Tuesday, December 26, 2006

Adakah anda pernah meninggalkan?

dear my blog...
beberapa hari lalu sy ke JPA ada skit taklimat projek, bila masuk dlm conference room sy agak tersentak bila melihat rekabentuk meja meeting dlm bilik itu sama, sebijik-sebijik ditiru, tp malangnyer kerja-kerja tersebut bukan sy yg lakukan, ianya dilakukan oleh org lain menggunakan rekabentuk yg telah sy cadangkan pada awal tahun ini, ermmm kecewa bukan bila melihat hasil perahan otak kita diciplak tanpa ada skit saguhati atau imbuhan dari pihak lain, mudahnyer kerja mereka nie.
tapi takpe sy percaya ade hikmahnyer kerana sy dapat kerja-kerja lain dr mereka. Alhamdulillah.

ermm sy pernah meninggalkan sesuatu...
1. saya pernah meninggalkan rokok selama dua bulan dan akibatnya sy bertukar citarasa rokok dr jenis yg keras ke agak lembut (light) hehehehe, dan terus berazam berhenti merokok, hingga sekarang sy berjaya menghabiskan sekotak rokok 14 batang dlm masa 7 hari, lebih baik dari dahulu.
2. saya pernah meninggalkan seorg awek ditepi jalan, kerana ego dan byk cakapnyer hingga sy rasa fenin dan bosan ditahap yg melampau, akibatnya kami berkawan baik selepas itu dan dia tak berani mencabar sesuatu yg pasti sy boleh lakukan, (sabar ada hadnya kan)
3. sy pernah meninggalkan kelas selama 4 hari tanpa dikesan hanya semata-mata untuk meredakan ketegangan minda yg berlaku dlm diri, akibatnya sy kena upgrade design sy heheheh thanks lecturer u love me, i luv u too :)
4. saya pernah meninggalkan jam tangan adidas (mahal oooOo) yg dibeli dr hasil gaji pertama sebagai pelukis pelan setelah 3 kali berganti tali dan hilang setelah 5 tahun digunakan, akibatnya sy lebih suka beli jam berharga tidak lebih dari rm50 di uptown dgn berbagai jenis rekabentuk yg sy suka heheheh.
5. saya pernah meninggalkan awek-awek yg mula menunjukkan reaksi atau respon melampau yg sy kurang senangi (err..err nk lebih dr kwan la tu), akibatnya kekadang sy rasa bersalah, walaupun mungkin setahun sekali jer rasa itu dtg.
6. saya pernah meninggalkan rekabentuk model rumah utk diberi pada seorg gadis dgn tujuan mmg nk ngorat dia, tp mungkin bukan jodoh, so model rumah tu hilang diperhentian bas, akibatnya kami hanya berkawan baik hingga sekrang, dan dia masih tidak berkahwin lagi.

rasanyer tu jer yg sy ingat....

kerja-kerja-kerja : KGPA projek dh siap, perhhhh semua pihak puashati. mlm nie mula kerja perahan tenaga hingga hujung bulan nie utk JPA, and coming soon guthrie landskap ermm moga-moga berjaya presantation tu.....aminnnn.
kerja sendri istana anak bukit kedah.... mari mewarna hehehehe

Thursday, December 21, 2006

Adakah anda pernah ditinggalkan?

semalam adalah hari yg sedikit mengecewakan saya, kenapa? akan saya ceritakan kemudian.
tapi hari inie tetiba saya rasa seperti nk kongsi sesuatu yg bunyinya mengecewakan seperti adakah anda pernah ditinggalkan oleh sesuatu? dan akibatnya yg berlaku keatas anda?

