Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2007

Hijrah . . .

Minggu lepas terdetik hati hendak puasa pada hari asyura... tp masih terlepas disebabkan terlupa, ermmm mungkin juga tak pernah puasa pada hari tersebut buatkan aku sedikit lalai. InsyAllah tahun hadapan akan aku cuba sedaya upaya lagi. Sabtu lepas aku pergi interview di salah satu perunding dalaman di ampang dan semlm aku dah tandatangan surat menerima jawatan, ermmm sgt jauh dr rumah, tp disebbkan aku ini yg cepat bosan dan inginkan sesuatu yg lebih mencabar minda, aku gagahkan juga hatiku ini kesana dan menerima jawatan tersebut seadanya. mungkin selepas ini aku tidak berpeluang berjumpa kengkawan dialam maya, melainkan mereka yg mahu berada didunia realiti :). timba pengalaman tak mengapa kan, tuntut ilmu tu sampai bila-bila pun tak habis. nampknya aku akan mula merevolusikan diri seperti mana satu ketika dahulu... pergi kerja tak nmpk matahari, balik kerja pun tak nmpk matahari hehehehe i will miss u 'matahari' ehhehe. pasti aku akan merindui PA bos, amoi2 cun n seksi kat

Awal Muharram . . .

saya dpt email dr seorg kawan . . . Suatu hari saya dibelanja oleh teman saya makan mee di kedai mee yang agak terkenal. Harganya tak mahal tetapi sedap. Kami duduk di meja bulat yang dapat menampung sepuluh orang bila mengelilingi meja. Di meja itu ada enam orang, saya, teman saya dan empat orang kawan yang lain. Ketika asyik makan, satu keluarga baru duduk di sebelah kami. Mereka telah memesan mee dan sedang menunggu pesanan.. Keluarga tersebut terdiri daripada sepasang suami isteri yang masih muda dan seorang anak yang berusia dalam enam tahun. Mereka keluarga yang jauh dari sederhana. Pakaian mereka lusuh dan kusam. Anaknya kelihatan seperti baru sembuh dari penyakit dan sedang menarik hingusnya keluar masuk. Hingusnya seperti nombor sebelas dan kadang2 seperti angka satu dengan warna kuning kehijau-hijauan. Si ibu dengan penuh kasih sayang mengelap hingus yang tidak berhenti keluar masuk hidung anaknya. Pasangan itu sangat bahagia melihat anaknya bermain sambil tertawa. Seperti ma

one pictue with thousand of meaning...

rileks... bro. good job . . . saya lahir dan membesar di lembak kelang, mmg terasa sedikit sebanyak perkara-perkara yg berkaitan isu diatas, walaupun dr kecil bukan sy yg keluarkan wang utk bayar tol dan minyak... tp dr raut wajah ayah n bonda kita bole tahu sesuatu. p/s: harga minyak dunia dah turun? agak2 kat malaysia turun tak?

Halal Food...

saya dapat short comic nie dari email smlm, elok la sy kongsi dengan kengkawan, if tak clear cuba klik pada gambar tu dan besarkan, or save as pic tu pada memana folder dan baca comic tu, ia kisah mengapa kita perlu makanan yg halal dari sumber dan cara prosesnya. maybe boleh diperjelaskan pada rakan2 yg bukan muslim. seperti saya sebagai golongan minoriti diopis nie selalu ditanya kenapa org islam tak bole makan itu, ini, kenapa org islam tak bole buat itu dan ini, kekadang letih nak jawab, tp jadi kewajipan utk perjelaskan dan biarkan mereka memahami, sekurang-kurangnya mereka faham, hormati dan tidak meremehkan apa yg org lain lakukan. seperti isu poligami dan penutupan gudang yg campur babi dan ayam satu ketika dahulu, huh penat gak la nk explain, sbb mereka hanya faham org islam tak mkn babi, so apa salahnyer diletakkan pada tempat yg sama, ko mkn la aym, kami mkn la babi, pada pendapat mereka la, so aku pun seperti gaya seorg yg berpengetahuan tinggi dalam bab makan-makan nie [mm

visit malaysia 2007

eye of malaysia 'ferris wheel' waktu siang eye of malaysia 'ferris wheel' waktu malam. Tahun melawat Malaysia 2007, tak byk aku boleh tulis, cuma berharap segalanyer berjalan lancar, simpati juga pada mangsa banjir di johor dan dimerata tempat yg berlaku. moga mereka tabah menghadapi dugaan.

Al-Fatihah...

dear my blog... lama sungguh tak tulis, sibuk dengan kerja-kerja luar dan dalam, termasuk urusan-urusan yg perlu diselesaikan. pada 21 januari 2007 (pembetulan 7 january) jam 10.30 pagi kakak ipar ku telah meninggal dunia akibat kanser rahim, setelah mengharungi penyakit itu sekian lama dan tabah menghadapinya, akhirnya Allah lebih menyayangi dia dengan meninggalkan 3 org anak, al- fatihah. aku agak sebak bila hendak balik semula ke KL selepas urusan pengebumian dan segalanyer selesai, bilamana anak-anak buah salam cium tangan dan peluk aku, sambil berkata "pak andak jgn lupakan kami yer".... ermm manakan tidak mereka akan tinggal dengan ayah tiri, dimana abg aku juga telah meninggalkan alam ini lebih kurang 10 tahun dahulu, kini tinggallah anak-anak buah aku yg akan menghadapi SPM dan PMR tahun ini, moga mereka tabah mengharungi dugaan hidup ini, sebagai anak yatim piatu aku hanya mampu berpesan supaya jgn jadikan alasan ibu bapa tiada sebagai alasan utk tidak berjaya, pokok

A L - F a t i h a h

dear myblog, selamat tahun baru, dan selamat hari raya aidiladha, hari ini sy rasa sy ingin menulis sesuatu yg agak serius [tgk la muka sy serius nie :) ]. hari raya haji dikejutkan dengan berita penggantungan saddam hussien, ada yg gembira dan ada yg sedih diatas penggantungan itu. apa yg ingin sy tulis adalah pendapat sy semata-mata. bg sy hukuman itu tidak adil dan zalim keatas seorg pemimpin negara, dan ia lebih mencemarkan maruah org arab sendiri, apatah lagi agama. - zalim kerana saddam diadili berdasarkan bukti yg tidak nyata? mengenai pembinaan senjata pemusnah (tiada bukti) , bukan kerana pembunuhan kaum kurdis... mungkin perkara ini akan dibangkitkan kemudian, perbicaraan yg agak singkat kalau hendak dibandingkan dengan pemimpin lain yg menghapuskan sesuatu etnik seperti apa yg berlaku pada bosnia dan lain-lain tempat, lagipun pemimpin lain atau penjenayah perang lain ada yg hanya dihukum penjara sahaja... itu pun ambil masa yg sgt lama. - zalim kerana penggantungan saddam di