpati walaupun ada sebahagian bukan buta pun hehehehe.
jika diuptown bandar tun razak boleh sediakan tempat menjaja larut malam utk "pengasih" iaitu bekas2 penagih, mereka berniaga bersungguh2, kerana itu sumber pencarian mereka setelah mereka insaf dan memberi mereka satu harapan dan lembaran baru dlm meneruskan cabaran kehidupan, dan masyarakat menyokong sepenuhnya, mengapa tidak mereka yg OKU [org kurang upaya] jarang2 sekali diberi peluang sebegitu, mengapa biarkan mereka merempat menjaja dari satu tempat ke satu tempat, mungkin ada, tp maaf sy tak tahu... sy tulis berdasarkan apa yg sy nmpk dan lihat disekeliling.

p/s: kerja plg best aku buat, jadi budak parking kat State PJ... zaman tu lom ade mesin, dan kupon letak kereta, bila aku lalu kawasan depan dewan sivik tu sure aku akan tersenyum sorang-sorang, byk kenangan kat situ :)

senyum . . .

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.Dengan murung lelaki itu mengadu,
"Tuan Guru, sepanjang hidup saya,rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"
Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan rubahlahroman mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskinnamun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurutRasulullah, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yangmembuat orang curiga kepadanya."
Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanjiakan memperbaiki penampilannya. Wajahnya senantiasa berseri. Setiapkesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh.
Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selaludijaga. Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat.
Roman mukanya berseri. Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya .

Saturday, February 24, 2007

Selamat Hari Lahir 'yobo'

pada 20 feb yg lalu kami sekeluarga meraikan hari lahir 'yobo'
aku hadiahkan softpresent antaranya tempat letak hp, armrest dan botol yg berisi puisi khas utk 'yobo'
puisi yg aku lahir secara spontan itu terus aku coret dan abadikan didalam sebuah botol kecil yg aku beli dikedai buku popular.
sedikit kejutan dimana hadiah itu aku berikan pada awal padi tatkala 'yobo' membuka matanya.
moga 'yobo' gembira dengan pemberian ikhlas ku itu.

antara bait-bait puisi yg aku hadiahkan.

Senyumanmu manis
mengubat jiwa
tuturmu lembut
mententeram rasa
gerak-gerimu tiada tanda Tanya
buat kasih indah selamanya

Terima kasih
sudi menjadi Sebahagian daripada jiwaku
terima kasih
sabar dengan karenahku
moga kasih tersimpul rapi
bersama anugerah yang tak terperi

Percaya berdua pecah tiada
saling fahami erat maknanya
rupa paras bukan utama
jiwamu luhur idaman sukma

Selamat hari lahir sayangku
moga tabah pancaroba mendatang
akanku pertahan hingga akhir zaman.


tidak lupa pada kengkawan berketurunan tiong hua, selamat tahun baru cina, ermm BBQ kerbau pendek tahun nie agak besar hehehe disertakan dengan tarian singa yg buat aksi akrobatik diatas tiang-tiang yg kekadang sedikit mencemaskan.


note :
yobo ialah bahasa korea maknanyer 'sayangku' :)

Wednesday, February 21, 2007

melayu bolehhhh ?

Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemuilihan,
dulu di Pudu Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang MelayuTerkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pameran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu
Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat mereka di situ

Kenapa melayu jadi begitu
Nak salahkan siapa ibu-bapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
pasal jambatan senggek atau siapa dia penghulu
Dan suka sangat dengan budaya ampu mengampu

Sampai bila kita nak tunggu Bangsa Melayu
jadi bangsa yang maju
BOleh!
dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu,
cuma baca bila nak halau hantu
hehehe.

Wednesday, February 14, 2007

Lukisan Pertama.