1. Ya, saya pernah ditinggalkan oleh seekor kucing siam bernama putih tanpa dia mengucapkan selamat tinggal dan akibatnya sy tak minat bela kucing lagi hingga sekarang.
2. Ya, saya pernah ditinggalkan dari bermain bolasepak oleh rakan-rakan hanya kerana sy mempunyai rambut kerinting seperti gaya afro (sebenarnya sy terlalu bagus utk mereka hehehe) dan akibatnya sy lebih selesa berambut pendek hingga sekarang.
3. Ya, saya pernah ditinggalkan kekasih, hanya kerana sy belajar jauh darinya, dan dia tak boleh nk manja-manja dengan sy seperti selalu, akibatnya, sy lebih suka tgk figura dari nk menjalin hubungan serius, (kecuali sekarang...sy ade qaisara hehehe)
4. Ya, saya pernah ditinggalkan oleh bonda, tanpa dapat melihat saat akhirnya, hanya senyuman sebelum bonda keluar rumah sebagai kenangan terakhir, akibatnya, sy sentiasa mendoakan kesejahteraannya.
5. Ya, saya pernah ditinggalkan oleh sahabat (pengkhianat) kerana sy terlalu percayakannya, akibatnya, sy berhati-hati walaupun sy mmg suka ambil risiko bila berkawan kerana prinsip berkawan sy "jangan pilih bulu" asalkan kita tahu mana baik buruknya.
6. Ya, sy pernah 'ditinggalkan' wang berpuluh ribu ringgit dlm masa sebulan akibat pengurusan dan penipuan yg terjadi atas sy, akibatnya, saya tiada kereta hingga sekrang (tak percaya? plssss percayalahhhhh)
6. Ya, saya pernah ditinggalkan oleh LRT, kerana asyik tgk figura awek yg lalu lalang, akibatnya, sy terlepas satu temujanji client dan akibatnya, sy terpaksa menipu.
7. Ya, sy pernah ditinggalkan 3 biji kereta iaitu sebiji proton saga, 2 biji satria (fully convert to evo enjin with mivec bodykit, ) semuanya kerana kemalangan, akibatnya sy takde duit nk beli kereta dan phobia 2 bulan takut memandu rapat dengan kereta lain. (pesanan penaja : jgn race haram okeh).

setakat nie saje yg sy ingat, nnti sy rasa sy nk tulis mengenai sy tinggalkan org pulak heheheeh.
zassssssssssssss . . .

Tuesday, December 19, 2006

space...




in designing any home, several basic elements need to be taken into consideration, including how the home will be utilised, its relation to the environment and the architectural styling.
In short, does the human feel good in a particular space? Architects and designer should consider down-to-earth frailties and desires when creating spaces for human habitation. Although they work with different materials and employ different techniques, they still share their only client in common - the human race.

Monday, December 18, 2006

memori...[ titanic ]






















agak-agak ada tak cerita pasal lancang kuning (lagenda bahtera di tanah melayu) disimpan sebagai bahan berita? hehehe.
memori kan...

Thursday, December 14, 2006

Air + kata-kata

"Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah.Ustaz kemudian bercerita bahawa dia telah berkesempatan menghadiri satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru ini yang mana kebanyakan peserta yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam kecuali dua orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari UM).
Penceramahnya seorang Profesor yang pakar tentang air dari Jepun.Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa"slide" ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin.Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan bermacam lagi).
Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Adayang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya) rupa yang menggerunkan dan menakutkan.
Lalu Profesor itu berkata "Banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi"
Profesor itupun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi), bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna.MasyaAllah, cantiknya.
Lalu profesor bertanya "Siapakah diantara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini".
Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab"Saya rasa itu adalah sampel air zam-zam".
Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya "Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam.
"Kerana air zam-zam adalah air yang termuliadi dunia ini" JawabPensyarah.
Profesor berkata "Saya tak tahu samada betul atau tidak air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam."
Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air.
Lalu di dalam dewan itu mereka membuat ekperimen bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing. Lalu seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan diskrin, nampak molekul air membentuk seolah-olah seperti tokong Cina (dengan janggut yang panjang dan perut yang buncit).
Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawatdan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molekul air seperti berlian dan berkilau-kilau.
Subhanallah. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor membaca sebarang ayat atau kata-katayang tidak baik maka nampaklah di skrin molekul air berupa seperti sel-sel barah.Subhanallah.
Daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya. Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah: "Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya".