Saya hampir terlupa yg qaisara ada mencoretkan sesuatu pada hari minggu lepas, sy lihat dia semakin suka menyelak-nyelak 'flash book' ABC dan 123, dengan spontan sy berikan dia sehelai kertas, sy lukiskan 'spiral' sebagai guideline, lepas tu sy beri dia sebatang pensel, letakkan pada jari jemari qaisara yg montok dan runcing itu, walaupun qaisara pegang atau lebih tepat genggam seperti penumbuk dengan mata pensel kebawah, sy tunjukkan guideline yg dia halus ikut, Alhamdulillah hasilnyer seperti dlm imej bewarna biru diatas, pertama kali sy lihat dia sangat seronok menggores-gores pensel tu keserata kertas termasuk la jubin lantai dan cuba ke dinding, aiseymannn, sy cuba ambil pensel kerana keadaan semakin tidak terkawal, qaisara pula enggan melepaskan.... ermmm fenin jap... terpaksa umpan dengan buku-buku lain hehehehe br dpt pensel tu, kalau tak dlm mulut pun dia nk melukis :)
sy bersyukur kerana masih mampu berehat dirumah sambil memerhatikan pertumbuhan fizikal dan mental qaisara.
masihkah anda ingat lukisan pertama yg pernah dilukis?...
sy tidak dpt ingat apa-apa yg sy lukis disekolah rendah, tadika apatah lagi (tidak pernah jejak kaki ke tadika pun). walau apa pun sy masih ingat peraduan melukis poster 'antidadah' yg dianjurkan pihak sekolah rendah... ehem dpt no 3 tu.... kira ok la.
selepas itu sy tidak melukis lagi, hinggalah apabila di vokasional klang, teknikal drawing menjadi permainan sy seharian, hingga lukisn itu dijaja dari satu kelas ke satu kelas oleh guru-guru teknikal sebagai rujukan kepada junior dan rakan sebaya, hingga pernah ditampal didalam kelas pelajar elektrik selama sebulan...ermmm kekadang tak faham apa kaitan pelajar elektrik dengan lukisan binaan bangunan yg dilukis.
lukisan tidak sy tinggalkan hingga ke politeknik ungku omar, byk perkara sy belajar disana, abstract mainan sy diwaktu terluang, hingga menjadi rebutan pelajar-pelajar dan lecturer ketika pameran senibina... itu pertama kali sy menjual lukisan sy, mungkin juga sy mencuba market diri ini.... nmpk diluar jangkaan... apabila lukisan yg tidak bernama itu berjaya dilelong dengan harga rm50, ok la tu lepas duit poket 2 minggu (lukisan ini dimiliki oleh suhailah atau gelaran yg kami beri suebuh kerana dia bernama sue + bertudung labuh, hehehehe), pensyarah yg pernah melihat lukisan itu hampa kerana terlewat ke tempat lelongan. ada juga yg cuba membelinya dari 'suebuh' tp nmpknyer suebuh tetap dengan pendiriannya.
rasa rugi pula sy tiada gambar tentang lukisan itu, harap suebuh yg telah mempunyai anak satu dan berada di penang framekan ia dengan baik :).
satu lagi lukisan bertajuk 'tetingkap jiwa' dilukis pada 2004 ermm disedekahkan pada nani@jet utk hiasan diwad fisioterapi sebagai tatapan pesakit-pesakit disana. tak sangka pula bos nani en.rashid mahu membeli lukisan tersebut, tp sy rasa ikhlas utk beri moga itu satu pelaburan yg baik disana.
kini utk melukis lagi, rasanyer janggal... perlukan masa dan komitmen,
mungkin satu hari nnti.
p/s: adakah anda masih ingat lukisan pertama yg dilukis?