Wednesday, December 13, 2006

penantian satu penyeksaan ! ! !

semalam 5 jam tunggu kereta dibaiki, tukar absorber,tukar dryshaft oil seal, tukar minyak hitam, tukar oil filter, dan buat alignment, buat saya rasa nk muntah menunggu begitu lama [mungkin sbb habis 8 btg rokok hehehe]... tp apakan daya, sambil tunggu tu dpt pula call dr JPA suruh buat proposal projek dlm 50K nk siap dlm 2 minggu, sbb nk habiskan budget hujung tahun nie...arghhhhhh proposal yg dr february hingga december nie pun diorg tak bole nk confirmkan lagi, nie nk buat lagi proposal lain pada bahagian yg sama cuma skop dikecilkan, macam 'something wrong somewhere'....adoi nie buat aku rasa nk fenin2,

pagi nie pula diorg suh aku tranfer ke sub company lain pulak.... pastu tukar sesuka hati jer... takde any offer letter ker... arghhhh bosannyer, selama nie aku buat kerja sub company tak nmpk ker.... dh la tu kena refer pada junior staff lak, pasal gaji takmo lak cerita bila aku tanya... adoi, jadi minoriti camnie ler... dh lama kerja sini pun masih rasa tak dihargai.... yg br masuk tetiba jadi leader....rasa letih aku camnie....letihhhhhhhhhhhhhh, mungkin letih sbb minoriti disini arghhhhh.

mlm tadi gi opis lagi satu dishah alam, kerja2 reka bentuk hospital bersalin (muslim), adoi presentation hari ahad nie, smlm br kasitau, ceh.... tak planning betul.... lagi best nk cantik tp murah...hahahahah kebiasaan permintaan manusia.
tgk staff diorg design buat aku rasa fenin [bukanlah nk tunjuk bagus] tp ikut bulat2 permintaan doktor tu, susah arr gitu, byk benda nk ambil kira, undang2 bangunan, kelulusan bomba, majlis tempatan, adoiiii main suka letak jerkkkk....letihhhh lagi aku.... tp niat nk tlg, aku stay gak sampai 12 lebih....tlg redesign balik.... mujur budak yg design tu sabar dgn karenah aku nie... dia pun mahu belajar so aku pun gembira mengajar.... huh kenapa aku tulis semua nie? bunyi cam tak ikhlas jer, isk maybe sbb transfer yg diberitahu pagi nie oleh org yg tak tahu apa2....hish, company besar, leh kira gah.... tp pengurusan cam 'ayam'.

tp kenapa aku tunggu lagi di company nie....?????
aku sendiri takde jawapannya.

Friday, December 08, 2006

designer tandas???



hari nie seperti biasa breakfast dgn 'yobo' di presint 16 putrajaya, biasa terserempak dengan kak sira beberapa kali, sempat berborak sekejap... dan betty ade terserempak dgn saya tp dh tak cam, maybe dia semakin manis sejak dah kawin nie sampai sy tak perasan kehadiran dia disekitar. smlm 'yobo' (password utk org tersyg dlm bahasa korea :) ) pergi konvensyen wanita sebagai pemimpin perniagaan, walaupun dia tidak menceburkan diri dlm bidang perniagaan lagi, tp elokla untuk pendedahan, dan pagi nie 'yobo' cerita tentang konvensyen tersebut...dimana seorg panel dari bank dunia berpusat di thai bertanya pada seorg usahawan wanita yg berjaya dlm industri perkilangan plastik 'mengapa wanita jarang menceburi bidang perkilangan', usahawan tersebut tidak dapat jawab.....ermmm bg sy pula 'kebanyakkan' wanita apabila bercerita tentang perniagaan, perkara pertama yang terlintas ialah barangan wanita seperti kosmetik,pakaian, dan lelain (sbb tu botox laku heheeh), perkara nie terjadi pada saya juga, bila sy tanya pada yobo dan kengkawan perempuan lain...merka akan menjurus pada bidang tersebut, tidak dinafikan pasaran ia sgt luas, tp persoalannya kenapa bidang yg hampir sama yg mereka boleh fikirkan? mungkin ia mudah diuruskan kerana mereka pakar dlm perkra tersebut, agaknya la :) so kena la buat brainstorming n research skit sebelum memulakan sesuatu.

saya juga pernah ditanya, kenapa u jual t-shirt? ermm nmpknyer kena kat btg idung sendiri.... sy kate sy minat.... sy suka tgk t-shirt yg cantik2, rekabentk yg unik. nmpknyer kena tepuk dada, tanya diri sendiri la kan...

yobo juga ceritakan yg dia cemburu macam mana seseorg perempuan bole berjaya? ia mengingatkan saya pada satu pepatah "kejayaan seorg lelaki, pasti ade seorg wanita dibelakangnya" dan sy tambah... "kejayaan seorg wanita pasti ade beratus lelaki dibelakangnya." tp ade juga yg tabah, survivor....bole dikira dengan jari mereka nie.

dan hari nie yobo cerita dia ditanya lagi oleh kawan2 yg pergi konvensyen tersebut, dia nk buat bisnes apa..... yobo cakap 'AYAM' sy tersenyum jer...heheeh jgn jadi mak ayam dah la hahahaha.

p/s: gambar toilet tu hiasan semata-mata tiada kena mengena dengan cerita diatas, tp boleh dijadikan iktibar atau sumber untuk melepaskan tekanan yg semulajadi memuncak, kalau di luar negara ade designer khas utk tandas nie...heheheh malaysia designer tandas cam aku nie sure buat lawak jer.

Thursday, December 07, 2006

eisya. . .


milik siapakah gadis ini...... [cewahh ada gaya cam lagu sudirman tak?]
ermmm sebenarnya hepi skit, br dpt gambar nie dari seorg adik angkat [tudung biru] yg sedang bertungkus lumus habiskan pengajiannya dimesir.
macam mana leh kenal? ermm sebenarnya kami berjiran semasa saya masih belajar dan bekerja di ipoh, biasa la kami rumah bujang laki, sebelah lak student kolej islam perak, awek cun-cun lak tu heheheh... bagus adik-adik nie diorg tak sombong... asal selisih jer sure hidung diorg yg mancung pun kami tak nmpk, sehabis mengelak, kalau bagi salam jeling2 jer hehehe.
kalau kami pulang awal sure lepak depan rumah sambil main gitar or bersihkan kolam air pancut yg kami buat [tunjuk rajin la konon] sebab nnti diorg akan balik dr kolej or dari pasar sambil naik basikal, sampai jer depan rumah kami pun bg salam.... yg lucunya dlm keadaan kelam kabut diorg buka pintu pagar, pastu sorong basikal laju2 masuk ke dlm car porch dan sambil tu jugalah diorg jawab salam hehehehe, malu la tu, hehehe.
paling best bila diorg hampir nk exam, setiap mlm pasti dengar mereka nie menghafaz al-quran dan memacam lagi dlm bahasa arab, dan kami pula memasang lagu rock kuat2 [study jugak la kononnya] saje kaco konsentrasi diorg heheheeh jahat kan?.
biasa la budak architecture kalau study senyap2 wat design isk rasa cam beku otak nie.
tapi kalau diorg gelak sure kami leh dengarlah...memula igtkan ade org kena histeria...rupany2 ade tukang lawak rupanyer kat rumah sebelah.
bagusnya lagi adik-adik nie every weekend diorg sure pass skit makanan yg diorg masak walaupun cucur ikan bilis jer...hehehe org lapar diberi makan, sure terima hati yg tenang hehehe, rasa seronok tul zaman tu, study, sebelah awek2 solehah...kaco awek2 nie pun syok lagi thrill, kalau diorg menegur kami...perhhhh rasa nk gugur jantung nie, dgn sopan siap berkias2 disertakan sekali dengan tazkirah hehehehe.
hinggalah sy kembali ke KL, masih bersms, sampai dh kawin, dh ade baby, adikku ini dh ke mesir masih call n beremail bila waktu lapangnya. mujurlah ade adik begini ade la jugak rasa insaf skit2 dlm diri nie, kalau tak huh....setan-setan je lah yg tahu hahahah.
kalau tak silap pertengahan tahun depan adikku ini akan pulang ketanah air, moga dia lulus dgn cemerlang dan jadi peguam yg terbaik, aminnnn.
p/s: dik jgn marah yerk buh pic sini, heheheh...nnti kena jual oOo... 10 dirhammm [eh mesir guna dirham ker?]