Tuesday, February 13, 2007

jauh berjalan luas pemandangan . . .

pada 11 feb lepas, genap qaisara 11 bulan, dan bermulalah perjalanan dia didalam rumah... melangkah dengan penuh berhati-hati, sambil mengimbangi badannya, cuba sedaya upaya bangun jika terduduk, berpaut pada meja atau kerusi untuk mendapatkan keseimbangan berjalan, melangkah dengan yakin kehadapan, tp masih tak pandai nk jalan 'gostan' hehehee.

kadang-kadang qaisara tak mahu disuap makan, dia lebih suka mkn sendiri, walaupun hanya guna 2 jari mengutip nasi, sayur-sayuran atau ikan yg disediakan didalam mangkuk khas utknya, perlahan-lahan qaisara makan, walupun lebih 80% makanan itu akan melekat disebahagian kepala dan badan qaisara, mahupun yg 'terjun' dari mangkok makanannya, qaisara belajar sesuatu :)

aku baru lepas menghadiri bengkel merevolusikan kewangan di UNISEL pada ahad lepas, insyAllah berkat dari dorongan dan strategi-strategi yg berkesan dari perunding kewangan bertauliah akan aku memulakan perjalanan baru dlm hidup ini untuk merealisasikan impian yg terpendam.

Ooops sebelum terlupa :) terima kasih pada tn.Gab yg sudi memberi komen dlm post 'beautiful minds' dibawah, sy rasa anda boleh jadi lecturer or professor yg baik, ada kalanya byk ruang dlm diri kita yg tak dpt diterokai ia seperti liang-liang ruang yg berliku-liku untuk dicerobohi, perlukan ruang yg mantap dlm diri utk diperhalusi.
tentang sama ada ruang membentuk watak, atau watak membentuk ruang.....ia saling berkait antara satu sama lain, dan sering diperbahaskan oleh mereka yg terlibat dlm bidang rekaan (terutama senibina) dan ia saling berkait rapat dengan psikologi, sosiologi, geografi, dan apa-apa yg fi..fi.. lg dibelakangnya heheheheh. thank you bro.

p/s: takde kena mengena dgn awek nama fifi atau tempat bernama fiji heheheheh

Wednesday, February 07, 2007

Beautiful minds

hari minggu yg lalu sy lihat cerita bertajuk beautiful minds hingga lewat pagi di TV, ia mengceritakan kisah benar seorg professor john nash yg genius di era 50an yg berjaya mencipta formula2 matematik dan menyelesaikan kod-kod rahsia ketenteraan, disamping beliau menghidap sejenis penyakit mental yg dikenali sebagai skizofrenia, beliau mempunyai kawan-kawan khayalan yg sering mengikuti dan mempengaruhi kehidupan sehariannya, tp dengan sokongan isteri dan rakan-rakan seperjuang beliau meneruskan kehidupan tanpa putus asa walaupun dimasukkan ke wad org sakit jiwa beberapa kali, ermmm apa yg menarik perhatian sy professor nie berjaya mengendahkan penyakitnya dan mengharungi setiap dugaannya dan tanpa berputus asa terus mencipta formula-formula matematik dan merumuskan dan memperincikan teori-teori yg pernah dikeluarkan sebelumnya hingga beliau diiktiraf dan dihadiahi anugerah nobel, cerita bagaimana beliau mengharungi setiap detik kepayahan dan kejayaan, surut naik kerjaya beliau amat menyentuh perasaan.