Saturday, December 02, 2006

mutiara hati

beberapa hari nie saya pulang awal kerumah dan sempat melihat cerita indonesia yang ditayangkan di tv9, antara beberapa siri cerita slot hidayah yang menginsafkan dan yang terbaru bertajuk mutiara hati, mengisahkan seorang kanak-kanak bernama nabilla yg kematian ibu sejak kecil, merindui dan mengharapkan seorg ibu yg baik, dijaga oleh seorg ayah yg berada dan penyanyang, dibantu oleh adik dan mbah pengasuh kepada nabilla, apa yg saya hendak ceritakan disini mengenai skrip dan penyampaian intonasi yg mencuit perasaan saya.
antara dialog antara nabilla, mbah dan pada Allah yang menbuatkan saya rasa hendak kongsi bersama, lebih kurang seperti ini:

nabilla : mbah, semua org bilang ibu sudah meninggal, tp dimana ibu tinggal?
mbah : ibu tinggal bersama Allah.
nabilla : jika ibu tinggal bersama Allah, bermakna ibu berada dilangit didalam rumah Allah. (kate hati kecil nabilla)
nabilla : jika ibu berada di rumah Allah, entah ada telefon atau enggak ya?
(nabilla cuba hubungi operator telefon)
nabilla : hello, bole sy dapatkan no telefonnya rumah Allah?
operator : maaf, sy enggak tahu?
nabilla: katanya pusat informasi, kalau gini payah sih.(terus letak telefon dgn muka yg masam)

lantas nabilla mengambil duit makciknya dan membeli layang-layang dengan tujuan untuk menyampaikan surat pada ibunya yg berada dilangit dirumah Allah, dengan tujuan untuk menghubungi ibunya supaya pulang. apabila makcik nabilla melihat apa yg dilakukan oleh nabilla, dia menitiskan air mata tidak tahu bagaimana untk menjelaskan pada anak saudaranya itu.
kerinduan nabilla membuatkan dia termimpi2 berjumpa ibunya.

dan saya sendiri pernah alami mimpi seperti itu, berjumpa arwah ibu seminggu lepas bonda meninggal dunia, mungkin disebabkan rindu ditambah pula dengan masalah tersendiri yang menyebabkan kerisauan, membuatkan sy didatangi arwah bonda dlm keadaan bertelekung dan dalam kesamaran sambil cuba mengusap wajah saya, dan berkata " jangan risau ", membuatkan
saya rasa tenang dan hilang rasa rindu yg membuak-buak itu.
perkara nie sy rahsiakan dr adik beradik hinggalah sekrg.
moga arwah bonda dicucuri rahmat dariNya.


p/s: sambungan cerita itu sila lihat sendiri yerk heheheh, nabilla juga nakal, lakonannya spontan dan mencuit hati, seperti watak maisara dalam cerita diari ramadhan rafiq :)
if ada dialog yg best sy tulis lagi hehehe.