erm sebenarnya dh lama sy ingin abadikan kisah nie dlm blog, tp tak sempat dengan proses 'brain juice' yg br jer selesai. dan membuatkan sy teringat tentang konsep 'six sense' yg pernah sy terapkan dlm rekabentuk senibina waktu belajar dahulu, hingga ada sahabat-sahabat menganggap perkara deria ke-6 sgt subjektif dan jadi perbualan dan perhatian hingga ke para junior, dan menjadikan persembahan rekabentuk sy sebagai sesuatu yg lawak dan bersejarah kerana persembahan tersebut dilakukan tanpa melihat lukisan, kerana semua pensyarah termasuk pensyarah dari jepun dan pelajar diminta memejam mata, dan ketika itu kedengaran suara-suara sumbang yg mengatakan sy buat kerja gila dan kate-kate hikmat "sure fail" begitu kuat kedengaran, heheheh sy gelabah juga tp kontrol cool, sbb semua org pejam mata so teruskan jer la dgn deria pendengaran dan perasaan yg dipersembahkan, diakhir penceritaan konsep br sy minta mereka semua buka mata dan lihat lukisan persembahan yg dilakukan, ia taklah secantik mana, tp penuh dgn makna.... six sense la katakan :) .
keputusan rekabentuk tersebut tidak mengecewakan sy dan kerana keputusan yg diluar jangkaan deria ke 6 sy itulah yg membawa sy terkehadapan dan jadi tajuk perbualan hangat dikalangan pensyarah dan pelajar, ...hingga antara calon biasiswa tajaan yayasan jepun di Ipoh (tp tak dpt pun hehehe sbb ada yg lebih memerlukan dr sy) , tp tu semua cerita waktu belajar, kita boleh explore apa sahaja, boleh bereksperimentansi, di dunia pekerjaan dan realiti ermmm (sendiri mau ingat la)

sy juga bawa perkara 6 sense tu ke dalam bengkel senibina di USM dengan pendekatan humor dan sebahagian dr peserta betul-betul memahami dan yg lain hanya terima ia sebagai lawak sahja, bg sy terpulang pada individu terbabit asalkan sy yakin dgn apa yg sy lakukan [ehem dlm byk-byk universiti sy dpt no 3...err..errr sy tak pernah belajar di universiti mungkin sbb lahir jer dh terus di universiti jejejeje, tp . . .]

pernah tak kita masuk ke satu ruang dgn pelbagai perasaan, adakalanya kita masuk kesatu ruang kita akan rasa sedih, ruang yg lain kita rasa aman, ruang yg lain kita rasa gementar, ruang yg lain menggembirakan, itu br melibatkan emosi-emosi yg sedia maklum, bagaimana emosi yg sukar diceritakan, seperti berada dlm satu ruang yg sgt selesa tapi tiba-tiba bulu roma tegak berdiri tanpa disangka? bolehkan rekabentuk mencipta ruang sedemikian? :)
bolehkan ruang menjadi terapi bagi pelbagai penyakit? bolehkah ruang mencipta watak penghuni ruang?..... [ panjang nie nk terangkan heheheh tp sy yakin semua org ada jawapan tersendiri ]
apa kaitannya ruang, rekabentuk, 'six sense' dengan cerita beautiful minds tu? . . . harap ada yg menonton dan fahami kaitannya :)

Q : ruang mencipta watak atau watak mencipta ruang?

Saturday, February 03, 2007

25 hari lagi . . .

dear myblog...

seperti tahun-tahun lepas, tahun ini golongan minoriti tetap terpinggir... dgn info sahih dr PA bos sendiri, golongan minoriti tiada increment dan mungkin tiada bonus, if ada pun tidak seperti mereka yg lain... isk camner management decide... lantak korang la... bagi aku staff tu aset yg plg berharga... if ada yg tak kena, buatlah sesuatu...teringat classmate cina aku dulu cakap... ermm "cina bukit camtu la" hehehe bukan aku yg cakap yerk...
bebudak kat opis nie mula rasa tak best bila aku nk blah... memacam la plak hal diorg nie, agak2 nk stay...elok la stay belajar byk benda, kalau agak2 takde benda dah nk belajar nk explore, pergilah berhijrah... tak salah, tak pun gi la buat bisnes lagi digalakkan dunia yg pernuh cabaran.

1 feb lepas berjaya tgk qaisara berjalan 4-5 langkah hehehe walaupun terkedek2... qaisara belum berkeyakinan untuk menapak dgn lebih jauh, maybe bila umur dia cukup 11 bulan boleh jalan kot.. seronok tgk qaisara mula belajar jalan.

note : simpati juga pada mereka yg berada dijakarta, moga tabah menghadapi banjir.